Saturday, April 3, 2010

The starting point

Tahun 2010 ini, mcm2 dugaan yang menguji kami.... tahun ini, nasib tak menyebelahi kami... Bukan dari segi hubungan kekeluargaan, tapi dari segi kerjaya mahupun rezeki material.... banyak yg mengecewakan. Apa2pun, saya anggap bahawa ianya satu rahmat buat kami agar kami sentiasa ingat padaNya... saya sentiasa ingat dalam hati, ramai lagi yg lebih malang dari saya sekeluarga.... sekurang2nya, kami tidak hidup dalam belenggu ancaman Israel, famili saya bahagia, sihat... makan pakai cukup.

Hujung tahun lepas, saya ada berborak2 dgn seorang kenalan yg baru balik menunaikan haji... dia bukanlah one of sepupu2 saya yang pergi haji. Saya juga ada bercerita padanya yg saya dah beberapa kali hantar surat rayuan, tetapi rezeki utk saya menunaikan haji belum sampai lagi. Beliau bertanya kepada saya.... `kursus haji dah pergi ke belum?' Soalan beliau membuat saya rasa terkedu dan terus saya ingat kata2 mak saya yg suruh saya pergi kursus since saya daftar haji lagi.... Saya jawab `belum'.

Saya rasa jawapan saya itu dengan jelas menunjukkan bahawa saya tiada kesungguhan untuk benar2 menunaikan haji.... Saya rasa, keikhlasan belum singgah di hati saya.... surat2 rayuan yg saya hantar since 2007 tu hanya lah dengan 3 sbb yg sama iaitu;
  1. Duit simpanan dah cukup
  2. Musim haji jatuh pada musim cuti sekolah
  3. Masih muda dan sihat tubuh badan
Itu shj alasannya.... hakikatnya, rayuan hanyalah sekadar rayuan.... rasa kesungguhan dan keikhlasan masih belum terbit.... Masa tu saya fikir, hantar je surat rayuan..... dan kalau TH panggil nanti, baru saya baca buku atau pergi kursus..... senang je.... Betapa sombongnya saya dan mengambil mudah terhadap kaedah2 pelaksanaan haji! Dalam hati saya.... last minute pun boleh belajar.... aktivitinya lebih sikit dari umrah je.... MasyaAllah... jahil dan angkuhnya saya....

Tahun ni, saya hantar lagi surat rayuan dengan 2 alasan yg sama. Alasan cuti sekolah cuti sekolah tidak lagi boleh digunakan sbb dah tak applicable. Tapi, kali ni.... surat rayuan yg saya hantar itu.... disertakan dengan harapan yang bersungguh2 dan niat yg benar2 ikhlas dan suci. Saya benar2 berhasrat utk menunaikan haji pada tahun ini.... seperti biasa, mak akan suruh saya ikuti kursus2 haji bersiri....

Allah telah membuka jalan utk saya..... kursus di buat di Masjid Bukit Antarabangsa sahaja... boleh jln kaki dr rumah.... dan kursus di buat di mlm hari (Sabtu mlm Ahad).... dan abg dah hampir settle belajar. Alasan2 saya dulu yg malas nak ikuti kursus haji.... semuanya dah dipermudahkan olehNya....

Saya mula mengikuti kursus bersiri mulai Mac 2010 dan saya amat teruja dengan kuliah2 yg diberi oleh penceramah iaitu Datuk Hj. Kamal. Beliau adalah mantan Pengurus Besar TH yg dah bersara.... Sungguh berpengalaman orangnya dan pelaksanaan ibadah Haji ni seolah2 di hujung jarinya saja.... Kali ni, kursus haji ini adalah keutamaan kepada saya dan saya berusaha2 utk tidak `tuang' kelas.... tanak ketinggalan.... kalau saya keluar ke mana2 pun, mesti nak balik cepat... dan solat Isyak di masjid dan ikuti kursus haji...