Monday, September 20, 2010

Ternyata berita itu benar

Saya telefon Hj Mazlan hari ini dan beliau mengesahkan apa yang saya bimbangkan... Sememangnya saya dan suami adalah antara jemaah standby yang tidak terpilih tahun ini... Menurut beliau, di WP sahaja.... terdapat lebih kurang 700 lebih jemaah yang senasib dengan saya... Saya mengutarakan chances / possibility2 yg memungkinkan kami untuk pergi... contohnya, jika ada jemaah yg tarik diri saat akhir atau kemungkinan Arab Saudi akan menambah kuota... tapi beliau menyatakan bahawa perkara itu tidak mungkin terjadi.... W/bagaimanapun, saya akan tetap akan menghantar surat rayuan selepas saya menerima surat pengesahan secara bertulis dari TH.

Sesungguhnya, saya amat sedih.... banyak betul dugaan terhadap saya dan suami tahun ini... Harapan saya, berita ini adalah penutup ke atas segala dugaan terhadap kami pada tahun ini.... Banyak perkara tidak menyebelahi kami. Apa2pun, saya percaya... perancangan Allah adalah lebih baik.... Saya percaya, dengan penangguhan ini, saya akan lebih mendalami ilmu2 untuk melaksanakan haji... membuat persiapan rohani dan jasmani untuk melaksanakan haji...

Saturday, September 18, 2010

Berita sedihhh

Semalam baca blog Hj Mazlan.... tanahsucimabrur.blogspot.com....berita yang disampaikan dalam blog tersebut amat menyentap hati saya dan suami... w/pun saya belum mendapat hitam-putihnya, ttp hati ini dah terasa-rasa yang kami adalah antara yang tidak berjaya menunaikan haji pada tahun ini.... terus saya sms Ekyn, menyatakan ke`frust'an hati saya....

Thursday, September 2, 2010

Haji itu jihad...

Selain dari b'cerita mengenai pengalaman saya mengenai haji ini (sbl, semasa dan slps), saya nak masukkan juga maklumat yg boleh dikongsikan bersama.... Saya bukanlah arif ttg agama, saya bukan ustazah, saya bukanlah byk ilmu.... tapi, apa yg saya peroleh, yg saya baca ttg haji ini... saya nak kongsi bersama....

Pengertian haji pada syarak bermaksud mengunjungi Baitullah dalam bulan haji (1 Syawal hingga 10 Zulhijjah) kerana mengerjakan tawaf, saie dan wukuf di Arafah mengikut syarat2 tertentu dan melaksanakan segala rukun2nya. Kenapa dikatakan haji itu merupakan satu jihad/pengorbanan? Sebabnya.... mereka yg akan menunaikan haji ini perlu bersiap-sedia dari segi rohani, jasmani, ilmu, masa, duit dan penyesuaian diri semasa berada kat sana nanti...

Dari segi rohani, kita perlu membersihkan diri dari sifat2 mazmumah, membersihkan jiwa dari perkara2 yg melalaikan, melawan nafsu2 jahat.... maknanya, bersungguh-sungguh nak berubah ke arah yang lebih baik kerana Allah, berniat nak mendekatkan diri dengan Allah, meninggalkan segala larangannya... Ya Allah, sesungguhnya, kami adalah hambaMu yang hina... ampunkan kami Ya Allah....

Dari segi jasmani pula.... kita kena berjihad untuk jaga kesihatan dengan baik agar kerja2 haji dapat disempurnakan dengan baik tanpa gangguan penyakit... (hmm, tu sbb TH mewajibkan pemeriksaan kesihatan kpd bakal2 haji). Bygkan kalau gula dlm darah tinggi (kencing manis), kan susah kalau kita asyik rasa dahaga je... atau asyik nak buang air kecil... Kalau darah tinggi... asyik pening kepala, nak muntah dsb.... pasti akan m'ganggu kelancaran ibadah. Ibadah haji memerlukan kita melakukan aktiviti2 fizikal yang banyak mcm tawaf, saie.... lagi... mungkin jarak hotel/khemah yg jauh dr masjid, jauh dr tempat melontar... then bersesak2, berhimpit2 dgn jutaan manusia.... tak dpt nak imagine...

Ilmu pula.... kita mesti berilmu utk menunaikan ibadah haji... kalau tak, mungkin haji kita tak sah... Mesti berusaha nak melengkapkan ibadah haji dengan sempurna dan diterima Allah. Ada byk perkara yg perlu diambil perhatian... rukun dan wajib haji.... kalau tinggalkan rukun haji, kita tak dpt haji (haji tak sah) tp kalau tinggalkan wajib haji, haji sah ttp dikenakan dam..... kena tau bezakan.... Lepas tu, masa kat sana nanti.... mungkin kita akan terikut2 dgn amalan jemaah lain yg kita sangkakan betul, walhal sebaliknya.... Bygkan kalau ilmu tak cukup, kita akan turut sesat ataupun menyusahkan diri sendiri... Moga2 ibadah haji yg kita buat, bukanlah ikut2an... tapi dilaksanakan dgn penuh penghayatan dan sempurna.

Jihad dari segi masa..... Haji hanya boleh dilaksanakan pada masa2 tertentu shj, bukan sepanjang thn. Kita mesti memperuntukkan masa yg tertentu utk melaksanakannya... untuk niat haji, wukuf, mabit dan melontar pun ada masa-masa tertentu... bkn boleh sesuka hati jek... Sbl pergi menunaikan haji, kita digalakkan attend kursus2 haji... kursus bersiri, kursus intensif, kursus perdana... kena lengkapkan diri dgn ilmu2 berkenaan haji....

Duit??? Of course kena kumpulkan wang yang secukupnya utk menunaikan haji.... duit perbelanjaan utk pergi haji... duit perbelanjaan sampingan (utk bayar dam, utk contigency, utk upah tawaf dsb - bg yg x mampu nak buat...) Selain itu, kena siapkan duit utk tanggungan yg ditinggalkan... kena langsaikan hutang (selain hutang fixed instalment)...

Penyesuaian diri dgn keadaan di Mekah/Madinah... kena sesuaikan diri dgn keadaan tempat, cuaca, org2 Arab di sana...Cuaca di Madinah pada masa2 tersebut kebiasaannya sejukkkk... where as kat Mekah panasss.... biasanya lah...

Anyway... haji adalah salah satu drp rukun Islam yg lima.... yg wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam yg berkemampuan (dr segi kewangan dan kesihatan). Surah Ali-Imran : 97...

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji (dengan) mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yg mampu dan berkuasa sampai kepadanya dan sesiapa yg kufur (ingkarkan kewajipan ibadah haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat suatupun) dari sekalian makhluk"