Thursday, September 29, 2011

What's Next?

Khamis, 22/9/2011... saya attend Majlis Penyampaian Surat Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan kat INTAN. Satu hari kat sana, tak masuk ofis pun. Mula2 baca isi kandung dlm envelope yg diterima, saya tgk surat berletter-headkan INTAN yg saya perlu mengikuti kursus Quantitative Analysis mulai 22 Nov - 30 Dis.... lama tuuuuuuu... 6 minggu.

Yang menjadi kerisauan saya masa tu, jadual penerbangan haji belum diterima lagi. Dan kalau boleh, mmg saya nak ikuti kursus QA siri 1 ni... sbbnya, saya nak usahakan utk start blaja intake Feb ni..... JPA syaratkan, perlu lulus kursus QA tu dulu... Hmmmm....

Esoknya, Jumaat... saya dan abg pergi buat medical check up kat Pusrawi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..... tapi mkn masa jugak... ingatkan dah tak ramai. Satu yg saya perasan.... skg ni trend org pergi haji time muda2... May be dah ada kesedaran awal (mcm saya ni ha... :P). Tak ramai org2 tua mcm zaman2 dulu....

Ingat lepas tu nak terus submit passport dan buku kesihatan kat TH W.P'sekutuan. Memandangkan waktu solat Jumaat pun dah hampir tiba, kami balik dulu dan keluar semula slps Jumaat.

Kat TH WP, kami serahkan passport dan maklumat kesihatan kami direkodkan. Kami juga diberikan beg TH yang beroda (utk 5kg muatan). Alhamdulillah, selesai semua urusan yang dirancang pada hari itu.

Hari Isnin 26/9... saya call TH call centre, bertanya mengenai flight details... Tak disangka2, flight details were ready and I was told to report at Kelana Jaya @ 9.30 pm, this coming Sunday. Skali lg saya rasa menggigil... don't know why... whether excited? surprised? So soon... n we haven't made any preparation at all. Lepas dokumen kami lengkap semua, terus TH buat arrangement flight.... cekap sungguh.

Brg2 standby thn lepas mmg ada, tp dah berpakai... dan dah merata2 letaknya... dan juga incomplete. Terus saya ingat nak ambik cuti starting tomorrow... tp tak sampai hati nak tinggal office cam tu je... kesian... kesian dkt Unit saya tu... dah la puan boss Fizah Jusoh tak de, maternity.

Akhirnya, saya bercuti mulai Rabu..... saya dah clearkan mana2 yg patut.... masa saya tinggalkan tu, tak de benda yg pending pada saya.... Kew 8 semua settle, melainkan yg dokumen tak lengkap lagi dan kecuali Kew 8 saya sendiri (saya tak boleh sahkan Kew 8 sendiri).... saya rasa bercelaru pun ada sbb masa last day tu ada 1/2 day meeting kena attend, petang tu ada taklimat LNPT HRMIS lg... Nota serah tugas pun belum siap... Nak tinggalkan amanat lagi. Tak pe, slow2...

Apa2pun, semuanya berjalan lancar.... Saya sempat jumpa Zeti tp tak sempat jumpa Mawar (sdg berkursus). Tak pe la... nnt calling2.. Cuma, saya jemput anak sulung saya lambat (first time ever)... pukul 7.30 mlm... dah gelap dan dia dah lama berdiri menunggu kami (school ends at 6.50 pm). Kesian kakak........

Tuesday, September 20, 2011

Allahuakhbar... Alhamduillah

Semenjak saya menghantar rayuan kali kedua thn ni, boleh dikatakan sehari sampai 3-4 kali saya semak status permohonan di website TH. Pagi semalam, saya melaksanakan rutin yg serupa. Saya sudah bersedia menanti imej yg bakal dipaparkan adalah imej yang biasa saya tengok yg menyatakan `tiada maklumat ditemui'. Saya dah reserve hati saya untuk menerima berita yang tak diharapkan.... Saya sudah biasa dengan kehampaan...

Tapi........... imej yg keluar adalah berbeza dari yg sebelumnya.... saya tak terbaca tulisan2 yg lain sbb mata saya terfokus kpd perkataan TERPILIH. Ya Allah.... inilah yang saya tunggu2..... Alhamduillah, saya dan suami sudah menerima jemputan untuk menjadi tetamu Allah. Saya rasa menggigil sekejap dan mengambil masa untuk menelefon abg.... tunggu hati bertenang sikit.

Sementara itu, bertalu2 ucapan tahniah yg saya terima dr rakan2 sekeliling.... Hmmm, dorang terdengar saya `menjerit' kegembiraan kot... hehehe.. uncontrollable. Terima kasih semua.... Saya gembira sgt2 sbb dah melepasi `gate' yg pertama.... lepas saya agak tenang, saya terfikir..... ini pun belum tentu menjamin yg saya akan menjejakkan kaki di Mekah/Madinah nanti... semuanya atas ketentuanNya jua...

Lepas tu, saya call abg.... then, kami buat keputusan utk ke TH Kelana Jaya waktu rehat nanti.... nak mintak salinan surat tawaran dan terus buat acceptance tawaran. Kami tak nak tunggu surat sampai sbb bimbang surat tu tak sampai2 atau lambat sampai... dan kami kena buat acceptance sbl due date yg ditentukan.

Bila sampai sana (TH K.Jaya), punyalah ramai org.... tunggu dlm sejam setengah, baru sampai turn kami.... Kami terus isi penerimaan tawaran dan serahkan semula di kaunter. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..... cuma TH K.Jaya kehabisan buku kesihatan. Kami dicadangkan utk dtg semula keesokan harinya utk dptkan buku tersebut. Tak pe lah.... mana2 TH pun boleh dptkan buku tersebut.....

So, hari ni.... abg pun ambil buku tersebut di TH Jln Tun Razak.... Hari Jumaat ni, kami cuti... so, bolehlah buat pemeriksaan kesihatan. Last year dah buat dah... kan kami berstatus standby last year... Tp dah tak valid lg... cuma suntikan je yg tak perlu ambil lg...

Sesungguhnya, Allah akan memperkenankan segala permintaan kita... cuma kita tak tau bila... lambat atau cepat... atau mungkin permintaan kita tu diperkenankan bukan dlm btk yg kita inginkan.... dan kita yang tak perasan.... Hanya Dia yang Maha Mengetahui....

Monday, September 5, 2011

Usaha lagi!

Hari ni, 5 Sept 2011 (Isnin) saya dan abg masih bercuti. Esok baru start keje balik. W/pun bercuti, tapi kami tak dok rumah punnn... melalui hari yg memenatkan, tapi mengharapkan usaha yg berbaloi.

Lepas jemput anak2 balik sekolah agama, kami pergi ibu pejabat Tabung Haji di Jln Tun Razak... buat kali kedua, kami kemukakan surat rayuan pada tahun ni, di hantar melalui tangan sendiri kepada petugas TH di Tingkat 30. Surat tu disalinkan kepada Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, menteri di JPM dan Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari bin Mohamed Nor, pengerusi TH.

Sampai sana, punyalah ramai org... tu, yg berurusan kat Tkt 30 aje tu (urusan haji). Turn kami, kena tunggu dlm 30 org lagi... lepas2 tu, ramai lagi yg dtg. Sementara tu, saya turun lobi utk urusan buku simpanan TH. Ramai juga.... akhirnya, saya masuk BIMB aje.... Bila selesai, saya naik semula ke Tkt 30.... dan giliran pun sampai.

Bila urusan selesai, kami ke DBKL pula... bayar cukai pintu... saya dah terhilangkan bil cukai pintu tu dan mintak dorang printkan semula... lepas tu, pi lunch... pi beli brg2... balik rumah, jln jem teruk sbb ada accident...

Abg dropped kan saya kat rumah dan terus keluar semula jemput anak2 dr sekolah kebangsaan...