Saturday, January 28, 2012

Kenangan Terindah (5): Hari2 Berikutnya...


Ya Allah, waktu saya menaip entry ini..... terasa rindu sangat dgn bumi Madinah ni.... rindu dgn Rasululah saw. Pernah tak sahabat2 terfikir.... rasa pelik kan... Mcm mana kita nak rindu pada seseorang tu, padahal kita tak pernah berjumpa dgnnya... subhaAllah..

Suasana di waktu Dhuha

6 Oktober 2011... org semakin ramai memasuki bumi Madinah.... peniaga2 pun ramai... maksud saya yg illegal ni la.... Kebiasaannya lepas solat, beramai2 la mereka menjual atas `troli' barang. Mcm2 ada..... sesuai utk souvenir... jubah lelaki dan perempuan semurah SR15, brg2 mainan, beg2 yg sesuai dijadikan beg telekung, mcm2 lagi lah.... memang murah2. Barang yang sama boleh didapati di kedai2 dgn harga 2 kali ganda.

Kebiasaannya, org ramai akan mengerumuni peniaga2 ni.... berlonggok2. Dan sememangnya org kita la sbb org2 kita ni tinggal di hotel yg berdekatan dgn masjid. Org2 Turki dan sejenisnya menginap jauh dr masjid..... jauh.... jln kaki mungkin 2-3 km. Bertuahkan org M'sia dapat tinggal dekat dgn masjid.

Bila polis sampai, peniaga2 ni akan bertempiaran lari sambil menolak troli... dah namanya illegal. Kdg2 tu, kenderaan polis dah siap sedia menunggu luar masjid sbl waktu solat lagi. Tapi, polis2 Madinah ni baik2... mmg ada peniaga yg ditangkap dan di bawa menaiki kenderaan polis. Tapi sbl tu polis2 ni, seolah2 dah bagi peluang peniaga2 ni melarikan diri... Kalau keluar masjid, peniaga2 ni tak kelihatan... maknanya ada la polis tgh standby.... Hmm, mcm2 mana pun, slps2 tu... peniaga2 ni muncul balik selepas waktu solat yang lain....

Saya pernah mkn di restoran Arab di Seri Kembangan
Nama kedai tu....Half Moon

Starbucks ni terletak di laluan pergi/balik masjid
Sinilah tempat perjanjian antara saya dgn abg lepas keluar masjid
Sambil2 tu.... slalu gak la beli utk menghilangkan dahaga...
Nampak tak suamiku tgh beratur????

Di sini, kami beli prepaid card utk kegunaan kami... satu sorang. Mula2 beli satu aje utk contact keluarga di Malaysia.... tapi, bila kami perasan ada wireles kat hotel, waaaahhhhhh.... apa lagi, skype aje la... tak incur any cost pun. Tu yg kekadang saya boleh upload gambar kat FB. Sangat2 puas hati sbb ada free communication. Cuma masa nak kena adjust2 lah sbb beza waktu 5 jam.. ke 6 jam? Haih, lupa lak....

Cuma masalahnya, kalau ada apa2 hal... nak contact abg dari dlm masjid, payah sikit. Ye la.... kdg2 tu, dah janji nak balik hotel lepas solat... then saya ubah fikiran utk stay.... mcm mana kaedah nak bg tau abg? Ruang solat lelaki dan perempuan tak memungkinkan kami utk berhubung secara lisan. Dan... satu lagi masalahnya, perempuan tak dibenarkan bawa kamera @ hand phone berkamera masuk ke dlm masjid. Lelaki boleh..... Ataupun, kdg2 dah janji tunggu di sekian2 tempat, tapi abg/saya tak muncul2.... mcm mana nak cari dgn sekian punya ramai org tu.... boleh tension jadiknya...

Bila dan pandai sikit.... saya bawa juga masuk hp...heheh... sorok2 sikit. Bukan sorok manapun... masuk poket jubah je. Penjaga masjid tak check tubuh badan... dorang hanya check beg je..... So, kami pun beli lagi satu prepaid.... Settle masalah.... Dannn... sambil2 tu, saya snap la apa2 yg patut...

Sebahagian ruang solat lelaki
Ni abg yg captured... bukan saya... hehe

Ruang solat wanita

Once dah masuk masjid, kalau boleh nak dok situ sampai Isyak tak keluar2.... Tapi, mana mungkin, kan... Nature call la... perutpun perlu diisi.... wudhuk pun perlu dipelihara...Ruang solat makin lama makin terhad sbb org semakin ramai. Saya, kebiasaannya dtg awal utk iktiqaf dan juga utk dapatkan tempat yang saya suka. Balik ke hotel slps Zuhur utk lunch. Datang semula ke masjid sbl Asar dan cuba bertahan sehingga Isyak.... InsyaAllah, mohon aje dgn Allah agar wudhuk kita terpelihara. InsyaAllah diperkenankanNya....

Tapi... yang saya tak pahamnya, warga2 Indon ni (tak semua)... bila selesai solat dan sementara menunggu waktu solat yang seterusnya, mereka berbaring dan TIDUR! Ye.... tidur dgn nyenyaknya... sampai berdengkur2. Bila dgr azan berkumandang, mereka bangun dan terus solat... terus solat tanpa berwudhuk semula. Hmmm...


Saya juga ada mengepos barang ke rumah dari sini. Dari rumah, dah berniat... tak nak shopping. Tapi, rasa serba salah pulak... takkan tak beli souvenir terutamanya utk anak2, mak, keluarga dan rakan2 saya (uishh... dah cover semua tu).... MasyaAllah, ramai betul yang bermurah hati bersedekah kepada kami sbl kami berangkat ke sini. Besar jumlahnya... Kami mohon pada Allah agar saudara-mara serta sahabat2 kami yg sgt2 bermurah hati ini juga berpeluang mengerjakan haji/umrah sebelum menutup mata. Semoga Allah melipat-gandakan lagi rezeki mereka... Allahuakhbar...

Pos Malaysia pun byk untung kat sini.... satu kilo, chargenya SR13. Bila didarabkan dgn berkilo2... harganya....mak aiii...rasa rugi lak nak pos sbb dgn harga tu, boleh beli byk lg jubah yg cantik2... Tapi, tak sanggup pula nak mengangkut ke Mekah byk2 dan nnt kat airport (masa balik) kena charge sbb lebihan bagasi... Tak pe la... pos aje.... Senang hati.

Saya pos sekotak aje... tak banyak... sbb tak la shopping tak hengat. Ala kadar je... Saya ada nampak jemaah lain pos berkotak2 besar... fuhhh, byknya shopping..... Mmg org M'sia byk berbelanja kat sini. Kdg2, saya dan abg jln2 sekitar sini.... nampak bangsa lain, berlonggok kat kedai emas.... Ooohhh, different target market.


Setiap hari Jumaat, kami dijamu dgn menu spesel sikit.... nasi beriyani. Makanan di sini, boleh laaa.... ok aje dgn kami suami isteri, tak ada masalah..... Alhamdulillah. Pertama kali di sini kami merasa masak timun.... timun yg ditumiskan dgn air dan dijadikan sbg sajian sayur...


Kalau breakfast.... beli sendiri. Kadang2 beli kat sekitar hotel atau peniaga jalanan yg menjual sarapan pagi di tepi2 hotel. Ada nasi lemak, nasi goreng, mihun goreng... sebungkus SR3. Mahal kan.... Yg menjual tu, sama ada student Msia atau isteri org Msia yg bekerja/menuntut di sini.

Ataupun.... pegi kat food court ni... Mcm2 ada....
Harga pun tak menentu... makin ramai, makin mahal

Beginilah keadaannya masa breakfast
Lepas solat Subuh, tempat ni akan penuh dgn jemaah2 bersarapan

Bersambung.....

Friday, January 27, 2012

Kenangan Terindah (4): Ziarah Luar

Sambungan dari Kenangan Terindah (3)

Pada hari ini bersamaan 5 Okt 2011, kami dibawa menziarahi kawasan-kawasan bersejarah di sekitar Madinah. Tempat yang dituju adalah sama seperti yang dilawati semasa dtg mengerjakan umrah. TH bawa secara percuma, tiada kos dikenakan....

Secara keseluruhannya, saya amat2 berpuas hati dengan pengendalian jemaah haji oleh TH. Sangat2 berpuas hati..... dengan kos yang jauh lebih murah, kami menikmati kemudahan yang lebih kurang sama dengan apa yang ditawarkan oleh pakej swasta, malahan ada yg lebih baik lagi. Petugas2 TH juga baik2 belaka dan sentiasa menghulurkan bantuan jika diperlukan.... syukur alhamdulillah.... Nanti2 saya akan ceritakan lebih lanjut.... kalau tak, tersasar pula dari tajuk entry kali ni...

Tepat pukul 7.30 pagi, kami berkumpul di lobi hotel dan menaiki bas2 yang disediakan.... ber`bas-bas' dan kena ingat no bas yang dinaiki. Setiap satu bas, diketuai oleh seorang ustaz yang dilantik oleh TH dan biasanya pelajar2 di universiti2 di Madinah. Kali ni, ustaz tersebut adalah org M'sia... kalau masa saya pergi umrah sbl2 ni, pembimbingnya org Indon.... mungkin sbb masa tu kekurangan pelajar Msia....

Tapi kini, ramai dah student M'sia di sini.... masa2 mcm ni la, mereka boleh cari duit lebih. Ustaz bas kami ni siap promote lagi uni kat sini.... dan saya sememangnya memasang angan2 agar adalah salah seorang (atau kalau boleh semua) anak2 kami yg dpt menuntut di sini.... Angan2 aje dulu, manalah tahu dimakbulkan Allah....

Tempat pertama yang kami tuju adalah Jabal Uhud... Jabal maknanya bukit. Tempat inilah berlakunya peperangan sengit antara tentera Islam dan tentera Musyrikin dari Mekah. 70 orang sahabat gugur syahid dan disemadikan di sini. Untuk cerita lanjut mengenai peperangan Uhud, saya sertakan salah satu link yang boleh dirujuk : Perang Uhud

Brg di sini murah2....
Tasbih, minyak wangi, akar Fatimah, kurma...

Ini Bukit Memanah

Inilah Bukit Uhud

Gambar kenangan bersama 2 org roomates saya
Zatul dan Kak Nita... Kedua2nya org2 yg hebat, masyaAllah...

Kemudian, kami dibawa ke Masjid Qiblatain, masjid 2 kiblat. Dimasjid inilah Allah menurunkan ayat yang memerintahkan Rasulullah mengadap ke Masjidil Haram di Mekah. Disebabkan kesuntukan masa (lama kat Jabal Uhud tadi), kami hanya lalu aje dan memerhatikan dari dlm bas. Cerita lanjut mengenai masjid ini boleh dirujuk di sini: Masjid Qiblatain

Gambar ihsan en. gugel

Dari Masjid Qiblatain, kami ke masjid Quba'.... masjid yang didirikan oleh Rasulullah sebaik tiba di Madinah. Selepas selesai membina masjid ini, Rasulullah tinggal bbrp hari dan kemudian bergerak memasuki bandar Madinah dan membina Masjid Nabawi pula. Ustaz kata... ada riwayat yang mengatakan `satu sembahyang di masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah"

Masjid Quba'

Destinasi akhir... ke kebun kurma... Masa umrah dulu, saya di bawa ke pasar kurma.... kali ni ke kebunnya pulak.... Sampai di sana, ramai betul yang bershopping kurma, kismis dan coklat.



Beli... jgn tak beli....
Lepas tu.... balik semula ke hotel dan bersiap sedia untuk solat zuhur.... bersambung.....

Sunday, January 15, 2012

Kenangan Terindah (3): Masjid Nabawi

Sambungan dari Kenangan Terindah (2)

Masjid Nabawi

Pssttt... saya tak bawa kamera, semua gambar2 diambil melalui HP BB dan jugak ipod. Alhamdulillah, hasilnya tak mengecewakan... cuma gambar2 dr ipod je agak kurang cantik...

Menziarahi Madinah dan juga melawat makam Rasul tidak termasuk dalam hukum wajib/sunat ibadah haji, tapi ia amat2lah dituntut.... sehingga Rasulullah saw bersabda... `Barangsiapa mengerjakan haji di Baitullah (Makkah) tidak datang menziarahi, sesungguhnya dia telah melupakanku'.

Masjid ini terletak di tengah2 kota Madinah. Bersolat di Masjid Nabawi pula amat byk kelebihannya... pahalanya adalah seumpama 1000 sembahyang di masjid2 lain selain Masjidil Haram (Makkah)... MasyaAllah... senang2 kita dapat mengejar pahala yang 1000 X ganda tu... insyaAllah. Besar sungguh ganjarannya... Jemaah haji pula seelok2nya berusaha utk solat berjemaah 40 waktu.

Kebiasaannya, TH dah sedia mengatur waktu dan hari utk tinggal Madinah cukup2 40 waktu.... atau mungkin lebih sikit 41 atau 42 waktu. Sekurang2nya, kita akan tinggal di Madinah 8 hari, dan satu hari ada 5 waktu... maka 8 hari, jumlahnya 40 waktu. Ini bermakna, tiap2 waktu bersolat di masjid istimewa ini. Fadilatnya, akan terlepas daripada seksa neraka, terlepas dari azab dan bebas dari sifat munafik... insyaAllah. Hmmm... bagi perempuan yang uzur atau jemaah sakit, tentunya tak dapat nak dpt nak solat 40 waktu dgn imamkan... InsyaAllah... Allah maha pemurah, lagi Maha Mengetahui... jangan dirisaukan sgt...

Hari ini, TH anjurkan ziarah sekitar Masjid Nabawi.... semua 450 jemaah dijemput utk menyertainya. Haaa... jgn ingat yg ikut pakej swasta je yg ada ziarah taw... TH juga ada... cuma, ramai sgt... dan ramai yg tercicir2, esp warga2 tua... Lepas tu, bila diberi penerangan... tak dengar sgt sbb terlalu ramai.... Tapi, tak ikut TH pun tak pe.... Saya percaya, ramai jemaah yg sudah dtg sbl ni mengerjakan umrah.... jadi, tak perlu ikut... Boleh pergi buat ziarah sendiri, ditambah dgn bahan2 bacaan dan rujukan melalui internet. Tapi, saya ikut juga..... hehehe

Sebahagian jemaah sedia utk m'dgr taklimat

Jemaah ditunjukkan dgn kubah hijau, yg mana dibawahnya terletak makam Rasul, Abu Bakar dan Umar.... dipimpin utk bacaan doa dan diterangkan adab2 menziarahi makam tersebut. Untuk ke maqam/Raudhah, jemaah perlu pergi sendiri...

Kemudian, jemaah ditunjukkan perkuburan Baqi'.... kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yg meninggal dunia di Madinah. Di sini juga disemadikan isteri2 Rasulullah (Aisyah, Hafsah dan Zainab), cucu2 Baginda dan para sahabat Baginda. Jemaah juga dipimpin bacaan doa oleh TH... Hanya kaum Adam shj boleh melawati kws perkuburan ini.... Abang masuk ke sini, manakala saya pula masuk dlm masjid dan pergi ke Raudhah.


Ustaz masa saya kursus haji dulu ada menyebut.... Tuan/Puan tak nak kah menanam cita2, dan berdoa utk meninggal dunia di Madinah dan ditanam di perkuburan Baqi' ini? Sbb di sini, bersebelahan dengan Masjid Nabawi, azan berkumandang dan akan sentiasa ada org melawat dan bersedekah (ayat2 Quran/Fatihah)... Sambungnya lagi, kalau di Malaysia, hanya waktu2 tertentu aje org melawat iaitu masa sambutan raya (raya haji belum tentu)...

Sabda Rasulullah saw,`Sesiapa mampu utk mati di Madinah, hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepadanya'


siap sedia utk diisi
Ini mimbar Rasulullah
Mimbar ini teretak di tempat asalnya iaitu tempat mimbar Rasulullah
Kws Raudhah sebelah lelaki
Pintu makam...
Nampak tak ada ditulis ~Rasulullah~
Kubah bergerak...
Saya ambil gambar ni waktu Dhuha...
Mungkin sengaja dibukakan pada waktu2 ini..

To be continued...

Saturday, January 14, 2012

Kenangan Terindah (2): Al Haram dan Raudhah

Sambungan dari Kenangan Terindah (1)

Sementara menunggu waktu untuk taklimat, kami mengambil kesempatan utk meninjau2 keadaan persekitaran hotel... besar dan cantik hotelnya...

Lobi hotel
Ini pula di kaunter TH
Byk seats disediakan... selesa
Ini pula ruang makan... masa ni tak ramai lagi
Selesai taklimat, kami terus lunch...
Lunch time mulai 11 pagi.. zuhur masuk 12 lebih
Ini... saya yang tengah menikmati hidangan

Makanan jemaah haji dah siap sedia di pack (mcm dlm gambar atas)... ada lauk, nasi, sayur, air mineral dan buah. Air panas juga disediakan, lengkap dgn teh dan creamer... Kami ikut pakej muassasah shj.... dan TH hanya menyediakan lunch dan dinner... breakfast atas tanggungan sendiri ya!

Kemudian.... bergegas dan bersiap sedia utk ke masjid....

Alhamdulillah, ini kali ketiga berpeluang menghirup udara Madinah Al Munawwarah... Moga2, ini bukan yang terakhir.... Sungguh indah dan nyaman suasana di sini. Hati rasa tenang dan damai.... Jemaah pun belum begitu ramai.

Dataran Masjid Nabawi
Di bawah kubah hijau itulah terletaknya makam Rasululah
dan sahabat Baginda
Oh ye... sambung yang tadi...

Sampai di masjid, ruang dah agak penuh.... tapi, disebabkan saya hanya seorang diri, maka mudahlah utk saya menyelit-nyelit. Alhamdulillah, dapat tempat yang selesa. Selesai solat, saya mencari2 juga jemaah Malaysia yang lain (yang juga berseorangan) dan cuba2 pelawa utk ke Raudhah. Maklumlah, baru sampai.... dan tak familiar lagi dgn kwsn persekitaran.... dulu, lain keadaannya..... skg dah byk berubah.

Bila saya dah jumpa calon utk diajak (ke Raudhah), saya pun bertanya....`nak pergi Raudhah tak?' Tapi, beliau menolak... katanya... ziarah dlm (masjid) adalah keesokan harinya.... beliau nak ikut TH punya atur cara. Hmmm.... tak pe la.... hampa pula rasanya.... mungkin beliau keletihan agaknya... Setahu saya, seelok-eloknya kita perlu bersegera menziarahi makam Rasulullah saw (yang terletak di kws Raudhah)... Ye la, urusan penginapan dan beg juga telah selesai, maka apa lagi yang ditunggu...

Maka, saya mengambil keputusan utk beriktiqaf di masjid sahaja.... dengan harapan, ada lah rezeki saya utk menziarahi makam Baginda pada hari itu juga... Nak balik hotel, buat apa... perut pun dah kenyang, dah mkn sbl ke masjid tadi. Tiba2, saya nampak pengawas2 masjid mengumpul2kan jemaah2 wanita ikut bangsa.... Saya ternampak salah satu sepanduk yang dipegang bertulis `Bahasa Melayu'. Saya bertanya kepada org sebelah.... apakah maknanya itu? Beliau menyatakan yang pengawas tersebut akan membawa jemaah utk menziarahi Raudhah... Oh, ye ke.... Alhamdulillah...

Kalau dulu, masa di Madinah (time umrah), tak de pula `ketua rombongan' dari kalangan pengawas masjid ni.... kami pergi dgn wakil travel agent. Tapi kini, tiada agent.... (kalau ikut TH - esoknya baru pegi ziarah)..... tak sangka pulak ada arrangement mcm ni.... Adakah semasa musim haji shj?

Saya masuk dalam kumpulan `Bahasa Melayu' itu... dan dalam kumpulan itu, saya bertemu dengan kawan baru, Kak Haslina namanya. Beliau juga bersendirian dan saya sgt seronok bila akhirnya bertemu dgn seseorang yg boleh menemani saya ke Raudhah... (kenapa perlu berteman? Hmmm... for the first time utk masa ni, biarlah saya nampak `jalannya' dulu... lepas2 ni, saya boleh pergi sendirian).

Saya memerhatikan... apa yg pengawas2 ni buat... Mereka mengumpulkan jemaah mengikut bangsa demi menjaga keselamatan jemaah. Maklumlah, org2 Asia ni kecil2 shj dan bersopan santun.... berbanding dgn bangsa2 Turki (dan yg sejenisnya) yg berbadan besar dan pergerakan yg agak kasar. Kalau masuk dlm kws Raudhah bersekali dgn dorang2 ni, alamat.... tertindaslah krg2 yg bersopan santun ni...

Kami di bawa ke Raudhah, mengikut kumpulan msg2 dan berperingkat2.... ada la 2 - 3 tempat perhentiannya.... sementara menunggu group yang terdahulu, kami di bawa menunggu ke satu perhentian. Bila group depan dah bergerak, kami pula mengambil alih tempat mereka tadi dan begitulah seterusnya... sehingga, akhirnya sampai ke taman syurga itu... Raudhah..

Lain... lainnya perasaan bila berada di kawasan Raudhah... Hati tiba2 menjadi sayu yg amat2... tsk.. tsk.. tsk..

Raudhah ertinya taman.... Ia terletak di antara rumah Rasulullah dan mimbarnya. Raudhah ini adalah tempat Rasulullah dan para sahabat berkumpul dalam majlis ilmu dan zikir... Bagi jemaah wanita, hanya waktu2 tertentu sahaja dibenarkan dan ruang Raudhah amat2 terhad. Jemaah sentiasa bersesak2 dan bertolak2... Walau mcm manapun, alhamdulillah saya mendapat ruang utk menunaikan solat sunat di kws istimewa ini.

Di ruang wanita, makam Rasul terletak di sebelah bahu kiri... Dulu, kaum wanita boleh juga melihat makam berhadap dgn pintu makam, tapi kini tidak lagi.... tak tahulah kalau musim umrah, boleh ke tak...

Bersambung......

Kenangan Terindah (1): Syukur.... Alhamdulillah...

Hanya ucapan syukur dan alhamdulillah yang sering bermain2 diminda dan hati saya bila akhirnya, impian saya dan suami akhirnya bakal menjadi kenyataan... Tak dapat nak digambarkan perasaan saya ini. Rasa sangat2 bertuah kerana akhirnya menjadi Dhuyufur Rahman.

Sememangnya saya berhajat untuk mencatatkan dan berkongsi setiap detik dan pengalaman yang saya lalui. Saya inginkan setiap inci memori di Mekah dan Madinah sentiasa hidup segar dalam ingatan saya.... saya tak mahu melupakannya walau sekelumit. Saya tahu dan faham bahawa ia tak mungkin akan melekat kukuh dan ia akan menghilang sedikit demi sedikit. Maka, saya berazam untuk sentiasa membawa buku catatan saya ke mana saja saya pergi sepanjang berada di sana.... dan, apabila ada kelapangan nanti, saya akan abadikannya dlm blog sekembalinya saya ke tanah air.

Tiba di Malaysia, saya tak sempat nak update blog sbb kekangan masa... masuk kerja sehari dan terus kena attend kursus Kuantitatif Analisis di INTAN selama 6 minggu... sehingga 30 Disember 2011... terlibat dgn pesentation, exams, discussions.... Kasihan anak2 saya... dahlah tak bersama selama hampir 2 bulan (kerana kami mengerjakan haji), lepas tu bila kami balik pula... tak dpt nak bercuti ke mana2 sbb saya berkursus (masa tu kan cuti sekolah).

Maka, hari ini.... mlm ini... baru lah ada kesempatan.... Saya jemput tuan/puan membaca cerita dan pengalaman saya, bukan utk bermegah2... cuma utk berkongsi pengalaman... Mudah2an, sahabat2 saya ini juga berpeluang untuk menunaikan rukun ke lima ini dan mendapat sedikit gambaran tentang keadaan di sana.

2 Oktober 2011 (Ahad), kami dihantar ke Kompleks TH, Kelana Jaya oleh abg sepupu saya.. Abg Nurul... terima kasih byk2... Mula2 saya kata kat mak... Tak payahlah hantar2, biar kami naik teksi aje.... tapiiii.... hmmmm, tau je la jawapannya kan... mana mungkin. Saya tak nak menyusahkan sesape, tapi dalam masa yang sama kesian kat anak2 saya.... tak sampai hati nak melihat dorang bersedih dgn pemergian kami dan tak sampai hati pulak jika tak membenarkan mereka mengiringi kami...

Sampai di sana, kami diarahkan untuk daftar dan ambil brg2 hadiah. Mcm2 dapat... may be TH dpt byk sponsor dr sykt2 swasta... ada beg sandang, spray (Telekom sponsor), tikar plastik, payung (Kwait Finance), sejadah plastik (Perodua), vit C, proviton, dan mcm2 lagi la.... Lepas solat Maghrib dan Isyak (jamak dan qasar) dan bersalam2 dgn mak, anak2 (syahdu....) dan saudara-mara... terus kami masuk utk dengar taklimat dan check-in. Dalam hati saya, tak putus2 berdoa memohon dipermudahkan urusan mak dan anak2, dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi dari musibah....

Selepas taklimat diberikan oleh petugas TH, tepat jam 10.15 pm, beransur2 jemaah meninggalkan dewan, menaiki bas yang disediakan untuk ke KLIA. Jumlah jemaah adalah seramai 450 orang. Kami menaiki bas no 10 dan diiringi oleh kenderaan polis & polis trafik bagi memastikan kelancaran lalulintas sepanjang perjalanan ke KLIA. Sejak mula lagi, telah terasa `istimewa' sbg tetamu Allah. Petugas2 TH yang sentiasa senyum, mengucapkan tahniah, bersalam2an, diiringi ke KLIA lagi.... Subhanallah....

Sedang bas bergerak laju, bas membrek dengan kuat sekali, seolah2 hilang kawalan dan melanggar bas depan yang juga membrek.... Nasib baik bas sempat mengelak dan hanya langgar sisi belakang bas depan, walau bagaimanapun... dentumannya tetap kuat. Rupa2nya, bas depan cuba utk mengelak dari melanggar sebuah kereta yang masuk ke laluan kami secara tiba2. Ya Allah, inilah pertama kali saya terlibat dalam kemalangan..... dan alhamdulillah, tidak serius.... tetapi hati tetap bergemuruh dan tangan saya terasa menggigil2....

Beginilah keadaan bas tersebut
Bas terus ke tepi... ke bahu jalan dan kami diarahkan turun.... Keadaan jemaah di periksa bagi memastikan tiada kecederaan berlaku.... Ada 2-3 jemaah yang tidak begitu bernasib baik, terseliuh tangan, tapi saya tak perasan yang mana... sbb keadaan gelap, dan saya juga tgh cemas... Keadaan bas, saya kira masih boleh berjalan... tapi, pemandunya tak kuat semangat utk terus mengendalikan bas tersebut.... trauma.

Tak lama kemudian, bas ganti sampai dan kami menaiki bas tersebut.... meneruskan perjalanan. Sampai di sana, saya nampak jemaah yang cedera tersebut, sedang diberi rawatan....

Kami menaiki penerbangan SV 5701... memulakan perjalanan dlm kol 1 pg (lebih)... dan tiba di lapangan terbang Prince Mohammed, Madinah tepat pukul 9.25 pagi (waktu Malaysia) atau 4.25 pagi waktu tempatan. Subuh belum masuk dan jemaah berpusu2 untuk ke tandas. Fuhhh.... sungguh pack!

Urusan di imegresen (pengesahan passport, pemeriksaan kad kesihatan dan pengambilan bagasi) mengambil masa lbh krg 2 jam. Bila dah jumpa beg, kena ambil beg sendiri utk di bawa ke mesin pengimbas. Bila dah lepas mesin pengimbas... beg2 tersebut akan diambil alih dan uruskan oleh petugas TH dan kami hanya berlenggang sahaja (bawa yg hand carry je). Tak perlu bersusah payah dan beg akan terus dihantar ke depan pintu bilik hotel... eh, acah je... ke level penginapan kita di hotel....

Perjalanan dari airport ke hotel penginapan mengambil masa dlm 1/2 jam sahaja. Persekitaran Madinah masih lapang (kami kan penerbangan awal - KT 9).... org belum ramai lagi.

Taklimat dlm bas
Kami ditempatkan di Hotel Al Haram
jaraknya 50m aja dr Masjid Nabawi.... alhamdulillah...
Nampak tak dataran masjid tuuuuuu....
Alhamdulillah.... semua kemudahan TH ada di sini... kaunter pengeluaran wang (penting tu...), klinik, kaunseor, pembimbing haji, Pos Malaysia..... mudahlah nak berurusan. Bilik saya no 1112, abg - 1108... tak de la sebelah2... Satu bilik - 5 orang. Masa saya masuk bilik, dah sedia ada 3 jemaah... tapi, orgnya tak ada dlm bilik. Saya terus bersihkan diri tanpa kelengkapan yang lengkap.... sbb beg besar belum sampai lagi. Nasib baik dlm beg jinjing saya dah siap bawa sepersalinan spare dan towel kecik.... Nak kena cepat, sbb ada taklimat kol 10 am...


Inilah keadaan biliknya
Hmm... okeylah, to be continue... mata dah ngantuk.... nnt2 saya sambung.