Saturday, February 18, 2012

Kenangan Terindah (9): Perjalanan ke Mekah

Sambungan dari Kenangan Terindah (8): Sofaikat Bani Saedah

Assalamualaikum....

Pada malamnya, 10/10 jemaah KT 9 dah dapat sticker baru untuk penginapan di Mekah nanti. Sebelum2 ni, saya sering berdoa agar dikekalkan sebilik dengan roomates saya di Madinah. Tapi, walau apapun, saya percaya dan sangat-sangat percaya...... jika tak dapat sebilik, itulah ketetapan Allah yang terbaik buat saya...

Daaaaannnnnnn...

Seperti yang saya jangka.... saya tak sebilik dengan sesiapepun dari kalangan roomates saya ni... Kak Nita sebilik dengan Zatul, Auntie Sherry dengan Kak Jem... dan saya dengan jemaah lain yang sudah pasti saya tak kenal langsung. Timbul juga rasa sedih dan risau.... Walaupun kami bersama cuma 8 hari, saya dah mula sayang selesa dengan mereka. saya pujuk hati saya, will spend most of the time in Masjidil Haram. Astaghfirullahalazim.... cepat2 saya positifkan semula minda saya... Ye, itulah yang terbaik buat saya. Saya yakin dan pasti.

Nampaknya, kena mula persahabatan baru... kena sesuaikan diri dengan suasana baru, kawan2 baru. Itulah hikmahnya... saya akan berkenalan dengan org baru dan melebarkan network persahabatan.

Oh ye.... lupa nak stori..... Kak Nita ni, rupa2nya senior saya di SEMESTI dulu.... tapi kami tak pernah berjumpa..... masa saya masuk, Kak Nita dah keluar...... Kalau tak silap, dia 1st batch semestianist.

Selasa 11 Oktober 2011, hari ini kami dijadualkan bertolah ke Mekah Al Mukarramah. Bas dijadualkan bergerak pukul 7.00 mlm. Dalam hati, risau juga nak berjalan jauh pada waktu malam.... merentasi padang pasir, kiri kanan jalan yg gelap gelita. Astaghfirullah... serahkan semua urusan pada Allah.... jgn fikir yg bukan2.

Sebelum meninggalkan kota suci Madinah, disunatkan melakukan ziarah wada', menziarahi makam Rasulullah SAW sebagai mengucapkan selamat tinggal kepada Baginda. Hukumnya - sunat muakkad. Bgm nak buat zizrah wada'? Sama je mcm mula2 sampai dulu.... seelok2nya, ziarah di waktu2 paling akhir jemaah akan meninggalkan Madinah. Lepas ziarah, jemaah masih boleh berada di Madinah bagi apa2 tujuan, w/pun melibatkan bermalam semalaman lagi.... Berbeza dgn tawaf wada' di Mekah.... nanti saya cerita ye...

Ada yg salah sangka.... menyangkakan yang ziarah wada' bermakna perlu masuk ke Raudhah (sbb makam Baginda di Raudhah). Tidak.... tak perlu. Cukup sekadar melawat maqam Baginda di sebelah luar sahaja... tak perlu bersesak2 utk masuk semula ke Raudhah.

Sayu rasa hati hendak meninggalkan Madinah.....

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Salam atasmu ya Rasulallah

Aku titipkan engkau kepada Allah

Dan ku ucapkan salam atasmu

Aku mempercayai Allah dan apa yang diwahyukan kepadamu

Ya Allah,

jangan jadikan ziarahku ke Nabi-Mu ini sebagai ziarah yang terakhir

Sekiranya Kau wafatkan aku sebelum ini

Aku bersaksi dalam kematianku apa yang saksikan dalam hidupku

bahwa tiada Tuhan kecuali Engkau

dan Muhammad adalah hamba-Mu dan Rasul-Mu

Semoga Allah senantiasa mencurahkan selawat kepadamu, dan

semoga Allah tidak menjadikan salamku padamu ini sebagai salam yang terakhir.

Lepas ziarah wada', kami balik ke hotel.... menyiapkan beg2 utk diuruskan oleh petugas2 hotel. Mudah sahaja urusannya... letakkan beg besar di tempat yang dikhaskan di level masing2.... dan beg2 tersebut akan diambil alih oleh petugas2 hotel. TH dah siap2 arrange utk kita semua.... Kita bawa beg sandang aje, tak perlu susah2 seret beg besar.... bagusnya TH.

Bergambar sebelum bertolak

W/pun bas dijadualkan bergerak pada pukul 7pm, kami diarahkan utk turun tunggu di bawah pukul 5.30 pm. Tapi..... alhamdulillah.... semua urusan berjalan lancar dan kami mula meninggalkan Madinah tepat pukul 5.45 pm dan sampai di Bir Ali pada 6.15 pm..... dekat aje..... 7 km dari Madinah.

Ada apa di Bir Ali? Sebelum kita masuk tanah haram (Mekah), kita wajib berihram dan memasang niat di miqat. Untuk yang dtg dari Madinah, tempat miqat adalah di Bir Ali. Jarak antara Bir Ali dan Mekah adalah lebih kurang 450km. Bagi jemaah wanita yg uzur, tetap kena berihram. Semua amalan2 sunat sebelum berniat ihram boleh dilakukan melainkan solat sunat ihram.

Memandangkan kami semua mengerjakan Haji Tamattuk (mengerjakan umrah dulu, kemudian Haji), maka niat ihram adalah niat ihram umrah. Berniat ihram adalah rukun dan wajib berniat di miqat. Apa beza rukun dan wajib? Kalau kita meninggalkan (tak buat) perkara rukun, maka haji/umrah kita tak sah atau batal. Kalau perkara wajib ditinggalkan, haji/umrah kita tetap sah tetapi kena bayar dam. Paham ke?

Selepas berniat.... silalah jaga pantang larang dalam ihram. Pantang larang tersebut kelihatan mudah sahaja, tapi bila dlm keadaan berihram.... terasa agak berat sbb perlu lebih berhati2.... Masa tu lah, kepala minta digaru, serpihan kuku nak tercabut.... mcm2.


Masjid Dzulhulaifah @ Bir Ali
Berhenti dlm sejam utk solat Isya' dan solat sunat ihram

Perjalanan diteruskan..... talbiah mula dialunkan secara beramai2. Tapi, makin lama..... makin menghilang suara jemaah2 bertalbiah, melainkan abg. Sepanjang perjalanan, abg tak berhenti2 bertalbiah. Kelihatan bersemangat betul abg kali ni (berbanding masa umrah dulu). Saya tak nampak abg tidurpun.... Sekali sekala, abg berhenti utk minum air, mesti sbb tekak dah kering. Lepas tu, sambung balik.

Awalnya, saya bimbang `suara'nya itu akan mengganggu jemaah lain yang nyenyak tidur. W/pun tak kuat sangat... tapi, jemaah yang berdekatan dikiri, depan, belakang kami... pasti mendengar dgn jelas. Tapi, saya tak pula sarankan agar abg berhenti dan baca dlm hati.....

Lama2 saya rasa, bagus juga abg bertalbiah berterusan sbb saya tak erlu lagi nak bertalbiah sendiri sbb automatically mind saya dah `diikat' untuk turut bertalbiah. Kalau saya bertalbiah sendirian dalam hati, mesti sering tersasar sbb fikiran mula menyimpang memikirkan benda2 lain. Saya amat berterima kasih dan harap jemaah lain (yg turut mendengar) turut berperasaan yang sama seperti saya..... Lama kelamaan.... terlelap juga ia.... dan menyambung semula talbiahnya sebaik terjaga.

Laju betul bas dibawa.... bila difikir2 balik..... bagus sebenarnya travel mlm2 ni..... Dengan jarak perjalanan yang jauh, cuaca malam amat mendamaikan dan nyaman. Kalau travel di siang hari, pasti cuaca panas terik dan tak selesa.... kemungkinan akan lebih penat. Itu la..... Allah dah aturkan segala2nya dgn baik..... jgn dirisaukan.

Berhenti rehat di `RnR' hehhe... sejukkk

...supper...

jemaah berehat2....
Itulah bas yg membawa kami semua... beg atas atap bas

Akhirnya, kami sampai ke destinasi pukul 2.15 am. Total journey 8 jam. Alhamdulillah.... perjalanan selesa dan cuaca sgt2 baik. Perjalanan yg jauh tak terasa..... Jemaah KT 9 ditempatkan di Maktab 89, Hotel Qasr Al-Shourouq. Bilik saya nombor 207 dan abg 208.

Alhamdulillah syukur....... Jarak di antara hotel dan masjid dlm 600 - 650m. Sama seperti di Madinah, pusat operasi TH juga di sini.... kaunter pengeluaran wang (penting tu... hehe), klinik, penasihat ibadah haji, dll.... Ya Allah, syukur...

Cuma..........

Jumlah ahli bilik saya adalah 8 orang (termasuk saya). Ramai tu..... Ada yg dpt sebilik 3 orang (tak yah pergi ikut pakej pun, boleh dpt sebilik 3 org). Saya, ok je sbb bukannya nak berehat2 di bilik.... cuma penggunaan bilik air yg... mungkin kritikal.... Berebut2kah nanti? Apa2pun.... sekali lagi saya nak cakap.... Allah dah aturkan segala2nya dengan baik, jgn dirisaukan.. 3 org telah diberi cuti rehat dr bersolat dan 2 org warga emas (tak la emas sgt... 60 thn) yg berkemungkinan tak mampu nak berulang alik ke masjid dgn kerap.

Jadi... tinggal berapa yg nak `berebut' bilik air (sbl waktu solat)? 8 tolak 5 sama juga 3.... Ye.... 3 org shj.....

Bersambung......

Saturday, February 4, 2012

Kenangan Terindah (8): Sofaikat Bani Saedah

Sambungan dari Kenangan Terindah (7): Pemerhatian Saya

Pada hari ini, 10 Okt 2011.... solat Subuh amat syahdu sekali. Pada rakaat kedua, berkali2 imam cuba meneruskan bacaan surah yang terhenti2 akibat menahan kesedihan, menangis teresak-esak. Hati saya juga turut tersentuh, sungguh terasa menjiwai kesedihannya.... walaupun saya tak paham maksudnya. Alangkah bagusnya jika saya memahami apa yang dibacanya.... Sungguh bertuah Arabians ni, dpt memahami ayat2 Al Quran.

Maklumat keberangkatan ke Mekah telah dikeluarkan oleh TH.... tapi belum sampai kpd kami. Kami akan bertolak ke Mekah esoknya, hari Selasa 11 Okt 2011. Dalam hati saya berdoa agar masih dikekalkan bersama ahli2 bilik di Madinah ni... bersama2 dgn Zatul yang baik budi, Kak Nita yang ke`kakak'an, aunty Sherry yang kelakar dan Kak Jem yang tersendiri. Kami sudah serasi bersama.... mereka semua baik2.... alhamdulillah.

Hari ni saya berasa lebih sihat, alhamdulillah. Slps breakfast, saya dan suami bercadang utk ke Sofaikat Bani Saedah.... sebuah taman di pinggir Masjid Nabawi. Kalau dari hotel kami dan menghadap Masjid Nabawi, taman tersebut terletak di sebelah kanan masjid. Kalau nak ke sana, kena menyusur jln tepi masjid. Sahabat baik saya yg mengesyorkan ke taman ini.... kalau tak kami tak tahupun kewujudannya..... (tak ada rezeki utk mengerjakan haji bersama2 dengannya pada thn lepas).

On the way ke taman
Bin Dawood

Taman tersebut tak sentiasa dibuka. Alhamdulillah, kami bernasib baik hari ni.... taman di buka utk kunjungan org ramai. Kecil sahaja tamannya tapi menghijau.... dipenuhi pokok2 yang merimbun. Bunga kertas pun ada. Mungkin inilah satu2nya tempat yang menghijau di sini.... tempat lain kering dek cuaca panas.

Masa kami sampai, sekumpulan warga Turki sedang berkumpul dan mendengar tazkirah di sini (agaknya). Mungkin beliau bercerita mengenai sejarah taman ini pada ahli kumpulannya.


Menurut sejarahnya, di sinilah tempat ABu Bakar As-Siddiq dilantik menjadi khalifah selepas Rasulullah SAW wafat. Di sinilah, kalangan sahabat Anshar dan Muhajirin berkumpul, membicarakan siapa pengganti Nabi Muhammad SAW, pada saat jenazah Nabi masih belum dimakamkan. Rasulullah juga dikatakan sering berehat di sini dan pernah solat di tempat ini. Keluarga Saidah adalah sahabat Nabi yang kerap menemani Nabi duduk-duduk di Saqifah. Untuk cerita lanjut, saya sertakan salah satu link yang berkaitan Perdebatan di Saqifah Bani Sa'adah.

Inilah tamannya....
Dgn kuasa Allah, pengairan yang baik telah menyuburkan taman ini..



Suami saya mengambil gambar ranting pokok
Ranting tersebut seakan2 akar fatimah

Inilah ranting yang dimaksudkan

Inikah sumur Bani Saidah?

penjaga taman

Taman di sebelah kanan
Laluan di luar taman
Keluar dari taman, suasana seperti sediakala. Tiada lagi pokok2 dan dedaun hijau yang subur merimbun. Cuaca dah mulai panas... dan kami sambung perjalanan kami dengan menyusur tembok/pagar..... mengikuti laluan terus ke hadapan, tidak menggunakan laluan yang sama seperti awal pagi tadi.... Santai berjalan mengelilingi kawasan sekitar Masjid Nabawi.

Tiba di bangunan Mahkamah, kami masuk semula dalam pagar masjid....

Bangunan Mahkamah

Tak jemu2 mengambil gambar di sini
Tempat yang penuh keberkatan....
Yang tenang lagi mendamaikan
Bersambung......

Kenangan Terindah (7): Pemerhatian Saya

Sambungan dari Kenangan Terindah (6): Hari Yang Mencemaskan


Payung nak terbuka
Suasana pagi di dataran masjid
Kerja2 pembersihan sdg dilakukan

Hari Ahad 9 Oktober 2011, saya mula ke klinik minta ubat. Badan mula rasa tak sedap.... hidung mula rasa pedih.... mana taknya, bilik ekon.... keluar hotel, cuaca sungguh panas sampai silau mata saya.... pas tu, masuk masjid aircond semula. Doktor kata, tonsil dah bengkak. Saya dibekalkan antibiotik, PCM, ubat selsema, lozenges.... Mudah2an saya segera sembuh..... insyaAllah.

Klinik TH di tingkat 1 (bilik saya tingkat 10). Klinik tu sebenarnya sebuah bilik penginapan yang telah diubah suai menjadi klinik. Alhamdulillah.... selesanya berada di sini. Semua kemudahan tersedia. Dapatkah saya menginap di tempat yang convenience mcm ni masa di Mekah nanti? Kalau dapat, alhamdulillah... Kalau tak dpt, pun alhamdulillah sbb saya dah diberi peluang menikmati keselesaan itu..... mungkin peluang utk org lain juga?

Bila berborak2 dengan jemaah lain.... baru saya tahu.... rupa2nya, tak semua penerbangan ke Madinah adalah direct KL - Madinah. Ada yang dari KL ke Jeddah dahulu. Dari Jeddah, jemaah akan dibawa menaiki bas yang kebiasaannya mengambil masa 5-6 jam utk sampai ke Madinah. Itu kalau perjalanan lancar.... Ada jemaah tu, bas yang dinaiki rosak dalam perjalanan dan keseluruhan perjalanan (sehingga sampai ke Madinah) mengambil masa selama 8 jam! Journey masa siang hari pulak tu.... dengan cuaca panas lagi....

Alhamdulillah, syukur alhamdulillah.... penerbangan yang kami naiki (Saudi Air - SV5701) mendarat terus di Madinah dan perjalanan ke hotel lbh krg 1/2 jam sahaja. MasyaAllah... sungguh bertuah rasanya.... perjalanan dipermudahkan olehNya.

Dah hari ke tujuh kami di sini.... saya perhatikan penjaga2 masjid ini dah fasih berbahasa Melayu dgn loghat Indonesia..... Dalam masjid, dah mcm berlagu... ~ibu... ibu.. cepat.. cepat... jalan... kiri ibu... kanan ibu... masuk-masuk.... mundur... maju....~

Dengan pertambahan jemaah hari demi hari, petugas2 ini berusaha utk menyusun jemaah agar ruang solat digunakan seoptimum mungkin. Sememangnya kalau tak disusun dgn betul, masjid tak kan dapat menampung jemaah yang ramai. Dataran masjid juga padat dgn jemaah. Setakat ni, alhamdulillah.... saya dapat solat dlm masjid dan 2 kali bersolat atas simen (saya terlewat) tp masih dlm masjid.

Saya perhatikan.... ramai juga jemaah2 kulit hitam dan kelihatan daif sekali... dari Nigeria... Somalia... dan mcm2 lagi. Negara yg saya tak pernah dgr pun byk. Telekung, baju yg dipakai mereka buruk2... kaki dan tangan kering menggerutu. Tapi, di sebalik fizikal yang kelihatan serba kekurangan itu, wujud perasaan kagum yang tinggi terhadap mereka2 ini. Mereka berusaha dan mampu dtg utk beribadah di sini. Mereka2 ini juga lebih sopan dari warga2 Turki (dan sejenisnya). Saya tak pernah nampak mereka2 ini sesuka hati menyelit masuk dlm saf dan mereka selalu beralah dgn kaum2 yg suka menerobos masuk dlm saf yang obviously sudah padat.

Ya Allah, lihatlah hamba-hambamu ini.... datang dari segenap pelusuk bumi, yang susah, yang senang, yang berpangkat, yang bawahan.... datang menziarahi makam RasulMu.... dan kemudian menyahut seruanMu utk menunaikan ibadah Haji, Ya Allah..... Kasihanilah kami.... berikanlah kami kekuatan untuk melaksanakan Rukun Kelima ini. Kurniakanlah kami kesihatan yang baik... peliharalah hati kami Ya Allah.... Lindungilah keluarga yang kami tinggalkan.....

Saya teringat.... Ayat 27 Surah Al Haj....
Dan serulah manusia menunaikan haji, nescaya mereka akan datang menyahut seruanmu berjalan kaki dan menaiki kenderaan dengan mengenderai unta-unta yang kurus, mereka datang dari ceruk rantau yang jauh.

Allahhuakhbar..... saya menyaksikan sendiri kebenaran ayat itu.....

Sabda Nabi saw...
Barangsiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi ia tidak menunaikan haji (hingga ia mati dengan tidak ada keuzuran) maka tidak ada halangan baginya untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani (dari segi seksanya).

Nauzubillah.....

Selalunya, saya akan menetap di masjid mulai sebelum masuk waktu Asar hingga Isyak (kecuali ada hal2 tertentu). Saya tak bergerak2 dari port asal saya dan kebiasaannya di tiang2 masjid, berdekatan dengan air-cond dan rak kasut (rak kasut juga disediakan di tepi2 ruang solat). Memandangkan tempoh berada di masjid agak panjang (pukul 2.30 ptg - 8.00 mlm), saya perlu mendapatkan tempat yang selesa yang boleh bersandar.

Alhamdulillah, Allah mempermudahkan saya dalam memelihara wudhuk. Kalau saya terpaksa keluar mengambil wudhuk, kemungkinan besar saya tak dpt lagi tempat yang selesa. Mungkin kena solat atas simen... atau kat luar (di dataran).

Saya lihat, lepas solat2 fardhu ni (bagi jemaah yang masih standby utk menunggu solat fardhu yang seterusnya), ramai yang bergelimpangan tido (saya pernah cerita di entry sbl2 ini).

Bersambung...

Friday, February 3, 2012

Kenangan Terindah (6): Hari Yang Mencemaskan

Sambungan dari Kenangan Terindah (5): Hari-hari Berikutnya

Sabtu 8 Oktober 2011... Kami memulakan hari seperti biasa.... Kak Nita yg bangun plg awal, seawal 2 pagi.... selepas Kak Nita selesai, dituruti oleh Zatul dan saya kebiasaannya, ambil tempat ketiga menggunakan bilik air.

SubhanAllah.... di sini, kuatnya semangat jemaah utk bangun pagi-pagi, membersihkan diri dan beriktiqaf di masjid. Saya rasa seperti menziarahi Rasulullah saw (w/pun tidak ke makam Baginda) jika setiap kali menghadirkan diri ke masjid Nabawi. Memang ramai yang berlumba-lumba menghadirkan diri ke masjid. Mcm inikah di Malaysia nanti... mampukah....

Waktu Zuhur, masa solat sunat Zuhur, terdengar suara perempuan yang menangis meratap2.... sangat sedih bunyinya. Mulanya, suara tersebut antara dengar dan dengar sahaja... tapi lama kelamaan makin kuat. Ratapannya dalam Bahasa Arab... saya tak paham.

Tak lama kemudian, dengar mcm riuh rendah, dengar tunggang langgang (tak pasti apa yg tunggang langgang.... tong2 zam-zamkah?)... suasana menjadi huru-hara, riuh-rendah. Ada org mengamukkah? Saya yang berada di saf hadapan tidak dapat mengenal pasti apa yang sedang berlaku.

Jemaah, mula bangun hendak bertempiaran tapi tak tahu mana nak dituju. Kedengaran suara pengawas2 masjid mengarahkan semua jemaah utk duduk... Jemaah mulai duduk semula dan tak lama kemudian berdiri kembali. Hati masing2 cemas.... dan saya tidak terkecuali. Ya Allah, apakah yang sedang berlaku?

Kekecohan terhenti bila qamat dilaungkan.... senyap dan terus senyap. Solat zuhur diteruskan seperti biasa.... dan hati masih tertanya2.

Selesai solat, balik ke hotel dan mcm2 versi cerita saya dengar. Antara cerita yg saya dengar adalah mengenai seorang wanita Turki/Arab yang mulanya nak menyelit2 masuk dlm saf, tapi semua tempat dah penuh dan dia tak dpt mencari ruang utk bersolat (seperti yang saya pernah ceritakan.... kalau lambat dtg masjid, dikhuatiri ruang solat penuh dan terpaksa solat di dataran luar). Akhirnya, wanita itu sedih dan mula menangis dan seterusnya mengamuk... menunggang-langgangkan tong2 zam-zam.... wallahualam...

Balik dari solat Asar, saya lihat orang ramai berhimpun di luar hotel penginapan saya. Polis pun ada. Mulanya saya jangkakan polis nak tangkap illegal traders. Rupa2nya bukan.... ada mayat terkujur di bahu jalan, di bwh hotel. Berderau darah saya.... Ya Allah, isteri siapakah? Ibu siapakah? Anak siapakah ini...... Innalillah...

Sumber: Google

Mayat dah diselubung dan saya tidak pasti jantinanya. Yang pasti, ia rakyat M'sia sbb M'sian aje yg menginap di sini. Ada yang mengatakan bahawa beliau adalah jemaah dari KT 9, maknanya.... satu group dengan saya.

Badan saya rasa menggigil dan bergetar.... perasaan sedih dan cemas bercampur baur. 2 kejadian besar telah saya alami pada hari yg sama... pada waktu zuhur.... kemudiannya Asar. Akhirnya, saya mendapat maklumat bahawa jenazah tersebut adalah perempuan dan jatuh dari tingkat 9. Takziah kepada keluarga Allahyarhamah....

Juga..... mcm2 versi cerita yang saya dengar.... wallahualam. Al Fatihah.