Sunday, May 27, 2012

Kenangan Terindah (28): Macam-macam Cerita

Assalamualaikum....


Hari ni, 27 Oktober 2011 (Khamis)... 2 cerita yg saya dengar... Cerita yang tak menyedapkan hati. 

Pertama: Kisah 4 orang perempuan dari maktab lain yang pergi ke Tanaem dan tak balik2, kena culik. Khabarnya, laporan polis telah di buat... tapi, masih belum ada khabar berita. Walau bagaimanapun, kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan. Cerita ini hanya disampaikan dari mulut ke mulut.

Kedua: Kisah seorang makcik yang dijumpai separa berpakaian (hanya pakai seluar kecik shj) dijumpai meracau2 kepanasan. Tinggal di hotel yg sama dgn saya, pastinya sama KT. Cerita lanjutnya, saya tak tahu.

Owh! Ada macam2 cerita lagi....

  1. Isteri tampar suami (pasangan tua)...
  2. Mak gaduh ngan anak...
  3. Isteri memarahi suami depan org ramai...
  4. Ibu yang perlukan ubat penenang utk duduk diam
  5. Jemaah mati terpijak semasa tawaf
  6. Jemaah sesat 
  7. Kehilangan wang
  8. Kisah seorang pakcik yg sgt2 uzur (tp masih boleh berjalan) yg selesai umrah mendahului org2 lain yg sihat.
Di antara cerita2 tersebut, memang ada yg benar, yg saya nampak sendiri atau dari sahabat2 terdekat. Yang lain tu, wallahuallam....

Bila mengingatkan kejadian yg menimpa kami tempohari (cerita penuh di sini), kami sangat2 bersyukur kerana tiada kejadian buruk berlaku. Saya akui, sedikit sebanyak kejadian itu memberi kesan kepada aktiviti umrah kami.... 

Apa-apapun, semuanya kuasa Allah. Mohon banyak2 agar segala urusan dipermudahkanNya. Mohon banyak2 agar dikurniakan haji mabrur. Jika berbuat salah, segeralah mohon kemapunan dariNya, buat solat taubat. Tinggal di Madinah/Mekah selama 45 hari adalah jangka masa yg panjang. Jangan sia2kan masa dan peluang yg ada. Lepas ni, ntah dapat ntah tidak menjejakkan kaki di tanah haram lagi.

Pihak TH juga sering mengadakan majlis ilmu. Biasanya jadual ditampal bersebelahan pintu lif. Hadirlah ke majlis ilmu tersebut utk mengulangkaji dan memperkukuhkan ilmu yg kita ada. Boleh juga memanfaatkan masa dengan berbincang dgn rakan2 sebilik. Kita boleh saling melengkapi antara satu sama lain. 

Jangan pura2 tak perasan/lupa perkara2 wajib dan rukun haji/umrah. Kalau tak buat yg rukun atau pelaksanaan rukun tak sempurna, berihram lah kita selagi tak menyelesaikannya. Kalau meninggalkan wajib dan tak bayar dam, maka akan rosaklah ibadah kita. Garaplah semua perkara yg sunat bagi mencantikkan lagi ibadat kita.

Allahuakhbar..... peliharalah kami semua... Peliharalah kesihatan dan keselamatan kami semua, ya Allah.


Saturday, May 26, 2012

Kenangan Terindah (27): Persiapan Menjelang Wukuf

Assalamualaikum...


Gambar diambil dari samnoey.blogspot.com
Saya beli kasut khuf ni di Madinah. Murah aja... sepasang SR10. Saya beli 2 pasang.. satu utk saya dan satu lagi utk abg. Pembelian ini tak ada kaitan dengan hal-hal wuduk, tapi utk alas kaki bagi perjalanan dalam masjid. Saya tak menggunakannya sangat di Madinah, tapi... kat Mekah, ia sangat berguna. Sebab? Ruang masjid sangat luas. Stokin yang dipakai akan segera `kotor' menyapu debu2 di lantai masjid. Tapak stokin hitam boleh bertukar ke warna putih. Rasa tak best pula nak bawa solat.

Makanya, itulah kegunaannya pada saya ~ sbg pelindung kepada stokin yg saya pakai. Kegunaannya pada abg pula, sbg pelindung tapak kaki... agar tak pecah2. Maklumlah, byk berjln... lantai pula marmar... Tapi, ingat! Lelaki tak boleh pakai masa sedang dlm ihram. Alhamdulillah.... tapak kaki saya tak keras dan tak pecah2...

Pergi masjid pakai sandal biasa.... Sesampai pintu masjid, sandal masuk dlm karung... dan keluarkan kasut khuf ni utk dipakai khusus dlm masjid shj. Tapi... bila nak solat, saya buka.... hanya berstokin saja.

Ooopps! Lari dari tajuk daaa...

8 hari lagi, kami akan berangkat ke Arafah @ 4 Nov 2011. Masa2 yang terluang, saya kumpul semula semua doa-doa yang dikirimkan melalui kami... samada dari emel, notes, cebisan2 kertas, FB, Gmail dan pesanan2 melalui mulut. Seboleh2nya, tak nak tertinggal satu apapun. Abih emel, FB dll saya godek2 semula.... bagi memastikan tiada satu pun yang tercicir.

Alhamdulillah, sebelum2 ni pun saya dah bacakan/mohon kpd Allah setiap kali ada masa lapang, juga tidak ketinggalan, dibacakan di tempat2 yg mustajab berdoa di Mekah/Madinah. Semua doa2 tu sentiasa tersemat kemas dalam beg yg saya kendong keluar masuk masjid. Cuma, kali ni saya menyusun dan men`group'kan semula berdasarkan kategori2 agar ianya lebih teratur dan kemas. Ia adalah salah satu persediaan penting sbl saya berangkat ke Arafah. Saya dah usaha bersungguh2 agar tiada satupun doa yang tercicir dari senarai. Sekiranya masih ada, saya mohon maaf sangat2 kerana kekurangan itu.

Memang dah sedia maklum, jemaah muassasah tak akan disediakan tilam di Masyaer (Arafah/Mina). Jadinya.... kami pun beli sejadah tebal yg digunakan utk solat dan juga alas tidur. Of kos utk saya satu, abg satu. Sejadah ni ringan aje... senang dibawa. Harganya, kalau tak silap saya SR20 ke... SR25? Tak ingat pulak saya. Melampau ke?

Ni la sejadahnya... 

Checklist barang2 sudah ada...
  1. Telekung 3 helai (bukan 3 pasang tau)
  2. Sejadah tebal
  3. Tudung labuh (ala2 telekung) 2-3 helai.
  4. Buku2 rujukan dan doa
  5. Doa2 kiriman 
  6. Beg plastik 5 helai
  7. Toiletries
  8. Towel (muka dan mandi)
  9. Hanger
  10. Tali utk sangkut baju (beli je... SR3 - harga ikut panjang tali)
  11. Baby wipes (fragrance free) 
  12. Uncang kasut dan batu
  13. Torchlight & Gunting
  14. Tikar plastik TH
  15. Sewing kit
  16. Kain batik selai
  17. Stokin Tebal 4 pasang
  18. Tuala wanita dan panty liner
  19. Disposable panty (penting bg kaum Hawa)
  20. Baju Sejuk
  21. Bantal kecik (dah siap bw dari Msia)
  22. Selipar
Hmmm... apa lagi ye?
Jgn lupa beli makanan sampingan... roti, coklat, biskut.....

Tuesday, May 22, 2012

Kenangan Terindah (26): Pemerhatian Saya (Versi Mekah)

Assalamualaikum...


Rabu, 26 Oktober 2011... Sudah 24 hari berada di tanah Arab. Semakin hari, semakin bertambah bilangan hari di sini.... juga memberi makna, semakin berkurangan bilangan hari yang tinggal untuk kami menikmati detik2 berharga di tempat yang penuh keberkatan ini. Peliknya, saya tidak begitu merindui tanah air saya.. Anak2? Rindu-rindu gitu ajela... may be tak terasa sangat sbb selalu berhubung... Mana taknya, sehari sampai 2X skype.

Kali ni, saya nak kongsikan pemerhatian saya di Mekah. Sekadar berkongsi pengalaman... Yang baik jadikan pedoman.

SOLAT KE TAK?
Jangan pelik sekiranya terlihat golongan2 tertentu yang solat sendiri2.... Kadang2, mereka ini berada ditengah2 saf dan tak ikut imam. Kadang2, terkeluar dari saf. Yang lain dah mula angkat takbiratul ihram, dia ni masih duduk2 dan melepak2...

MENDAHULUI IMAM
Ada juga yang solat mendahului imam. Ishk! Mengganggu konsentrasi aje sbb hati tertanya2... solat apakah itu? Sbg contoh, imam belum rukuk, dia dah rukuk... imam rukuk, dia iktidal.... imam iktidal, dia sujud. Pendek kata... dia mendahului imam dlm setiap pergerakan solat. Ada juga kategori yg sama tp berbeza kekdahnya. Contohnya, kita berjemaah Isyak, 4 rakaat... tp.. dia ni, lepas rakaat ketiga dah bg salam. 

"LURUSKAN SAF..."
Yang suka menyelit2 antara saf tu.... sangat berleluasa. Walau saf dah penuh, mereka tak peduli. Siap buat saf tambahan lagi di hadapan kita. Kerja saya, asyik membetul2kan saf org kiri kanan depan blakang saya. Mana taknya, kdg2 senget tak ikut line.... apalah susah sgt....

PERCAMPURAN SAF
Percampuran saf antara lelaki dan perempuan juga sering berlaku. Yang suami nak solat sebelah isteri dan begitu juga sebaliknya. Yang menghampakan saya, jemaah dari Malaysia juga ada yang terikut2 pe'el (betul ke eja ni?) mereka2 ni. Byk kali juga saya tegur cara baik, sambil senyum2.... "encik, saf lelaki di hadapan tu... tak jauh pun..."  Kalau bukan Melayu tu, saya guna bahasa isyarat je. Ada yg bergerak slps ditegur, ada juga yg tak nak bergerak. Yg tak nak bergerak tu, saya tegur lagi sekali bila solat dah nak bermula (dah berdiri). Alhamdulillah.... akhirnya, ikut juga ckp saya. Tak malu, kan?

                     


Sememangnya, perkara begini memang sukar dielakkan.... jemaah terlalu ramai dan berhimpit2. Kalau di Masjid Nabawi, memang ada pembahagian kws wanita dan lelaki. Tapi di Masjidil Haram, tempatnya tersangatlah luas dan terbuka. Maka, seboleh2nya, kita berusaha mencari tempat yang sesuai. Maksudnya, yg wanita.... cari kelompok yg kebanyakannya wanita. Begitu juga lelaki.

LAMPU
Setiap kedai, dipasang dengan lampu yg amat byk. Kedai kelihatan sangat terang dan meriah. Apa motifnya, saya pun tak tahu..... 

            

            


PERBEZAAN HARGA 

Peniaga sering berkata, Malaysia bagussss.... Malaysia kaya......  Ada juga diskriminasi harga barang terhadap jemaah Malaysia. Contoh sebenar, harga barang yg saya beli tak sama dgn yg roomate saya beli. Padahal ia barang yg sama dan serupa. Jadi, kalau nak membeli... lebih baik beli pada kedai yg ada display tanda harga. Saya juga dah ada kedai favourite, terletak sgt berhampiran dgn hotel kami. Kedainya ada air-cond, price tag dan peniaganya juga ramah.

WAJAH2 SERUPA
Di sini... berkali2 saya jumpa wajah2 yg saya kenali... tak kira samada yang masih dipinjamkan nyawa ataupun yang telah diambil nyawanya. Allahuakhbar.. Subhanallah... Wajah2 serupa yg pernah mewarnai kehidupan saya. Ada wajah makcik/pakcik saya... kwn2 saya. Di saat itu, seakan2 saya ingin mengambil gambar mereka, tapi.... takkan lah kaannn.... 

TIMUN
Di sini (dan di Madinah), jemaah Muassasah akan dihidangkan sayur timun yg dimasak... bukannya dimakan sbg ulam. Pernah rasa ke? Saya tak pernah. Ini kali pertama. Saya tak pasti samada jemaah pakej swasta berpeluang merasanya atau tidak. Mula2 saya rasa agak pelik, tapi lama kelamaan... terima aje. 

PILIHAN. DI LUAR ATAU DI DALAM?
Jemaah bertambah hari demi hari. Bila dah bersesak2, ramai yg solat di dataran masjid shj.. mereka tak masuk kat dalam. Padahal, insyaAllah di dlm masih ada byk ruang utk solat. Bila di dataran dah penuh sesak, akan menyukarkan kita utk masuk dlm masjid sbb mereka akan menghalang laluan utk masuk ke masjid. Senang aje nak mengatasi masalah ni. Datang masjid awal. Tapi.... bila nak keluar pula.... satu dugaan. Bertolak2... byk2 la bertasbih, beristighfar, pasti boleh control hati dan fikiran dari berfikir/berkata2 yg bukan2.

PEMINTA SEDEKAH 
Diluar2 masjid, ada ramai peminta sedekah. Yang bagusnya, yg sering saya lihat.... mereka ini akan beratur dalam satu barisan yg lurus. Strategi yg baik utk mengelakkan diri dari dilanggar oleh jemaah2 yg berpusu2 keluar dari masjid. Mereka menyanyikan lagu yg sama dan kekudungan mereka agak diragui. Roomate saya terserempak, ada sorang pakcik tu... cuba memegang tangan `kudung' mereka... mereka cepat mengelak dan memarahi pakcik tersebut. Mereka akan bertempiaran lari sekiranya ada penguasa dtg ambush.

                
Gambar saya ambil dari hjarshad.blogspot.com

CLEANER
Gambar dari fotolumayan.files.wordpress.com
Gaji cleaner di Haram amat murah... tapi, rezeki mereka juga murah sbb jemaah sering bersedekah kpd mereka. Saya bersedekah juga ttp agak memilih kpd siapa yg saya nak sedekahkan... saya beri pada org yg saya lihat mmg bersungguh2 buat kerja.... Ramai juga cleaner yg berdiri shj dan menunggu sedekah dtg. Ada sekali tu, saya terlihat plastik sampah hitam seorang cleaner tu 1/4 diisi dgn wang riyal!

Lain-lain? 
  1. Ada saya nampak... sambil2 solat, boleh jwb telefon.... then continue solat.  
  2. Perbuatan syirik juga berleluasa... contoh, mengusap2 cermin di Safa/Marwah... Hmm, ringan sikit kerja petugas Haram
  3. Masjidil Haram tak ada tingkap. Yg ada hanyalah pintu2 shj.
  4. Pemandu Mekah yg agak agresif
  5. Hotel2 tiada tangki air sendiri
  6. Harga dobi makin meningkat menjelang waktu haji dan akan turun semula selepas waktu haji.
Wallahualam...

Sunday, May 20, 2012

Kenangan Terindah (25): Sejarah Ringkas Haji Wada'

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (24): Atikah

Selasa 25 Oktober 2010... jemaah semakin ramai membanjiri tanah haram. Datang dari pelbagai tempat sepelusuk dunia, pelbagai tingkat golongan. Ada yg dtg kali pertama, kedua dan seterusnya. Berapa kalikah kita wajib menunaikan haji? Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kamu menunaikan haji, maka tunaikanlah haji itu" Seorang lelaki bertanya; "Adakah setiap tahun Ya Rasulullah?". Baginda diam tidak menjawab sehingga lelaki tadi bertanya lagi kali kedua dan ketiga. Rasulullah menjawab: "Jika aku berkata YA, nescaya jadi wajib dan kamu tidak dapat melakukannya". Seterusnya Baginda berkata lagi; "Biarkanlah apa yang aku sengaja diamkan. Sesungguhnya telah binasa umat-umat sebelum kamu kerana mereka banyak bertanya pada hal mereka memperbuat apa yang menyalahi para Nabi mereka. Oleh itu, apa yang aku suruh kamu melakukannya, lakukanlah sedaya upaya kamu, dan apa-apa yang aku tegah, hendaklah kamu tinggalkannya"

(Daripada Abi Hurairah r.a.: Bukhari dan Muslim)

Rasulullah mengerjakan haji sekali sahaja seumur hidupnya. Haji tersebut dikenali sebagai Haji Wada' yang bermaksud haji perpisahan. Tak lama setelah melaksanakannya, baginda wafat.... Kitalah umat yang dirinduinya... Allah.. Allah... (mood seddiihhhhh....).. Umat yang hidup selepas kewafatan Baginda.. bersungguh-sungguhlah kita untuk menjadi kekasih kepada kekasihNya...

Rasulullah s.a.w. menunaikan haji pada tahun ke 10 Hijrah, bersama para isteri dan disertai kira2 90,000 org para sahabat (ada riwayat yang mengatakan lebih dari itu). Baginda bermalam di Zulhulaifah (Bir Ali), kira2 10km dari kota Madinah. Keesokan harinya, Baginda dan para sahabat memakai ihram serta berniat haji. Ucapan talbiahpun diungkapkan beramai-ramai... Maka bergemalah talbiah sepanjang perjalanan mereka. Begitu bersemangat talbiah diungkapkan.

Baginda dan rombongan tiba di Mekah pada Ahad, 4 Zulhijjah iaitu 9 hari perjalanan. Bayangkan.... perjalanan merentas padang pasir yg panas dan kering... Kita? Sungguh selesa di dlm bas yg berekon, perjalanan cuma 8-9 jam shj! Allahuakhbar.....

Setiba di Mekah, Baginda dan para sahabat berdoa tatkala melihat Ka'abah, bertawaf 7 kali, solat 2 rakaat di belakang Makam Ibrahim, meminum air zam-zam dan bersaie di antara Safa dan Marwah 7 kali.

8 Zulhijjah, Baginda dan para sahabat berangkat ke Mina dan bermalam di Mina. Keesokannya, 9 Zulhijjah, Baginda dan para sahabat menuju ke Arafah. Bilangan rombongan meningkat kepada 124,000 orang. Itulah perhimpunan yg paling besar pernah berlaku....

Dannnn.... di sinilah Baginda menyampaikan khutbahnya yang terakhir...... 

Kemudian, Baginda dan para sahabat menyempurnakan semua ibadat hajinya. Tinggal di Arafah pada 9 Zulhijjah sehingga terbenam matahari. Baginda dan para sahabat bertolak ke Muzdalifah sebelum gelap dan bermalam di sana. 10 Zulhijjah, Baginda dan para sahabat ke Mina dan melontar jamrah, seterusnya menyembelih binatang korban. Semuanya selesai pada 13 Zulhijjah. 

14 Zulhijjah, Baginda dan para sahabat berangkat balik ke Madinah Al Munawwarah.

                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                  
                                                                                                                                                                                                                    
                                                                                                                                                                                                                 
Ya Rasulullah.... sesungguhnya kami amat merinduimu... Ya Allah, kurniakan kami Haji Mabrur... Janganlah Kau palingkan hati kami setelah Kau berikan petunjuk. Tetapkanlah iman kami Ya Allah..... Lindungi kami dari kesesatan...

Saturday, May 19, 2012

Kenangan Terindah (24): Atikah

Assalamualaikum....


Masih lagi cerita bertarikh 24 Oktober 2011... Selesai melaksanakan umrah, kami balik ke hotel dan bersihkan diri. Badan saya mula rasa tak sedap, hidung dah mula rasa perit, nafas dah mula rasa panas. Alhamdulilah, saya tak pernah lagi dihinggapi batuk atau sakit tekak... cuma rasa nak demam2 manja je...

Bila menginjak malam, rasa tak sihat makin menjadi2. Saya semakin tak larat dan terpaksa ke klinik (ditemani abg) utk minta ubat. Ni, 2nd time gi klinik... mula2 dulu kat Madinah and this is for the 2nd time. Klinik berada di tingkat M, hotel yg sama. 

Alhamdulillah, org tak ramai.... sekejap je giliran saya dah sampai. Jumpa doktor sekejap dan ambik ubat. Pas tu, ingat tak sabar2 nak titon dahh... katil dah melambai2. Taappiiii.... signal wifi kat klinik tu.. kuat! Kami pun stay kejap... surf internet, baca emel opis yg melimpah ruah.

Tiba2...... ada seseorang menegur saya... "Sue!" Saya pun angkat kepala... Owhhh, Atikah! Kwn sekursus kami... Kwn yg kami dah lama cari... Atikah dtg dgn suaminya, Shamsul... juga sekursus, tapi mereka dtg dgn Gemilang. Yg saya ni, asal nampak telekung Gemilang je, pasti tertinjau2... kot2 la jumpa Atikah.... Dulu, beliau ada beritahu kami dorang KT brapa... tp saya tak ingat la pulak. Saya ada cerita pasal mereka di sini dulu.

Dan kini kami bertemu..... Alhamdulillah.... 

Saya dan Atikah
Padankan saya rasa hati ni kuat sgt nak ke klinik. Rupanya Allah nak pertemukan kami di sini.... Seronoknya..... Allah makbulkan permintaan saya. Hilang rasa demam dan tak larat tadi.... Atikah ke klinik sbb menemani suaminya yg kena gout (cam ni ke eja?). Apa lagi... berborak panjang la kami.... Saya pun dah lupakan katil yg melambai2 tadi. 

Tak lama kemudian, Shamsul pun keluar, selesai berjumpa doktor. Kami lihat, dia memakai ihram. Rupa2nya, mereka memilih utk buat haji ifrad (menunaikan haji dulu, kemudian umrah). Wow! Tahniah.... Sungguh kagum. Agak lama juga mereka berihram... kena jaga pantang larang. Kalau dikira2.... hari wukuf lagi 12 hari. 

Kalau saya, yg payahnya... bab rambut la. Kalau basah rambut (mandi), rambut mesti gugur... (even kalau tak basuh rambut pun, rambut boleh gugur... inikan pula kalau basuh rambut). Kalau tak basuh kang, sakit pulak kepala saya. Sememangnya, kalau rambut gugur sendiri masa kita dlm ihram adalah tak salah dan tak dikenakan dam.... tapi, saya takut timbul was2..... Lain la kalau saya b.o.t.a.k. nyeh2X.

Saturday, May 12, 2012

Kenangan Terindah (23): Lawatan Sekitar Mekah

Assalamualaikum...


Isnin, 24 Oktober 2011. Bagi kami yang pergi secara muassasah, TH tak anjurkan lawatan sekitar Mekah (tapi.... di Madinah ada). W/bgmpun.... jemaah masih boleh melawat dengan menggunakan ongkos sendiri. Travel agent ada je kat lobi hotel. Ada 3 pakej.... boleh la pilih mana2 yg berkenan. 

Semua tempat yg disenaraikan, kami dah pernah visit masa umrah dulu.... melainkan Muzium Mekah. Maka kami memilih pakej yg termasuk Muzium Mekah. Charge sekepala adalah SR25... termasuk pengangkutan, tour guide dan juadah ringan.... meliputi lawatan ke ladang ternakan unta, Muzium Mekah dan Hudaibiyah. Dua bas diperuntukkan.... 7.45 am bas dah mula bertolak.

Tempat pertama yg kami lawati adalah ladang ternakan unta. Di kiri kanan jln, boleh nampak bbrp kws penempatan kecil. Org nomadkah? Ataupun para penternak unta? Saya agak.... mereka memang tinggal di sini, menternak unta... di kws yg panas dan kering kontang ini. Syukurlah kediaman kita selesa...

Tengah lunch
                                                                                                                                                                      
Susu unta yg sdg di packing
                                                                                                                                                                   
Makanan cik unta
                                                                                                                                                                    
Fresh from cik unta.... 
Saya? Saya tak minum pun susu unta tu.... sbb saya tak suka susu. Abg pun tak. Sebelum ni, kami di nasihatkan utk tidak meminum susu unta fresh pada ketika ini sbb dibimbangi unta tersebut dijangkiti bakteria????? Tak ingat la pulak apa kenamanya....  Susu unta yg di pack di sini, tidak di sterile terlebih dahulu.... direct dari nenen cik unta... Tapi... susu unta ni sebenarnya amat berkhasiat. Susu unta mengandungi sedikit lemak dan kolesterol dan kaya dengan zat besi, potassium dan mineral dan ia sangat2 bergizi. 

Destinasi seterusnya adalah ke Masjid Hudaibiyah.... sempadan Tanah Halal dan Tanah Haram.

Saya dicelah2 bangsa Turki...  Itulah beg yg saya bawa ke hulu ke hilir
Saya hanya menggunakan beg sandang TH (sumbangan TM) ketika melaksanakan umrah shj
Sedikit cerita mengenai sejarah Hudaibiyah.... Pada tahun ke 6H, Baginda Rasulullah berangkat untuk menunaikan umrah ttp kaum Musyrikin telah menghalang perjalanan ini di Hudaibiyah. Maka, Rasulullah dan para sahabat terhalang drp menyempurnakan rukun2 umrah. Allah menurunkan ayat 196 surah Al Baqarah... memerintahkan Baginda dan para sahabat bertahallul ihsar dgn menyembelih seekor kambing dan bercukur. Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani di sini, lalu Baginda dan para sahabat kembali ke Madinah.

Ayat ini telah menerangkan dgn jelas mengenai tahallul ihsar. Tahalul ihsar boleh dilakukan dgn tujuan melepaskan diri dari pantang larang ihram bg seseorang yg sudah berniat ihram ttp tak dpt menyempurnakan rukun haji/umrah atas sebab2 terhalang atau terkepung dlm perjalanan atau ketakutan dari musuh atau berpenyakit. Wanita yg haid atau jemaah yg sakit berat dan terpaksa balik ke tanah air (tanpa menyempurnakan rukun haji/umrah) juga boleh melakukannya... Sungguhpun kaedah ini boleh melepaskan diri dari pantang larang ihram, kita masih perlu menyelesaikan kerja2 ibadah haji/umrah yg belum selesai. 

Ruang solat jemaah wanita
                                                                                                                                                                  
Ruang solat jemaah lelaki
Hudaibiyah adalah kws Tanah Halal, maka tempat ini juga adalah salah satu tempat miqat. Bagi penduduk Mekah dan org2 yg telah berada di Tanah Haram, tempat miqat adalah di mana-mana point di Tanah Halal.  Inilah peluang utk kami melaksanakan umrah setelah pengalaman tak indah tempoh hari (cerita lanjut di sini).

Kemudian, kami di bawa melawat "Perigi Anak Panah" (bukan nama sebenar) yang tak jauh dari situ. Lawatan ini tak termasuk dlm itinerary tapi tour guide telah bermurah hati membawa kami ke mari.
Perigi Anak Panah
Diriwayatkan, ketika rombongan muslimin yang diketuai Rasulullah saw nak masuk ke Tanah Haram, Baginda dan rombongannya telah berhenti rehat di sini... Tempat ini, kering tiada air. Rasulullah telah mengarahkan salah seorang drp pengikutnya untuk turun ke dlm sebuah perigi yg kering dan mencucuk anak panah tersebut ke dasar perigi yang kering. Maka, terpancarlah air yg byk darinya sehingga dapat memberi minum, bersuci dan berwuduk kpd keseluruhan pengikutnya... kalau tak silap saya, 10,000 org jumlah kesemuanya.

Dari situ, kami bertolak ke Muzium Mekah.... muzium yang memaparkan architecture of Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Byk gambar yg saya ambil... tapi saya aparkan sbhg kecil shj sbb panjang sgt pulak entry ni nanti..

Entrance - Sumber: Google
                                                                                                    
Pancur Emas
                                                                                                                                                                                  
Golden board yg diukir dgn ayat Al Quran (1119H)
                                                                                                                                                                                                                     
                             
                                             Ruined portion of tiang Kaabah (65H)
        
Perigi Zam-Zam (1299H)
Alhamdulillah, dulu kami pernah berkesempatan untuk mengambil wuduk di telaga zam-zam ketika mengerjakan umrah dahulu. Masa tu, kws telaga zam-zam boleh di akses dari dataran Kaabah. Tapi kini, dah tak boleh. Malahan, kini (ketika entry ini di`tulis'), ada lagi pembinaan di dataran Ka'abah.... saya jangkakan di kws yg sama dgn tangga turun ke telaga zam-zam dahulu (saya agak je).
           
Quran yang ditulis tanpa tanda bacaan
(Copy of Original Othmani Musshaf  di era Othman bin Affan)
           
Longgokkan wheel chair yg rosak di luar muzium
           
Bas yg membawa kami
Menjelang tengahari.... lawatan pun selesai. Kami kembali ke hotel utk lunch dan terus ke Haram utk solat zuhur dan seterusnya melaksanakan umrah. Hari memang panas terik.... tapi saya tetap nak melangsaikan umrah saya segera, tak nak tangguh2. Saya hanya mohon pada Allah agar permudahkan segalanya. 

Sebelum2 ni, kami buat umrah pada watu malam.... tapi kali ni di waktu siang, di waktu matahari tegak di atas kepala. Saya ke Haram tanpa memakai pelindung muka sbb pantang larang dlm ihram. Terasa sesak nafas saya dengan asap2 kenderaan dan debu2 construction. 

Alhamdulillah, walaupun hari sgt panas.... bahangnya tak begitu terasa... lantai di dataran Ka'abah tetap sejuk.

Sunday, May 6, 2012

Kenangan Terindah (22): Fikirkanlah

Assalamualaikum...


Ahad, 23 Oktober 2012... Saya mula rasa tak sedap badan... nafas rasa panas dan badan rasa sakit2 sedikit... Badan rasa tak kuat, maka kami solat Zuhur dan Asar di masjid yg berdekatan shj. Subuh, Maghrib dan Isyak di Haram. Allah... Allah... mudah2an ianya hanya sementara....

Saya kagum dgn Abg Shamsul, suami Kak Ainul. Tak pernah miss solat 5 waktu di Haram w/pun pada ketika itu dia demam panas. Kuat betul semangat dia dan rapuh betul semangat saya... Saya juga kagum dgn Kak Mar (Dato' Mar) dan suaminya Abg Syukur yg sgt2 rajin beriktiqaf di Haram dari pagi membawa ke malam. Allah.... sangat manjakah saya yg tak nak bersusah payah begitu?

Hari ni, kami tak solat ditempat ekon, risau kot demam selsema makin menjadi2... Kami solat di roof top.

Suasana di roof top
Bilik saya ni... biasanya dah tutup lampu @ 10pm. Saya tak biasa tidur awal... Linda pun sama. Kami berdua la yg tidur paling lewat. Linda muda setahun dr saya dan beliaulah yg paling muda di antara kami. Biasanya, saya duduk kat lobi bawah (belah depan atau belakang)... duduk ngan abg... Abg dgn internet dan saya mengulangkaji perkara2 berkaitan ibadah haji...Byk juga saya dok hangkut buku2 haji, doa dll....

Katil saya di tepi tingkap. Mlm tadi, masa bilik dah gelap... mata saya masih terkebil2. Saya bangun dan meninjau ke bawah. Kelihatan, berduyun2 lagi jemaah menuju ke / balik dari Haram. Tak kurang juga yg masih bersiar2 utk shopping. Hotel kami dikelilingi dgn tempat2 shopping! Juga berhadapan dgn main road. W/pun dah mlm, suasana hingar bingar masih kedengaran... dgn bunyi honk kereta yg tak putus2.

Saya lihat ada sekumpulan jemaah lelaki (tak pasti dari negara mana), menuju ke Haram dgn memakai pakaian ihram.. pastinya nak menunaikan umrah. Saya berfikir sendiri.... Berjuta2 umat Muhammad telah dipiih uk menjadi tetamu Allah. Berjuta2! Seluruh pelusuk dunia, tua, muda, miskin, kaya, sihat, sakit.... dengan kehadiran kami disini, semuanya mendapat jemputan istimewa.

Subhanallah..... pilihan terletak di tgn kami (kami di sini merujuk kpd jemaah haji keseluruhannya). Kami ada wang dan Allah telah memberi hidayah kepada kami utk menunaikan haji. Kalau kami tidak mendapat hidayah tersebut, duit tersebut mungkin kami akan gunakan utk tujuan lain... melancong luar negara (or at least local destination), shopping, sibuk dgn kekayaan dan kemewahan dunia.... Tapi, kami diberi jemputan utk berada di sini.

Kami tahu apa yg akan kami lalui di sini... susah payah, penat lelah, keperitan dan kesusahan.... dan kami meninggalkan anak2, harta-benda, pekerjaan kami di tanah tumpah darah kami. Kami tahu itu semua, tapi kenapa kami memilih untuk melalui semua itu? Allah sendiri telah menggambarkan pekerjaan ibadat haji ini dalam keadaan susah payah.

Firman Allah, Ayat 27, Surah Al Hajj:
"Dan serulah umat manusia untuk menunaikan haji, nescaya mereka akan datang menyahut panggilanmu berjalan kaki dan ada yang datang menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari ceruk rantau yang jauh"

Ya Allah... saya menyaksikan semua itu... ada yg datang ke sini seolah2 sehelai sepinggang, tidur di merata2 tempat, pakaian yg lusuh dan compang camping, kaki yg kering dan menggerutu.... Kelihatan amat daif sekali. Dan mereka ini juga dtg menyahut panggilanMu Ya Allah.... kesusahan tak menghalang mereka drp menunaikan Rukun Kelima ini, Ya Allah..... 

Cukupkah makanan mereka? Bgm mereka sampai ke sini?
Allahuakhbar.... Saya memikirkan.. ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyeru manusia kepadaNya (menziarahi Kaabah), berkata Ibrahim... "Ya Allah, bagaimana suaraku dapat sampai kepada pendengaran semua manusia?" Allah menegaskan, "Tugas mu hanyalah menyeru sahaja tetapi Akulah yang menyampaikannya kepada manusia".

Benarlah firmanMu itu Ya Allah.... sesungguhnya Nabi Muhammad saw tidak lagi bersama2 kami ketika ini, apatah lagi Nabi Ibrahim yang telah Kau perintahkan utk menyeru manusia ke sini. Tapi...... sehingga kini, tak putus2 umat Muhammad datang menyahut seruanMu. Allah... Allah... Tidak ada sebab untuk `mereka' menyatakan `belum sampai seru lagi' Ya Allah... Seru itu telah wujud dari zaman Nabi Ibrahim... Allah... Allah...

"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".




Kenangan Terindah (21): Lawatan dari wakil Kem. Kesihatan

Assalamualaikum...


Sabtu, 22 Oktober 2012... Sementara tunggu waktu lunch, saya tertidur sebentar. Tidur yg sgt2 nyenyak sehinggakan saya tak sedar ada wakil Kementerian Kesihatan dtg ziarah ke bilik kami. Mungkin beliau adalah pembantu perubatan.... Beliau membuat lawatan dari bilik ke bilik, meninjau keadaan jemaah2 Malaysia dan juga bagi sedikit taklimat mengenai penjagaan kesihatan dan menerangkan tentang keadaan cuaca di Mekah pada ketika ini.

Katanya... jemaah skg ni tak digalakkan utk ke Haram pada waktu siang. Org dah semakin sesak dan cuaca pun semakin panas berdebu. Bayangkan... suhu di malam hari shj sudah mencecah ke 31 Celcius. Siang - melebihi 40 C dan ada mencapai 50 C. Kesihatan perlu dijaga sebaiknya sebagai persiapan ke Masyaer. Katanya lagi, cukuplah sehari, sekali aja ke sana. 

Hmmm... saya tak dengar la dia ckp mcm tu, kan... sbb saya tidur. Rakan sebilik yg sampaikan kpd saya.

Kebiasaannya, sehari 2x kami skype ngan anak2... kami tak bawa laptop pun, hanya guna ipod. Hari ni, saya sgt2 senang hati melihat mereka semua gembira. Kenapa? Sbb bungkusan yg saya kirim dari Madinah telah diterima. Alhamdulillah....

Seronok melihat anak2 mencuba jubah2 yg kami beli di Madinah... Terhibur dgn gelak ketawa mereka... Lagi? Ada coklat, kismis, kurma dan bbrp souvenir lain. Jubah2 tu, semua saya dah tag kan utk certain2 org... so, tak yah rebut2... hehehehe.

Dulu2, masa kami buat umrah, saya tak brp minat dgn coklat2 dari sini... Rasanya tak menepati selera saya. Tapi kini, dah sedapppp..... 

Kenangan Terindah (20): Berita Dari Rumah

Assalamualaikum....


Jumaat, 21 Oktober 2011... Hari ini dpt sms daripada kakak (anak sulung saya, Form 1 masa tu) suruh call rumah segera. Segera? Hati saya dah risau, cemas... Allah.. lindungi mereka Ya Allah. Immediately kami bukak skype dan chat.

Rupa2nya... mak terlibat dlm kemalangan kecil. Masa tu, balik dari menghantar anak2 saya ke sekolah. Incident terjadi hanya bbrp meter dari rumah kami (2-3 meter) ... mak dah nak sampai rumah sgt2 dan tak perasan yg dia tertidur sambil drive. Mengantuk yg amat sangat!

Mak terlanggar kereta yg mmg tengah berhenti... kereta yg di park di hadapan rumah jiran kami. Masa berlanggar tu pun, mak masih tak perasan sgt apa yg sdg terjadi... sehinggalah ada bbrp org jiran keluar melihat apa yg terjadi. Ya Allah.... mengantuk sungguh tu.

Alhamdulillah... tak de kecederaan tubuh badan. Cuma kereta je cedera agak teruk. 

Kesian mak. Mesti dia cemas, menggelabah dan rasa kelam kabut tak tau nak buat apa... nak ngadu kat sape... Tak pernah terlibat dgn kemalangan, kali ini terjadi kemalangan dan kami tiada bersama. Alhamdulillah, kami dikelilingi oleh jiran2 yg prihatin dan baik budi. Abg Megat suami isteri byk menghulurkan bantuan dan membantu urusan baik pulih kereta mak dan kereta jiran. Sangat2 berterima kasih padanya sbb sikap prihatinnya.

Saya terfikir.... adakah ini akibat dari sbb saya tak nak buat qurban spt yg disarankan oleh petugas kaunter TH semalam? Tapi, itu... beliau yg tersilap dan saya hanya meminta kembali wang saya. Mungkin juga beliau fikir saya yg silap... wallahuallam... hanya Allah yg mengetahui segalanya dan saya yakin saya di pihak yg benar. Saya tak marah2 pun, tak bersungut2 pun... saya betul2 mengunci mulut saya dari bersungut dan compaint. Begitu juga dgn hati saya.... redha aje, kalau tak dpt duit tu kembali... (usaha - tawakkal - redha).  Saya juga merujuk kpd ustazah Fathimah (pembimbing ibadat haji TH)... meminta nasihat darinya dan beliau juga bersetuju dgn tindakan saya...

Apa2pun... sebaik menamatkan perbualan dgn mak, saya segera sujud syukur (sbb mak tak apa2) dan solat taubat... Ampunkan saya Allah... Ampunkan segala salah dan silap saya... Peliharalah keselamatan ibu dan anak2 yg kami tinggalkan...

Malamnya.... lepas Isyak, saya follow up semula dengan petugas wanita tersebut. Adakah dia telah reverse kembali wang saya seperti yg dijanjikannya semalam? Dukacita... jawapannya... tidak. Hmm, apa lagi yg saya boleh buat? Semalam, saya ada terpikir nak tanya beliau samada beliau berhajat utk buat qurban atau tidak? Kalau ya, bolehlah kita buat sistem barter... Tapi, saya segan nak mengutarakan pendapat saya... 

Tiba2, rakan setugas beliau membisikkan sesuatu kpd beliau.....

Rupa2nya, rakannya mencadangkan ...sama seperti apa yg saya fikirkan... Dan bertanya kpd saya, setuju ke? Saya memanglah bersetuju dan saya tanya kembali kpdnya... "Awak setuju ke? Ikhlas kah? Jgn sbb terpaksa..." Beliau kata... "Ye, kak... memang saya nak buat qurban pun, tapi belum sempat lagi sbb sibuk sgt"... Beliau juga menyerahkan cash kpd saya sbb tanak buat reverse... katanya, nnt KPI nya jatuh... (See, I told u oredi).

Alhamdulillah... segalanya selesai secara baik.

Tuesday, May 1, 2012

Kenangan Terindah (19): Masjid Shajarah, Masjid Jin dan Qurban

Assalamualaikum...


Khamis 20 Oktober 2011... Bila diingat2kan peristiwa semalamnya, saya seolah2 lemah semangat utk ke Tanaim lagi... Allah... rapuhnya iman saya. Saya terpikir... bukankah lebih elok sekiranya TH menyediakan pengangkutan utk berulang alik ke Tanaim dengan mengenakan charge yg berpatutan kpd jemaah yg menggunakan perkhidmatan tersebut? Tetapkan jadual dan tempat2 tertentu utk rujukan jemaah. Ini demi keselamatan jemaah juga.

Dah mcm2 cerita kita dengar dan saya sendiri telah mengalami pengalaman yang mendebarkan... tak adakah penambahbaikan yg dilakukan? Apa2pun, servis TH memang terbaik... kami sangat2 berpuas hati. Dengan harga RM9,800 yang kami bayar, TH masih boleh menyediakan khidmat terbaik. Malahan, ada certain2 aspek, lebih baik dari yang ditawarkan oleh pakej swasta. Saya kagum dgn pengendalian jemaah oleh TH. Apa sgtlah RM9,800 tu jika dibandingkan dgn bekalan makan minum, penginapan, pengangkutan (termasuk return flight) selama 45 hari? 

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?

Selepas solat Subuh di Haram, saya tak terdaya utk breakfast. Keletihan yang amat sangat semalam, masih lagi bersisa. Saya tidur sebentar dan bangun semula tak lama kemudian utk mencuci pakaian, mandi, sidai kain dan menunggu waktu utk lunch...

Ketika ini, cuaca sgt2 panas dan berdebu, ditambah dgn kepadatan jemaah yg semakin tinggi di Haram.... saya solat Zuhur dan Asar di masjid berdekatan. Saya mengambil peluang utk bersolat di Masjid Shajarah (Masjid Pokok), di belakang hotel kami. Sejarah masjid ni, dikhabarkan berlakunya peristiwa di mana Rasulullah dicabar oleh org Quraisy untuk buktikan kerasulan Baginda... Rasulullah berdoa, lalu Allah perintahkan sekumpulan pokok di kws ini bergerak (dgn akar2nya sekali) dan sujud kpd Rasululah. Walau dah terbukti, org2 Quraisy masih berdegil dan tak mahu mengakui kebenarannya....

Masjid Shajarah: Gambar dari Google
Kami solat Asar di Masjid Jin... masjid ni, kalau dari hotel kami.... lebih kurang 200m lagi... Sejarah di masjid ni pula, mengatakan di sinilah Rasulullah mengislamkan jin kafir. Untuk cerita lanjut, boleh baca di sini.

Masjid Jin: Gambar dari Google
Selepas Asar, kami saja2 jln2 ke hotel Gemilang, tak jauh dari Masjid Jin. 2 tahun kami ikuti kursus haji yg dianjurkan Gemilang. Saja nak tanya2... kot2 kwn sekursus kami dah sampai... Atikah dan Syamsul. Kami berjumpa dgn ustaz Azlan yg juga pernah mengajar kami... borak2 kejap. Sementara tu, sahabat beliau tolong semak samada kenalan kami tersebut sudah tiba atau belum. Rupa2nya belum. Katanya, mereka akan menginap di hotel ni nanti... Ok, nnt2 kami dtg lg...

Balik dari Haram slps Isyak, kami byr korban kat kaunter TH dengan menggunakan akaun masing2. Seekor kambing berharga SR430. Abg di kaunter sebelah, saya di kaunter sebelah. Saya bertanya... kenapa harganya berbeza dgn harga dam (SR 355)? Padahal, seekor kambing juga.

Petugas kaunter TH tu menerangkan, proses korban diuruskan oleh ejen yg dilantik TH, manakala urusan dam diuruskan oleh TH sendiri.... tu sbb harganya lebih. Katanya lagi, mungkin tahun depan, harganya akan diselaraskan. "Selaraskan? Selaras ke hrg yg murah atau yg mahal?" tanya saya... Jawapannya, of kos la yg mahallll.... hmmmm.

Sebenarnya, kalau kenal sesape kat sini (ada ramai je warga M'sia, Indon @ Thai bermastautin di sni)..... boleh aje mintak tlg uruskan. Boleh visit lagi kambing korban kita tu dan harganya jauh lebih murah. Daging korban kering dan hati unta kering pun kita boleh rasa. Tapi.... ye la, kita byr lebih utk beli `keselesaan' dan `kemudahan' kita. Kita dah serahkan urusan kita pada TH untuk laksanakannya bg pihak kita. Senang.

Selesai urusan, saya pun menyemak resit yg diberikan. Ada kesilapan teknikal sikit... akaun abg ditolak utk byrn 2 org (abg dan saya) dan akaun saya ditolak utk byrn diri saya sendiri juga. Maknanya, saya punya ada double counting. Saya mohon dorang reverse balik. Tapi, petugas kaunter tersebut tak mahu dan menasihatkan saya agar sedekah shj pd sesiapa ataupun niatkan utk saudara mara yg dah meninggal dunia. Ada kepelikan di situ.
  1. Kalau saya mahu bersedekah, saya pastikan saya mahu sedekah pada siapa... bukan pada siapa2 shj.
  2. Niatkan korban utk yg dah meninggal dunia? Bukankan org yg dah meninggal dunia tidak perlu melakukan ibadah korban, melainkan ada wasiat mengenainya? Apa2pun, beliau sama shj seperti saya, maksud saya... beliau bukannya pembimbing ibadah haji...
Saya kira, sebenarnya beliau tak mahu reverse balik sbb ada sangkut paut dgn KPI nya dan juga mungkin akan ada kerugian dlm tukaran wang asing. Tapi... bukan salah kami... Dah sah2 kami duduk di kaunter sebelah menyebelah dan kata nak byr utk msg2 punya. Mereka juga sedia maklum yg kami ni suami isteri... wallahualam. Mungkin ada kekhilafan di situ. Saya tak menyalahkannya, cuma minta kembali wang saya.... kalau saya dipaksa2 utk bersedekah, nnt jadi tak ikhlas pula.  

Jgn risau..... hehe.. Tak ada pertengkaran yg berlaku pun. Seboleh2nya kami semua nak jaga tingkah laku di tanah suci ni.... dan saya secara peribadi bukanlah seorang yg `laser'. Allah... ampuni saya jika saya telah menyusahkan kerja beliau... ampuni saya Allah....

Akhirya, beliau berjanji akan menguruskan hal tersebut selepas selesai melayan semua pelanggan. Dan kami balik ke bilik... esok akan buat follow up.