Sunday, July 22, 2012

Yang Mana Satu (Jawapan)

Assalamualaikum...

Ni sambungan dari kisah Yang Mana Satu

TERUJA (1)

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya mahu turut serta dalam majlis pelancaran/majlis kesyukuran Prof Kamil di Intekma Resort, Shah Alam. Saya ingin bertemu dengan beliau suami isteri dan mendengar tazkirah secara live. Dan... kalau ada rezeki, saya ingin memeluk Kak Roza!

Mereka adalah artis pujaan saya... idola saya, sifu saya. Terus terang saya katakan, yang saya bukannya `baik' sangat. Saya org biasa2 sahaja. Sangat-sangat biasa. Tapi, Allah cairkan hati saya melalui mereka.... melalui tulisan mereka. Melaluinya, saya berusaha utk melakukan perubahan dalam kehidupan, sedikit demi sedikit.

Hajat asal nak join majlis tersebut terpaksa dibatalkan sbb join family day office abg... event yg ditunggu2 oleh anak2 setiap tahun. Saya telahpun menyatakan ketidakhadiran kpd Prof. Kamil menerusi e-mel (sbb sbl ni saya dah mengesahkan kehadiran). Mulanya, hati agak terkilan... suddenly, saya nampak dekat blog Prof yang beliau akan menyampaikan tazkirah di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat pada 24 Jun 2012.

Allah.... Pastinya saya (dan abg dan mak) meluangkan masa untuk ke sana. Syukur alhamdulillah. Kalau nak dibandingkan dengan Shah Alam, haruslah di sini lebih dekat. Ianya berhampiran dgn kawasan rumah saya. Dan itulah pertama kali saya solat di masjid itu. Kami sampai awal untuk `book' tempat yang terbaik, saf yang paling depan.

Dan... tazkirah yang disampaikan oleh beliau sungguh tidak mengecewakan... sangat mengesankan... sangat tersentuh hati saya ini mendengarnya. Nyata berbeza ilmu yang disampaikan secara terus. Selama ini, hanya melalui pembacaan sahaja. Khalayak yg hadir, sungguh ramai... padat! Ruang masjid penuh. Muslimat yang `uzur' juga turut serta mendengar di luar masjid. 

Bacaan doa dari Prof yang sungguh syahdu


Asalnya, ia hanyalah tazkirah selepas Maghrib yang akan disampaikan sementara menunggu waktu Isyak (lbh kurang 1/2 jam).... tapi, dah jadi mcm ceramah pulak... berlangsung sehingga 1 1/2 jam. Terasa bergetar di hati mendengar ceramahnya.... Seolah2 menyentap tidur yang lena.... menangisi sikap alpa / lalai yang selama ini membelenggu diri. Sebak!

Apa yang diutarakannya, tentulah dari Rasulullah, kekasih Allah. Perkara yang selalu diulang2 oleh beliau, adalah;
  1. Solat berjemaah di masjid (khususnya bagi kaum Adam)
  2. Solat sepertiga malam
  3. Puasa sunat... seeloknya Puasa Nabi Daud
  4. Penjagaan aurat khususnya untuk kaum Hawa
  5. Hadir ke taman2 syurga (majlis2 ilmu)
Subhanallah.... saya berusaha untuk berubah menjadi umat Muhammad yang lebih baik, sedikit demi sedikit. Melaksanakan apa yang disampaikan. Biar perlahan2... asalkan konsisten dan sebati dalam diri.. sehingga, wujud rasa kekurangan sekiranya tidak melaksanakannya. Bukannya kita tak tahu semua tu, cuma kita sering leka, lupa dan lalai dengan dunia. Manusia seing terlupa dan perlu sering diingatkan.

Tak cukup tempoh 1 1/2 jam tu... tapi terpaksa berhenti juga dan solat Isyak. Usai solat dan doa, hadirin beransur pulang. Saya bangun dan berpaling ke belakang. Kelihatan satu wajah yg amat saya kenali.... Kak Roza! MasyaAllah, rupanya beliau berada selang satu saf daripada saya. 

Allahuakhbar... kami bersalaman dan berpelukan. Saya tak terkata apa... speechless. Mata pulak bergenang (ntah apa2 ntah, cengeng!). Kak Roza yg bertanya2 saya... saya cuma angguk2 shj. Owh, kelakarnya saya. Peminat setia bertemu artis pujaan lah katakan. Lepas tu, ramai yang menyerbu beliau... Nampaknya, bukan saya sorang aje yg cengeng. Hajat hati utk bergambar dgn beliau, tapi tak apa lah.... sbb beliau dah ditenggelami peminat.

Apa pulak kisah abg? Abg pulak dpt solat sebelah Prof Kamil... Hmmm, padankan lebar aje senyumannya....

TERUJA (2)

Disebabkan family day tu jugak... saya terpaksa menolak jemputan dari Kak Nor dan Abg Lan (rakan haji) yang menjemput kami dan rakan2 haji yg lain untuk makan mee udang kat rumah beliau di Ipoh. Mee udang bukanlah priority, tapi... berjumpa semula, sedikit sebanyak dapat mengisi ruang rindu terhadap tanah suci Mekah dan Madinah. Tapi, bukankah Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang... 

Kami direzekikan juga utk dtg ke rumah mereka dan Kak Nor dah siap sedia dgn mee udangnya. Subhanallah.... Cuma, kami hadir 2 minggu lebih awal. Kebetulan, kami ada urusan di Seberang Jaya, P.Pinang. Kesempatan itu, kami ambil utk singgah melawat mereka... 

-Kami-


Bukan itu sahaja, kami juga ke rumah Makcik Marina dan Pak Mad di Seberang Jaya, yang juga rakan haji kami. Makcik Marina roomate saya dan Pak Mad roomate abg. Allah, beria2 Pak Mad mengajak kami lunch keesokan harinya... tapi kami tolak dgn baik... Tak mahu menyusahkan mereka...



Allah... semoga persahabatan ini berkekalan.... sentiasa hidup segar sebagaimana masa bersama di Mekah/Madinah dulu.

TERUJA (3) 

Pada tarikh yang sepatutnya saya attend majlis Prof Kamil dan majlis Kak Nor... saya sekeluarga telah pergi joined family day abg yg diadakan di tempat fav saya... Awana Kijal, Terengganu. 

Pantai Awana

Pantai Kemasik
Aktiviti family day adalah seperti biasa, sepeti tahun2 sebelumnya. Cuma saya dah kurang berminat nak berlama2 lepak during dinner. Bila dah kenyang, bersosial sikit2 dan terus balik bilik. Abg melayan Erin dan Dania yg berkawan2 lagi dgn kawan2nya.

Alhamdulillah, sungguh cantik sekali aturanNya. Saya menikmati kesemuanya... yang pada asalnya bertindih pada hari yang sama. Maka, nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?

Saturday, July 21, 2012

Kenangan Terindah (43): Tiba di Mina

Assalamualaikum...


Setelah lebih separuh malam, jemaah beransur2 di bawa ke Mina. Masih ikut nombor bas yang sama... tetapi, wakil TH tu kata, kalau sesiapa nak naik bas dulu... boleh. Mereka boleh naik, tapi kena berdiri sbb tempat duduk tu adalah hak jemaah asal yang menaiki bas tersebut. Maksudnya, beri keutamaan pada yang empunya hak terlebih dahulu. Kalau tak ada org duduk, barulah boleh duduk.

Ada juga jemaah haji yang bergerak terus ke Mekah untuk tawaf dan saie, biasanya yang mengikut pakej swasta. Difahamkan... pada waktu2 ini, amat selesa untuk bertawaf di Masjidil Haram kerana tak ramai org. Sbb... kebanyakan jemaah... bergerak ke Mina. 

Tawaf haji boleh dilakukan setelah masuk waktu lebih separuh malam, 10 Zulhijjah iaitu sama dengan masuknya waktu mabit di Mzd. Waktu yg sama juga bermula masuk waktu untuk melontar. Bagi kami yg secara muassasah ni, ikut aje aturan yang telah ditetapkan TH. 

Saya sampai di Mina dlm pukul 1 lebih (pagi). Sampai2 aje, kami disambut oleh wakil TH dan pihak muassasah yang memberi bekalan makanan. Ada roti, biskut, maggi, buah... Lepas tu, terus cari khemah sendiri.

Masuk dalam khemah..... kosong, sbb yang lain belum sampai. Kawan2 saya pun tak kelihatan lagi. Khemah sangat luas dan lebih selesa jika dibandingkan dengan Arafah. Air-conditioned. Lantai khemah adalah tanah yang beralas karpet yang diangkut dari Haram. No wonder la dekat2 waktu haji, lantai Haram dah tak berkarpet. Rupa2nya, semuanya diangkut ke sini. 

Saya mencari tempat yang telah ditetapkan. Owh.. ruangnya kecil shj... Kalau di Arafah dulu, satu ruang menempatkan 12 orang, tapi kali ini... 16 orang. Dan saya lah org yg pertama yg sampai (dlm group 16 orang tu). Saya dah cuba membayangkan susunan `jemaah' dlm ruang tersebut, tapi.... tak boleh nak bayangkan.... sbb sempit. Kelihatannya, ruang sebesar itu, cukup2 menempatkan 12 orang. 

Tempat saya (maksud saya - ruang group saya) ni, betul2 berhampiran dgn air-cond. Air-cond dipasang dgn kuat sekali dan rasa ssseeejjuukk. Memandangkan saya yg pertama berada di situ, saya bebas memilih tempat. Tapi, semua tempat serba tak kena... Sebolehnya, saya cuba mengelakkan drp terkena air-cond secara direct. Saya tahu, badan saya tak tahan kalau tidur dgn air-cond yg tersangat sejuk. Possibility utk demam adalah tinggi. 

Astaghfirullah.... kenapa lah sampai nak pikir2 mcm tu? Saya tak sepatutnya berfikir untuk mencari keselesaan di Mina. Sepatutnya, mohon agar segalanya baik dan dipermudahkan.... yang sempit mungkin jadi lapang dengan kehendakNya.

Akhirnya, saya berhenti berubah2 tempat... mana2 ajelah. 

Dah hampir 2 pagi, tapi... group saya masih belum sampai. Jiran sebelah petak, dah sampai - 2 orang... seorang perempuan muda dan ibunya yang dah tersangat tua. Kalau tak silap saya, mereka dari KT 60 lebih. Pelik pulak saya. Saya KT 09, bersebelahan dgn KT 60 lebih. Katanya, group dorang tu sahaja diletakkan di khemah ni, terasing dari yang lain. Owh... 

Saya lihat, sebaik sampai... dia terus selak2 bawah karpet. Rupa2nya... kutip anak batu. Katanya, kena bersegera sbb nanti bila dah ramai, mcm mana nak selak2 karpet. Hmm... itulah. Bawah karpet ni... ada baaanyyakk batu. Kalau tak cukup kutip kat Mzd, kutip je di bawah karpet di Mina. Selain tu, pandai2 lah alas tempat tidur agar tak terasa sangat batu2 tu.... 


Kemudian... saya ambil kesempatan untuk mandi... Selesa.... sbb tak de org. Kebanyakan jemaah belum tiba lagi. Segarnya rasa.... Maklumlah, kali terakhir mandi adalah sebelum bertolak ke Arafah. Tapi kena ingat, kita masih lagi dlm ihram dan tertakluk kpd pantang larang ihram.

Selesai mandi, barulah ramai sikit. Masing2 menyiapkan tempat tidur dan ada juga yg mengambil kesempatan untuk mandi sementara tak ramai org. Ahli group saya dah tiba. Puas menyusun org dan beg, semuanya serba tak kena. Akhirnya, tidur ajelah mcm2 manapun.... Kalau mengerekot, mengerekotlah sampai bangun. Kalau mengiring... mengiringlah sampai esok. 

Owh... ia sangat mengujakan. Mana lagi nak dapat rasa hidup mcm ni?

Kenangan Terindah (42): Mabit di Muzdalifah

Assalamualaikum...


Disebabkan kami menaiki bas yang awal ke Muzdalifah, perjalanan amat lancar... sekejap shj dah sampai di Mzd. Sampai2... tengok kawasannya masih kosong... tanahnya luas, lapang mcm padang bola (dgn luas yg berganda2). Tak ada apa.... cuma lampu utk menerangi kawasan tersebut dan tandas.

Owh, tandas! Pasti tandas masih kosong! Dan kami mengambil kesempatan tersebut dengan penuh tenang dan selesa....   Lepas keluar tandas pun, masih tiada org yg nak masuk tandas. Bahagia....

Terjumpa gambar toilet ni kat  http://familiniko.blogspot.com 
Mabit adalah ibadat yg wajib dalam haji.... bermakna, sekiranya kita tak buat... haji kita masih sah tetapi kita kena bayar dam. Tapi... ada juga kes2 yg tak perlu bayar dam seperti kenderaan yg dinaiki terhalang drp masuk Mzd, org sakit yg sukar bermabit dan bbrp kes lagi. 

Mabit bermakna berada di bumi Mzd walau seketika dalam tempoh masa mabit iaitu separuh malam 10 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar hari itu. Afdhal berada di sepanjang tempoh mabit di Mzd.... namun memadai seketika walaupun melaluinya sahaja dengan kenderaan, tidak menjejakkan kaki di buminya hatta dalam keadaan tertidur sekalipun.

Sampai2 sini (lepas bermaharajalela di tandas), saya segera solat maghrib dan isyak secara tamam. Abg dah selesai solat kat Arafah. Lepas tu.... kami kutip anak batu untuk melontar nanti. Anak batu je... saiz lebih kurang satu ruas jari kelingking. Sunatnya... kutip 7 je, tapi... kami kutip 70++ (x 2) biji utk cover semua... iaitu 7 biji pada 10 Zulhijjah, 21 biji utk setiap hari lontaran pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hmmm... ada la lebih sikit2 utk standby. Boleh juga sedia untuk disedekahkan kepada sesiapa yang kekurangan anak batu nanti.

Amatlah selesa mengutipnya sbb padang yang luas masih kosong. Tempat yang paling banyak dan senang didapati adalah di sekitar tandas (???). Bukan dekat sangat pun... ok je. Lagi pun, tempat tu terang... senang nak pilih. Saya kutip kat situ tapi abg kutip kat tanah lapang. Saya... bukan apa, takut terkutip taik unta... maklumlah, cahaya lampu samar2.... Kalau toilet tu, lampu terang benderang. Ada yg kata... tempat ni adalah kws ternakan unta di luar musim haji. Ye ke? Ntah la... kalau betul, mana pulak unta2 tu di pindahkan ye? 

Pas tu... bila dah kumpul2, abg kata... saya punya besar2... Maka, saya pun letak lah balik sebahagiannya dan ambik yg abg punya... hehe. Pas tu, abg siap basuh bersih2... bagi memastikan bahawa ia adalah benar2 batu yg sebenarnya... Kalau bukan batu, nanti lontaran kita tak sah. 

Anak batu yang telah dibershkan
Bas datang dan pergi tanpa henti. Datang membawa jemaah dari Arafah dan pergi semula mengambil jemaah yang seterusnya. Kawasan lapang tadi, mula dipenuhi jemaah haji. Tikar plastik TM makin banyak dihamparkan bermakna... tanah yg lapang makin diliputi.. dan makin limited kawasan utk carian anak batu.

Keadaan jemaah.... macam2. Perkara2 sunat lain yg boleh dilakukan ketika ini adalah berzikir, membaca Quran, bertalbiah dan berdoa sepanjang masa di Mzd. Tapi... ramai juga yang berborak2, berbaring2 dan tidur.... termasuklah saya.   

Masa ni masih nampak jalan utk laluan

Saya rasa letih dan udara pula sejuk berangin. Nasib baik bawak baju sejuk. Akhirnya saya tertidur dengan berbantalkan beg dan berselimutkan kain batik (coverlah apa yg patut). Abg... tak tidur pun... Sekali saya terjaga, tengok abg tgh merapatkan silaturahim dgn abg Shamsul, suami Kak Ainul... hehehe.

Akhirnya, saya tertidur dgn nyenyaknya.... dah tak peduli keadaan sekeliling. Bila terjaga.... saya lihat, sungguh ramainya manusia... berkumpul di bumi Mzd. Tanah dah hampir tak kelihatan lagi. Saya lihat, masih ada bas yg dtg dan pergi dan masih ada lagi yg berusaha mencari anak batu.

Allahuakhbar.... tadi saya dapat mengutip anak batu dgn keadaan yg penuh selesa, siap boleh pilih2 lagi. Dengan keadaan yg padat mcm ni, saya rasa... agak sukar utk mereka mencarinya. Tak kan nak selak bawah tikar2 getah jemaah lain kot. 

 sumber: rozainazainulabidin.wordpress.com
Allah... saya tertidur dek keletihan. Padahal, bumi Mzd adalah tempat yg mustajab berdoa. Ye... saya dah buat tadi.... tapi lepas tu saya tidur. Seeloknya..... sentiasa melakukan amalan2 sunat sepanjang berada di Mzd. 

Mabit di Mzd melatih jemaah haji mengerjakan ibadah dalam suasana serba kekurangan. Kemudahan asas amat kurang. Seperti yg saya katakan tadi... hanya ada lampu dan tandas yang terhad. Jemaah juga terdedah dengan cuaca sejuk. Bayangkan kesukaran tersebut, terutama buat jemaah yg uzur. Keadaan ini, jika dihayati sepenuhnya.... membantu kita untuk menginsafi dan menjiwai kesulitan hidup yang sementara.

Di sini, kita mengumpulkan anak batu untuk dilontarkan di jamrah. Simboliknya... kita menyediakan perisai / melengkapkan diri sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Sebagai persediaan untuk berperang dan melontarkan nafsu jahat yang ada dalam diri. 

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Yang Dirindui

Assalamualaikum...

Sumber: Google
Alhamdulillah, Ramadhan yang dirindui menjelma kembali. Syukur kerana kita masih berpeluang menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Petikan dari blog sifu saya,

Saya menulis melalui ANIS betapa ibadat ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat. Inilah yang dikatakan tahap terendah dan dikatakan puasa orang awam. Manakala puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.

Sementara puasa tertinggi ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah sepenuhnya. 

Sepatah kesimpulan, ia puasa semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah dan semata-mata kerana Allah. Bolehkah kita mencapai tahap amalan tertinggi? Rata-rata di kalangan kita tidak mempedulikan nilai puasa yang bakal mereka laksananakan. Setiap tahun ia datang dan berlalu begitu sahaja.

Sumber: www. muhdkamil.org

Ayuh! Kita berusaha dan usahakan utk capai tahap tertinggi dalam ibadat puasa kita.... puasa semata-mata kerana Allah. Bila dah meletakkan Allah di tingkat yg paling tinggi, maka.... insyaAllah semua ibadat akan jadi ringan... puasa wajib, puasa Nabi Daud, solat berjemaah, solat 1/3 malam, jaga aurat, hadir ke majlis2 ilmu.... 

Bila dah sebati, kita akan rasa kekurangan jika tak buat. Malah ia akan jadi lebih ringan jika konsisten mengamalkannya. Kata sifu lagi, 

bila manusia berkata "sakit dan sihat adalah nikmat yang serupa", "lapar dan kenyang juga nikmat yang sama" atau "riang dan duka juga nikmat seiras", maka mereka sudah selangkah lagi hampir menjadi kekasih Allah.

Subhanallah.....

Ampunkan kami sekeluarga jika ada salah silap... dan doa saya semoga keluarga dan sahabat2 yang saya kasihi juga mendapat keampunan dan rahmat dariNya. 

Amin.

Monday, July 16, 2012

Kenangan Terindah (41): Berangkat ke Muzdalifah

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (40): Wukuf di Arafah

Kami dijadualkan meninggalkan Arafah selepas solat Asar.... bila2 masa sahaja. Bermakna, selepas Asar kena bersiap sedia untuk bergerak ke Muzdalifah (Mdz). Dalam hati terdetik.... tak merasakah saya berdoa pada waktu afdhal wukuf nanti? Allah... saya mohon, mudah2an saya berkesempatan berada di Arafah pada waktu2 afdhal.

Saya dah bersiap sedia. Barang-barang sudah siap dikemas dan juga kami siap sedia menunggu giliran.  Kami berusaha memastikan untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi memudahkan urusan. Bas yang bakal dinaiki adalah no. 6. Nombor yang sama ketika menaiki bas ke Arafah dan nombor yang sama juga untuk menaiki bas ke Mina nanti. 

Jemaah yang menaiki bas akan dikumpulkan dulu dalam kawasan berpagar... sekali tengok macam `kandang' pun ada. Heheh... ikut aje... Bila jemaah dalam `kandang tu' dah naik bas, jemaah bas seterusnya pula akan masuk `kandang' tu.

Sumber:  ahmadjmohamad.blogspot.com
Seperti yang dijangkakan, kehadiran bas tidak mengikut jadual. Terdapat kelewatan, tetapi kami sudah sedia maklum dengan situasi sedemikian. Semua kejadian ada hikmah yang mungkin tak terpikir dek akal. Hari dah nak masuk Maghrib, bas no. 3 pun tak kunjung tiba. 

Perlahan-lahan, matahari mula terbenam... menandakan waktu afdhal utk berwukuf telah tiba. Dalam hati saya... rasa syukur yang amat sangat. Saya terasa-rasa bahawa Allah memakbulkan hajat saya untuk MASIH berada di bumi Arafah ketika waktu afdhal. Alhamdulillah.... inilah rahmat dari kelewatan bas tersebut. Di masa-masa inilah, saya ambil kesempatan untuk memohon, mengulangi semula doa-doa yang telah saya bacakan sebelum ini.

Cerita pasal doa sekejap. Semua doa saya telah susunkan ikut kategori. Saya dah catatkan dengan ayat yang tersusun kemas agar saya dan suami dapat baca dengan lancar tanpa tersekat2. Kiriman doa dari rakan-rakan dan saudara mara juga saya ulang banyak-banyak kali. Selagi saya terdaya.... selagi itu lah saya baca..... sehinggalah malam menjelma dan tulisan itu tidak dapat dilihat lagi kerana kegelapan malam.....

Berhelai2 doa yang saya tulis macam ni, ikut kategori
Bas no. 4 tiba selepas azan Maghrib berkumandang. Abang sempat solat tamam Maghrib dan Isyak. Saya.... teragak2. Risau kot2 bas no. 6 tiba waktu saya tengah solat. Tak khusyuk pulak solat nanti. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk setia berada berhampiran `kandang'.

Selesai solat, abg datang menghampiri. Jemaah yang berada dlm kandang ~ masih kurang... tak cukup untuk memenuhkan satu bas. Petugas TH dah memanggil2 jemaah bas no. 4 untuk menaiki bas. Hanya ada bbrp kerat. Akhirnya, kami dipanggil menaiki bas... bagi memenuhi ruang kosong dalam bas. Kalau bas dah penuh, bas boleh segera bergerak ke Mdz.


Alhamdulillah..... saya dapat berada di Arafah pada waktu afdhal dan disuruh menaiki bas yang lebih awal untuk ke Mdz. Ia nikmat yang tidak dapat didustakan.    

Sayunya hati meninggalkan Arafah... Bilakah lagi dapat berwukuf di sini...

Wednesday, July 11, 2012

Kenangan Terindah (40): Wukuf di Arafah

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (39): Suasana Pagi di Arafah

Masih lagi di hari Sabtu, 5 Nov 2011 bersamaan 9 Zlhijjah 1432H. Haji itu Arafah....Wukuf di Arafah merupakan Rukun Haji yang kedua (selepas berniat ihram). Jika tidak berwukuf di Arafah dalam waktu wukuf, maka tak sah haji kita.

Waktu berwukuf mulai gelincir matahari (zuhur) 9 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar (subuh) 10 Zuhijjah. Memandangkan waktu wukuf adalah terhad (berbanding dgn waktu bagi rukun2 yang lain), maka jemaah haji patut memberi perhatian yang berat, iaitu hadir di Arafah dalam waktu2 wukuf. Kalau terlepas, alamat tak `haji' la kita... 

Waktu afdhal untuk berwukuf adalah berada di Arafah sebahagian siang dan sebahagian malam pada hari wukuf. Hmmm... lebih kurang sebelum Maghrib hingga selepas Maghrib lah.... Pada hari ini, jemaah haji tidak disunatkan berpuasa sebagai mencontohi Nabi SAW dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan ibadah pada hari tersebut.

Gambar diambil dari celah2 khemah
Ketika hampir masuk waktu Zuhur, saya meninjau ke luar. Memandang ke arah langit kerana hati dah berbisik.... Allah... Allahuakhbar.... sebentar lagi Allah akan turun ke langit yang paling rendah untuk mendengar rintihan kami, mendengar permohonan taubat dari kami... mendengar rayuan kami... Subhanallah.... langit di Arafah kelihatan sangat indah sekali. Langitnya biru tak berawan.... seolah langit di atas lautan dalam. Suhu pun tak terasa panas. Suasana amat damai dan tenang. 

Suasana dalam khemah juga tenang... masing2 sedang menanti waktu zuhur dengan penuh kesabaran. Penuh debaran. Masing2 khusyuk berdoa, bertalbiah, beristighfar, bertasbih, berzikir, membaca Quran. Suara imam juga kedengaran dari speaker, membimbing jemaah2 melakukan amalan2 sunat.... 

Khutbah Arafah dibacakan imam sebelum Zuhur.... dan diikuti dengan azan zuhur. Maka, waktu wukuf pun bermula. Berjemaah tamam solat Zuhur dan Asar (4+4). Usai solat, bersegeralah keluar dari khemah dan mencari kawasan untuk berdoa. Berdoalah di kawasan terbuka kerana seboleh2nya hendak dekat denganNya. Tak mahu ada atap khemah yg menghalang `contact' yang halus itu.

Kenapa? Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firmanNya: "Hamba-hambaKu datang dari segenap pelusuk dunia yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka, semata-mata mengharapkan syurgaKu. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih dilautan nescaya Aku akan menghapuskan kesemuanya". Allah SWT berfirman: "Keluarlah kamu daripada Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka"

Allahuakhbar... baca... baca dengan teliti dan dengan hati yang terbuka. Baca semula....

Allah..... Allah turun ke langit paling bawah dan akan mengampunkan dosa2 kita... sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih dilautan. Ampunkan kami Ya Allah..... Terimalah taubat kami... 

Perbanyakkanlah berdoa, mohonlah apa shj dariNya, mohonlah keampunan dariNya... Doakan juga untuk org2 tersayang, guru, sahabat, Malaysia, muslimin dan muslimat. Masa ini, masa wukuf ini, masa Allah turun ke langit yang paling rendah ini, hanya akan muncul semula tahun depan atau tidak akan datang lagi lepas ini..... belum tentu lagi muncul di tahun seterusnya (jika kiamat?). Lebih digalakkan berdoa dari membaca Quran. Dan... berdoa di luar khemah.

Di luar pagar khemah, kelihatan bukit2 sekitar memutih dengan jemaah haji lelaki yang berwukuf di situ. Saya kira, jemaah haji dari negara lain. Mereka bersusah payah, sanggup mendaki bukit kerana saya rasa, mereka ingin lebih dekat dengan langit. Mereka inginkan kawasan yang lebih luas dan lapang untuk berdoa.

Semakin lama, semakin ramai yg menaiki bukit 
Ya Allah, hidupkanlah kami di dunia sebagai orang beriman yang taat, wafatkanlah kami sebagai orang Islam yang bertaubat, jadikanlah kami ketika menghadapi pertanyaan dapat memberikan jawapan yang tepat (benar), jadikanlah kami termasuk golongan orang yang menerima kitabnya dengan kanan, jadikanlah kami di hari kegemparan yang dahsyat itu orang-orang yang aman, hiburkanlah kami dengan melihat wajahMu yang mulia, dengan rahmatMu ya Tuhan Yang Maha Pengasih.

Sumber: Google
Mengimbas sejarah... di tengah2 Arafah, wujudnya Jabal Rahmah... tempat pertemuan semula Nabi Adam AS dan Siti Hawa yang terpisah selama 40 tahun. Di Jabal Rahmah jugalah Rasulullah SAW menyampaikan Khutbah al Wada', amanat terakhirnya kepada umat Islam. Pada ketika ini jugalah, wahyu yang terakhir diturunkan kepada Baginda, surah yang menyatakan kesempurnaan agama Islam iaitu Surah Al-Ma'idah ayat 4 yang bermaksud:

"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah redha bahawa Islam itu sebagai agama (cara hidup) untuk kamu"


Saturday, July 7, 2012

Kenangan Terindah (39): Suasana Pagi di Arafah

Assalamualaikum


Sabtu, 5 Nov 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432H. Lepas solat Subuh, abg mengajak saya meninjau keadaan persekitaran khemah kami. Mulanya, saya menolak (biasalah... sayang lemak). Tapi, akhirnya saya tukar fikiran. Ntah bila lagi saya dapat menikmati udara pagi di Arafah. 

Khemah di Arafah
Kat luar, masih ramai yg berjalan kaki ke sini
Kami mengambil beberapa keping gambar utk kenang2an (cam ayat karangan lak..).

Pihak muassasah sdg menyediakan sarapan
Rupanya... ramai juga yg bersiar2 mcm kami
Pekerja muassasah yg tidur bwh lori tangki
Sempadan Arafah
Jalan2 tu... tak kelihatan pula Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa.... mungkin ia jauh dari khemah kami sehingga tidak kelihatan dari kws khemah kami yg terletak di tanah rata. Atau mungkin juga ia terlindung oleh bukit2 di kws sekitar. Kami tak la pergi mencari... dulu2 dah pernah ke sana sewaktu menunaikan umrah. Saya percaya, ada jemaah haji M'sia yg ke sana.


Lupa lak saya nak ambik gambar tandas.... hehe. Tak ingat berapa tandas dia... 5? 10? Ntahlah... Tapi yg pastinya adalah hot-spots. Sentiasa ada org beratur panjang. Tandas tu pulak mcm tak privasi sgt (dari pandangan jemaah lelaki). Maksud saya... jemaah lelaki yg lalu lalang bolehlah nampak kami sikit2.  Kws tandas tu di dinding dgn zink yg dah berlubang2. 

Khemah-khemah di Arafah berpagar dan pembahagian mengikut maktab. W/pun berpagar.... masih ada jemaah negara lain yg masuk menumpang tandas. Yg saya biasa jumpa... jemaah dari Indonesia. Saya tak pasti kenapa mereka datang menumpang tandas kami... Adakah mereka tiada kemudahan tandas? Atau tandas mereka terlalu crowded berganda2 crowded dari kami? 

Kehadiran mereka mengundang perasaan tak puas hati bbrp jemaah kami sbb mereka menambahkan lagi kepanjangan que utk masuk tandas. Tambahan pula ada yg mengambil kesempatan utk membasuh. Ada yg sound mereka secara direct. Saya mengambil pendekatan sbg pemerhati shj... tak nak ckp apa2... Allah, bantulah saya untuk menjaga hati dan perasaan saya dari perasaan marah, tak sabar, buruk sangka dan lain2 yg negatif.. Bantulah saya Allah, agar semua perasaan2 negatif itu tak singgah mahupun melintas di hati ini.... 

Ooopps... dah mula nak start cerita lain pulak.

Lepas tu, saya masuk balik ke dlm khemah... bersarapan... dan cuba mendengar tazkirah yg disampaikan oleh ustaz yg bercakap menerusi microphone dari surau. Surau tu utk lelaki sahaja. Yg paling saya ingat.... masa tu, ustaz ajak buat solat Dhuha. Katanya, di Malaysia... tak pernah dia buat Dhuha secara berjemaah. Dan... kalau tak silap pendengaran saya, katanya... Nabi SAW juga tak pernah Dhuha secara berjemaah (betulkan saya jika saya silap). 

Lepas Dhuha... diikuti dgn solat2 sunat lain. Terpulang nak ikut ustaz atau nak buat sendiri2. 

Oh ye. Kalau jemaah lelaki solat berjemaah di surau... kita tak boleh ikut berjemaah sekali sbb dah putus saf. Khemah kan lain2.... antara khemah tu pulak ada lorong kecil yg boleh org lalu lalang. Suara imam mmg akan kedengaran jelas sbb setiap khemah mmg dipasang speaker. Maka, yg wanita akan melantik imam dari kalangan wanita sendiri dan berjemaah bersama2. Tapi... keadaan ini agak sukar sbb dlm khemah dah dipenuhi dgn beg2 dsbnya. Maka...pandai2lah... Usahakanlah utk solat berjemaah setiap waktu solat.

Hmmm... mcm mana nak berjemaah?
Yg lelaki.... senang nak berjemaah sbb ada surau. Tapi surau pun tak besar mana pun. At least, ok lah dari kami2 ni...

Bila dah letih, saya membaringkan diri sebentar. Dan.... terlihatlah bumbung khemah yg mencuri tumpuan saya. Walaupun kelihatan usang dan kotor, ianya sgt colourful.

Kat tiang tu kad yg memaparkan nama2 jemaah yg ditempatkan di situ
Bersambung.....

Wednesday, July 4, 2012

Kenangan Terindah (38): Menuju Arafah


Assalamualaikum....

Sambungan dari Kenangan Terindah (37): Persediaan Berihram Haji

Masih lagi cerita di hari Jumaat, 4 Nov 2011 bersamaan 8 Zulhijjah 1432H. 
Kami dinasihatkan utk tunggu dibilik shj sehingga nama dipanggil. Saya rasa, giliran untuk turun adalah mengikut KT... Maksud saya, KT yg awal akan turun ke lobi hotel dulu dan juga baik bas dulu. Kami KT 9. Dalam hati berdoa agar sempat utk solat Asar di sini dulu.....Tapi, sebelum Asar, Sahabat TH dah panggil utk turun. Sahabat TH ni adalah volunteer dari kalangan jemaah haji sendiri yang membantu petugas TH dalam menguruskan jemaah haji yg ramai tu.

Okeh! Kami dah siap sedia... jom turun....


Tapi.... kat pintu lif dah stuck dgn org ramai. Saya turun ikut tangga pula. Bila hampir ke tingkat bawah, stuck juga. Tak apa.... memang telah dijangkakan dari awal. Situasi mcm ni sering diceritakan oleh ustaz semasa kursus haji dulu. Giliran utk naik bas belum tiba2 juga.

Akhirnya, waktu Asar dah hampir masuk. Alhamdulillah, tercapai juga hajat saya nak solat Asar dulu. Maka saya, abg dan bbrp org lagi naik semula ke musolla dan berjemaah Asar dulu. Saf di musolla tu pun, melimpah ruah. Masing2 ambik kesempatan utk selesaikan solat Asar dulu. Setelah selesai, baru kami turun semula.

Saya dan abg naik bas no.6.... Sedang kami menunggu bas, tiba2 jemaah yg naik bas terdahulu.... lalu, melintasi kami. Aikkk??? Kenapa dorang ni patah balik? Rupa2nya, bas yg mereka naiki accident... hanya dlm jarak lbh kurang 100m dari hotel. Allah.... saya tak henti2 berdoa agar urusan kami semua dipermudahkan olehNya.

Perjalanan ke Arafah juga baik. Tak terlalu sesak. Sekali lagi.... mungkin sbb kami kumpulan2 awal. Dalam hati, tak henti2 bersyukur dgn aturan Allah yg sangat2 perfect. Bila direnung kembali, perjalanan group kami (KT 9).....

  • Flight Saudi Airlines yg direct KL - Madinah. Ada yg sampai Jeddah dulu (mostly MAS), dari Jeddah ke Madinah almost 8 hrs journey
  • Kami sampai awal di Madinah, jemaah masih belum ramai... begitu juga di Mekah
  • Bertolak ke Masyaer menaiki bas yg awal2.... perjalanan masih lancar

Akhirnya, tepat pukul 4.39 pm, kami bertolak ke Arafah, menaiki bas yang disediakan TH. Alhamdulillah, jemaah semua teratur menaiki bas, tempat duduk cukup dan selesa.... Ada air-cond lagi. Cuma, basnya sempit2.... kalau beg diletak di laluan tengah bas, alamat payah la org nak lalu. Beg kena letak di tempat penyimpanan (atas kepala) atau dipangku. Kalau dah tak de org nak lalu lalang, baru letak kat bawah. Tempat duduk pun sempit...

Bykkan bertalbiah dan berzikir
Apa2pun, TH sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik. Kagum dengan TH sbb berjaya mengendalikan jemaah Msia dgn sistematik (pada pandangan saya la). Semuanya dah disusun dgn baik.... cuma jemaah haji je yg ada mcm2 ragam. Bukan senang nak mengendalikan puluhan ribu jemaah. Mungkin sbb saya ni adalah jemaah awal2 (KT 9), maka... kebanyakannya kami tak perlu tunggu lama.

Tapi, syukurlah kerana disediakan pengangkutan yang baik utk ke Arafah. Ada yg berjalan kaki... ada yg duduk berhimpit2 di bumbung2 kenderaan..... Jalan raya pun penuh sesak dgn kenderaan yang berduyun2 menghala ke Arafah.



Kami tiba di Arafah pukul 6 pm, Maghrib dah menjelma. Bila masuk waktu Maghrib, tarikh juga berubah ke 9 Zulhijjah.... tapi belum masuk waktu wukuf. Waktu wukuf bermula keesokannya, mulai gelincir matahari @ 9 Zulhijjah ie zuhur hingga sbl terbit fajar 10 Zulhijjah.

Sunset di Arafah
Tiba di Arafah, masing2 mencari khemah yang telah ditetapkan TH. Bila dah jumpa khemah.... wow! luasnya. Masuk dalam khemah dan mencari lagi kawasan yg telah ditentukan. Masa ni, kalau tak silap saya.... satu kawasan tu 12 orang. Pembahagian telah ditentukan lebih awal oleh TH dan dimaklumkan melalui sticker yg telah diberikan dulu. Sempadan kawasan ditandakan di tiang2 khemah.

Keadaan khemah? Seadanya.... dialas carpet (tak ingat pulak... tapi di Mina mmg beralaskan carpet) dan berbumbungkan kain yg bertampal2. Keadaan begini mmg telah dimaklumkan oleh penceramah2 kursus haji. Saya tak ada masalah. Ia merupakan satu pengalaman baru yg mengujakan saya. 

Sedikit demi sedikit, ruang dalam khemah dipenuhi oleh jemaah yg tiba secara beransur2. Dinner juga diagihkan oleh pihak muassasah. Kena berhati2 sbb org2 muassasah ni lelaki dan mereka sgt suka masuk ke dalam khemah wanita dgn alasan utk mengagihkan makanan kpd jemaah. Padahal.... kita sendiri boleh passing2 kan makanan tu. Bila ditegur, mereka bersungut dan  dari gaya bahasanya, seolah2 merajuk dan tak mahu berikan makanan tersebut. Itu yg saya faham la.... Wallahuallam. Bukan apa.... dlm khemah tu, ada yg sedang tidur, berehat dan tidak menutup aurat dgn sempurna.

Dalam khemah @ Arafah
Pada masa2 ini, disunatkan perbanyakkan bertalbiah, berzikir atau membaca Quran. Antara ayat2 yg disarankan adalah Surah al-Kahfi, Surah al-Mu'min/Ghafir, Surah al-Fussilat, Surah as-Syura, Surah az-Zukhruf, Surah ad-Dukhaan, Surah al-Jaathiyah dan Surah al-Ahqaaf. 


Solat dah boleh mula jamak tamam. Solat jamak tamam bererti menunaikan solat yg harus dihimpunkan dlm salah satu waktunya iaitu Zuhur dgn Asar dan Maghrib dgn Isyak tanpa sebarang pengurangan pada rakaat2nya. Ini dibenarkan atas sbb masyaqqah @ kesulitan yg ditempuhi oleh jemaah haji ketika berada di Masyaer. Maklumat lanjut, boleh baca Solat Hormat Waktu di Masyaer
  
Dah mcm kedai jual telekung dah... hehehe
Berdebar2 untuk menghadapi hari yang bersejarah keesokannya....