Monday, December 10, 2012

Kenangan Terindah (54): Selamat Tinggal...

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (53): Beratnya Hati...

Rasa tak lengkap pula catatan perjalanan haji saya sekiranya tak ditamatkan. Jemaah haji 1433H pun dah lama kembali ke Malaysia. Cerita haji saya pula... tak sudah2. 

Rabu, 16 November 2011 bersamaan 20 Zulhijjah 1432H, tepat jam 12.30 mlm, semua jemaah dah bersiap sedia untuk berangkat ke King Abdulaziz International Airport, Jeddah. Tepat pukul 1.00 am, bas bergerak meninggalkan Madinatul Hujjaj. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. 

Di airport, kami dihadiahkan senaskah Al Quran setiap seorang oleh Kerajaan Saudi kepada jemaah haji... Al-Quran standard Masjidil Haram/Nabawi.... dan beberapa naskah buku agama. 

Selepas sedikit taklimat (oleh pegawai TH), kami di bawa ke hulu ke hilir... hehehe... Sebenarnya, wakil TH hanya ikut arahan pegawai Saudi tu je... Ada yg kata pi sana... Lepas pi sana... pi situ... Lepas pi situ, pi sini pulak. Bayangkan la, pergerakan ahli sekapal terbang... beramai2. Bila bergerak dari satu tempat ke satu tempat, masing2 kalau boleh nak berada di depan sekali.... ish, ish, ish... Kesian warga tua dan jemaah2 yang kurang sihat.... Kalau saya sendiri dah rasa letih, apatah lagi mereka.....

Akhirnya, kami tiba di kawasan yang betul.... Alhamdulillah, urusan di imegresen berjalan lancar sekali... Lepas selesai solat Subuh di sekitar ruang menunggu tu, kami pun naik k/terbang.... 




Sangat sebakk, hokeh! Saya harap, boleh datang semula untuk menunaikan haji sunat dengan membawa anak2 (haji wajib) dalam tempoh 10 tahun dari tahun 2011/12. Saya berkira2, masa tu anak bongsu saya Nur Sabrina dah habis SPM. Of kos tak boleh pergi ikut muassasah, kan..... Mudah2an, ada la rezeki kami.

Beberapa hari setelah sampai, abg terus daftar haji untuk ketiga2 puteri kami secara online. Tahun gilirannya adalah pada tahun 2047, bersamaan 1468H. Bila mak dengar, mak pun nak daftar sekali.... Tapi, hanya 2 hari selepas itu kami berjaya daftarkan mak (sbb masalah teknikal di website TH).

Dan.... tahun giliran mak pula adalah... 2048 (1469H). Beza 2 hari je (daftar).. dah naik setahun.