Saturday, July 27, 2013

Rezeki

Assalamualaikum...

Allah Maha Mendengar....

Baru je saya post entry pada 24/7/2013 yang saya katakan... saya teringin nak ajak mengulang tadarus lagi... tapi saya segan. Saya agak... dah nak masuk peringkat 10 Ramadhan terakhir ni, mesti masing2 sibuk nak pulun tahajud. Jadi, hajat saya tu... saya pendamkan aje dalam hati.

So, semalam... seperti biasa saya ikut abang solat Subuh berjemaah kat masjid. Saya katakan pada abang... saya balik sendiri... walaupun tadarus dah habis, saya nak stay kat masjid dulu. Abang tanya.... nak buat apa? Saya jawab... entahlah... iktiqaf.... ngaji... rasa rindu nak tadarus lagi (walaupun semalamnya baru khatam).

So... selesai solat Subuh, seperti biasa... bersalam-salaman dan mengaji beramai2 mengikut imam (hampir setiap selepas solat fardhu, jemaah akan mengaji beramai2 mengikut imam). Lepas tu... saya toleh kiri kanan... berharap, agar... adalah sesiapa yang boleh diajak mengaji.

Tiba2 auntie Sadariah cakap... "jom kita ngaji lagi nak... kita baca sama2 kita..." Apa lagi, terus saya bersetuju... Turut serta, auntie Dang Anum. Subhanallah... Allah Maha Mendengar.

Rezeki untuk bertadarus lagi.


Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al Quran dan jadikan ia bagi kami sebagai ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, ingatkanlah daripada Al Quran apa yang kami telah lupa dan ajarkan kami daripadanya apa yang kami tidak ketahui, dan anugerahkanlah kepada kami bacaannya sepanjang malam dan siang. Dan jadikanlah Al Quran sebagai pembela kami. Wahai Tuhan sekalian alam.

Wednesday, July 24, 2013

Nikmat Yang Tidak Dapat Didustakan

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua... Hari ni, dah masuk 15 Ramadhan. Sekejap je masa berlalu... Kumpulan tadarus yang saya join pun dah menamatkan bacaan 30 juzuk Al Quran pada pagi tadi. Alhamdulillah... Sebenarnya, teringin nak ajak mengulang tadarus lagi... tapi, saya segan...

Kami baca setiap hari, selepas solat subuh berjemaah hingga pukul 8.30 - 9.00 am. Ahli kumpulan yang tetap... 9 orang termasuk imam yang menyemak dan menyumbang bacaan. Memang semuanya bersemangat nak baca... kadang2 tu, siap mintak dengan ustaz nak baca lebih.

Gambar pada hari ini 
First time saya join tadarus kat masjid. Sebelum2 ni, kat office je... tapi kat office tak puas sangat sebab kami tak baca/semak keseluruhan Al Quran. Di office, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diagihkan beberapa juzuk untuk dibaca. Ye la... masa terbatas... hanya boleh baca during lunch hour. Petang - masing2 rushing nak balik.

Di MBA, ada 2 sesi tadarus.... satu selepas terawikh dan satu selepas Subuh. Saya join selepas Subuh. Mak dulu join selepas terawikh... balik rumah mesti 12am ke atas. Lambat... kan? MBA buat 20+3 solat terawikh... lepas tu ada moreh dan seterusnya baru start tadarus. Tu yang mak lambat balik tuuu... Masa untuk bertadarus sesi malam juga amat terbatas...

Kesian mak, kan.... disebabkan menjaga anak2 saya, mak terpaksa join tadarus malam sebab waktu pagi nak menyiapkan Sabrina sekolah agama. Kini.... mak dah tiada... mudah2an mak memang betul2 `berehat' di alam baru.

Macam mana saya boleh join tadarus pagi? Kan saya tengah cuti semester sekarang. Semester baru akan bermula September nanti. So, sepanjang Ramadhan dan hampir sepanjang Syawal saya dalam cuti semester.

Ya Allah. Dulu... inilah yang saya inginkan. Menjadi suri rumah sepenuh masa... dan join aktiviti2 yang saya suka dalam keadaan yang tenang... tanpa tuntutan kerja pejabat, tanpa tuntutan assignment, exam dsb. Betul2 sepenuh masa. Kini Allah makbulkan hajat saya tu walaupun untuk tempoh lebih kurang 2 bulan. Subhanallah... siapa sangka hajat saya tersebut Allah kabulkan dalam cara sebegini.


Maka, yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu dustakan? (Surah Ar Rahmaan)


Friday, July 19, 2013

Ramadhan Kali Ini

Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi... tapi kali ini tanpa mak di sisi. Siapa sangka Ramadhan yang lepas adalah Ramadhan yang terakhir buat mak. Dan... kita juga tak tahu sama ada kita masih berkesempatan untuk bertemu Ramadhan yang akan datang atau tidak. Semuanya rahsia Allah SWT.

Allahuakhbar.... terima kasih kepada kawan2 mak yang masih menyebut2 tentang kebaikan arwah mak. Terima kasih! Selain itu, dua sahabat mak (Dr. Aida dan Kak Rozi) telah bercerita kepada saya pada ketika yang berlainan... Mereka kata, mereka nampak kelibat mak dicelah2 keramaian jemaah yang memenuhi ruang solat Masjid Bukit Antarabangsa (MBA). Pandang kali kedua, dah tak kelihatan lagi.

Ya Allah, saya nak juga. Saya nak jumpa mak, walaupun kelibat, walaupun dalam mimpi.... dalam keadaan mak masih `hidup' sbb saya tak dapat jumpa mak masa mak menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Benarkah roh kembali ke rumah semasa Ramadhan? Bila saya google, saya terjumpa catatan ceramah berikut: 

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Wallahualam.

Saya google lagi. Terjumpa You Tube ceramah UAI yang menjelaskan persoalan roh yang balik ke rumah.


Menurut UAI, ada hadis dhoif menyatakan arwah balik melawat anak cucunya. Hadis dhoif boleh diceritakan tapi tak boleh dijadikan hujah. Hadith dhoif tidak ditolak oleh jumhur ulamak. Hadith yang ditolak adalah hadith maudhu' (rekaan). 

Buat masa ini, hampir setiap hari saya sekeluarga berbuka puasa di MBA (kecuali ada sehari berbuka puasa di luar bersama Mak Teh). Sama mcm tahun lepas.... tiap2 hari berbuka puasa di MBA dengan mak. Seronok berbuka ramai2... Bila azan berkumandang, kami berbuka dengan juadah `pot luck', kuih muih, bubur yang disediakan. Kemudian solat Maghrib berjemaah. Lepas tu baru makan nasi. Seterusnya solat Isya' dan terawih berjemaah. Selesa.... tak perlu terkejar2.....

Seperti biasa, MBA menyediakan khemah untuk kemudahan majlis berbuka puasa. Tahun ini, khemah boleh memuatkan 350 jemaah untuk jamuan berbuka puasa. Tapi.... hidangan berbuka tak la setiap hari diprepare utk jumlah tersebut, bergantung kpd keadaan juga.


Kanak2 memang digalakkan datang ke masjid bagi mendekatkan mereka dgn masjid. So, MBA menyediakan bilik aktiviti kanak-kanak. Seronok la mereka... ada mcm2 aktiviti... boleh mewarna, membaca dan bermain. Penjaga juga disediakan. Tapi, bagi yang berumur 4 thn ke bawah, penjaga perlu ada bersama.



Hari ini, hampir 2 jam saya di pusara mak. Menambah tanaman bunga2 kecil di pusara mak dan mengelap jubin2nya. Berkebun saya hari ni. Sebelum ni, ada 2 pokok. Tadi saya beli lagi 3 pokok. Tengok2... hanya boleh memuatkan 2 pokok sahaja. Hmmm... nak buat apa lagi sepokok ni? Saya ingat nak tanam kat kubur mana2 aja tapi bimbang pula dikatakan menceroboh.

Tiba2 ada suara menyapa dan memberi salam kepada saya. Kami tidak mengenali antara satu sama lain. Beliau melawat pusara ayahnya. Beliau tegur... kubur mak kelihatan cantik... kubur ayahnya pula tiada bunga-bungaan... Haa.. makanya, pokok yang lebih tadi, saya hadiahkan saja kepadanya.....

Begitulah... Allah Maha Mendengar...

Gambar Sebelum

Gambar Selepas.... petals dah mulai layu
Memang saya suka tabur kelopak mawar atas pusara mak. Nampak fresh dan cantik. Bila dah mulai kering, saya tukar yang baru... begitulah seterusnya. Saya berharap, bunga2 ni semua (yang ditanam dan ditabur) berzikir utk arwah mak. Begitu juga batu2 sungai yg saya letak di atasnya.

Saya buat juga `kepuk' untuk pusara mak. Kalau tak buat, lama kelamaan tanah kubur mak akan terhakis dek banjir. Sedih melihatnya....

Pusara mak sebelum ni.... kelopak mawar mesti ada...
Lihatlah kubur2 lain tu, ditenggelami banjir.... 


Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). (Al-An'aam 6:2)

Anak Aset ke Syurga atau Neraka

Assalamualaikum...

Wahai ibu-bapa, kalau hari ini anak-anak nampak agama itu kecil, itu adalah tanggungjawab ibu-bapa utk bagi dia nampak besar. Maknanya besar sungguh tanggungjawab ibu-bapa dalam menentukan anaknya syurga atau tidak. Adakah anak yang ada hari ini, mereka yang akan beratur berbaris memandikan kita? Yang akan memakaikan kita kain kapan? Yang menyembahyangkan kita?


Sesungguhnya, sangat2 benar apa yang ustaz cakapkan. Saya telah melalui pengalaman tersebut. Saya dapat rasakan apa yang cuba disampaikan oleh ustaz. Pengalaman memandikan jenazah mak saya sendiri. Bila menyentuh kulitnya, saya sentuh dengan perasaan yang sangat halus dan dilimpahi dengan kasih sayang. Saya sangat2 risau akan menyakitinya. Bila saya bersihkan badannya, terkenangkan susah payahnya memelihara saya dari kecil hingga dewasa. Bila membersihkan tangannya, hati berkata... tangan inilah yang memandikan saya, menyuapkan makanan ke mulut saya.... sewaktu kecil. Dan tangan ini jugalah yang memegang rotan sewaktu mengajar saya mengaji.

Sudah beberapa kali saya mengikuti kursus memandikan jenazah.... tapi lama dulu. Saya boleh buat tapi sentuhan saya mungkin kurang meyakinkan `ketua mandi jenazah' sebab tersangat2 berhati2 dan lembut. Beliau kurang yakin yang saya dapat membersihkannya dengan sempurna.... Disebabkan itulah beliau `take over'.

Allah.... tersentuh hati kala mendengar kata2 Ustaz Don. Bagaimanakah nanti.... bila tiba giliran saya.... bila tiba giliran abg... bagaimanakan nanti?

Selepas itu... bagaimanakah urusan di alam barzakh pula? Cukupkah? Pastinya tak cukup. Yang penting, tingkatkan usaha untuk mencari kebahagiaan `di sana' nanti. Lawan nafsu... lawan hasutan syaitan....

Ya Allah.... sesungguhnya hambaMu ini lemah... iman senipis kulit bawang.... iman turun naik. Cekalkan hati kami Ya Allah, teguhkan iman kami.... tambahkanlah khusyuk dalam solat kami.....


Wednesday, July 3, 2013

Umrah dan Ziarah (2)

Assalamualaikum...

Sambungan dari Umrah dan Ziarah (1).

Agak lama baru nak sambung cerita... dah ditinggalkan lama. Jika diceritakan semula, pasti tak begitu terperinci.. Anyway.......

On the way balik dari pasar kurma, kami singgah di Sofaikat Bani Saedah. Alhamdulillah, taman dibuka untuk lawatan pengunjung. Anak2 teruja melihat bunga2 yang mekar berkembang berwarna-warni dan rumput yang menghijau....





Keesokannya, kami dibawa melawat ladang Bani Hasyim. Kawasan persekitaran amat redup, menghijau, menarik dan selesa. Kami semua dipelawa duduk di suatu tempat yang memang dah disediakan kerusi untuk mendengar tazkirah. Di sinilah ustaz bercerita panjang lebar mengenai kisah pengajaran daripada buah kurma. Sangat bessttt mendengar tazkirah di kawasan yang sunyi dan nyaman ni. 


Ada beberapa cerita yang saya ingat-ingat lupa (mohon maaf jika tersilap). 

Menurut ustaz, `perkahwinan kurma' ada sejarahnya. Saya pun tak berapa ingat perinciannya... tapi, kesimpulannya... memandangkan pokok kurma jantan sedikit dan angin tak mencukupi untuk meniupkan debunga jantan ke pokok betina, maka Rasulullah menyuruh agar pokok jantan dipanjat dan diambil bunganya (benihnya), dikeringkan dan kemudian diikat di tengah2 bunga betina. Agak2 lepas 2 minggu baru dibuka. Jika tak dikahwinkan, biji benih ni akan gugur dan tak dapat disenyawakan.

Bagaimana nak bezakan pokok jantan dan pokok betina? Pokok jantan lebih tinggi daripada pokok betina dan daunnya seolah2 menjulang ke langit. Berbanding pokok betina, daunnya lebih melentok ke bawah. Cukup dengan hanya beberapa pokok jantan dalam sesebuah ladang sebab debunganya boleh digunakan oleh beratus2 pokok betina yang lain. Selagi ada debunga (yang dikeringkan), selagi itu boleh digunakan.  Kata ustaz lagi, uniknya..... debunga jantan ini berbau seperti air mani.


Cerita kedua pula berkenaan sejarah kurma ajwa. Menurut ustaz, pada hari itu Rasulullah berpuasa, tetapi Baginda tidak mempunyai apa2pun untuk dimakan ketika berbuka. Sedih, kan??? Kita kat sini, mewah dengan makanan sampai bersisa2 (astaghfirullahalazimmm). Maka, malaikat Jibrail datang kepada kepada kekasih Allah itu dengan membawa kurma. Biji kurma tersebut ditanam oleh Rasulullah. 

Cerita ustaz lagi, Rasulullah pernah bersabda bahawa sesiapa yang makan 7 biji kurma ajwa setiap hari, akan terpelihara daripada sihir... insyaaAllah, dengan izin Allah.

Cerita ketiga pula berkenaan sebatang kurma yang sering digunakan oleh baginda Rasulullah untuk bersandar. Tiba suatu ketika, Rasulullah tidak lagi bersandar kepadanya kerana telah ada mimbar baru. Tiba-tiba kedengaran suara menangis teresak2 dan rupa2nya suara tersebut datang dari pohon kurma tersebut. Lalu Rasulullah menghampiri dan memeluk batang kurma tersebut memujuknya.... Rasulullah  memberikannya 2 pilihan sama ada ingin hidup di dunia sehingga hari kiamat ataupun hidup bersama baginda di syurga nanti. Maka pohon kurma tersebut memilih untuk hidup bersama Rasulullah di syurga nantiAllahuakhbar.... pohon kurma juga sangat2 mencintai baginda..... 

Habis bercerita, ustaz kata..... "nanti beli kurma... bila balik rumah, jgn bagi orang dulu... cerita dulu kat bakal penerima kurma... Mudah2an, akan tercetus keinginan untuk datang mengerjakan umrah, haji... Mudah2an akan terhubung hatinya dengan Allah dan Rasul...". Hmmm, sempat ke nak bercerita wahai ustaz.....

Ada byk kerusi utk berehat
Tak tahu la samada dorang memang dok sini atau sebaliknya

Kawasan persekitaran yang bersih.... tapi tandasnya?? Sama je..

Swimming pool?
Setelah membeli belah sedikit (hehe)... maka perjalanan diteruskan ke Bukit Magnet. Actually, lawatan ke sini tak termasuk dalam pakej. Tapi atas cadangan saya dan persetujuan ahli rombongan semua, maka kami pun sampai sini dan sebuah lagi ladang kurma milik rakyat Malaysia.

Kita cerita pasal Bukit Magnet dulu. Kebiasaannya, lawatan ke Bukit Magnet termasuk dalam pakej2 umrah. Tapi, pakej yg saya pergi ni kan pakej bajet, maka tiada dimasukkan dlm aturcara. Maka, kami tambah SR10 seorang. Ok je sebab masing2 excited nak pergi.

Perjalanan ke sini, menyusuri Jabal Uhud. Kawasan ini terletak lebih kurang 30 - 40 km dari Madinah. Apa yang menarik di sini adalah fenomena yang mampu menggerakkan kenderaan untuk bergerak selaju 100 - 120 km/j dalam keadaan gear neutral.

Dlm perjalanan ke Bukit Magnet



Lihatlah kaki driver yang bersila... tak tekan pedal minyak pun
Menurut ustaz, telah berlaku beberapa kemalangan di sini disebabkan kelajuan yang tidak dikawal dengan baik. Ada juga yang melibatkan jemaah dari Malaysia. Driver kena control brake, jika tidak mungkin kelajuan akan bertambah. Satu lagi yang menarik, jika air ditumpahkan di kawasan ini, air tersebut akan bergerak menuju ke arah depan (tarikan magnet), naik dari tempat rendah ke tempat yang lebih tinggi. Kuasa Allah. Saya ada juga google... terdapat di beberapa kawasan lain di bumi ini yang mempunyai fenomena yang sama seperti ini. 

Dalam perjalanan balik, kami singgah ke sebuah lagi ladang kurma milik usahawan dari Malaysia. Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) adalah satu2nya syarikat Melayu yang ada ladang kurma di sini. Saya google2, syarikat ni mcm ada kena mengena dengan Al-Arqam??? Ye ke? Atau kebetulan nama yang sama? Kami di sambut oleh Syeikh ____ (owh, serius tak ingat nama - buku catitan saya hilang). 




Air semulajadi yang masin seperti air garam.
Suatu keajaiban di sini, di mana ladang kurma ini mendapat limpahan air masin yang banyak. Mana datangnya ye? Sedangkan kawasan ni jauh beribu batu (ye ke?) dari kawasan pantai. Daannnn... air masin ini sangat2 sesuai untuk penanaman kurma. 


Bila melalui kawasan ni, terasa2 macam berada di Kelantan pulak.... Sepanjang laluan ada kalimah2 yang membesarkan Allah.


Kami dihidangkan dengan cekodok kurma dan jus kurma. SubhanAllah.... sedapnya.... Cekodok tu pulak masih panas! Nikmatnya.... ke... perut dah mula rasa lapar? Ntah la... tapi yang pastinya, jus kurma sejuk dan cekodok kurma yang panas tu laku sungguh! Saya sendiri tak begitu meminati kurma (makan gitu2 aje), tapi yang ni... sedap sangat. 

Hmmm... enaknya...
Sambil2 tu... dengar tazkirah ye...

Kawasan persekitaran yang tenang dan mendamaikan.... disuburi dengan sistem pengairan air masin yang sangat jernih.





Itik pun ada juga...
Kurma yang dikeringkan... for display only


Kurma jantan yang diketuk2, terlerailah debunganya...
nampak yang mcm serbuk putih tu??

Kurma jantan yang didekatkan dengan kurma betina

Ini pokok kurma jantan.... tinggiiiiiii....
Lihat daunnya yang menjulang ke atas
Ada ramai yang melayan kami (perempuan).... lelaki pun ada juga. Sesekali saya confuse, adakah `dia' ni salah seorang daripada rombongan kami? Maklumlah, saya pun tak mengenali kesemua ahli rombongan yang berjumlah 40+ orang... Bila mendengar cerita2, barulah saya dapat mengagak... mereka2 ini adalah Malaysian yang tinggal di sini... bekerja di ladang kurma ini.

Wah! Bertuahnya dapat mencari rezeki di bumi Madinah.... dengan syarikat M'sia lagi. Yang memeranjatkan saya, mereka dah berkahwin dan suami mereka ada yang tinggal di Malaysia... (yg saya interview tu la - 2 org). Kagum sebentar! Cantik2 pulak tu...... sangat cantik! Hmmm... menariknya cerita ni... hehehehe. Saya pun bertanya lagi dan lagi... (ayyokkk..). Lepas tu `dia' kata... `kebanyakannya di sini poli'. Saya agak blur. Apa kena mengena poli dengan mereka2 ni? Saya yang tak paham2 ni, bertanya lagi.... `Ada politeknik kat sini???'... dan `dia' tersenyum simpul. `Bukannnn... poligami.....' katanya.... Allah... malunya saya...

Sebahagian ahli rombongan 

Sini pun ada pool... anak2 ni sangat teruja... Pandang aje laa....

Jabal Uhud...
Rupa2nya.... Jabal Uhud ni sangat2 besar dan panjang
Selama ni, yang terlihat cuma pandangan dari makan syuhada Uhud je...

Ada jugak tempat `menuai' di sini... Jubah2 pun ada dijual
Gambar ni tak menampakkan keseluruhan kedai
Bersambung ye....