Psssttt: Gambar ni diambil oleh mak saya semasa beliau mengerjakan umrah bulan Mac 2011 hari tu...
Seperti biasa, kelas haji diadakan setiap hari Sabtu malam Ahad, selepas Isya' hingga pukul 10.30 mlm, kemudian ada sedikit jamuan disediakan untuk semua para peserta kursus. Tajuk besar malam tadi adalah `Berniat Ihram Umrah'. Apa yang saya blog kan di sini, bukanlah maklumat terperinci... nanti jadi mcm tulis buku pula... cuma yg basic2 shj dan mungkin maklumat tambahan yg boleh dikongsi.
Berihram maksudnya, bila kita telah berniat ihram untuk mengerjakan umrah/haji, maka automatically kita dilarang drp melakukan perkara2 yg dilarang semasa dlm ihram sehingga kita bertahallul.
Ustaz cerita, ada seorang perempuan tu, jumpa dia selepas kursus haji. Perempuan itu dlm kemusykilan, bercerita bahawa semasa dia menunaikan umrah lama dulu iaitu masa anaknya masih kecil (skg anaknya sdg belajar di US), tgh2 mereka mengerjakan saie, anaknya itu mengadu kepenatan dan dia tak sampai hati melihat anaknya dan terus keluar dr saie baik ke hotel. Dia tidak menyelesaikan saie tersebut dan balik ke M'sia tanpa melengkapkan umrahnya. Bila dia ikuti kursus haji, baru dia teringat kisah dulu dan bertanya ttg kedudukannya sekarang.
Ustaz kata, dia masih lg dlm ihram dan dilarang melakukan 13 larangan dlm ihram. Astaghfirullah.... dah berbelas thn (mungkin), dia hidup dlm ihram. Dia dinasihatkan agar melakukan dan ihsar (sembelih kambing) bg melepaskannya dr larangan ihram. Walau mcm manapun, dia masih lg bertanggungjawab melengkapkan umrahnya yg belum selesai.
Mcm mana pula anaknya? Anaknya juga masih dlm ihram dan disuruh juga menyembelih kambing di US sana... dia juga kena completekan umrahnya dgn secepat mungkin. Bila pergi ke Masjidil Haram nanti, terus lakukan tawaf qudum dulu sbg menghormati Ka'abah dan kemudian saie, seterusnya bergunting.
Pakaian ihram bagi lelaki/wanita, yg penting menutup aurat... Bagi lelaki, dari pusat ke lutut (sehelai kain) dan sunat sehelai kain lagi bg menutup seluruh tubuhnya. Bagi perempuan, tutup seluruh tubuh badan selain muka dan dua pergelangan tangan. Menutup aurat maksudnya, menyembunyikan aurat sehingga tidak kelihatan zat aurat (kulit) dan bentuk tubuh (susuk tubuh). Hmmm, kalau pakai pakaian ketat/jarang, sama lah mcm kita mendedahkan aurat kita kpd umum, w/pun pd zahirnya kita menutup aurat tersebut.
Ada jemaah lelaki bertanya, bolehkah memakai selipar semasa dlm ihram? Ustaz kata, perkara ini telah dibincangkan dlm Muzakarah Haji Kebangsaan... dan diputuskan, boleh memakai selipar tetapi mesti nampak 5 jari kaki...
Kursus haji sampai pukul 10 mlm shj, sbb ustaz menjemput Ustaz Ghazali Ibrahim (adik kpd allahyarham Ustaz Asri Rabbani) bercerita pasal wasiat/harta usaka/hibah dsb. Perkara2 ini wajar disempurnakan sbl pergi meninggalkan keluarga, dikhuatiri terjadi sesuatu yg tidak diingini di sana... manalah tahu,kan... kot2 kita bersemadi di sana.... maka perlu di buat wasiat agar keluarga yg ditinggalkan terpelihara. Tak pasal2 pula nanti, berlaku perebutan harta peninggalan, dan waris (apalagi jika anak2 masih kecil tak tahu apa2) teraniaya... Ya Allah, mintak dijauhkan.
Aku datang menyahut panggilanMu Ya Allah Aku datang menyahut panggilanMu Aku datang menyahut panggilanMu Tidak ada sekutu bagiMu Aku datang menyahut panggilanMu Sesungguhnya segala pujian dan nikmat Adalah milikMu juga dan segala kekuasaan Tidak ada sekutu bagiMu
Seperti biasa, class dimulakan dgn talbiah beramai2... (oh ye, class haji setiap hari Sabtu, lepas Isya' hingga 10.30 mlm). Dengan semangat mengalunkan talbiah, terasa meremang bulu roma, meresap ke dalam jiwa...... teringat masa mengerjakan umrah dahulu.... Mlm ni adalah penerangan tentang Rukun serta Wajib Haji dan Umrah.
Apa bezanya rukun dan wajib? Rukun, kalau kita tertinggal... maka Haji/Umrah tak sah... tapi, kalau wajib, kita tertinggal.... maka Haji/Umrah adalah sah tetapi kena dam. Hmmm... sebelum tu, biar saya catat secara ringkas, syarat2 wajib haji - Islam
- Berakal - kalau org gila tunai haji, maka tak sah hajinya
- Baligh - kalau seorang kanak2 telah menunaikan haji, ia wajib mengerjakan haji apabila sudah baligh kelak. Haji yang dilaksanakan sbl baligh, tidak menggugurkan haji yg difardukan ke atasnya.
- Merdeka - tak wajib ke atas hamba, tp sah hajinya
- Berkuasa - berkeupayaan menunaikan haji sama ada berkuasa dgb sendirinya, ataupun dgn bantuan org lain (upah).
Hmmm.. sahabat2 saya ni, dah daftar haji belum? Kalau belum, eloklah daftar skg... jgn sahabat2 ingat, dgn menabung di TH bermakna sudah daftar haji.... takkkk..... Kalau daftar skg, may be turn pergi haji nanti tahun 2030... bayangkan umur kita masa tu berapa... laratkah kita nak mengerjakan haji di usia lanjut sebegitu?
Jgn kata tak de duit, mulalah menyimpan sedikit2.... insyaAllah, rezeki ttp ada. Daftar shj dulu.... Tapi, nak daftar kena ada dlm akaun min RM1,500.00 (kalau tak silap). Lepas tu, tambahlah sikit2... RM10 sebln pun tak pe... bila ada duit lebih nanti, tambahlah byk sikit. Haji ini wajib ke atas setiap umat Islam yg berkemampuan. Kewajipannya, hanyalah sekali seumur hidup. Kalau dah lebih dr sekali, haji yg ke2 dan seterusnya adalah haji sunat.
Rukun dan Wajib Haji pula... - Berniat Ihram (rukun)... di Miqat (wajib)... seterusnya, meninggalkan larangan2 ihram (wajib)
- Wukuf di Arafah (rukun) dan mabit di Muzdalifah (wajib)... seterusnya, melontar Jamrah Aqabah/Kubra (wajib)
- Bercukur/bergunting (rukun)... masa ni, dah terlepas dr larangan ihram melainkan yg berkaitan nikah kahwin... yg lelaki, dah boleh pakai baju biasa.... masa ni lah yg dinamakan Tahallul Awal. Kemudian, mabit di Mina (wajib) dan melontar 3 Jamrah (wajib)
- Tawaf (rukun)
- Saie (rukun)
- Tertib pada kebanyakan rukun.
Tapi, kalau lepas Jamrah Aqabah, then balik terus ke Mekah buat tawaf, then saie... bercukur, kita dapat status Tahallul Thani... pas tu balik balik ke tempat melontar... utk lontar 3 jamrah...
Kenapa dinamakan tertib pada kebanyakan rukun? Sbb, dibolehkan bercukur/bergunting mendahului tawaf dan saie... Kalau umrah, tak boleh... bercukur/bergunting mesti last sekali... Hmmm.... kalau tak paham/tak belajar... dikhuatiri mengikut2 amalan org lain, yg belum tentunya betul.... Akibatnya, haji tak selesai.... dan kita masih dlm ihram sampai di Malaysia.... takutnya.....
Aku datang menyahut panggilanMu Ya Allah Aku datang menyahut panggilanMu Aku datang menyahut panggilanMu Tidak ada sekutu bagiMu Aku datang menyahut panggilanMu Sesungguhnya segala pujian dan nikmat Adalah milikMu juga dan segala kekuasaan Tidak ada sekutu bagiMu Seperti biasa, class dimulakan dgn talbiah beramai2... (oh ye, class haji setiap hari Sabtu, lepas Isya' hingga 10.30 mlm). Dengan semangat mengalunkan talbiah, terasa meremang bulu roma, meresap ke dalam jiwa...... teringat masa mengerjakan umrah dahulu.... Mlm ni adalah penerangan tentang Rukun serta Wajib Haji dan Umrah. Apa bezanya rukun dan wajib? Rukun, kalau kita tertinggal... maka Haji/Umrah tak sah... tapi, kalau wajib, kita tertinggal.... maka Haji/Umrah adalah sah tetapi kena dam. Hmmm... sebelum tu, biar saya catat secara ringkas Islam - tak wajib kpd yg bkn Islam Berakal - tak wajib pd org gila dan jika ia melakukannya, tak sah Hajinya Baligh - Kanak2 tak wajib. Tapi, kalau ditunaikan, sah hajinya ttp ia tak menggugurkan haji yg difardukan ke atasnya. Dia ttp kena buat haji apabila baligh kelak. Merdeka - tak wajib ke atas hamba, tp hajiya ttp sah jika ia melakukannya Berkuasa - berkeupayaan utk menunaikannya sama ada melakukannya sendiri mahupun dgn bantuan org lain. Bagi wanita, kena ada keizinan suami ataupun ditemani mahram.
Hmmm.. sahabat2 saya ni, dah daftar haji belum? Kalau belum, eloklah daftar skg... jgn sahabat2 ingat, dgn menabung di TH bermakna sudah daftar haji.... takkkk..... Kalau daftar skg, may be turn pergi haji nanti tahun 2038... bayangkan umur kita masa tu berapa... laratkah kita nak mengerjakan haji di usia lanjut sebegitu? Jgn kata tak de duit, mulalah menyimpan sedikit2.... insyaAllah, rezeki ttp ada. Daftar shj dulu.... Tapi, nak daftar kena ada dlm akaun min RM1,500.00 (kalau tak silap). Lepas tu, tambahlah sikit2... RM10 sebln pun tak pe... bila ada duit lebih nanti, tambahlah byk sikit.
Hari ni (25/3/11 - Jumaat) saya cuti.... Isnin pun saya cuti. Semalam, saya kongsikan blog ini dgn bbrp orang sahabat.... Sebelum ini, saya amat segan... saya hanyalah org biasa yg kekurangan ilmu... saya yakin, sahabat2 saya lebih berilmu dari saya dr segala sudut. Setelah sekian lama, baru saya dpt mengikis perasaan negatif tersebut dgn harapan.... mana2 yg saya terkurang, sahabat boleh tambahkan dan begitu juga sebaliknya.... Semoga, sahabat2 saya juga dpt segala pengetahuan/info yg baik2 dari saya....
Usia saya dah hampir 40 tahun, tak tahu brp lama lagi boleh bernafas dan menikmati semua yang dipinjamkanNya. Moga2, saya masih sempat untuk menunaikan fardhu haji sebelum Malaikat Izrail mencabut nyawa saya.... moga2, saya menjadi muslim yang cemerlang di dunia dan akhirat....
Rukun Islam 5 perkara... Yang pertama, mengucap 2 kalimah syahadat, kedua - sembahyang 5 waktu, ketiga - berpuasa di bulan Ramadhan, keempat - menunaikan zakat dan mengerjakan haji adalah rukun yang ke 5 dalam senarai rukun Islam... Kalau binaan bangunan/rumah... kiranya haji ini berada di tingkat yang kelima.
Sebelum tingkat kelima dibina, foundationnya mesti kukuh... bermula dgn syahadah iaitu kepercayaan dengan keesaan Allah dan Muhammad (s.a.w.) sebagai rasulnya. Diikuti dgn solat, puasa dan berzakat. Ustaz kata, kalau tingkat bawah dah rompong, cantik tak tingkat 5 kita? Mestilah tidak....
Maka, sebelum menunaikan haji, seeloknya perkukuhkan/sempurnakan tingkat pertama sehingga empat..... Agaknya, sbb itulah giliran saya tak sampai2 lagi w/pun passport a'bangsa saya dah disimpan oleh Tabung Haji tahun lepas. Byk lagi amalan saya yang berlubang2... tak sempurna. Mmgnya ada hikmah disebaliknya.... persiapan saya dan suami perlu lebih mantap untuk mendapat haji mabrur.
MasyaAllah.... nak mengerjakan haji perlu mendapat jemputan dari Allah. Tak semestinya byk duit, boleh pergi tunaikan haji by private package tanpa jemputan dariNya. Tak semestinya duit simpanan di Tabung Haji dah cukup, maka kita boleh pergi haji....
Ye, saya bukannya alim ulamak, mahupun ustazah ataupun ilmuan dalam bab-bab ugama ni... Ilmu agama saya sangat cetek, sgt sedikit.... tetapi, ilmu yang sedikit inilah yang saya mahu kongsikan kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini.... Jika saya tersalah, mungkin sebab saya tersalah dengar ataupun tersalah paham... mohon dibetulkan...
Saya akan kongsikan apa yang saya pelajari pada mlm ini.... tak dapat nak ceritakan semua sbb ustaz ada banyak ilmu yang dicurahkan sehingga saya tak sempat nak salin semua... akhirnya, saya mendengar sahaja... tapi, masalahnya... jika mendengar tanpa menyalin, lama kelamaan akan luput di ingatan. Sekurang2nya, dengan mem`blog'kan apa yang saya pelajari, saya dapat mengingati semula/mengasah ilmu kuliah yang telah diberi dan dapat menyebarkannya kepada tuan/puan...
Tanah Haram Mekah Kenapa dinamakan tanah haram? Biasanya, apa yang kita paham, haram ni maknanya tak boleh sangat2... berdosa besar jika buat/makan/lakukan. Tapi, tanah haram maksudnya tanah yang mulia... yang ada kelebihan tertentu yang tidak ada di tempat lain. Selain itu, ia bermaksud tanah larangan, di mana dilarang melakukan amalan tertentu... padahal amalan yang sama tidak menjadi larangan di tempat lain.
Sebagai contoh, kawasan istana. Istana ada kemuliaan tertentu dan ada pantang larangnya... kita tak boleh buat sesuka hati. Hanya org2 tertentu je boleh memasuki istana. Dah masuk, ada adat istiadat dan ada pantang larangnya. Begitu juga dgn tanah haram Mekah.......
Selain itu, ia juga disebut sebagai tanah suci. Ia adalah tempat untuk menyucikan diri drp dosa, maksiat, fasiq (perbuatan salah) dan fahish (perbuatan keji). Tapi, kalau tinggal di sini tanpa melakukan amalan yang dituntut dan tak jaga adab sopan, maka mereka ini tidak akan menjadi suci dengan sbb duduk di tanah haram ini.
Tempat2 yang mustajab utk berdoa adalah di bumi Arafah (sepanjang waktu wukuf sahaja), di Multazam, pancuran emas, Hijir Ismail, makam Ibrahim, Bukit Safa & Marwah dan kawasan antara penjuru Yamani dan penjuru Hajar Aswad.
Masjidil Haram/Baitullah Baitullah... is centre of the world. Kedudukannya di pusat bumi, bersetentang dgn Baitul Makmur, tempat para malaikat melakukan tawaf. Baitullah adalah bangunan yang pertama didirikan... Firman Allah,
Sesungguhnya, rumah yang mula2 dibangunkan untuk (tempat beribadat) bagi manusia adalah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk (bagi semua manusia) di seluruh alam.
Menurut ustaz tadi, ayat ini turun sebab org kafir mentertawakan org Islam dan mengatakannya Islam ni seolah2 agama `tiruan' sbb asalnya, kiblat adalah mengarah ke Baitul Maqdis, tetapi kemudiannya berubah ke Baitullah... Maka, turunlah ayat ini yang menyatakan bahawa Baitulallah adalah yang paling awal.
Sebuah hadis drp Ibn Abbas r.a. bermaksud; Sesungguhnya pada setiap hari Allah turunkan 120 rahmat di Ka'abah, 60 untuk orang yg tawaf, 40 untuk org yg solat dan 20 untuk org yang memandangnya
MasyaAllah... hanya dgn memandangnya sahaja, kita mendapat 20 rahmat... apatah lagi jika solat dan melakukan tawaf.
Ada byk lagi.... saya coretkan apa yang sempat sahaja....
Sepatutnya mak pergi umrah semalam.... saya dah siap-siap ambik cuti. Tapi, ada masalah flight (ke masalah agent??), pemergian mak ditangguhkan. Maka, dapatlah mak join rombongan menghantar Nwar tunang ke Ipoh.
Balik dr Ipoh, terus ke rumah Mak Su... K.Ngah pun ikut sekali. Tapi, kami sekejap aja di sana sbb mlm ni start Kursus Haji... saya tak nak miss... Saya akan berusaha b'sungguh2 utk attend kesemua siri... Kalau diikutkan, badan rasa penat... ye la, dr Ipoh terus ke Balakong pulak tu... Then rushing utk ke masjid lak.
Penceramahnya, masih Datuk Hj Kamal Hj Muhammad. Ahli jemaah, ramai org baru.... ada la org lama, tp tak ramai... Yuran pendaftaran RM60 dan buku RM20. Datuk penceramah kata, tahun ni dia ada mengemaskini buku rujukan... ada buat bbrp penambahan.
Kelas pertama ni, diterangkan mengenai definisi haji, syarat2 wajib haji, syarat2 sah haji, falsafah haji dsb. Diceritakan juga sejarah Rasulullah mengerjakan haji....
Sejarah ringkasnya.... Rasulullah terima perintah Allah untuk tunaikan haji pd thn 5 Hijrah. Tahun 6H, Rasulullah mengerjakan umrah pertama ttp telah dihalang oleh org Quraisy. Maka Allah memerintahkan rombongan tersebut bertahallul dgn menyembelih binatang ternakan sbg dam ihsar (terhalang drp mengerjakan umrah setelah berihram). Halangan ini diselesaikan melalui perjanjian Udaibiyah di mana salah satu perjanjiannya adalah Baginda dan org Islam dibenarkan memasuki Mekah utk laksanakan Haji/Umrah pada tahun berikutnya iaitu 7H.
Maka seterusnya thn 7H, Baginda dan rombongannya berangkat ke Mekah melaksanakan umrah Qada' untuk menggantikan umrah mereka yang terhalang pd thn sblnya. Sekali lagi Rasulullah mengerjakan umrah pada tahun 8H dan mengerjakan haji pada tahun 10H.
Haji Rasulullah ini juga dinamakan Haji Wada' (perpisahan) kerana inilah haji yang pertama dan inilah yang terakhir
|