Makin kita belajar, explore... terasa makin byk yg kita tak tau. Saya dah tamat kursus haji bersiri di Bukit Antarabangsa, saya join juga kursus bersiri di Asy-Syakirin KLCC jika berkelapangan, saya dah ikuti 2 hari Kursus Intensif Tbg Haji di Masjid Saidina Osman, Cheras.
Bila dah belajar bab haji ni, saya ada kemusykilan. Nak tanya kat ustaz yg mengajar, tp tak tertanya.... 3 lokasi ustaz dahhhh. Akibatnya, soalan tersebut bermain-main di minda saya.... saya nak tanya, saya segan... saya prefer kalau tanya sendiri tanpa didengari org lain... sbb saya segan. Tapi, terkadang.... saya berjaya melawan rasa malu tu.... lepas tu, siap rasa bangga dgn diri sendiri lagi yg berjaya melawan kelemahan tersebut. Soalan saya adalah;
Kenapa kita boleh berniat ihram haji di hotel ataupun pada masa nak bertolak untuk mengerjakan wukuf di arafah? Sedangkan, niat adalah rukun haji dan berniat di miqat adalah wajib haji?
Tadi saya terbaca.... selain dari sebab mengerjakan umrah dan haji dlm bulan haji pada tahun yg sama, sebab lain haji tamattu' dikenakan dam adalah kerana kita tak keluar untuk berniat di miqat. Maka sbb itulah dikenakan dam... Dam dikenakan bila kita melanggar syarat wajib haji. Kalau kita tak buat rujun haji pula, maka haji kita tak sah. Itulah bezanya antara rukun dan wajib haji. Tempat-tempat miqat adalah seperti di Bir Ali, Qarnul Manazil, Jakranah dsb dan jarak miqat hendaklah at least 2km
No comments:
Post a Comment