Assalamualaikum
Sambungan dari Kenangan Terindah (38): Menuju Arafah
Sabtu, 5 Nov 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432H. Lepas solat Subuh, abg mengajak saya meninjau keadaan persekitaran khemah kami. Mulanya, saya menolak (biasalah... sayang lemak). Tapi, akhirnya saya tukar fikiran. Ntah bila lagi saya dapat menikmati udara pagi di Arafah.
Khemah di Arafah |
Kat luar, masih ramai yg berjalan kaki ke sini |
Pihak muassasah sdg menyediakan sarapan |
Rupanya... ramai juga yg bersiar2 mcm kami |
Pekerja muassasah yg tidur bwh lori tangki |
Sempadan Arafah |
Jalan2 tu... tak kelihatan pula Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa.... mungkin ia jauh dari khemah kami sehingga tidak kelihatan dari kws khemah kami yg terletak di tanah rata. Atau mungkin juga ia terlindung oleh bukit2 di kws sekitar. Kami tak la pergi mencari... dulu2 dah pernah ke sana sewaktu menunaikan umrah. Saya percaya, ada jemaah haji M'sia yg ke sana.
Lupa lak saya nak ambik gambar tandas.... hehe. Tak ingat berapa tandas dia... 5? 10? Ntahlah... Tapi yg pastinya adalah hot-spots. Sentiasa ada org beratur panjang. Tandas tu pulak mcm tak privasi sgt (dari pandangan jemaah lelaki). Maksud saya... jemaah lelaki yg lalu lalang bolehlah nampak kami sikit2. Kws tandas tu di dinding dgn zink yg dah berlubang2.
Lupa lak saya nak ambik gambar tandas.... hehe. Tak ingat berapa tandas dia... 5? 10? Ntahlah... Tapi yg pastinya adalah hot-spots. Sentiasa ada org beratur panjang. Tandas tu pulak mcm tak privasi sgt (dari pandangan jemaah lelaki). Maksud saya... jemaah lelaki yg lalu lalang bolehlah nampak kami sikit2. Kws tandas tu di dinding dgn zink yg dah berlubang2.
Khemah-khemah di Arafah berpagar dan pembahagian mengikut maktab. W/pun berpagar.... masih ada jemaah negara lain yg masuk menumpang tandas. Yg saya biasa jumpa... jemaah dari Indonesia. Saya tak pasti kenapa mereka datang menumpang tandas kami... Adakah mereka tiada kemudahan tandas? Atau tandas mereka terlalu crowded berganda2 crowded dari kami?
Kehadiran mereka mengundang perasaan tak puas hati bbrp jemaah kami sbb mereka menambahkan lagi kepanjangan que utk masuk tandas. Tambahan pula ada yg mengambil kesempatan utk membasuh. Ada yg sound mereka secara direct. Saya mengambil pendekatan sbg pemerhati shj... tak nak ckp apa2... Allah, bantulah saya untuk menjaga hati dan perasaan saya dari perasaan marah, tak sabar, buruk sangka dan lain2 yg negatif.. Bantulah saya Allah, agar semua perasaan2 negatif itu tak singgah mahupun melintas di hati ini....
Ooopps... dah mula nak start cerita lain pulak.
Lepas tu, saya masuk balik ke dlm khemah... bersarapan... dan cuba mendengar tazkirah yg disampaikan oleh ustaz yg bercakap menerusi microphone dari surau. Surau tu utk lelaki sahaja. Yg paling saya ingat.... masa tu, ustaz ajak buat solat Dhuha. Katanya, di Malaysia... tak pernah dia buat Dhuha secara berjemaah. Dan... kalau tak silap pendengaran saya, katanya... Nabi SAW juga tak pernah Dhuha secara berjemaah (betulkan saya jika saya silap).
Lepas Dhuha... diikuti dgn solat2 sunat lain. Terpulang nak ikut ustaz atau nak buat sendiri2.
Oh ye. Kalau jemaah lelaki solat berjemaah di surau... kita tak boleh ikut berjemaah sekali sbb dah putus saf. Khemah kan lain2.... antara khemah tu pulak ada lorong kecil yg boleh org lalu lalang. Suara imam mmg akan kedengaran jelas sbb setiap khemah mmg dipasang speaker. Maka, yg wanita akan melantik imam dari kalangan wanita sendiri dan berjemaah bersama2. Tapi... keadaan ini agak sukar sbb dlm khemah dah dipenuhi dgn beg2 dsbnya. Maka...pandai2lah... Usahakanlah utk solat berjemaah setiap waktu solat.
Hmmm... mcm mana nak berjemaah? |
Yg lelaki.... senang nak berjemaah sbb ada surau. Tapi surau pun tak besar mana pun. At least, ok lah dari kami2 ni...
No comments:
Post a Comment