Saturday, July 21, 2012

Kenangan Terindah (43): Tiba di Mina

Assalamualaikum...


Setelah lebih separuh malam, jemaah beransur2 di bawa ke Mina. Masih ikut nombor bas yang sama... tetapi, wakil TH tu kata, kalau sesiapa nak naik bas dulu... boleh. Mereka boleh naik, tapi kena berdiri sbb tempat duduk tu adalah hak jemaah asal yang menaiki bas tersebut. Maksudnya, beri keutamaan pada yang empunya hak terlebih dahulu. Kalau tak ada org duduk, barulah boleh duduk.

Ada juga jemaah haji yang bergerak terus ke Mekah untuk tawaf dan saie, biasanya yang mengikut pakej swasta. Difahamkan... pada waktu2 ini, amat selesa untuk bertawaf di Masjidil Haram kerana tak ramai org. Sbb... kebanyakan jemaah... bergerak ke Mina. 

Tawaf haji boleh dilakukan setelah masuk waktu lebih separuh malam, 10 Zulhijjah iaitu sama dengan masuknya waktu mabit di Mzd. Waktu yg sama juga bermula masuk waktu untuk melontar. Bagi kami yg secara muassasah ni, ikut aje aturan yang telah ditetapkan TH. 

Saya sampai di Mina dlm pukul 1 lebih (pagi). Sampai2 aje, kami disambut oleh wakil TH dan pihak muassasah yang memberi bekalan makanan. Ada roti, biskut, maggi, buah... Lepas tu, terus cari khemah sendiri.

Masuk dalam khemah..... kosong, sbb yang lain belum sampai. Kawan2 saya pun tak kelihatan lagi. Khemah sangat luas dan lebih selesa jika dibandingkan dengan Arafah. Air-conditioned. Lantai khemah adalah tanah yang beralas karpet yang diangkut dari Haram. No wonder la dekat2 waktu haji, lantai Haram dah tak berkarpet. Rupa2nya, semuanya diangkut ke sini. 

Saya mencari tempat yang telah ditetapkan. Owh.. ruangnya kecil shj... Kalau di Arafah dulu, satu ruang menempatkan 12 orang, tapi kali ini... 16 orang. Dan saya lah org yg pertama yg sampai (dlm group 16 orang tu). Saya dah cuba membayangkan susunan `jemaah' dlm ruang tersebut, tapi.... tak boleh nak bayangkan.... sbb sempit. Kelihatannya, ruang sebesar itu, cukup2 menempatkan 12 orang. 

Tempat saya (maksud saya - ruang group saya) ni, betul2 berhampiran dgn air-cond. Air-cond dipasang dgn kuat sekali dan rasa ssseeejjuukk. Memandangkan saya yg pertama berada di situ, saya bebas memilih tempat. Tapi, semua tempat serba tak kena... Sebolehnya, saya cuba mengelakkan drp terkena air-cond secara direct. Saya tahu, badan saya tak tahan kalau tidur dgn air-cond yg tersangat sejuk. Possibility utk demam adalah tinggi. 

Astaghfirullah.... kenapa lah sampai nak pikir2 mcm tu? Saya tak sepatutnya berfikir untuk mencari keselesaan di Mina. Sepatutnya, mohon agar segalanya baik dan dipermudahkan.... yang sempit mungkin jadi lapang dengan kehendakNya.

Akhirnya, saya berhenti berubah2 tempat... mana2 ajelah. 

Dah hampir 2 pagi, tapi... group saya masih belum sampai. Jiran sebelah petak, dah sampai - 2 orang... seorang perempuan muda dan ibunya yang dah tersangat tua. Kalau tak silap saya, mereka dari KT 60 lebih. Pelik pulak saya. Saya KT 09, bersebelahan dgn KT 60 lebih. Katanya, group dorang tu sahaja diletakkan di khemah ni, terasing dari yang lain. Owh... 

Saya lihat, sebaik sampai... dia terus selak2 bawah karpet. Rupa2nya... kutip anak batu. Katanya, kena bersegera sbb nanti bila dah ramai, mcm mana nak selak2 karpet. Hmm... itulah. Bawah karpet ni... ada baaanyyakk batu. Kalau tak cukup kutip kat Mzd, kutip je di bawah karpet di Mina. Selain tu, pandai2 lah alas tempat tidur agar tak terasa sangat batu2 tu.... 


Kemudian... saya ambil kesempatan untuk mandi... Selesa.... sbb tak de org. Kebanyakan jemaah belum tiba lagi. Segarnya rasa.... Maklumlah, kali terakhir mandi adalah sebelum bertolak ke Arafah. Tapi kena ingat, kita masih lagi dlm ihram dan tertakluk kpd pantang larang ihram.

Selesai mandi, barulah ramai sikit. Masing2 menyiapkan tempat tidur dan ada juga yg mengambil kesempatan untuk mandi sementara tak ramai org. Ahli group saya dah tiba. Puas menyusun org dan beg, semuanya serba tak kena. Akhirnya, tidur ajelah mcm2 manapun.... Kalau mengerekot, mengerekotlah sampai bangun. Kalau mengiring... mengiringlah sampai esok. 

Owh... ia sangat mengujakan. Mana lagi nak dapat rasa hidup mcm ni?

No comments:

Post a Comment