Saturday, July 21, 2012

Kenangan Terindah (42): Mabit di Muzdalifah

Assalamualaikum...


Disebabkan kami menaiki bas yang awal ke Muzdalifah, perjalanan amat lancar... sekejap shj dah sampai di Mzd. Sampai2... tengok kawasannya masih kosong... tanahnya luas, lapang mcm padang bola (dgn luas yg berganda2). Tak ada apa.... cuma lampu utk menerangi kawasan tersebut dan tandas.

Owh, tandas! Pasti tandas masih kosong! Dan kami mengambil kesempatan tersebut dengan penuh tenang dan selesa....   Lepas keluar tandas pun, masih tiada org yg nak masuk tandas. Bahagia....

Terjumpa gambar toilet ni kat  http://familiniko.blogspot.com 
Mabit adalah ibadat yg wajib dalam haji.... bermakna, sekiranya kita tak buat... haji kita masih sah tetapi kita kena bayar dam. Tapi... ada juga kes2 yg tak perlu bayar dam seperti kenderaan yg dinaiki terhalang drp masuk Mzd, org sakit yg sukar bermabit dan bbrp kes lagi. 

Mabit bermakna berada di bumi Mzd walau seketika dalam tempoh masa mabit iaitu separuh malam 10 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar hari itu. Afdhal berada di sepanjang tempoh mabit di Mzd.... namun memadai seketika walaupun melaluinya sahaja dengan kenderaan, tidak menjejakkan kaki di buminya hatta dalam keadaan tertidur sekalipun.

Sampai2 sini (lepas bermaharajalela di tandas), saya segera solat maghrib dan isyak secara tamam. Abg dah selesai solat kat Arafah. Lepas tu.... kami kutip anak batu untuk melontar nanti. Anak batu je... saiz lebih kurang satu ruas jari kelingking. Sunatnya... kutip 7 je, tapi... kami kutip 70++ (x 2) biji utk cover semua... iaitu 7 biji pada 10 Zulhijjah, 21 biji utk setiap hari lontaran pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hmmm... ada la lebih sikit2 utk standby. Boleh juga sedia untuk disedekahkan kepada sesiapa yang kekurangan anak batu nanti.

Amatlah selesa mengutipnya sbb padang yang luas masih kosong. Tempat yang paling banyak dan senang didapati adalah di sekitar tandas (???). Bukan dekat sangat pun... ok je. Lagi pun, tempat tu terang... senang nak pilih. Saya kutip kat situ tapi abg kutip kat tanah lapang. Saya... bukan apa, takut terkutip taik unta... maklumlah, cahaya lampu samar2.... Kalau toilet tu, lampu terang benderang. Ada yg kata... tempat ni adalah kws ternakan unta di luar musim haji. Ye ke? Ntah la... kalau betul, mana pulak unta2 tu di pindahkan ye? 

Pas tu... bila dah kumpul2, abg kata... saya punya besar2... Maka, saya pun letak lah balik sebahagiannya dan ambik yg abg punya... hehe. Pas tu, abg siap basuh bersih2... bagi memastikan bahawa ia adalah benar2 batu yg sebenarnya... Kalau bukan batu, nanti lontaran kita tak sah. 

Anak batu yang telah dibershkan
Bas datang dan pergi tanpa henti. Datang membawa jemaah dari Arafah dan pergi semula mengambil jemaah yang seterusnya. Kawasan lapang tadi, mula dipenuhi jemaah haji. Tikar plastik TM makin banyak dihamparkan bermakna... tanah yg lapang makin diliputi.. dan makin limited kawasan utk carian anak batu.

Keadaan jemaah.... macam2. Perkara2 sunat lain yg boleh dilakukan ketika ini adalah berzikir, membaca Quran, bertalbiah dan berdoa sepanjang masa di Mzd. Tapi... ramai juga yang berborak2, berbaring2 dan tidur.... termasuklah saya.   

Masa ni masih nampak jalan utk laluan

Saya rasa letih dan udara pula sejuk berangin. Nasib baik bawak baju sejuk. Akhirnya saya tertidur dengan berbantalkan beg dan berselimutkan kain batik (coverlah apa yg patut). Abg... tak tidur pun... Sekali saya terjaga, tengok abg tgh merapatkan silaturahim dgn abg Shamsul, suami Kak Ainul... hehehe.

Akhirnya, saya tertidur dgn nyenyaknya.... dah tak peduli keadaan sekeliling. Bila terjaga.... saya lihat, sungguh ramainya manusia... berkumpul di bumi Mzd. Tanah dah hampir tak kelihatan lagi. Saya lihat, masih ada bas yg dtg dan pergi dan masih ada lagi yg berusaha mencari anak batu.

Allahuakhbar.... tadi saya dapat mengutip anak batu dgn keadaan yg penuh selesa, siap boleh pilih2 lagi. Dengan keadaan yg padat mcm ni, saya rasa... agak sukar utk mereka mencarinya. Tak kan nak selak bawah tikar2 getah jemaah lain kot. 

 sumber: rozainazainulabidin.wordpress.com
Allah... saya tertidur dek keletihan. Padahal, bumi Mzd adalah tempat yg mustajab berdoa. Ye... saya dah buat tadi.... tapi lepas tu saya tidur. Seeloknya..... sentiasa melakukan amalan2 sunat sepanjang berada di Mzd. 

Mabit di Mzd melatih jemaah haji mengerjakan ibadah dalam suasana serba kekurangan. Kemudahan asas amat kurang. Seperti yg saya katakan tadi... hanya ada lampu dan tandas yang terhad. Jemaah juga terdedah dengan cuaca sejuk. Bayangkan kesukaran tersebut, terutama buat jemaah yg uzur. Keadaan ini, jika dihayati sepenuhnya.... membantu kita untuk menginsafi dan menjiwai kesulitan hidup yang sementara.

Di sini, kita mengumpulkan anak batu untuk dilontarkan di jamrah. Simboliknya... kita menyediakan perisai / melengkapkan diri sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Sebagai persediaan untuk berperang dan melontarkan nafsu jahat yang ada dalam diri. 

No comments:

Post a Comment