Friday, July 20, 2012

Ramadhan Yang Dirindui

Assalamualaikum...

Sumber: Google
Alhamdulillah, Ramadhan yang dirindui menjelma kembali. Syukur kerana kita masih berpeluang menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Petikan dari blog sifu saya,

Saya menulis melalui ANIS betapa ibadat ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat. Inilah yang dikatakan tahap terendah dan dikatakan puasa orang awam. Manakala puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.

Sementara puasa tertinggi ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah sepenuhnya. 

Sepatah kesimpulan, ia puasa semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah dan semata-mata kerana Allah. Bolehkah kita mencapai tahap amalan tertinggi? Rata-rata di kalangan kita tidak mempedulikan nilai puasa yang bakal mereka laksananakan. Setiap tahun ia datang dan berlalu begitu sahaja.

Sumber: www. muhdkamil.org

Ayuh! Kita berusaha dan usahakan utk capai tahap tertinggi dalam ibadat puasa kita.... puasa semata-mata kerana Allah. Bila dah meletakkan Allah di tingkat yg paling tinggi, maka.... insyaAllah semua ibadat akan jadi ringan... puasa wajib, puasa Nabi Daud, solat berjemaah, solat 1/3 malam, jaga aurat, hadir ke majlis2 ilmu.... 

Bila dah sebati, kita akan rasa kekurangan jika tak buat. Malah ia akan jadi lebih ringan jika konsisten mengamalkannya. Kata sifu lagi, 

bila manusia berkata "sakit dan sihat adalah nikmat yang serupa", "lapar dan kenyang juga nikmat yang sama" atau "riang dan duka juga nikmat seiras", maka mereka sudah selangkah lagi hampir menjadi kekasih Allah.

Subhanallah.....

Ampunkan kami sekeluarga jika ada salah silap... dan doa saya semoga keluarga dan sahabat2 yang saya kasihi juga mendapat keampunan dan rahmat dariNya. 

Amin.

No comments:

Post a Comment