Sunday, April 29, 2012

Kenangan Terindah (18): Kenangan Yang Tak Indah

Assalamualaikum....


Rabu 19 Oktober 2011... Hari ni saya rasa rindduuuuuu sgt nak minum Nescafe `O' panas kegemaran saya. Teh dan gula yg dibekalkan TH masih belum digunakan. Krimer, saya sedekahkan pada roomate sbb saya tak guna. Kami mencari Nescafe di kedai.... alhamdulillah... ada rupanya dijual di sini. 50g harganya SR12... Nescafe classic punye. Kicap Indofood pun dah nazak... lupa lak nak beli skali.

Mcm ni la ghope kicapnya... Gambar dari Google                 
Kicapnya likat dan manis... tapi, tak kisahlah... asalkan nasi saya berseri cukuplah. Saya mesti bawa ke dewan makan. Ada juga jemaah yg senyum2 melihat saya... Saya anggap, mereka juga tertarik dgn kicap saya sebenarnya... hehehe (kena selalu pikir positif!). Ramai juga yg bertanya... "mana beli?" Roomate saya juga turut membeli nescafe.... berbotol2.

Hari ni, kami nak buat umrah lagi. Berdasarkan pengalaman lepas (yg tak jd nak ke Tanaim slps Asar).... kami mencari kenderaan ke Tanaim slps solat Maghrib. Cari punya cari, terjumpa dgn sepasang suami isteri muda dari Indonesia yg juga hendak ke Tanaim. Kali ni, naik MPV yg boleh memuatkan 8 org termasuk pemandu. Tapi... kami hanya berempat. 

Memandangkan MPV tak penuh, kami bersetuju dgn harga yg ditawarkan iaitu SR5 seorang. Terang dan jelas sebutannya KHAMSAH RIYAL. Maksudnya.. SR5 dan total SR20. Abg dan pasangan tersebut duduk di seat belakang dan saya seorang di seat tengah2... kot2 la ada penumpang lain nak join, tapi tadak. Maka saya seorang di seat tersebut.

Dalam perjalanan, kami berempat berborak dgn mesra... yeah.. serumpun! Itu ini begitu begini. Pak Arab pula sebok bercakap dlm telepon.... berhenti sekejap, then call org lain pulak. Masa Pak Arab tak bertelepon, dia menanyakan kami... "Indonesia? Malaysia?" Kami mengiyakan... katanya... "Malaysia, Indonesia... Bagusss" Lepas tu, dia bertelepon balik... kdg2 suaranya kedengaran kasar.

Melihat Pak Arab yg tak berhenti2 call sana sini, hati saya rasa tak berapa nak sedap, ada sedikit debaran. Saya bertanya pada pasangan Indon tu... "Tau ngak ckp Arab? Paham ngak Pak Arab bicara pasal apa?" Hmmm... jawapannya... ngak tau. Rasa gelisah mencengkam jiwa. Ya Allah, selamatkanlah tetamu Mu ini....

Sesampai di Tanaim, Pak Arab meminta SR50. Hah? KHAMSUN? Cara dia meminta... amat ganas sekali! Marah-marah. Perasaan saya? Takut. Takut diapa2kan... pasangan Indon juga begitu. Tadi sbl ke Tanaim yg kami semua paham, dia mintak SR5 seorang... di sini dia mintak SR50 untuk 4 org pula. Itu yg kami paham.

Kami mengatakan (ckp guna isyarat tgn) SR5 seorang.... Tapi, Pak Arab mengamuk! Dia terus mengancam kami... seolah2 nak call kwn2nya. Betapa debaran yg saya rasakan adalah petanda yang tak baik bakal berlaku. Pak Arab berkeras minta wang yg dia mahukan. Nasib baik Riyal di wallet abg hanya ada SR20 shj.... Yg lain tersorok dlm telekung saya... tapi saya pun mmg tak bw cash byk.. 

Tadi dah bg Pak Arab SR20 utk 4 org dan abg tambah lagi SR10.... dan tunjukkan walletnya yg dah kosong. Total dah jadi SR30. Tak cukupppppp! Pak Arab marah2 dan memaksa couple Indon pula bagi wang. Dorang tambah lagi SR10. Pak Arab masih tak puas hati dan makin melenting. Dalam keadaan terpaksa, mereka hulurkan lagi SR10. Jadinya... total SR50. Cukup seperti apa yg dimintanya tadi.

Tappiiiiii........... Pak Arab masih tak puas hati rupanya. Ya Allah, hanya Allah shj yg tau perasaan kami pada masa itu. Kami menyebut2 zikrullah.. tapi Pak Arab mempersendakannya.... turut sama berzikir. Allah... Allah... apa yg sedang berlaku ni? Kenapa dia masih tak puas hati dan marah2? Rupa2nya skg dia minta SR50 seorang.... total SR200! 

Kami sgt2 terperanjat dan mengatakan yg kami tiada duit sebanyak itu. Pak Arab mengamuk dan mula keluar dari kereta. Dan... saya... yg duduk di seat tengah... sangat2 takut. Yg lain tak boleh keluar selagi seat tempat saya tak ditundukkan. Allah... Allah.... Ampuni dosa2 kami Ya Allah....

Masa Pak Arab keluar, abg dan pasangan Indon menyuruh saya keluar dari kereta dan lari terus. Hah? Tak mungkin saya akan buat begitu... takkan saya nak tinggalkan mereka esp suami saya sendiri... Satu lagi, saya bimbang kalau2 Pak Arab bertindak lebih ganas. Tak pasal2 keluar paper lak... tajuk ~ Pasangan suami-isteri dari Malaysia dan Indonesia dilaporkan hilang di Tanaim~ Mcm mana dgn keluarga saya nanti...anak2 dan mak yg ditinggalkan... Owh, dlm keadaan cemas mcm tu, sempat lagi saya pikir mcm2. 

Pak Arab membuka pintu saya dan mengarahkan saya keluar. Allah... apa yg bakal berlaku? Tak sudah2 saya beristighfar dlm hati. Allah... lindungi kami Ya Allah..... Sgt2 cemas hokkeh! Tak tercapai dek akal fikiran, apa yg bakal terjadi...

Rupa2nya, Pak Arab dah penat nak marah2. Dia suruh saya keluar dan menundukkan kerusi saya, menyuruh yg di belakang juga keluar... Allah, syukur Ya Allah.... selesai segalanya. Tiada apa yg tercedera, cuma hati yg tercalar. Saya rasa menggigil2.... uncontrollable. Tak putus2 mengucapkan syukur kpd Allah... berakhir juga detik2 cemas itu.

Owh... panjang pula cerita kali ni...

Mcm2 perasaan ada. Geram, takut, marah, sedih, gembira semuanya bercampur baur. Memang mcm2 cerita yg kami dengar pasal pemandu teksi di sini... penipu la... penculik la.. Selama kini hanya mendengar cerita shj, kali ni mengalaminya sendiri. Alhamdulillah tak sampai dilarikan atau dicederakan. Rasa mcm kena rompak pun ada. 

Oh ye... sampai di tangga masjid, saya bagi SR5 kpd pasangan Indon tadi. Adil. Maknanya mereka bayar SR25 dan kami pun sama. Kami pun berpisah di situ. Saya dan abg, bukannya pikir sgt pasal duit tu, cuma kami mmg tak bw cash yg byk ke mana2. Duit2 saya tinggalkan di hotel.

Selesai solat sunat dan berniat, kami segera menaiki van ke Haram. Harapan kami agar sempat solat Isya' berjemaah di Haram. Balik ke Haram, tak perlu dirisaukan sgt. Byk aje van sedia menunggu. Tambang antara SR2 - SR3 seorang. Perjalanan sgt sesak... jln sibuk. Makanya, sampai di Haram agak lewat. Tapi, kali ni... van yg kami naiki berhenti di basement Haram, tempat yg asing bg kami.

Kami mencari2 jln keluar. Sesampai di atas, tak boleh bergerak ke mana2 sbb org tgh solat. Tak sempat nak turut sama berjemaah. Hampa.

Memandangkan dan terlepas solat Isya' berjemaah, maka kami decide nak balik ke hotel dulu. Kami terpaksa berjalan menentang arus sbb jemaah berpusu2 nak keluar dan kami pula nak masuk ke arah tempat saie... jln rentas masjid.... tapi tak masuk dlm masjid. Saya rasa sgt2 letih sbb berjalan menongkah arus, mengharungi jutaan jemaah. Jalan tak boleh laju dan sering terlanggar dan dilanggar. Sabar... sabar... terima sahaja ujian ini.

Akhirnya, sampai juga di hotel. Penat dan belakang dah mula rasa sakit. Dinner dulu... rehat sekejap dan 9.30 baru gerak semula ke masjid. Sampai masjid, solat sunat, Isyak etc, mula bertawaf pukul 10.45 mlm.

Owh, mencabar sungguh hari ni. Jemaah pula semakin ramai. Selesai saie dan tahallul pukul 12.45 pagi. Balik hotel... terus pengsan.... zzzzzzzzz.....

Saturday, April 28, 2012

Kenangan Terindah (17): Penjaga Haram

Assalamualaikum...


Pengalaman saya mengerjakan umrah 1998 dan 2001,  pengawal masjid wanita memang sentiasa ada dan beg akan diperiksa setiap kali hendak masuk ke masjid. Masa tu, kamera mmg tidak dibenarkan utk di bawa masuk. Pernah saya tangkap gambar merpati2 di luar masjid dan tiba2 pengawal dtg dan memarahi kami sambil menunjukkan isyarat tangan yg bergari. Fuhhhh.... ngeri! Tu... gambar di luar masjid, kalau dlm masjid ntah cam mana pulak. Tak termimipi langsung la utk bergambar di dlm masjid.

Tapi skg lain..... dah bebas bw keluar masuk kamera. Snap gambar pun boleh sesuka hati.... paling2 pun dpt teguran dari mereka...

Hmmm... saya teringat suatu peristiwa yg buat saya senyum sendiri. Masa tu saya berada di tepi tangga di dataran Ka'abah. Berdiri. Tak ingat abg pegi mana masa tu. Saya cuma nak capture sekeping gambar, dari pandangan level yg sama... gambar kegiatan tawaf yang sangat2 memukau pandangan mata saya tu. Hanya menggunakan hand phone... bukan kamera (saya kan tak bw kamera).

Tiba2 ada sorang tu (saya agak penjaga masjid) menegur saya sambil isyarat tangan yg turun naik.... dan berkata.. "Hajjah.. taubat... taubat..." Nyeh2x... Tapi saya dpt juga... degil!

Mungkin ini la gambarnya.... saya pun tak ingat 
Since first day di Mekah (11/10/2012) saya tak nampak penjaga2 masjid wanita. Penjaga lelaki sentiasa ada di setiap pintu.... saya tak nampak pula pemeriksaan terhadap jemaah lelaki. Apakah tiada lagi pemeriksaan beg dilakukan dan jemaah bebas membawa apa shj? 

Tapi hari ini 18/10/2011, pertama kali sepanjang berada di Mekah, saya nampak pengawal masjid wanita dan mereka memeriksa beg. Saya agak, mungkin mereka berada di pintu2 yang menghadap tower ni je kot... sbb di sini kws yg sibuk dan padat. Kecurian juga sering berlaku di kws ini sbb terlalu ramai org dan berhimpit2. Selalunya, kami masuk masjid melalui Babul Fatah dan kws2 sekitarnya... dan tak pernah pula di periksa. Adakah mereka hanya berada di kws hot spot shj? 

Taaaakkkk.... sebenarnya, mereka dah mula beroperasi...mungin sbb jemaah dah bertambah2. Saya sendiri tak pasti barang apa yg dilarang utk di bawa masuk.. sbb h/p saya tak dirampas pun. Kalau di Madinah hari tu, h/p berkamera tak dibenarkan masuk. Kdg2 terfikir.... kemunculan mereka2 menambahkan kesesakan di pintu2 masjid. Jemaah berpusu2 nak masuk masjid, tapi tertahan sbb beg perlu di periksa terlebih dahulu. Tapi, tu semua utk keselamatan jemaah juga. 

Tapi..... saya cuba utk mempercepatkan proses kerja mereka. Setiap kali nak menghampiri penjaga2 masjid ni, saya dah siap2 buka zip beg dan buka beg tu seluas-luasnya2. Hasilnya, tempoh pemeriksaan beg hanya sebentar cuma dan bayak kali juga bahu saya diusap2 oleh mereka. Mungkin sbg tanda terima kasih krn memudahkan pekerjaan mereka....

Beg saya besar dari beg sling yg TH provide sbb saya bw tafsir sendiri dari Malaysia dan tafsir itu agak besar (utk kemudahan saya juga). Saya jarang guna sling bag TH tu sbb tak boleh memuatkan tafsir Quran saya. Biasanya saya guna masa buat umrah shj sbb masa2 tu tak sempat nak ngaji (sbb focus on umrah). 

Tag `Malaysia' yg dibekalkan TH utk dijahit di telekung... puunnnnnn saya tak lekat/jahit kat telekung. Sbb apa ye? Tak sempat nak jahit sbl bertolak ke Madinah... sibuk dgn hal dunia... Astaghfirullahalazim...


Sunday, April 22, 2012

Kenangan Terindah (16): Nekad

Assalamualaikum...


Isnin, 17/10/2011... hari ni kami nekad nak pergi juga buat umrah. Tapi tukar strategi. Kalau semalamnya, kami nak pergi miqat lepas Isyak, kali ni kami cadang nak pergi lepas Asar.... tapi buat umrah selepas Isyak. Kami yakin, w/pun hanya kami suami isteri (2 org), kami akan bertemu jemaah2 lain yang hendak ke Tanaim.

Ada yg nak tunai umrah hari ni, tapi nak pi tgh mlm.... pas tu dorang balik ke tanah haram dan terus buat umrah... stay masjid hingga ke Subuh. Hmmm, saya tak mampu nak buat cam tu.... Kalau saya buat mcm tu, mesti siang esok saya lembik... dan tak mampu nak ulang-alik masjid pada waktu2 solat wajib. Lain org lain tahap ketahanannya...

Lepas Asar, kami balik bilik.... alas perut sikit, skype ngan anak2 (setiap hari slps Asar), mandi sunat ihram dsb... dah membawa ke Maghrib. Maka, kami pun solat Maghrib dulu kemudian cari bas/van sewa nak ke Tanaim.

Payahnyaaa... kami tak nampak bas yang dikhabarkan ke Tanaim. Bas2 yg ada, semuanya bas khas yg membawa jemaah Turki ulang alik ke tempat penginapan mereka. Kami bertanya2 juga pada org2 yg menjaga bas tu, tp jwpnya... hampa. Memang ada byk van dan teksi sewa, tapi kami 2 org shj... tak berani la pulak.

Puas jalan, akhirnya jumpa sebuah van yang memang sedia menunggu penumpang. Di dalamnya, sedia ada 2 org warga Bangladesh, kelihatan seperti anak dan ayah tua. Maka, kami pun join. Lama menunggu, penumpang van masih tidak bertambah. Van takkan jalan selagi tak penuh. Setelah berbincang2 di antara pemandu van, mat bangla dan kami, akhirnya kami setuju utk bayar ikut harga teksi. Perjanjian... hanya menghantar shj... tak perlu tunggu.

Sampai di Tanaim, waktu Isyak pun masuk. Maka kami berjemaah Isyak di Masjid Saidatina Aishah, Tanaim. Kemudian, kami balik semula ke Haram dgn menaiki van yang berlainan. Tambang seorang hanya SR2 shj. Hmm... kalau dah sampai Tanaim dan nak balik ke Haram, mmg tak de masalah. Nak ke Tanaim je yg rasa cuak kalau tak pergi dgn group.

Sesampai di Haram, kami ke hotel dulu utk dinner dan keluar semula ke masjid untuk tunaikan umrah.. Masa tu dah kol 10 mlm. Alhamdulillah, w/pun org ramai, insyaAllah ttp akan ada ruang utk bertawaf di dataran. Saie tak perlu dirisaukan sbb ruang saie lebih luas bertingkat2. Walau di tingkat manapun kita bersaie, jaraknya ttp sama.

Ruang tawaf juga bertingkat2, tapi sebolehnya saya nak bertawaf di dataran Ka'abah. Kalau bertawaf di tingkat atas, jaraknya lebih berganda2.... mungkin pahalanya juga berganda2 (wallahualam). Sebolehnya saya mengelak utk bertawaf di tingkat atas... dan semoga Allah permudahkan urusan tawaf saya (dan semua urusan umrah/haji) sepanjang kami berada di sini. 

Bawah - laluan tawaf utk yg berkerusi roda
Atas - laluan tawaf juga... ramai yg menebeng dan menyukarkan tawaf 

Selesai umrah, kami balik ke hotel... tapi menyinggah di kedai mkn depan hotel... mkn murtabak Arab. Tak tahu saya nama sebenarnya... Rupanya mcm murtabak. Tak de dlm plan pun nak menyinggah mkn.... tapi bila tgk restoran tu ramai org, lepas tu bukak meja berbumbungkan langit... teringat lak suasana kat KL. Maka kami pun tersinggah.

Sos kena beli sendiri, saya ingatkan ala2 restoran kat M'sia yg sosnya disediakan oleh tuan kedai... rupanya taaakkk. Hmmm... nak beli, saya tak cukup duit pulak.... Duit2 mmg saya tinggalkan di hotel, bawa hanya utk sedekah dan lebih sikit kot2 nak beli mknn @ minuman. Tetiba... ada remaja Arab ni, bagi sos dia yg berbaki 1/2 lagi.... siap bagi buah lemon utk diperah lagi... Alhamdulillah... rezeki.


Kenangan Terindah (15): Kenapa?

Assalamualaikum...


Sambungan dari Kenangan Terindah (14): Makan Apa Di Mekah

Ahad 16/10/2011 lepas solat Subuh, kami pi breakfast di D'Saji... lepas tu round2 sekeliling kawasan masjid. Saja2 melawat kawasan sekitar, melihat2 kembali kws2 yang pernah kami tempuhi dulu... tahun 1998 dan 2001. Memang sangat2 jauh perbezaannya, byk yg berubah. Hotel yg pernah kami duduki dulu pun dah dirobohkan. 


Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya, sentiasa rancak dengan pembangunan. Semuanya demi menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah... demi keselesaan jemaah jua. Pekerja2 binaan, kebanyakannya memakai baju `BinLaden Group".




Masjid ni, sangat luas. Boleh sesat jika tak ingat pintu masuk... Oh ye, jika diperhatikan betul2, Masjidil Haram ni tak ada tingkap langsung... hanya pintu2. Saya tak berapa pasti, berapa jumlah tingkat sebenarnya... tapi, kalau dilihat pada nombor lift, paling tinggi tingkat 9.... So, 9 tingkat la kott. Tapi  sebahagian saja yg 9 tingkat iaitu yang menghubungkan ke tingkat atas saie, atas skali.....

Saya di `tingkat 9'
Sejak abg ajak saya solat di sini hari tu, saya mula selesa di sini. Biasanya kami solat Maghrib dan Isyak di sini (tapi tidaklah setiap hari). Lepas solat Maghrib, sementara menanti Isyak.... saya akan sambung bacaan Quran dan lepas tu, pasti akan ke bahagian paling depan sekali, utk melihat fenomena tawaf yang tak putus2 melainkan waktu solat sahaja.

Gambar di ambil dari `tingkat 9'
Hadis drp ibn. Abbas r.a. bermaksud
"Sesungguhnya pada setiap hari, Allah menurunkan seratus dua puluh rahmat di Ka'abah, enam puluh untuk orang yang tawaf, empat puluh untuk orang yang solat dan dua puluh untuk orang yang memandang Ka'abah"

MasyaAllah.... hanya dengan memandang shj dikurniakan 20 rahmat. Setiap kali saya pandang Baitullah, terasa satu perasaan sayu yg sukar diterjemahkan dgn kata2. Manusia bertawaf tanpa henti, sentiasa ada yg bertawaf tak putus2. Seterik manapun pancaran matahari, ttp ada manusia yg bertawaf. 

Kami ingat nak buat umrah hari ni... tanya2... tapi, tak de yg nak join. Maklumlah, yg kritikalnya waktu nak miqat, ke masjid di Tanaim. Nak ke sana, dinasihatkan pergi dlm group. Bahaya pergi suami isteri shj. Kalau dah sampai sana, tak jadi masalah utk balik.... ada byk van sapu yg tunggu. 

Saya pun pelik sbb tak ramai org Melayu kita (dlm bangunan yg saya diami) buat umrah. Sekali-sekala shj saya terserempak dgn lelaki yg berpakaian ihram, tu.... maknanya nak/sudah buat umrah. Kalau yg perempuan, tak dpt nak bezakan sbb pakaian ihram sama shj dgn pakaian solat. 

Mungkin ramai yg pergi waktu tgh mlm ke subuh kot. Ada juga alasan yg saya dengar.... "tak boleh buat kerja berat2 sgt, masa ceramah dah diberitahu, dah dipesan supaya jaga kesihatan". Hmm... alasan ni, mmg selalu saya dgr, tapi... ni lama lg nak wukuf.. lagi 19 hari.

W/pun tak de sapa lg nak pegi, kami ttp nak teruskan hajat kami. Kami cadang nak pi miqat lepas solat Isyak... 2 org. Mcm2 cerita pulak la yg saya dgr. Diceritakan kpd saya... thn lepas ada sepasang suami isteri hilang tak dijumpai sehinggakan org2 TH buat solat hajat. Betul ke? Saya tak pasti. Mcm2 lagi la cerita yang menggugat iman saya yg sememangnya tak kuat ni. Akhirnya.... saya terkesan jua dgn cerita2 tu. 

Alahaiiiiiii...... rapuhnya iman saya... Kenapa??

Sunday, April 15, 2012

Kenangan Terindah (14): Makan apa di Mekah?

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, saya dan suami tak ada masalah dgn makanan yang disediakan oleh TH. Utk kami yang pergi secara muassasah ni, makanan tengahari dan malam telah siap sedia di pack mcm gambar di bawah. Rasanya sedap dan saya siap beli kicap lagi kat sana. Kicap adalah penyeri nasi saya sejak saya kecil lagi. Biasanya saya beli kicap Indofood. Harga agak berbeza2... dgn saiz yg sama, ada kedai yg jual dgn harga SR3... ada juga SR5.


Alhamdulillah bekalan makanan sentiasa mencukupi, malahan berlebih2... banyak... siap sedekah2 lagi pada org2 hotel. Mungkin tak semua jemaah mengambil makanan mereka sbb.... mencuba makanan tempatan (beli sendiri) atau tak balik hotel sbb beriktiqaf di masjid.

Kalau pergi ikut pakej, makanan disediakan secara bufet dan lebih variety.... ada dessert lagi (kami pun ada diberikan buah2an masa lunch time... biasanya apple, lai atau pisang). Tapi... disebabkan hidangan secara buffet (pakej), ada possibility utk kehabisan makanan jika jemaah lambat mengambil makanan.. atau lambat pulang dari masjid. Ini diceritakan sendiri oleh jemaah pakej kepada saya. Tapi, mungkin tak semua begitu...

Macam yang saya pernah katakan sbl ni, setiap hari Jumaat kami akan dihidangkan dgn hidangan spesel nasi beriyani. Seingat saya, pernah terjadi sekali bekalan nasi beriyani tak cukup. Tak tahu apa masalahnya, mungkin bekalan lambat sampai. Tapi, lepas tu... sampai juga.


Ruang makan di hotel ni agak terhad, maka ramai juga yg bawa makanan ke level sendiri dan berkelah di koridor depan bilik. Saya dan abg, biasanya mkn kat bawah je.... tapi sometimes, join juga di sini. Ada yg membawa makanan kering dari Malaysia mcm serunding dan sambal bilis, ada juga yg dibeli dari kedai2 makanan di kws sekitar... dan di koridor ni, sama2 merasa makanan yg lain dari yg TH bekalkan. Kalau di bawah (dewan mkn), segan pula, kan.... Nak offer kat semua, pasti tak cukup. Kalau makan sendiri, rasa serba salah pula...


Breakfast tidak disediakan, tapi kami dibekalkan gula, teh dan krimer utk bekalan satu bulan. Saya.... beli nescafe kat sana sbb saya suka minum nescafe `O'. Beli `kole' lagi utk senang nak banch air utk berdua... leceh nak bancuh secawan-secawan.... (terpikir juga nak beli teko.. hehehe).

Jadi, mcm2 jenis makanan di cuba utk sarapan pagi... Antaranya, roti ni la... Murah sgt2, SR1 shj. Sgt sedap jika dimakan panas2. Kalau dah sejuk, ia liat. Biasanya waktu pagi, org beratur paannjjaaaaaannngg kat kedai ni utk beli roti ni.


Mkn dgn cheese lembu ni... hmmmm...

Kami selalu beli makanan keluaran Almarai Co. ni.... juices, ice-cream, yogurt, susu coklat, roti, cheese dll lah.... Saya suka... berbanding brand lain. Juice rasa sgt pure, susu coklatnya sgt2 sedap...


Ni, aiskrim yg sgt famous lah... kegemaran jemaah utk menikmati aiskrim ni waktu panas2, menyinggah masa balik dari masjid. Tekak yg kering dan dahaga, terasa amat segar jika aiskrim ni dinikmati... Hmmm... Harga? Berbeza gak dari satu kedai ke satu kedai... Ada SR2, ada juga SR3... Bila dah jumpa tempat yg lebih murah tu, confirm la kita akan berulang ke sana, kan... Tapi, lama2... harga dia naik juga bila jemaah bertambah.


Yang bawah ni, gambar ayam panggang dari Istanbul Kebab. Nasi... boleh pilih nasi apa nak... Ada pelbagai jenis nasi dijual. Satu set... SR15??? Saya tak berapa ingat. Seeedaaapppp.


Kalau nak makan sedap2 masa breakfast dan ala2 M'sia, pergi la ke Felda D'Saji di Abraj Al Bait. Mcm2 ada kat situ... Roti canai pun ada. Di sini (Madinah/Mekah), harga rotinya murah tapi... harga kuahnya yg mahal... SR7 - SR15... bergantung kuah apa nak. Kalau dal aje, murah la... kalau ayam/daging.. mahallah.


Harga pun boleh tahan mahal. Setiap satu hidangan berharga SR13... ke SR12?? Tak ingat juga lagi.. Ada jemaah yg bijak, mintak dicampur hidangan tu (mcm bihun + nasi lemak), harga tetap sama.



Dekat hotel pun ada jual mcm2... Kalau tak silap saya, ejen TH juga. Ada dibuka meja jualan nasi lemak, bihun, kuih muih... biasanya SR3/pack. Kalau dilihat dari segi harga dengan kuantiti/presentation nasi atau bihun tu, rasa mmg tak sepadan. Tapi, apa lagi pilihan yg ada kalau dah malas nak keluar beli breakfast. Boleh laaa.... alas perut, sementara nak lunch.

Kalau nak rasa kat hotel lain pun ada... lain hotel, lain supplier... pernah juga kami menapak ke Al-Janadiriah, nak mencuba jenis makanan yg sama tapi versi berbeza.... harga? Sama je... Al Janadiriah juga adalah salah satu pusat operasi TH yang besar dan bilangan jemaah adalah lebih ramai berbanding di hotel yg kami duduki, Qasr Al-Shourouq.

Dari hotel kami, nak menapak ke Janadiriah tu... agak jauh juga dan menaiki kws berbukit. Fuhh... boleh tahan juga letihnya (sbb mendaki). Bayangkan jemaah warga emas yg duduk di sini, pasti menghadapi kesukaran utk berulang alik ke masjid, wallahuallam. Alhamdulillah, jemaah KT9 ditempatkan di kws rata, tak perlu mendaki bukit dan tak jauh dari masjid. Allahuakhbar... sangat2 bersyukur padaMu Ya Allah... Byk sungguh kesenangan dan kemudahan utk kami di sini..


Nasi goreng di Al Janadiriah.. SR3

Selain tu, kedai Chicken Broast ni ada di byk tempat... byk betul cawangannya.. Ala2 KFC la, satu pack SR13, ada 5 ketul ayam dan fries. Apa la maksud `broast' ni? Nak kata chicken breast, ayam yg di jual bukan part dada je.... Nak kata `roasted', yang dijual bukannya jenis panggang...

Sumber Gambar: En. Gugel

Ohh.. mcm2 lagi la... ada kebab yg berintikan terung, fries dan daging cincang, ada nasi mandy yang jd signature dish Arabians dll.... Saya makan juga tapi tak tercapture gambar semua....

Saturday, April 14, 2012

Kenangan Terindah (13): Air, Dobi dan Hanger

Assalamualaikum...


KT 9 ditempatkan di Qasr Al Shourouq

Di Madinah dan juga Mekah.... saya selalu mandi malam.... maksud saya, slps Isyak... lepas tu baru makan mlm. Tapi, di M'sia pun apa kurangnya... sama gak. Cuma di M'sia... x de sape nak tegur saya... abg pun sama mandi mlm gak. Dah tak boleh nak adjust sbb sampai rumah (slps jemput anak2 dari skolah) dah 7.30 pm... pas tu terus mkn sbb s/ada saya buka puasa dan abg teman saya ataupun abg buka puasa dan saya teman abg. Pas tu... tak kan nak mandi terus sbb still kenyang, kan.

Errr... cerita lain pulak.

Berbalik pada mandi mlm di sini... kenapa saya suka mandi mlm? Sbb, kalau mandi slps Asar, badan akan berpeluh2 balik slps solat Maghrib/Isyak. Perjalanan pergi dan balik dr masjid yg berpusu2 dan sibuk... beramai2 dgn jarak lbh krg 650m tu akan menyebabkan bdn berpeluh2. Tu sbb saya mandi lepas balik masjid (lepas Isyak). Roomate saya selalu tegur dan bg nasihat kat saya... `Sue... tak elok mandi malam... nanti badan sakit'.... tapi saya mandi jugak, sbb rasa tak selesa nak tido dgn badan berlengas.

Setiap kali mandi, saya mandi air panas. Sangat panas air dia... rasa berasap kepala kalau basah rambut.... tp saya mandi gak... Sebelum mandi.... berpeluh, slps mandi pun berpeluh. Tp peluh lepas mandi, kira ok la kan sbb badan dah bersih. Puas saya adjust air tu... tak pasang heater pun... Ke... heater rosak? Linda (roomate saya) siap tadah air dlm baldi dan lepas tu letak ais lagi dlm air yg ditadah. Nak sejukkan air tu la...Rindu nak mandi air bersuhu bilik.

Lama2 saya terpikir... bukan heater rosak... tapi mmg air di sini panas disbbkan cuaca yg panas. Sampai mcm tu skali. Mmg suhu sgt panas masa ni.... berpeluh manjang. Disebabkan slalu berpeluh2, saya basuh telekung samada selang sehari ataupun tiap2 hari... depends.

Psstt.. di sini, saya bukan bg nasihat utk mandi malam ye... saya cuma bercerita perihal diri saya shj dan tak ada kena mengena dgn sesiapa.

Untuk makluman, semua hotel di Mekah tak de tangki air (oopps, saya tak pasti dah tulis pasal ni atau belum). Air dihantar ke hotel dgn menggunakan lori tangki.... Jadi, berjimat cermatlah menggunakan air. Alhamdulillah, bekalan air di hotel yg saya duduki tidak pernah putus.

Lori hantar air

Pernah saya berborak dgn jemaah M'sia yg dtg dgn pakej swasta. Katanya, agent dr agensi tu pesan.... jgn basuh baju di hotel.... sbb takut air habis. Agent tu mungkin juga menyampaikan pesanan dari empunya hotel. Katanya lagi... kalau nak basuh baju, hantar dobi. Ouch! Alhamdulillah, kami yg pergi thru muassasah ni pun tak dipesan mcm tu.

Payah la kalau asyik nak htr ke dobi. Harga dobi pula meningkat hari demi hari, seiring dgn peningkatan kemasukan jemaah ke Mekah. Mula2 sampai sini, harganya SR8 sehelai dan boleh mencecah SR15 sehelai bila mendekati hari wukuf. Dorang ikut helai, bukan timbang. Kami basuh je dlm bilik air.... pas tu sidai kat roof top hotel.

Beli tali kat kedai... harga ikut kepanjangan tali... Pas tu, sila la tunjukkan kreativiti masing2 utk memeriahkan kws roof top. Sangkut sana.. sangkut sini... silang sana.. sini..



Kami jemaah KT9, kan jemaah yg awal2 hadir samada di Madinah/Mekah. Masa check in hotel ni pun, group kami je yg masuk dulu... kalau tak silap sampai tingkat 3 atau 4 (dan dipenuhi dgn jemaah KT lain hari demi hari). Makanya... bebas la nak buat penyidai cara apa pun. Sidai kain pun tak perlu nak rebut2 tempat.

Cuma, rasa seram sikit nak naik roof top sorang2 (tingkat 11 ke? Lupa dah...) sbb kwsnya amat sunyi dan tak didiami. Ada byk bilik kosong... Kalau apa2 jadi, org tak tahu melainkan ada org lain yg naik atas. So, mesti naik ditemani suami atau kawan2.

Sidai kain..... kejap je dah kering... 2 jam? Kalau lewat angkat, kain akan bertukar jadi keropok... heheheh... gemersik.

Dah alang2 naik atas tu.... snap la gambar sekeping dua...
View dari roof top.



Alhamdulillah.... kain baju yg saya sidai, tak pernah hilang di sini. Tapi... ramai lagi yg lain... yg kehilangan jubah, kain ihram dsb... Astaghfirullah... dekat sini pun, ada yg sanggup buat mcm tu. Hmmm... mungkin ada yg terambil, tapi kalau dah disedari yg itu bukan milik sendiri... letaklah kembali di tempatnya. Atau... mungkin berterbangan.. sbb angin agak kuat di situ. Wallahuallam.

Dan... semakin hari, semakin ramai yg sidai di situ. Maklumlah... jemaah dah bertambah. Dan... mcm2 sungutan la yg saya dgr.... tali kena ambillah, kain kena alihlah... kain masih basah, tp dialihkan juga lah... Hmmm.. mcm2. Ada yg tinggal mesej lagi kat pintu... minta dipulangkan pakaian yg mungkin telah diambil secara tak sengaja. Ada pulak yg berbalas mesej (kertas) suruh berbakti mengongsikan (ada ke word ni...) tali. Allahuakhbar.... hanya Allah yg mengetahui segalanya. Bila diingat2 balik... jadi senyum sendiri....

Oh ye... di Madinah/Mekah... tak de jual hanger ye... sila la standby bw hanger sendiri.. Bawa hanger besi yg tahan lasak tu. Sesiapa yg tak bawa hanger, boleh je mintak kat kedai2 jual baju tu ataupun dpt hanger free kalau beli baju. Tapi, hangernya...... alahai..... melentok liok, senang nak dibentuk2 kan...


Ha.... tu la hangernya... Kak Mar yg bengkokkan utk persediaan masuk toilet kat Masyaer nanti.. Keratif nya la saintis tuh... heheheh...

Sunday, April 8, 2012

Kenangan Terindah (12): Ka'abah dan Umrah Sunat

Assalamuaaikum...


Tak habis lagi cerita utk hari 14 Oktober 2011 (Jumaat)... Hari ni, abg bawa saya bersolat Maghrib di tingkat bawah masjid, melalui kawasan saie bwh tanah. Bukanlah bawah tanah sebenar2nya.... Saya pikir, ianya se`level' dgn dataran Ka'abah...

Kenapa se`level'?

Sebab.... bayangkan ye.... Ka'abah ditengah2, lepas tu dataran Ka'abah... then dataran tersebut dikelilingi oleh tangga2 kan.... Kalau kita naik tangga tu dan kemudian nak turun ke saie tingkat bawah, kita perlu menuruni tangga yang ketinggiannya lbh krg sama dgn tangga di sekeliling dataran Ka'abah..... kesimpulannya???? Se`level'.

Walaupun jemaah semakin bertambah hari demi hari, di kawasan tingkat bawah (saie) ini masih byk ruang kosong. Kawasan solat di situ sgt2lah selesa... sbb berhawa dingin.

Di ruang bawah... tapi bukan di kws saie

Ini pula laluan biasa saie

Kemudian, abg ajak solat Isyak di roof top pula. Mulanya saya enggan sbb kat bwh ni dah sgt2 selesa berhawa dingin. Saya fikir, dari berjalan ke sana sini, lebih baik saya sambung bacaan Quran ni.... Hmmm, kat bawah ni saya dpt baca Quran dgn suasana yg sgt selesa... org tak ramai, sejuk pula tu..... Satu lagi, saya fikir kat atas tu mungkin pencahayaannya tak seperti di bawah ni... boleh ke nak ngaji?

Akhirnya.... saya turutkan jua. Sbb.... slowly, saya mula rasa mengantuk... dengan suasana yg sejuk... org tak ramai.... badan pun agak letih.... baca Quran pula tu... Alahai, rasa mcm mata ni digam dgn gam gajah! Tak boleh jadi ni.... Jom! Naik atas....

Akhirnya, sampailah hajat abg utk bw saya solat di roof top. Kelopak mata yg tadinya dah berat, kini kembali segar. Kawasan roof top yg terang benderang, juga tak ramai orang dan yang penting, angin malam telah menggantikan air cond yg saya nikmati di bawah tadi.... Waahhh, sangat best! Tu la... belum cuba belum tahu.


Sbl solat Isyak, kami leka memandang Ka'abah dan org2 yg bertawaf mengelilinginya. Subhanallah, terasa sangat damai dan tenang. Pandang Ka'abah aje dah dikurniakan 20 rahmat oleh Allah (InsyaAllah).... ini pula bertawaf mengelilinginya. Bangunan yang pertama didirikan di muka bumi ini adalah Ka'abah. Firman Allah,

"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) bagi manusia adalah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk (bagi seua manusia) di seluruh alam" Ayat 96: Ali `Imran

Kedudukan Ka'abah, betul2 di pusat bumi dan bersetentang dgn Baitul Makmur iaitu tempat para malaikat bertawaf di bawah `Arash. Asalnya dibina oleh Nabi Adam a.s. atas tapak binaan para malaikat tapi telah musnah akibat banjir pada zaman Nabi Nuh a.s. Selepas tu, Nabi Ibrahim a.s. telah membinanya semula bersama-sama anakandanya Nabi Ismail a.s.


Dalam gambar di atas, kelihatan jemaah memenuhi ruang Hijir Ismail. Bersolat di Hijir Ismail adalah sama seperti bersolat di dalam Ka'abah kerana ia adalah sebahagian dari Ka'abah. Menurut salah satu hadis Nabi s.a.w., kaum Quraisy telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Ka'abah.

Di sini juga adalah salah satu tempat yg mustajab utk berdoa. Sbb itulah jemaah berebut2 hendak berada dlm Hijir Ismail. Dengan keadaan yg sangat sempit itu, tak memungkinkan kita utk bersolat dengan sempurna di dlmnya kecuali atas izinNya.

Ok... cerita mengenai aktiviti seterusnya pula...

Malam ni, ada janji ngan Zatul (ex-roomate di Madinah) dan Kak Shidah (roomate Zatul di Mekah) utk mengerjakan umrah sunat. First thing to do adalah keluar dari tanah haram ke kws Miqat di Tanaem. Janji kat lobi hotel pukul 10.30 pm.

Teksi pertama yang kami jumpa menawarkan SR50/cab. Teksi kedua... SR30/cab.... tp kami jln terus hingga jumpa sebuah van angkut yg masih kosong. Abg tanya... `Tanaem??' Pak Arab mengangguk-angguk dan berkata dengan ramah. Tak paham apa yg dikatakannya tp kami paham2 sendiri... SR5/person... pergi dan balik.... kami setuju.

Tapi Pak Arab tak jln2 juga... rupanya, dia masih menunggu jemaah lain memenuhi ruang kosong dlm vannya... Van sapu.... Lama gak menunggu. Dalam hati, berdoa sahaja agar urusan kami dipermudahkan olehNya. Dalam van... panas.... dgn bunyi honk kenderaan2 lain di sekeliling lagi... Peluh dah membasahi tubuh.

Tak lama kemudian, dtglah sekumpulan lelaki warga Bangladesh (6 orang semuanya) dan Pak Arab pun menawarkan khidmatnya. Omrah.. omrah... kata Pak Arab. Seperti kami, Pak Arab menawarkan SR5/person tp Bangla2 tu tak bersetuju dan meminta SR4/person sahaja. Setelah itu ini begitu begini, maka Pak Arab pun bersetuju dgn harga yg diminta oleh Bangla2 tu.

Tapi..... utk kami, harganya ttp SR5 seorang.... itu tak boleh runding dah sbb kami dah setuju pada awalnya.

Dlm van, kami berinteraksi dgn jemaah2 Bangla ni. Mereka boleh berbahasa Inggeris sikit2... payah juga nak communicate. Akhirnya, kami angguk2 dan senyum2 shj. Mat Bangla bertanya... "Do you understand?" Kami geleng2 kepala.... hahahahaha....

Sampai di Masjid Saidatina Aishah, Tanaem, kami buat solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat sunat umrah. Kemudian... berniat umrah.

Gambar dari google sbb saya lupa snap.















Sebaik keluar dari pintu masjid, abg mula bertalbiah bersungguh2... (heheheh... slow2 sikit, bang). Kami menaiki van yg sama.... dengan penumpang yg sama. Dalam van, still berterusan bertalbiah dan abg seolah2 mengetuai kami semua termasuk Mat Bangla. Tiada lagi sesi angguk2... geleng2.. senyum2... tapi semuanya turut bertalbiah.

Memang terbukti kebesaran Allah swt. Semua bangsa bersatu dengan tujuan yg sama, mengungkapkan talbiah yg sama, pakaian yg sama, kiblat yg sama, kaedah pelaksanaan haji/umrah yg mengikut ketetapan dan peraturan yg sama dan mcm2 lagi.

Allahuakhbar!

Sunday, April 1, 2012

Kenangan Terindah 11: Keadaan di Mekah

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, dapat juga skype ngan anak2 kat sini... di Madinah dulu, boleh access internet di level sendiri. Tapi kat sini nak kena pegi ke lobi... signal lebih kuat di situ. Tak kisah la kan... asal kan dpt skype, dpt borak2 dan tgk muka anak2.... Bayangkan, brapa ratus riyal boleh save? Abg mintak password kat manager hotel... then, p/word tu dikongsi2 ramai2... hehehe..

Di Mekah... cuaca lebih panas. Nak ke masjid, kena lalu traffic yg sgt sibuk. Udara pun berdebu sbb kereta byk dan construction pun byk. Kat sini... saya pakai penutup muka sbb nak cover dari habuk2 tu. Specialnya, ia ditaja oleh Hajah Ainul.... roomate saya.... berwarna putih, saya suka. Kat sini, banyak je jual... kat kedai SR2 pun byk... mcm2 pesen lagi. Saya beli... tapi saya ttp suka yg Kak Ainul bagi...

Versi saya


Versi abg


Peniaga2 Mekah mmg boleh berbahasa Melayu, tetapi di Madinah lebih fasih dan lebih lemah lembut. Kalau di jalan raya, pemandu2 di Mekah ni kurang sabar sikit. Sikit2 honk.. sikit2 honk. Lagi kita nak lintas, lagi laju kereta tu menuju ke kita. Berbanding di Madinah, pemandunya amat bersopan... sangat menghormati pedestrian. Dorang sabar je menunggu org2 melintas dan tak bunyikan honk pun.

Satu lagi... makanan yg TH provide kat sini, saaanngggat sedap... hehehe. Di Madinah sedap juga tapi kat sini laaaagggiii sedap. Lauknya biasa aje... cuma berperasa. Ahamdulillah. Tengok caterer kot... Tapi.... tak di beri sudu plastik.... kat Madinah ada....


Kat sini, kami dibekalkan dengan bekalan teh, gula, krimer untuk 30 hari. Dalam bekas tu, siap ada 1 sudu teh dan 1 sudu makan. Owhhhh... sbb tu dah tak diberi sudu plastik.... Saya mkn pakai tgn je.... dah siap2basuh tgn sbl masuk ke dewan makan. Di sini, dewan makannya kecil... so, lebih ramai prefer mkn kat bilik atau di corridor... berkelah2.

14/10/2011 ~ Hari ni hari Jumaat dan perempuan tak digalakkan solat Jumaat di Haram. Sesak..... sgt sesak. Kebiasaannya, penduduk luar Mekah pun datang sini utk solat Jumaat. Kami melihat dari kaca tv di bilik kami, masih ada segelintir kecil perempuan yg dtg masjid yg turut menyumbang kepada kesesakan yg sedia ada.

Okeh... masuk cerita lain pulak.

Baru hari ni saya tahu... one of my roomate, Kak Mar adalah seorang yang sangat hebat... hehehe (psssttt... saya selalu memandang org lain lebih hebat). Yg lain pun hebat juga... lecturer, BNM, UKM, Petronas dan MQA (hehe)... tapi ni kira yg plg hebat la... Kak Mar tu saintis rupanya... gelarannya aje dah hebat... Prof Dato' Dr... Dia saaanngaatt2 baik dan humble. Saya tahupun sbb Linda yg cerita.

Haji ni mengajar erti kesamarataan. Semua org sama shj di sisi Allah, yang membezakannya adalah amalan kita. Pilihan terletak di tangan sendiri. Amalan hidup di dunia adalah penentu dan bekalan untuk kehidupan yg lebih kekal abadi. Bygkanlah.... masuk kubur nanti pun, kain putih tu sahaja yg membaluti tubuh.... yg lain semua ditinggaklan... pangkat, darjat, harta, anak2, ibubapa, kwn2.... Sama juga mcm haji.... Untuk menunaikan haji, kita akan meninggalkan semua2 tu di Malaysia. Di sini, pangkat dan darjat ditinggalkan.... kerja2 pejabat ditinggalkan.... keluarga ditinggalkan....

Masa ni jugalah kita nak berjumpa dan berhimpun dgn bangsa yg berlainan... sepelusuk dunia. Amazingly, kita boleh berbual bersama walaupun dengan bahasa yg berbeza... dgn menggunakan bahasa isyarat dan senyuman.

Bygkan dulu kala Mekah ini adalah satu kawasan yg tandus, kering kontang. Dengan adanya Baitullah, umat Islam seluruh dunia datang menunaikan haji dan umrah dan secara tak langsung meningkatkan aktiviti ekonomi peribumi Mekah dan sekitarnya. Semakin hari, kawasan ini semakin membangun dan pembangunan itu tak putus2 hingga sekarang. Industri perhotelan, pengangkutan, perdagangan semakin maju dan berkembang. Sekitar Haram sendiri... dalam proses perobohan hotel2 lama dan pembinaan hotel2 baru yg lebih banyak utk menampung keperluan jemaah haji/umrah.

MasyaAllah.... maha hebat penyusunan dan perancangan Allah.

Dan saya tak jemu2 nak capture gambar yg sama
Satu pemandangan yang mengasyikkan dan menginsafkan

Manusia bertawaf mengelilingi Ka'abah... mengikut lawan jam. Dari segi hukum fizik (chewah!), semua makhluk Allah bergerak dalam keadaan lawan jam... sama seperti tawaf. Daripada sebesar2 kejadian spt sistem cakerawala yg terdiri drp matahari, bulan, bintang, planet2 semua hingga sekecil2 makhluk spt atom... semuanya bergerak dlm keadaan bertawaf.

Allahuakhbar!

Gerakan pusingan tawaf adalah semulajadi. Dengan melakukan tawaf, kita menyertai arus perdana.... arus taat yg merupakan sifat asal semua makhluk.


Menara jam di Mekah lebih awal dibina drp Big Ben
Cuma dulu bentuknya tak begini...
Yg lama ada disimpan di muzium