Sunday, April 22, 2012

Kenangan Terindah (15): Kenapa?

Assalamualaikum...


Sambungan dari Kenangan Terindah (14): Makan Apa Di Mekah

Ahad 16/10/2011 lepas solat Subuh, kami pi breakfast di D'Saji... lepas tu round2 sekeliling kawasan masjid. Saja2 melawat kawasan sekitar, melihat2 kembali kws2 yang pernah kami tempuhi dulu... tahun 1998 dan 2001. Memang sangat2 jauh perbezaannya, byk yg berubah. Hotel yg pernah kami duduki dulu pun dah dirobohkan. 


Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya, sentiasa rancak dengan pembangunan. Semuanya demi menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah... demi keselesaan jemaah jua. Pekerja2 binaan, kebanyakannya memakai baju `BinLaden Group".




Masjid ni, sangat luas. Boleh sesat jika tak ingat pintu masuk... Oh ye, jika diperhatikan betul2, Masjidil Haram ni tak ada tingkap langsung... hanya pintu2. Saya tak berapa pasti, berapa jumlah tingkat sebenarnya... tapi, kalau dilihat pada nombor lift, paling tinggi tingkat 9.... So, 9 tingkat la kott. Tapi  sebahagian saja yg 9 tingkat iaitu yang menghubungkan ke tingkat atas saie, atas skali.....

Saya di `tingkat 9'
Sejak abg ajak saya solat di sini hari tu, saya mula selesa di sini. Biasanya kami solat Maghrib dan Isyak di sini (tapi tidaklah setiap hari). Lepas solat Maghrib, sementara menanti Isyak.... saya akan sambung bacaan Quran dan lepas tu, pasti akan ke bahagian paling depan sekali, utk melihat fenomena tawaf yang tak putus2 melainkan waktu solat sahaja.

Gambar di ambil dari `tingkat 9'
Hadis drp ibn. Abbas r.a. bermaksud
"Sesungguhnya pada setiap hari, Allah menurunkan seratus dua puluh rahmat di Ka'abah, enam puluh untuk orang yang tawaf, empat puluh untuk orang yang solat dan dua puluh untuk orang yang memandang Ka'abah"

MasyaAllah.... hanya dengan memandang shj dikurniakan 20 rahmat. Setiap kali saya pandang Baitullah, terasa satu perasaan sayu yg sukar diterjemahkan dgn kata2. Manusia bertawaf tanpa henti, sentiasa ada yg bertawaf tak putus2. Seterik manapun pancaran matahari, ttp ada manusia yg bertawaf. 

Kami ingat nak buat umrah hari ni... tanya2... tapi, tak de yg nak join. Maklumlah, yg kritikalnya waktu nak miqat, ke masjid di Tanaim. Nak ke sana, dinasihatkan pergi dlm group. Bahaya pergi suami isteri shj. Kalau dah sampai sana, tak jadi masalah utk balik.... ada byk van sapu yg tunggu. 

Saya pun pelik sbb tak ramai org Melayu kita (dlm bangunan yg saya diami) buat umrah. Sekali-sekala shj saya terserempak dgn lelaki yg berpakaian ihram, tu.... maknanya nak/sudah buat umrah. Kalau yg perempuan, tak dpt nak bezakan sbb pakaian ihram sama shj dgn pakaian solat. 

Mungkin ramai yg pergi waktu tgh mlm ke subuh kot. Ada juga alasan yg saya dengar.... "tak boleh buat kerja berat2 sgt, masa ceramah dah diberitahu, dah dipesan supaya jaga kesihatan". Hmm... alasan ni, mmg selalu saya dgr, tapi... ni lama lg nak wukuf.. lagi 19 hari.

W/pun tak de sapa lg nak pegi, kami ttp nak teruskan hajat kami. Kami cadang nak pi miqat lepas solat Isyak... 2 org. Mcm2 cerita pulak la yg saya dgr. Diceritakan kpd saya... thn lepas ada sepasang suami isteri hilang tak dijumpai sehinggakan org2 TH buat solat hajat. Betul ke? Saya tak pasti. Mcm2 lagi la cerita yang menggugat iman saya yg sememangnya tak kuat ni. Akhirnya.... saya terkesan jua dgn cerita2 tu. 

Alahaiiiiiii...... rapuhnya iman saya... Kenapa??

No comments:

Post a Comment