Catatan pengalaman sebagai tetamu Allah, 1432H berdasarkan pengalaman saya sendiri.... sebelum, semasa dan sesudah menjadi Dhuyufur Rahman. Pengalaman dan perasaan jemaah lain mungkin berbeza sungguhpun kami berada di tempat yang sama, di waktu yang sama dan melihat kejadian yang sama. Niat saya hanya untuk berkongsi pengalaman semata dan sebagai panduan kepada jemaah yang akan datang. Mohon perbetulkan saya dan tegur saya jika wujud unsur riak atau kesilapan fakta.
Thursday, September 29, 2011
What's Next?
Tuesday, September 20, 2011
Allahuakhbar... Alhamduillah
Monday, September 5, 2011
Usaha lagi!
Saturday, August 6, 2011
Selesanya MBA
Penutup Kursus Haji
Datuk Hj. Kamal
Selain di MBA (masjid Bkt A'bangsa), beliau juga mengajar di bbrp buah masjid lain. Salah satu drpnya @ Saujana Utama. Katanya, kat tempat2 lain, jemaahnya sungguh ramai (ada yg beratus) dan semuanya dok kat lantai je.... Tapi, kat MBA ni, sungguh spesel... (spesel kah?) Sbb apa spesel? Sbb, fokusnya lebih... direct contact. Jemaahnya dlm 30 org je... belajo dlm bilik kuliah... ada ekon...
Alhamdulillah.... kami belajar dlm keadaan yg sgt2 selesa..... Setiap kali lepas kursus, juadahnya hebat2.... ada yg masjid contribute, dan insan2 yg pemurah....
Sunday, July 31, 2011
Selamat Datang Ramadhan
Saturday, July 2, 2011
Apakah statusnya...
Sunday, May 8, 2011
Golongan Yang Mendapat Naungan Arasy
- Pemimpin yang adil iaitu org yang Allah beri kuasa sebagai pemimpin dan ia berlaku adil, tak kiralah sama ada ianya raja, sultan, hakim, ketua bahagian, ketua rumahtangga dll lagi. Ia memerintah tanpa mengikut hawa nafsu, tidak menerima rasuah, tiada salah guna kuasa, bebas dari sifat zalim.....
- Pemuda yang taat beribadat, menghormati hukum-hakam Allah, melaksanakan segala suruhanNya dan menjauhi segaa laranganNya
- Orang yang hatinya sentiasa dekat dengan masjid... tempat yang mulia di bumi ini. Ini menggambarkan orang yang soleh yang sentiasa melakukan solat berjemaah di masjid...
- Orang yang berjumpa dan berpisah semata-mata kerana agama ...., sama2 mengharapkan keredhaan Allah... jika persahabatan kita berdasarkan kpd prinsip ini, insyaAllah akan mendapat kemuliaan di sisi Allah.
- Lelaki yang digoda wanita rupawan/bangsawan dan menolaknya dan berkata "AKU TAKUTKAN ALLAH" dan begitu juga sebaliknya
- Orang yang bersedekah dengan tangan kanan tetapi tangan kiri tak tahu... maknanya bersedekah dengan ikhlas, bukan sebab nak dpt nama @ menunjuk2. Bayangkan jarak yang dekat antara tangan kanan dan kiri tetapi tgn kiri tak perasan apa yang tgn kanan hulurkan. Ini menggambarkan keikhlasan hati semata-mata mengharapkan keredaan Allah.
- Orang yang duduk berseorangan dan bermunajat kpd Allah sambil berlinangan air matanya kerana dosa2nya yang lalu........
Sunday, April 10, 2011
Falsafah Haji
Menunaikan fardhu haji merupakan simbol pengorbanan harta benda, masa, tenaga, wang ringgit dsb. Ibadah lain boleh dilakukan dgn mudahnya, seperti mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat. Namun, ibadah haji merupakan ibadah yang paling mencabar...
Ujian akan bermula dari preparation stage lagi... kalau kita nak melancong ke mana2 (apa lagi ke overseas), pastinya hati teramat2 gembira dan tak sabar2... ttp, nak mengerjakan haji, akan ada mcm2 dugaan dan susah payah sebelum kita sampai ke sana. Haji/Umrah adalah ibadah rasa dan pengalaman.
"Maka apabila mereka tidak berjln di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yg dgn itu mereka dpt memahami atau mempunyai telinga yg dgn itu mereka dpt mendengar? Kerana sesungguhnya, bukanlah mata itu yg buta, ttp yg buta ialah hati yg di dlm dada" Surah Al-Hajj:46
Orang yg buta mata hati adalah lebih bahaya berbanding org yg buta mata. Org yg buta mata, suka dibantu dan mereka akan berterima kasih slps dibantu. Tapi, org yg buta hati tak suka dibantu malahan akan melenting sekiranya cuba dibantu...
Rumusan Falsafah Haji
Berniat haji/umrah adalah untuk memutihkan hati dari titik hitam dosa. Wukuf untuk muhasabah diri secara visualisasi. Tawaf pula menghalakan kehidupan sentiasa dlm orbit Allah (syariatullah). Saie pula berusaha sehabis baik (sunnatullah) di dunia, jgn putus asa dan bertawakkal. Tahallul menggugurkan segala bisikan syaitan dan nafsu dalam cara kita berfikir. Tertib iaitu melakukan sesuatu berdasarkan keutamaan dan ketelitian.
Ustaz yang berpengalaman ini bercerita, ada mcm2 kejadian yang boleh berlaku sbl berjaya menjadi tetamu Allah. Ada yg dah siap segalanya, tinggal nak naik flight je lagi... tetapi berpatah balik sbb tak sanggup meninggalkan keluarga.... Ada yg dah sampai sana, ttp terlantar sakit dan terpaksa warded, ttp bila dihtr pulang atau waktu haji dah tamat, sihat pula dia.... Ada yg tertunggu2 panggilan dr Tabung Haji yg tak kunjung tiba... ttp, akhirnya dpt panggilan menunaikan haji jua last minute.
Rukun Haji dimulai dengan niat... "Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala". Kenapa setiap perbuatan bermula dgn niat, contohnya... sembahyang, puasa... Cuba kalau kita berpuasa tanpa berniat... mesti kita tak tahan lapar dan dahaga.... tapi, kalau kita berniat, insyaAllah kita dpt melengkapkan ibadah puasa kita. Dengan berniat haji, automatically kita dah terikat dgn pantang larang dlm ihram.
Falsafah memakai ihram pula, adalah... persamaan, tiada pilih kasih, taraf yg sama.... ia menjauhkan dari sifat yang bongkak, iri hati, bangga diri mahupun rendah diri... Cuba kita perhatikan, mereka yang berpakaian cantik2, berkot, kasut/beg yg berjenama, pasti wujud perasaan yg lain dlm diri si pemakai... sebab pakaian, dia bongkak, rasa hebat... rosak hatinya... Maka, dgn pakaian yg sama ini... secara tak langsung Allah ubat hati kita... mcm mana sekalipun kita kaya atau hebat, inilah pakaian yg akan kita pakai ketika mati nanti...
Panjang pula cerita saya.... ada byk lagi.... Ilmu saya tak lah sedalam ini. Saya menyalin apa yg dikatakan oleh ustaz dan cuba sampaikan kpd sahabat2 yg sudi baca... Nanti2 saya sambung...
Sunday, April 3, 2011
Berihram dan aurat
Seperti biasa, kelas haji diadakan setiap hari Sabtu malam Ahad, selepas Isya' hingga pukul 10.30 mlm, kemudian ada sedikit jamuan disediakan untuk semua para peserta kursus. Tajuk besar malam tadi adalah `Berniat Ihram Umrah'. Apa yang saya blog kan di sini, bukanlah maklumat terperinci... nanti jadi mcm tulis buku pula... cuma yg basic2 shj dan mungkin maklumat tambahan yg boleh dikongsi.
Berihram maksudnya, bila kita telah berniat ihram untuk mengerjakan umrah/haji, maka automatically kita dilarang drp melakukan perkara2 yg dilarang semasa dlm ihram sehingga kita bertahallul.
Ustaz cerita, ada seorang perempuan tu, jumpa dia selepas kursus haji. Perempuan itu dlm kemusykilan, bercerita bahawa semasa dia menunaikan umrah lama dulu iaitu masa anaknya masih kecil (skg anaknya sdg belajar di US), tgh2 mereka mengerjakan saie, anaknya itu mengadu kepenatan dan dia tak sampai hati melihat anaknya dan terus keluar dr saie baik ke hotel. Dia tidak menyelesaikan saie tersebut dan balik ke M'sia tanpa melengkapkan umrahnya. Bila dia ikuti kursus haji, baru dia teringat kisah dulu dan bertanya ttg kedudukannya sekarang.
Ustaz kata, dia masih lg dlm ihram dan dilarang melakukan 13 larangan dlm ihram. Astaghfirullah.... dah berbelas thn (mungkin), dia hidup dlm ihram. Dia dinasihatkan agar melakukan dan ihsar (sembelih kambing) bg melepaskannya dr larangan ihram. Walau mcm manapun, dia masih lg bertanggungjawab melengkapkan umrahnya yg belum selesai.
Mcm mana pula anaknya? Anaknya juga masih dlm ihram dan disuruh juga menyembelih kambing di US sana... dia juga kena completekan umrahnya dgn secepat mungkin. Bila pergi ke Masjidil Haram nanti, terus lakukan tawaf qudum dulu sbg menghormati Ka'abah dan kemudian saie, seterusnya bergunting.
Pakaian ihram bagi lelaki/wanita, yg penting menutup aurat... Bagi lelaki, dari pusat ke lutut (sehelai kain) dan sunat sehelai kain lagi bg menutup seluruh tubuhnya. Bagi perempuan, tutup seluruh tubuh badan selain muka dan dua pergelangan tangan. Menutup aurat maksudnya, menyembunyikan aurat sehingga tidak kelihatan zat aurat (kulit) dan bentuk tubuh (susuk tubuh). Hmmm, kalau pakai pakaian ketat/jarang, sama lah mcm kita mendedahkan aurat kita kpd umum, w/pun pd zahirnya kita menutup aurat tersebut.
Ada jemaah lelaki bertanya, bolehkah memakai selipar semasa dlm ihram? Ustaz kata, perkara ini telah dibincangkan dlm Muzakarah Haji Kebangsaan... dan diputuskan, boleh memakai selipar tetapi mesti nampak 5 jari kaki...
Kursus haji sampai pukul 10 mlm shj, sbb ustaz menjemput Ustaz Ghazali Ibrahim (adik kpd allahyarham Ustaz Asri Rabbani) bercerita pasal wasiat/harta usaka/hibah dsb. Perkara2 ini wajar disempurnakan sbl pergi meninggalkan keluarga, dikhuatiri terjadi sesuatu yg tidak diingini di sana... manalah tahu,kan... kot2 kita bersemadi di sana.... maka perlu di buat wasiat agar keluarga yg ditinggalkan terpelihara. Tak pasal2 pula nanti, berlaku perebutan harta peninggalan, dan waris (apalagi jika anak2 masih kecil tak tahu apa2) teraniaya... Ya Allah, mintak dijauhkan.
Sunday, March 27, 2011
Syarat2 Wajib Haji dan Rukun Haji
- Islam
- Berakal - kalau org gila tunai haji, maka tak sah hajinya
- Baligh - kalau seorang kanak2 telah menunaikan haji, ia wajib mengerjakan haji apabila sudah baligh kelak. Haji yang dilaksanakan sbl baligh, tidak menggugurkan haji yg difardukan ke atasnya.
- Merdeka - tak wajib ke atas hamba, tp sah hajinya
- Berkuasa - berkeupayaan menunaikan haji sama ada berkuasa dgb sendirinya, ataupun dgn bantuan org lain (upah).
- Berniat Ihram (rukun)... di Miqat (wajib)... seterusnya, meninggalkan larangan2 ihram (wajib)
- Wukuf di Arafah (rukun) dan mabit di Muzdalifah (wajib)... seterusnya, melontar Jamrah Aqabah/Kubra (wajib)
- Bercukur/bergunting (rukun)... masa ni, dah terlepas dr larangan ihram melainkan yg berkaitan nikah kahwin... yg lelaki, dah boleh pakai baju biasa.... masa ni lah yg dinamakan Tahallul Awal. Kemudian, mabit di Mina (wajib) dan melontar 3 Jamrah (wajib)
- Tawaf (rukun)
- Saie (rukun)
- Tertib pada kebanyakan rukun.
- Islam - tak wajib kpd yg bkn Islam
- Berakal - tak wajib pd org gila dan jika ia melakukannya, tak sah Hajinya
- Baligh - Kanak2 tak wajib. Tapi, kalau ditunaikan, sah hajinya ttp ia tak menggugurkan haji yg difardukan ke atasnya. Dia ttp kena buat haji apabila baligh kelak.
- Merdeka - tak wajib ke atas hamba, tp hajiya ttp sah jika ia melakukannya
- Berkuasa - berkeupayaan utk menunaikannya sama ada melakukannya sendiri mahupun dgn bantuan org lain. Bagi wanita, kena ada keizinan suami ataupun ditemani mahram.
Hmmm.. sahabat2 saya ni, dah daftar haji belum? Kalau belum, eloklah daftar skg... jgn sahabat2 ingat, dgn menabung di TH bermakna sudah daftar haji.... takkkk..... Kalau daftar skg, may be turn pergi haji nanti tahun 2038... bayangkan umur kita masa tu berapa... laratkah kita nak mengerjakan haji di usia lanjut sebegitu?
Jgn kata tak de duit, mulalah menyimpan sedikit2.... insyaAllah, rezeki ttp ada. Daftar shj dulu.... Tapi, nak daftar kena ada dlm akaun min RM1,500.00 (kalau tak silap). Lepas tu, tambahlah sikit2... RM10 sebln pun tak pe... bila ada duit lebih nanti, tambahlah byk sikit.