Monday, September 24, 2012

Kematian

Assalamualaikum...

Setiap pagi Isnin hingga Khamis antara 8.30 - 9.00 akan diadakan program bicara pagi / tazkirah di pejabat saya. Hari Jumaat terkecuali sbb ada bacaan Yassin. Ia tidak melibatkan keseluruhan warga MQA, cuma Sektor Pengurusan shj... iaitu warga tingkat 14. Setiap orang akan bergilir2 menyampaikan bicara masing2. Topik adalah bebas. Tujuannya mudah.... utk berkongsi cerita / ilmu / pengalaman dengan rakan2 lain disamping praktis utk public speaking.

Giliran saya yang terhampir (pada masa itu) adalah pada 12 Sept 2012 (Rabu), tapi... pada ketika itu saya dah mula cuti belajar (saya mula cuti pada 10 Sept). Saya ada 2 pilihan... mengelat atau switch dgn org lain. Elis, rakan sejawat telah mengoffer diri utk switch dgn saya kerana giliran beliau pada 5 Sept.... tapi, masa terlalu suntuk dan saya tak dpt mencari topik yang hendak dikongsikan. Saya juga tgh sibuk menyelesaikan kerja2 akhir sbl saya bercuti panjang.

Akhirnya, saya minta persetujuan Nazlee utk switch dgn saya... giliran beliau adalah pada 6 Sept (sehari slps Elis). W/pun di ketika itu, saya masih gagal mencari tajuk (yg saya selesa nak sampaikan), saya teruskan juga sbb tak nak menyusahkan org lain (ye la, nnt siapa nak ganti saya minggu depan?).

Ntah macam mana, terlintas di hati saya utk berbicara tentang MATI. Lalu, MATI lah topik yang hendak saya sampaikan ketika itu. Berbolak-balik memikirkan... sesuai ke? Saya faham... semua org dah tahu pasal mati. Semua org sedia maklum dan saya menyampaikan apa yg semua org dah tahu. Ia bukan sesuatu yang baru. Cuma, harapan saya.... untuk mengingatkan semula. Menggigil tubuh badan mengingati mati. 

Sumber: Google

Mati adalah bercerai roh dari badan, sebagai satu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi.... bermula dari alam kubur. Setiap makhluk tidak akan terlepas dari mati. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 185.

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari kiamat"

Disebut dalam satu riwayat, Rasulullah SAW bertanya kpd Nabi Ibrahim di alam arwah ketika peristiwa Israk Mikraj ttg bgm rasanya ketika Allah mengambil nyawanya. Kata Nabi Ibrahim... seperti kapas basah yang dilalukan kpd batang berduri... maka terlekatlah kapas basah itu kepada duri. Maknanya, bila roh ditarik... tersangatlah sakit... seolah2 segala daging2 tercabut dari jasad. Allah... Allah.... itu yang dirasakan oleh Nabi Ibrahim, yang membina Baitullah. Bagaimana pula dengan kita?

16 Sept 2012 (Ahad), saya mendapat perkhabaran bahawa suami rakan sepejabat telah meninggal dunia kerana jangkitan kuman di paru-paru. Arwah seusia dgn saya. Beliau mula dimasukkan ke PPUM pada 7 Sept. Anak - 3 org dan masih kecil2 (bersekolah rendah). Allah... tidak dpt saya bayangkan jika saya berada di tempatnya... Pada hari yang sama, bapa Kak Ros (juga rakan sepejabat) telah meninggal dunia di IJN. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.....

Selang 2 hari kemudian, sahabat kpd rakan blogger juga telah meninggal dunia kerana kanser. Dua hari kemudian, kedengaran pula berita kematian anak kecil berumur 9 tahun yang telah 4 hari koma akibat lemas di Bukit Gambang Resort City.

Semalam, 23 Sept.. mendapat berita, ayah kepada Hussain (classmate QA di INTAN) juga telah meninggal dunia. Hussain pula sdg belajar di Arkansas, US. Istimewanya.... ayah beliau merupakan jemaah haji Malaysia yang baru tiba di Madinah.  Allahuakhbar.... istimewanya... sangat2 istimewa.... Dikebumikan di Baqi', tempat bersemadinya isteri-isteri dan anak2 Rasulullah SAW serta para sahabat. Perkuburan ini sangat hampir dengan Masjid Nabawi... yang tidak pernah sunyi dari dikunjungi jemaah haji dan umrah.... tidak pernah sunyi dari doa2 mereka.

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda...
"Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah"

Tidak mahukah kita?

Kuasa Allah... setiap kali saya mendengar berita tentang suatu kematian.... ia akan diikuti dgn bbrp berita kematian lagi selepas itu.... Sesungguhnya kita adalah milik Allah, dan kepadaNya lah kita kembali.

Wahai bakal-bakal jenazah yang dikasihi Allah SWT... Kita semua tahu bahawa mati itu benar, alam barzakh itu benar, hitungan amal itu benar, titian sirot itu juga benar, syurga dan neraka juga benar. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia menghadapinya? 

Sunday, September 23, 2012

Kenangan Terindah (52): Majlis

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (51): Bas Oh Bas

10 Nov 2011, Khamis bersamaan 14 Zulhijjah 1432H. Aktiviti berulang-alik ke Haram bermula semula. Jemaah masih ramai tetapi makin berkurang. Jemaah haji `backpackers' juga tidak lagi kelihatan. Sekitar Haram kelihatan sampah sarap merata2. Sedih! Sampai hati dorang buat cam ni.....

Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab saya dan abg dalam melaksanakan Rukun Islam Ke 5. Bersempena itu (ada ayat cam ni ke?) dan mengambil keberkatan di malam Jumaat, kami berhasrat untuk menjamu rakan2 sebilik.... kenduri..... sebagai tanda kesyukuran. 

Kami beli nasi mandy ayam... Sebungkus nasi mandy boleh dikongsi berdua (suami isteri) sbb portionnya sangat besarrrrr.... Alhamdulillah, Kak Ainul sponsor juice... dan ada bbrp pot luck lain (saya dah tak ingat). Kami makan sama2 slps solat Isyak. Alhamdulillah, semua ahli bilik saya ada... complete dgn pasangan masing2, melainkan Makcik Marina sbb Pak Mad tak sihat. Majlis diadakan di corridor bilik aje.... Tak kisahlah, asalkan dapat bersama-sama...

Psst... Gambar yg diambil tak berapa cantik sbb pakai ipod.

Kepala masing2 dah bersinarrrr...



Kak Fidah dan Abg Rafine

Love this couple... Kak Ainul & Abg Shamsul

Linda dan Salleh....

Kak Mar dan Abg Syukor...

Makcik `Annie' dan Pak Aziz



Makcik `Mary' sorang je... sbb Pak Mad tgh baring... tak sihat

Gambar Kak Yati & Abg Nan sangaaatttt kabur...

Malam ni, badan saya rasa tak sihat semula.... Keesokannya, badan makin panas... dan saya tak berdaya untuk melangkah ke Haram. Demam saya datang balik dan saya terpaksa ke klinik ambik ubat.

12 Nov 2011, Sabtu bersamaan 16 Zulhijjah 1432H, alhamdulillah... badan dah terasa kebah. Dapat pesanan dari anakanda suruh skype dlm pukul 9.30 malam waktu M'sia. Rupa2nya... mak ada buat sambutan hari lahir yang ke 9 untuk Erin, anakanda yg bungsu. 

Ramai rupanya ada kat rumah... ada Mak Su sekeluarga.. dan Kak Ros pun ada. Skype dibiarkan `on' shj dan saya hanya memerhatikan suasana meriah tu dari jauh. Erin kelihatan sgt2 gembira.....

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syukur pada Allah. Terima kasih Allah kerana melindungi keselamatan harta berharga yang kami tinggalkan.... iaitu mak dan anak2 kami....

Terima kasih mak....
... kerana tolong tengok2kan anak2 kami
... kerana jadi ibu dan ayah sepanjang ketiadaan kami
... kerana menemani tidur mereka sepanjang malam
... kerana menemani mereka ketika kesunyian
... kerana menggembirakan anak2 kami 
... kerana menyediakan makan, minum, pakai dan sebagainya...
... kerana ulang alik menghantar mereka ke sekolah...

dan segala-galanya....... tak terucap banyaknya.....


Tuesday, September 18, 2012

Getaran Jiwa

Assalamualaikum...

Sambungan dari Updated: Bakal Tetamu Allah.

17 Sept. 2012.... bermulalah episod baru musim haji 1433H. Cerita haji saya pulak.... tak sudah-sudah lagi. Banyak perkara yang saya ingin kongsikan tapi kekangan masa membataskannya. Saya perlu mendahulukan apa yang lebih utama. 

Hari Sabtu 15 Sept 2012, saya menghadiri majlis kesyukuran sahabat baik saya yang bakal menjadi tetamu Allah. Beliau KT 17 akan mendaftar di Kelana Jaya pada 21 Sept 2012... tengahari.



Saya rasa mcm nak masuk dlm beg dia aje... hehe...

Dalam perjalanan balik ke rumah.... perasaan saya bercampur baur. Allah... Allah....  Rasa syahdu tiba2 datang melanda jiwa raga saya. Rasa jiwa saya bergetar.....

Cerita Kenangan Terindah saya belum lengkap, tapi.... semua kenangan itu kembali semula ke detik pertama kaki melangkah ke Kelana Jaya. Perasaan sungguh teruja untuk menunaikan Rukun Kelima. Mengimbau kembali saat menaiki bas dari Kelana Jaya ke KLIA dengan diiringi kenderaan polis.... tetamu Allah mendapat layanan yang sungguh istimewa. 

Teringat lagi.... 
  • bas yang dinaiki accident, bbrp jemaah cedera ringan. Bas bantuan sampai dengan segera. 
  • menaiki fligt Saudi Airlines... tiba di Madinah waktu hampir Subuh
  • urusan imegresen yang... ok bagi saya... 2 jam lbh krg
  • urusan mengimbas beg... dan seterusnya beg diuruskan sepenuhnya oleh TH
  • teringat pada penjual kad prepaid dlm bas (bas belum gerak).... nasihat saya jangan beli.... mahal.... sampai hotel nnt baru beli. Masa tu saya beli sbb tak tahu.
  • sampai Al-Haram Hotel dlm 1/2 jam... bersihkan diri dan terus ke Masjid Nabawi....
Dannn.... bermulalah kehidupan baru selama 8 hari di Madinah.... kemudian bergerak ke Mekah dan seterusnya....... Teringat juga Kenangan Yang Tak Indah.... Agak menakutkan saya... Tapi, alhamdulillah... yang tak indah itu, indah juga dikenang pada hari ini... pengalaman...

Masih segar lagi.....
  • suasana sewaktu bertolak ke Arafah...
  • keasyikan berada dekat denganNya pada waktu wukuf
  • bermabit di Mzd... di padang yang awalnya kosong tapi akhirnya dipenuhi lautan jemaah
  • bermalam di Mina dan melontar jamrah...
  • menikmati nikmat berjalan kaki sejauh 7km ke Mekah utk tawaf dan saie
  • dan seterusnya....demam di Mina...
  • kekecohan dalam urusan bas...
Sinopsis keseluruhan perjalanan Kenangan Terindah yang saya dan abg lalui.....

Ya Allah... Permudahkanlah urusan hambaMu dalam mencari keredhaanMu Ya Allah.... kurniakan mereka kesihatan yang baik... Peliharalah keselamatan mereka, Ya Allah.... Janganlah Kau palingkan hati mereka (dan juga kami) setelah Kau berikan petunjuk..... Hanya kepadaMu lah kami meminta dan hanya kepadaMu lah kami memohon pertolongan.

Allah... saya ingin ke sana lagi.... Saya rindu..... Saya rindu Rasulullah... saya rindu Masjid Nabawi... saya rindu Masjidil Haram.... Tempat yang sungguh tenang lagi mendamaikan...

Tahniah Mawar... manfaatkanlah masa yang dipinjamkan sebaik2nya di sana nanti. Rebutlah peluang berharga ini yang belum tentu akan muncul lagi selepas ini.....

Allahuakhbar... semoga ibadah ini mengubah sempadan iman ini ke arah yang lebih dekat denganMu... Amin.


Tuesday, September 11, 2012

Kenangan Terindah (51): Bas Oh Bas

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (50): Mina Yang Ditinggalkan

Pada awalnya... pergerakan bas, amat lancar. Tapi, sampai satu tahap.... slow sesangat. Lama sungguh kami menunggu giliran, tak tiba2. Manalah bas ni dah pergi? Tak kunjung tiba.... Ramai jemaah yg mengeluh sbb terpaksa menunggu lama.

TH ada juga offer, sesiapa yg nak balik ke Mekah dulu.... tapi kena berdiri menaiki bas. Sbb seat tu adalah utk jemaah asal yg menaiki bas bernombor tertentu. Ikut kata TH, Maghrib dah tak boleh nak jamak tamam sbb hari Tasyrik dah abih. Tapi, ada pakcik tu... (kelihatannya spt alim ulamak gak) kata masih boleh... sbb kita masih lagi hidup dalam `susah-payah'. Wallahualam. Saya tak solat tamam pun. Nanti sampai hotel baru solat Isya.

Sementara menunggu, saya pun ambil kesempatan bergambar kenang2an dgn sahabat2 saya yang sangat2 dikasihi... Antaranya.....


Dgn Ustazah Yati 

Dgn Zatul dan Dato' Mar

Dgn Makcik `Mary'

Tunggu bas dari dlm khemah

Lebih kurang 7pm, kami (saya dan abg) offer diri untuk naik bas - bukan bas kami - maknanya kami offer diri untuk berdiri. Sebelum menaiki bas, ada sedikit kekecohan berlaku. Untuk makluman, bas2 ni termasuk dalam urusan pihak muassasah.

Ada banyak bas kosong yg lalu... tapi tak nak berhenti di kws perkhemahan TH.  Puas org muassasah tu tahan bas tapi bas tak nak berhenti.... tahan dengan badan sendiri lak tu. Maksud saya, dorang berhenti depan bas, tak kasi bas bergerak. Siap gaduh2 lagi. Org muassasah tu buat mcm tu sbb suruh dorang ni bawak jemaah Msia ni balik ke Mekah.

Kata pemandu bas... (agaknya laa...) dia ada jemaah negara lain yg perlu diambil. Dia bukan ditugaskan utk mengambil jemaah M'sia. Tapi org Muassasah ni pulak bising2 suruh angkut gak org M'sia ni. Bertegang urat! Takut saya melihatnya. Tengah2 gaduh tu, dorang (muassasah) suruh jemaah M'sia ni naik. Wakil TH pun tak tahu nak buat apa daahhh....

Gerun pulak rasanya nak naik. Tak nak saya naik bas yg tu... Saya ajak abg naik bas yg belakang (dgn persetujuan wakil TH). Actually... bas belakang pun dlm situasi yg sama... maksud saya, dorang patutnya ambik jemaah dari negara lain. Tapi... dah kecoh2 mcm tu, dorang pun `redha' je mengangkut kami. Pemandu bas ni, tak bising2 mcm bas kat depan tu.

Akhirnya, kami naik bas yg belakang. Kami berdiri aja... sbb bas tu, bukan bas yg sepatutnya kami naiki. Tapi... org TH pulak suruh duduk sbb byk tempat kosong. Alhamdulillah... saya bebas memilih tempat duduk mana yg saya suka (padahal semua sama je, tp sbb ada pilihan....). Saya agak, mesti ramai yg buat Nafar Awal dan ada juga yg balik dengan kenderaan yg disewa. Memang ada jemaah yg sewa kereta  sendiri sbb nak balik cepat ke Mekah... tak nak tunggu bas lama2.

Journey took about 2 1/2 jam. Jalan jem sgt2. Honk sana sini. Saya... seperti biasa tidur dgn nyenyaknya dlm bas... Tak perasan dgn perjalanan bas yg tersekat2. Sedar2... dah hampir dgn hotel. Alhamdulillah....

Sampai hotel, jam dah menghampiri pukul 11 mlm. Saya................... terus masuk bilik air.... mandi.......

Lepas mandi.... bersembang2 jap ngan Kak Ainul... bercerita pasal bas. Kak Ainul ni dah balik awal sbb dia buat nafar awal. Menurut Kak Ainul, masa dia kursus haji... ustaz mmg dah cakap... perkara mcm ni mungkin terjadi. Katanya, pemandu2 bas ni akan lari ke kws perkhemahan negara lain (mcm Thai / S'pore) sbb jemaah mereka akan memberi tips pada pemandu bas. Jemaah M'sia biasanya tak bagi tips (sbb dah dipesan awal2 oleh TH).

Wallahualam....