Friday, August 31, 2012

Kenangan Terindah (50): Mina Yang Ditinggalkan

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (49): Lontaran Terakhir

Sampai di khemah (kembali dari melontar), kelihatan dah ada bas yg menunggu jemaah utk dibawa balik ke Mekah.


Bercakap pasal bas ni... Malam tadi dah ada announcement tentang pergerakan bas. Bas akan menunggu seawal selesai Subuh. Jemaah yg terakhir sampai di Mina hari tu, akan menaiki bas yang pertama ke Mekah. Maknanya... saya yg sampai awal di Mina, akan menaiki bas2 yg terakhir. Terakhir tu bila? Mungkin Maghrib pun masih berada di sini...

Ramai juga jemaah2 yg seangkatan (KT awal2) telah bertolak balik ke Mekah (dengan kereta sewa) tanpa menunggu bas yang diperuntukkan. Mereka tak sanggup untuk menunggu lama.... menunggu bas yang ntah bila2 akan sampai. 

Positif! Positif! Jangan keluhkan tempoh masa menunggu yg lama utk balik ke Mekah. Nikmati detik2 terakhir di Mina. Flash back... Kamilah antara group yg paling awal sampai di Mina dan juga merupakan antara group akhir yg meninggalkan Mina. Maka..... kamilah yg paaalinggg lama berada di Masyaer. Kamilah yg paling banyak peluang utk berdoa, beribadat, berzikir... Subhanallah... Kalaulah masa2 ini dimanfaatkan dengan sebaik2nya.... Allahuakhbar....

Sementara menunggu bas, saya dan abg berjalan2 sekitar kws khemah... melawat tempat yg bakal kami tinggalkan... Ntah bila lagi dapat ke sini sebagai jemaah haji....

KAWASAN DAPUR

Dapur sedang dibersihkan



hohoho.... beso nya periukssss

cleaned!

Paip yang menyediakan air panas menggelegak
Silalah buat air dan masak maggi

KAWASAN TANDAS 



wow... kosong!!!!!

Tempat wudhuk.... dan gosok gigi... dan cuci muka..
Bukan apa... nak kurangkan waktu dok dlm toilet, so kena la buat semua tu kat sini
Kat sini, q tak sepanjang di toilet
Tapi, kalau nak basuh kaki (wudhuk), kena angkat kaki tinggi2... kasihan warga tua
Elok, ditadah dulu air dlm bekas/botol.... then baru siram ke kaki

Tangga toilet yg tinggi menyukarkan warga tua untuk mendakinya...
Kasihan melihatnya, ada yg merangkak menaiki tangga
Kalau terlihat, segeralah hulurkan bantuan....

PERSEKITARAN KHEMAH

Carpet dari Haram

Carpet dah digulung... bersedia utk dimasukkan ke dlm lori

Tempat cucuk plug.... terletak di tiang ataaasss khemah
Tak sampai nak plug in...
So, cam ne kekdah nak charge bateri hp?
Saya? Mintak tolong abg...
Abg bw extension panjang, so... boleh share ramai2

Khemah saya di Lorong Bunga Matahari
TH sengaja menamakan lorong2 ini utk memudahkan pencarian
Kalau tak, sesat manjang....
Maklumlah.... semuanya khemah kelihatan sama tapi tak serupa  

Gitulah keadaannya jika si suami mencari si isteri @ vice versa
Meninjau2... so, dlm khemah pun kena bertudung

Pintu masuk Maktab 89. I was here!

Pelan Lokasi

PERSEKITARAN LUAR KHEMAH

Sebelum2 ini, masa hari2 Tasyrik.... kawasan luar ini dipenuhi oleh peniaga2 yg menjual pelbagai jenis makanan dan barangan. Tidak dinafikan, harga barang yg ditawarkan amat murah... tapi, saya tak tertarik nak beli satu apapun. Abg cuma beli minyak kibas. Sahabat2 saya ramai yg membeli beg, brg2 perhiasan dll. 

Tapi, 13 Zulhijjah - selesai subuh je, semua peniaga2 ni berkemas2 untuk kembali ke Mekah. Bumi Mina yang dilimpahi dengan jutaan manusia.... akan kembali sunyi, kosong. 


Khemah2 jualan....
Ramai juga yg berjualan di tepi2 jalan



Keadaan di persekitaran luar khemah, amat menyedihkan saya. Bumi Mina yang suci dicemari sampah sarap yang menggunung. Ntah dari mana datangnya.... secara tiba2 aje. Sebelum ni, memang sampah memang kelihatan di merata2 tempat.... tapi tak la sampai mcm ni. Yang peliknya, tak kelihatan seekor lalat pun berterbangan. Mungkin sbb cuaca yg panas...




Terowong Muassim





Berapa lama lah masa yg diambil utk membersihkannya.....


Thursday, August 30, 2012

Kenangan Terindah (49): Lontaran Terakhir

Assalamualaikum....

Sambungan dari Kenangan Terindah (48): Demam

Gigih saya nak menyiapkan cerita pasal Kenangan Terindah saya ni... saya harap, boleh complete before sahabat saya pergi menunaikan haji tahun ni. Aja..aja.. fighting!

Rabu, 9 November 2012 bersamaan 13 Zulhijjah 1432H. Hari ini merupakan hari terakhir di bumi Mina.  Alhamdulillah, kesihatan saya bertambah baik.... w/pun masih ada saki baki rasa lemau sbb demam. Ramai juga yg keluar menuju ke Jamrah since 3am... Mereka buat lontaran utk 12 Zulhijjah dulu... Lepas tu, lepak2 di kawasan2 sekitar sementara menunggu waktu Subuh... lepas tu solat Subuh... lepas tu melontar untuk 13 Zulhijjah. 

Saya? Tak la... Biarlah saya buat kedua2nya pada 13 Zulhijjah. Saya tak nak menyusahkan diri bangun pagi2, mengharungi kedinginan pagi dan solat Subuh pun belum tentu di mana. Biarlah saya buat dgn cara yg saya fikir lebih selesa....  

Seperti sebelum2nya, saya dan abg keluar melontar Jamrah selepas selesai solat Subuh. Hari ni, kami berdua shj. Memandangkan kami tak melontar semalam, maknanya hari ni kena buat double laaa....  Macam2 saya pikir, cam na la keadaannya ye? Saya bukan fikirkan cara melontar, cuma saya memikirkan kaedah melontar... (errr, apakah maksudnya?). 

Bukan... maksud saya... Bolehkah saya buat u turn di level yg sama? Tak kena marah dgn peg. keselamatan Saudi tu ke? Ye la... kot2 cara saya tu boleh menyumbangkan kesesakan di sekitar Jamrah sbb melawan arus... Kalau tak boleh buat u turn di situ, kat mana saya nak masuk balik ke kws Jamrah? Tak kan nak kena turun balik, meredah kesesakan dan lepas tu naik semula? Saya belum pulih sepenuhnya.... Ohhh... tak tau... tak tau... Just go with the flow. InsyaAllah, semuanya akan ok. 

Alhamdulillah, suasana di Jamrah tak sesak dgn jemaah. Masa kami sampai di Jamrah Wusta (slps Sughra), saya terlihat bbrp org jemaah berjalan melawan arus, berpatah balik ke belakang. Dorang tak kena marahpun... ok jek. Syukur... hati saya berbunga2. Maknanya kami tak perlu turun bawah dan berjalan jauh utk u turn bagi membuat lontaran round kedua. Kami boleh u turn di atas ni sahaja. 

Subhanallah... Akhirnya... saya dan abang dah melengkapkan pekerjaan haji. Bermula dgn niat ihram haji (rukun), meninggalkan larangan2 ihram (wajib), wukuf di Arafah (rukun), mabit di Mzd (wajib), mabit di Mina (wajib), melontar kubra @ 10 Zulhijjah (wajib), tahallul awal (rukun), melontar @ 11 Zulhijjah (wajib), tawaf (rukun), saie (rukun), melontar utk 12 dan 13 Zulhijjah (wajib). Khalas!

Alhamdulillah.... Syukur... Semuanya berjalan lancar atas kehendakNya. Selesailah tanggungjawab kami menunaikan Rukun Islam Kelima..... yang diwajibkan hanya sekali seumur hidup ke atas setiap muslim yang berkemampuan.  

Saya dan abg - masing2 mengucapkan tahniah. Kami berhasrat untuk mengadakan kenduri nasi mandy sebagai tanda kesyukuran, sekembali ke Mekah nanti.

Hehe....

Sunday, August 12, 2012

Kenangan Terindah (48): Demam

Assalamualaikum....


Selasa 8 November 2012 bersamaan 12 Zulhijjah 1432H. Saya bangun Subuh dengan keadaan yang lemah. Badan saya dah tak sihat. Rasa nak demam... (sbl ni, dah 2-3 kali rasa nak demam tp tak demam betul). Mungkin sebab air-cond yg terlampau sejuk dan keletihan semalam (walau apapun alasan, atas kehendakNya jua).

Seperti biasa... beratur panjang utk menggunakan kemudahan tandas. Beratur dalam sejam. Saya berhasrat utk pergi melontar selepas solat Subuh seperti 2 hari sebelum ini. Tapi... kenapa saya rasa sangat tak larat. Mungkin kali ni saya betul2 demam. Akhirnya, saya (dan abg) membatalkan niat utk pergi melontar hari ini. Mcm mana nak pergi.... nak jalan pun tak berdaya. Tenaga utk berdiri cukup utk beratur kat toilet je... (hehe).

Ye. Kali ni saya betul2 demam. Brp kali telan ubat, tapi tak kebah2. Badan saya memang panas sangat sehinggakan rambut saya pun terasa panas ~ kata Kak Nita. Terharunya saya sbb dikurniakan sahabat2 yg penyayang.... Mak cik Marina dan Kak Nita tuam2kan ais kat kepala saya. Oh ye... ais ada dalam tong air kat luar khemah.

Hari ini... selain solat, kerja saya memang tidur aje. Makan tak brp nak lalu... Bila rasa nak buang air, baru bangun pi toilet. Cuaca luar khemah... sangat panas, tetapi saya ber`sweater'. Badan rasa menggigil2... grr.. grr.. grr... Saya masih beratur menunggu giliran uk masuk toilet. Saya segan nak mintak potong q. Walhal, saya sangat lemah utk berdiri lama2. Allah... kuatkanlah semangat saya.

Kemudahan tandas memang satu cabaran yg besar di Mina. Gambar kat bawah ni memang menggambarkan keadaan yg sebenar. Di kawasan wanita, keadaannya lebih padat lagi. Alhamdulillah.... Allah pelihara hati dan fikiran saya dari bersungut. 


Sumber: Google

Sumber: Google

Abg byk kali ajak pi klinik. Tapi saya menolak sbb saya masih ada bekalan ubat. Lagipun... saya tak larat nak jln... serius saya tak mampu nak jalan. Kak Mar kata, klinik yg disediakan oleh Kerajaan Saudi - kosong tak de org. Doktornya pun bagus dan baik... cuma kena jalan sikitlah... Allah, saya tak larat nak jalan....





Kalau tak silap saya, kerajaan Saudi tak benarkan TH bukak klinik sbb dorang dah sediakan kemudahan tu. Tapi, TH tetap sediakan doktor dan bbrp kemudahan perubatan yg asas. Akhirnya, saya mengalah.... Saya setuju pergi ke `klinik' TH bila dah berkali2 telan ubat tapi tak kebah2 juga. Masa tu Maghrib dahh...

Bila doktor check, suhu badan saya 39.6 celcius. Terus dia kata nak masuk air. 2 botol pulak tu.


Keadaan dlm `klinik'. Tuuuu... doktor tgh solat

Kemudahan `klinik' amat2 asas. Jangan harap ada katil ye. Saya yg rasa nak lelap je ni... terus baring di pangkuan abg. Badan rasa lemah... kepala berat. Hilang rasa malu pada doktor dah... Ubat pun sangat limited.

Sebab, masa saya masuk drip.. ada bbrp jemaah yg keluar masuk mendapatkan rawatan. Sakit nya... adalah penyakit sejagat ... batuk, sakit tekak.... Dan doktor hanya bagi ubat batuk sesukat.. maksud saya, sekali minum je. Alhamdulillah, saya tak batuk sepanjang di Mekah/Madinah.

Akhirnya, saya tidur dipangkuan abg dgn nyenyak sekali.... w/pun tempat tak selesa.... kat dlm khemah mcm gambar atas tu. Kesian abg... Agaknya, lenguh2 belakang dia menyediakan kaki utk memangku kepala saya. Dinding nak sandarkan belakang pun tak de. 

Saya terjaga sendiri... bila rasa nak buang air sgt. Badan saya rasa sgt segar dan bertenaga. Tapi...  tak sabar2 nak pi toilet daaaahhhh... sbb drip 2 botol air. Saya rasa nak cabut je jarum tu sbb nak lari pi toilet. Tapi doktor dan abang kata.... `sabaaarrrrr.....'. Dalam hati... tak putus2 berdoa... semoga saya tak perlu beratur utk masuk ke tandas... sbb dah tak tahan sgt ni. Allah... permudahkanlah....

Bila selesai, saya meluru ke tandas. Dalam hati mohon Allah perkenankan permintaan saya. Setibanya di toilet... MasyaAllah... org tak ramai. Ada kak yati yg tgh tunggu giliran dan dia berada di depan sekali. Hanya 2 org sedang menunggu termasuk dia. Saya pun mohon dibenarkan masuk dulu...... Owh, sudah pastinya kakakku itu mengizinkan.....

Masa tu dah malam... Saya rasa sihat dan terus rasa nak mandi... dan saya pun mandi.... Bising la kakak2 saya ni.....

Syukur, Allah membuka hati saya untuk melihat dari sudut positif. Kalau saya tak demam.... kemungkinan besar saya akan buat Nafar Awal.... dan ini bermakna, saya tewas mengharungi dugaan hidup di Mina.... saya fail dalam ujian kesusahan hidup di Masyaer, tidur yg tak selesa, makanan yg tak berasa, beratur panjang di tandas... 

Saya redha sbb saya tahu, apabila Allah mengasihi hambaNya, maka akan diturunkan ujian buatnya. Bukankah demam itu juga merupakan satu ujian buat saya? Dalam menghadapi ujian, kesabaran adalah yg paling utama. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud;

Tidak menimpa ke atas seseorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Hadis riwayat Al-Bukari dan Muslim) 

Dengan ini, saya membuat analisis sendiri.... Jika saya mampu bertahan di sini sehingga 13 Zulhijjah, maknanya saya `lulus' melepasi ujian kesusahan hidup di Mina.

By the way... Nafar Awal adalah kemudahan yg dikurniakan Allah kepada jemaah haji.... Firman Allah:

Barang siapa yang ingin bersegera (meninggalkan Mina) untuk dua hari sahaja, tidak berdosa ke atasnya (tidak mengapa). Dan barang siapa yang lewat (terus berada di Mina untuk tiga hari), tidak berdosa ke atasnya (tidak mengapa). 

Hmmm... saya tak buat lontaran utk hari ini lagi..... esoklah nampaknya.... 


Kenangan Terindah (47): Aktiviti pada 11 Zulhijjah (Sambungan)

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (46): Aktiviti pada 11 Zulhijjah. Sambungan atas sambungan, ye....

Bila dah sampai sini (Haram)... hati berbelah bahagi. Nak terus balik hotel ke atau nak terus masuk Haram untuk bertawaf. Dalam pada berkira2 tu.... kaki pulak terus melangkah dan dah nak sampai hotel la pulak... nyeh..nyeh... Singgah beli breakfast jap dan terus masuk hotel dan breakfast.

Sampai di hotel.... kelihatan kosong jek. Ye la... semuanya dok kat Mina. Tapi... ada juga sebilangan kecil jemaah di hotel... yang mungkin buat aktiviti mcm kami ni. Dalam bilik saya... ada Kak Fidah dan Kak Ainul. Husband dorang pun ada, tapi kat bilik masing2 la.... 

Saya terus masuk bilik air dan basuh kain kotor yg di hangkut bersama dari Mina tadi. Bersihkan diri, sidai kain dan keluar semula ke Haram. Tak rehat langsung. Peliknya... saya tak terasa letih... rasa excited nak tunaikan tawaf dan saie.

Panas terik matahari menyimbah muka dalam perjalanan ke Haram (dari hotel). Sesampai di Haram, kami solat tahiyyatul masjid dan bersiap sedia untuk menunaikan tawaf rukun. Manusia? Subhanallah.... memang ramai. Tapi, agakan saya.... semalam laaaaaggiiii ramai. Mata mencari2 ruang kosong di dataran Ka'abah agar kami boleh bertawaf di situ.

Sepanjang kami berada di sini, kami tidak pernah bertawaf di tingkat atas. Saya pun tak sanggup nak mencuba. Saya lebih sanggup berhimpit2 di dataran Ka'abah dari tawaf di tingkat atas. Alhamdulillah, ada aja ruang utk kami menyelit. Saya sentiasa yakin dan semat di hati, insyaAllah... ada ruang utk kami tawaf di dataran.

Di dataran Ka'abah.... tempat yg paaaaliiingg pack sekali adalah ruang permulaan tawaf. Sebab di situ, jemaah cenderung utk berhenti dan istilam. Dulu.... tempat permulaan tawaf di tanda dengan satu garisan. Kini, garisan tu dah digantikan dengan dua garisan yg bersudut 90 darjah, maknanya ruang untuk istilam  lebih luas. Jemaah juga boleh berpandukan kepada lampu hijau yang terletak di sudut bersetentang dengan Hajarul Aswad, i.e. di sebelah kanan kita.

Lampu hijau di atas spot light

Tiang berhampiran lamu hijau.... unik, lain dari yg lain

lampu hijau di kawasan saie

Ada byk papan tanda... perasan atau tak je...

Sedang kami tawaf di pusingan ke 4 (kott - tak ingat), azan Zuhur berkumandang dan kami berhenti utk solat. Selesai solat, kami pun menyambung tawaf Baitullah dan seterusnya melaksanakan saie. Alhamdulillah.... segalanya selesai dengan baik. Abg pun... membotakkan kepala. Kami terus balik ke hotel... dan berehat.

Saya tak nasihatkan bakal2 jemaah mengerjakan tawaf (terutamanya) dan saie pada Hari Nafar 10 Zulhijjah sbb kepadatan jemaah yang luar biasa di Haram. Tambahan pula, tenaga agak lemah kerana kita baru sampai di Mina (dari Arafah). Atas sebab keselamatan, eloklah bersabar dulu.... Kalau buat hari ini (11 Zulhijjah), jemaah dah berkurangan... tapi masih padat juga. At least, tak la seperti semalamnya. Nasihat saya ini berdasarkan pengalaman rakan2 saya (yg completekan tawaf dan saie pada Hari Nafar) dan pengalaman saya sendiri (tawaf dan saie pada 11 Zulhijjah)

Pada masa ini.... saya mula terpikir2 nak buat NAFAR AWAL. Saya flash back aktiviti hari ini. Perjalanan dari Mina ke Mekah sejauh 7km.... tidak terasa jauhnya.. (Subhanallah). Saya dapat bertawaf dan saie dengan selesa. Dengan izinNya, saya telah berjaya melakukannya... dan saya masih bertenaga. Lagipun, kalau buat Nafar Awal, boleh saya balik hotel awal... Maknanya, tempoh hidup bersusah payah di Mina boleh disingkatkan (Astaghfirullah...).

Okeh... back to the topic ~ Dalam pukul 3.30 (selepas Asar), kami bertolak semula ke Mina dengan menaiki van sangkut. Semuanya 6 org i.e. saya, Kak Ainul, Shaha dan suami masing2. Kadar yang diminta adalah SR180.... maknanya SR30 sorang. So, ok la.... Memang pada masa2 ini, harga tambang akan naik berlipat ganda. Tapi... Pak Arab ni tak leh hantar direct ke penginapan kami... dia cuma boleh htr ke Jamrah shj. Maknanya... kami kena menapak lagi dlm 3km.

Mula2... hanya kami berenam yg menaiki van sangkut tu. Tapi... makin lama makin ramai dan mereka yg lain duduk di belakang van (tempat barang2). Dari conversation antara pemandu dan penumpang2 lain... kami agak, mereka dikenakan tambang yg lebih murah daripada kami. Sebabnya... kira nya tempat duduk kami ni lebih selesa... (yo la tu...).

Jalan amat sesak, apa lagi bila menghampiri kawasan Jamrah (jauh lagi). Lama van sangkut tersangkut (terhenti - tak leh bergerak) sbb heavy traffic. Akhirnya, kami ambil keputusan utk keluar van dan berjalan kaki shj. Jalan kaki lagi laju. Akhirnya... sampai di kawasan Jamrah.

Allahuakhbar...... saaaaaaaannggaaaaaaaattttt sesak dengan jemaah dari negara bukan Asia. Pergerakan menjadi sangat2 lambat. Kadang kala terpisah dgn abg (tapi tetap menten bersama, chewah). Kak Ainul dan Sha pun dah tah ke mana... Kami dah terpisah. Perjalanan terasa sangat2 jauh. Saya dah mula rasa letih.

Dinner pun tak berapa nak lalu... sbb letih sangat. Saya berpikir2 semula tentang Nafar Awal. Kawan saya - 3 pasangan buat nafar awal... Kak Ainul, Kak Fidah dan Linda. Bukan mereka shj, ramai yg lain lagi (yg saya tak brp kenal). Should or shouldn't? Kalau membayangkan keselesaan di hotel.... `should' la jawapannya. Kalau pikir pasal keadaan badan.... `shouldn't' la jawapannya. Akhirnya, abg kata... `tak payah!'.

Malam ni... malam kedua di Mina. Saya tidur pakai mask... sbb nak mengelakkan air cond yg tuju tepat ke muka saya.


Saturday, August 11, 2012

Monday, August 6, 2012

Kenangan Terindah (46): Aktiviti pada 11 Zulhijjah

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (45): Aidiladha di Mina (Hari Nahar)

11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah Hari2 Tasyrik. Hari ni kena lontar ketiga2 Jamrah - Sughra (7 biji), Wusta (7 biji) dan Kubra (7 biji). Saya bangun pukul 3 pg hari ni. Bangun2 je, Kak Fidah kata nak balik semula ke Mekah slps melontar nanti. Hah? Saya ingatkan, dia masih penat lagi sbb semalam dah berjalan kaki balik ke Mekah dan balik semula ke Mina. Tapi, pagi ni..... dia nak buat semula cam tu. Oh, tak penatkah?

Saya berpikir2.... wajarkah saya juga baik ke Mekah hari ini, bagi menyempurnakan tawaf dan saie? Melihat semangat Kak Fidah, seolah2 saya juga mampu melaksanakannya. Tambahan pula, haid saya ni... tak menentu. Bila2 masa boleh dtg. Risau juga... tapi, saya yakin bahawa Allah akan memberi yang terbaik buat saya. Saya tak pernah lupa mohon padaNya agar ditangguhkan haid sehingga selesai tawaf wada'.

Bagi wanita, amat penting mengetahui kitaran haid mereka.... agar mudah buat perancangan. Bagi kami KT yg awal2 ni, perkara tu amat signifikan sbb ia akan effect pada penerbangan balik nanti. Kami tak punya byk masa. Mcm2 mana pun, kena selesaikan juga tawaf dan saie sbl balik Malaysia.

Saya pun, call abg... "Jom balik Mekah!". Abg ok aja. Lagi pun, dlm khemah.... duduk2 aja... Makan, solat, ngaji dan zikir pun, hanya dengan duduk je. Baik saya penuhi aktiviti hari ni dgn menyelesaikan tawaf dan saie. Kak Nita dan Zatul pun nak join kami pergi melontar, tapi mereka akan patah balik ke Mina. Zatul dah tawaf dan saie smlm (bestnyaaa.......). Kak Nita nak buat slps balik ke Mekah (dari Mina) nanti.

Sejam lebih saya beratur (masuk toilet) hari ni. Jgn harap la nak mandi... Dapat buang air, gosok gigi dan wudhuk pun dan sangat2 nikmat dah. Kak Nita dan Zatul jln ke Jamrah dulu sbb nak pi toilet kat sana... Kami janji jumpa di sana. 

Saya dan abg mula ke Jamrah sebaik selesai solat Subuh. Sampai di toilet... Kak Nita dan Zatul dah tunggu. Kata mereka.... selesa sungguh, tak ada org.... hhehe. Perjalanan diteruskan.... dgn suasana yg amat selesa. Keadaan pagi yg nyaman dan sedikit sejuk, amat mendamaikan. Jemaah kiri kanan pun tak berapa ramai lagi... 

Seperti semalam, kami menuju ke tingkat yg teratas untuk melakukan aktiviti melontar...




Ecece... tuan blog dan encik suami
Dah tak peduli nak matching2 tudung ngan baju daahhh...

With Zatul dan Kak Nita (saya tgh rindu kat korang...)

Teringat masa kursus haji.... Ustaz kata, "jgn lontar batu sekuat hati kat tiang jamrah tuu.... Kang melantun balik batu tu keluar... tak sah! Jangan pulak ingat `tiang jamrah' tu setan yg kita kena lontar pulak. Tiang tu sbb nak halang batu yg dibaling jemaah seberang sana, terkena jemaah seberang sini" 

Alhamdulillah, dapat melontar sangat hampir dengan jamrah... dengan mengirikan kiblat. Selesai melontar dan berdoa, saya dan abg menuju ke depan manakala Zatul dan Kak Nita belok ke kanan utk balik ke Mina.


Jalan terus ke depan utk balik ke Mekah

Backpakers




Nampak signboard `Makkah' tu? Kali ni, tak perlu ikut signboard.... kalau ikut jugak, alamat lagi jauh la berjalan kaki. Pesan kwn2 yg balik ke Mekah semalam.... belok ke kiri. Jarak lebih dekat.


View dari belakang saya

Memutih bukit2 sekitar dgn jemaah backpakers

Beruntung kita..... diuruskan dgn baik oleh TH


Perjalanan diteruskan lagi... Suasana masih selesa, suasana sejuk menyebabkan peluh segan nak keluar... Alhamdulillah... kan tak mandi pagi. Kami jalan bersantai2... sambil bawa balik baju kotor... kot2 la sempat nak basuh kat hotel kang. Sepanjang perjalanan.... menikmati pemandangan yg mungkin tak akan lagi kami alami selepas ini. Cuma... yang menyedihkan.... kawasan sekitar amat kotor, penuh dgn sampah sarap.

Sedddiiihh..... sbb Islam amat mementingkan kebersihan. Kenapa bandar suci ini sanggup dicemari dengan sampah sarap oleh tetamu2 Allah?


Mana2 pun boleh tidur... sejuk berselubung



Lori tangki yg membekalkan air ke hotel2

Bundle?

Masuk terowong ni... dan jaaaalllaaaan lagi....

Pertengahan terowong....
Sampai di pertengahan terowong.... hati dah berbunga2 sbb nampak Menara Jam. Maknanya.... tak berapa jauh lagi. Kemudian, sambung lagi journey.. masuk lagi dlm terowong... dan akhirnya, bila keluar terowong sampai ke tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW... yang dah dijadikan perpustakaan.






Bersambung.... tak larat dah nak menaip. Nak keluar pi beli baju raya anak2....