Sunday, August 12, 2012

Kenangan Terindah (48): Demam

Assalamualaikum....


Selasa 8 November 2012 bersamaan 12 Zulhijjah 1432H. Saya bangun Subuh dengan keadaan yang lemah. Badan saya dah tak sihat. Rasa nak demam... (sbl ni, dah 2-3 kali rasa nak demam tp tak demam betul). Mungkin sebab air-cond yg terlampau sejuk dan keletihan semalam (walau apapun alasan, atas kehendakNya jua).

Seperti biasa... beratur panjang utk menggunakan kemudahan tandas. Beratur dalam sejam. Saya berhasrat utk pergi melontar selepas solat Subuh seperti 2 hari sebelum ini. Tapi... kenapa saya rasa sangat tak larat. Mungkin kali ni saya betul2 demam. Akhirnya, saya (dan abg) membatalkan niat utk pergi melontar hari ini. Mcm mana nak pergi.... nak jalan pun tak berdaya. Tenaga utk berdiri cukup utk beratur kat toilet je... (hehe).

Ye. Kali ni saya betul2 demam. Brp kali telan ubat, tapi tak kebah2. Badan saya memang panas sangat sehinggakan rambut saya pun terasa panas ~ kata Kak Nita. Terharunya saya sbb dikurniakan sahabat2 yg penyayang.... Mak cik Marina dan Kak Nita tuam2kan ais kat kepala saya. Oh ye... ais ada dalam tong air kat luar khemah.

Hari ini... selain solat, kerja saya memang tidur aje. Makan tak brp nak lalu... Bila rasa nak buang air, baru bangun pi toilet. Cuaca luar khemah... sangat panas, tetapi saya ber`sweater'. Badan rasa menggigil2... grr.. grr.. grr... Saya masih beratur menunggu giliran uk masuk toilet. Saya segan nak mintak potong q. Walhal, saya sangat lemah utk berdiri lama2. Allah... kuatkanlah semangat saya.

Kemudahan tandas memang satu cabaran yg besar di Mina. Gambar kat bawah ni memang menggambarkan keadaan yg sebenar. Di kawasan wanita, keadaannya lebih padat lagi. Alhamdulillah.... Allah pelihara hati dan fikiran saya dari bersungut. 


Sumber: Google

Sumber: Google

Abg byk kali ajak pi klinik. Tapi saya menolak sbb saya masih ada bekalan ubat. Lagipun... saya tak larat nak jln... serius saya tak mampu nak jalan. Kak Mar kata, klinik yg disediakan oleh Kerajaan Saudi - kosong tak de org. Doktornya pun bagus dan baik... cuma kena jalan sikitlah... Allah, saya tak larat nak jalan....





Kalau tak silap saya, kerajaan Saudi tak benarkan TH bukak klinik sbb dorang dah sediakan kemudahan tu. Tapi, TH tetap sediakan doktor dan bbrp kemudahan perubatan yg asas. Akhirnya, saya mengalah.... Saya setuju pergi ke `klinik' TH bila dah berkali2 telan ubat tapi tak kebah2 juga. Masa tu Maghrib dahh...

Bila doktor check, suhu badan saya 39.6 celcius. Terus dia kata nak masuk air. 2 botol pulak tu.


Keadaan dlm `klinik'. Tuuuu... doktor tgh solat

Kemudahan `klinik' amat2 asas. Jangan harap ada katil ye. Saya yg rasa nak lelap je ni... terus baring di pangkuan abg. Badan rasa lemah... kepala berat. Hilang rasa malu pada doktor dah... Ubat pun sangat limited.

Sebab, masa saya masuk drip.. ada bbrp jemaah yg keluar masuk mendapatkan rawatan. Sakit nya... adalah penyakit sejagat ... batuk, sakit tekak.... Dan doktor hanya bagi ubat batuk sesukat.. maksud saya, sekali minum je. Alhamdulillah, saya tak batuk sepanjang di Mekah/Madinah.

Akhirnya, saya tidur dipangkuan abg dgn nyenyak sekali.... w/pun tempat tak selesa.... kat dlm khemah mcm gambar atas tu. Kesian abg... Agaknya, lenguh2 belakang dia menyediakan kaki utk memangku kepala saya. Dinding nak sandarkan belakang pun tak de. 

Saya terjaga sendiri... bila rasa nak buang air sgt. Badan saya rasa sgt segar dan bertenaga. Tapi...  tak sabar2 nak pi toilet daaaahhhh... sbb drip 2 botol air. Saya rasa nak cabut je jarum tu sbb nak lari pi toilet. Tapi doktor dan abang kata.... `sabaaarrrrr.....'. Dalam hati... tak putus2 berdoa... semoga saya tak perlu beratur utk masuk ke tandas... sbb dah tak tahan sgt ni. Allah... permudahkanlah....

Bila selesai, saya meluru ke tandas. Dalam hati mohon Allah perkenankan permintaan saya. Setibanya di toilet... MasyaAllah... org tak ramai. Ada kak yati yg tgh tunggu giliran dan dia berada di depan sekali. Hanya 2 org sedang menunggu termasuk dia. Saya pun mohon dibenarkan masuk dulu...... Owh, sudah pastinya kakakku itu mengizinkan.....

Masa tu dah malam... Saya rasa sihat dan terus rasa nak mandi... dan saya pun mandi.... Bising la kakak2 saya ni.....

Syukur, Allah membuka hati saya untuk melihat dari sudut positif. Kalau saya tak demam.... kemungkinan besar saya akan buat Nafar Awal.... dan ini bermakna, saya tewas mengharungi dugaan hidup di Mina.... saya fail dalam ujian kesusahan hidup di Masyaer, tidur yg tak selesa, makanan yg tak berasa, beratur panjang di tandas... 

Saya redha sbb saya tahu, apabila Allah mengasihi hambaNya, maka akan diturunkan ujian buatnya. Bukankah demam itu juga merupakan satu ujian buat saya? Dalam menghadapi ujian, kesabaran adalah yg paling utama. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud;

Tidak menimpa ke atas seseorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Hadis riwayat Al-Bukari dan Muslim) 

Dengan ini, saya membuat analisis sendiri.... Jika saya mampu bertahan di sini sehingga 13 Zulhijjah, maknanya saya `lulus' melepasi ujian kesusahan hidup di Mina.

By the way... Nafar Awal adalah kemudahan yg dikurniakan Allah kepada jemaah haji.... Firman Allah:

Barang siapa yang ingin bersegera (meninggalkan Mina) untuk dua hari sahaja, tidak berdosa ke atasnya (tidak mengapa). Dan barang siapa yang lewat (terus berada di Mina untuk tiga hari), tidak berdosa ke atasnya (tidak mengapa). 

Hmmm... saya tak buat lontaran utk hari ini lagi..... esoklah nampaknya.... 


No comments:

Post a Comment