Thursday, June 28, 2012

Kenangan Terindah (37): Persediaan Berihram Haji

Assalamualaikum....

Sambungan dari Kenangan Terindah (36): Jemaah Haji `Backpackers'

Masih lagi cerita di hari Jumaat, 4 Nov 2011 bersamaan 8 Zulhijjah 1432H. Hari ini, kami dijadualkan bertolak ke Arafah pada pukul 3 petang iaitu sbl masuk waktu Asar. Ramai juga yang tertanya2.... sbl Asar? Kenapa tak selepas Asar? Kan senang? Saya juga terfikir begitu. Itu pemikiran yg spontaneous.

Alahai..... ikut sahaja jadual yg dikeluarkan oleh TH. Belum tentu lagi kita solat di mana... di sini atau di Arafah. Ingatan kpd semua.... jika kita terfikirkan sesuatu yg -ve, cepat2 istighfar dan alihkan minda utk sentiasa memikirkan yg +ve shj. Itu lebih baik. Kalau sangkut dlm perjalanan, buat solat menghormati waktu (kan dah diajar semasa kursus?) dan jangan lupa qada' bila sampai nanti.


Kami telah dibekalkan sticker pengenalan... oh ye, setiap kali pergerakan dari satu tempat ke satu tempat (cth: Madinah ke Mekah @ ke Masyaer), kita akan dpt sticker baru. Sticker tersebut memaparkan maklumat bilik, no bas dll. Dari sticker tu, kita boleh compare dgn rakan2 yg lain, samada kita masih dlm group yg sama ataupun terpisah. Kebanyakan dari kami, campur..... geng bilik Madinah dan Mekah. Yeay! Se`khemah' dgn Zatul dan Kak Nita (roomate Madinah). 

Persiapan pertama adalah melakukan amalan2 sunat sebelum ihram... Saya senaraikannya...
  1. Bersihkan badan dgn mengerat kuku, merapikan rambut/janggut/misai, menanggalkan bulu ketiak/ari-ari dan mandi sunat ihram
  2. Memakai wangian pada tubuh.... pada tubuh ye, bukan pada pakaian..
  3. Memakai minyak rambut
  4. Memakai pakaian ihram.... afdalnya warna putih...
  5. Solat sunat ihram 2 rakaat
  6. Berniat ihram haji ~ Yang ni, RUKUN HAJI ye... sunat melafazkannya, mengadap kiblat dan dalam keadaan berwudhuk. Berniat ihram haji ~ wajib di Miqat. Miqatnya adalah di tempat kediaman masing2... senang cerita, di hotel. Kita tak perlu keluar ke tahah halal untuk berniat
  7. Setelah niat, bertalbiahlah... berdoa dan berzikir
Kenapa amat digalakkan untuk buat perkara-perkara ini (1-4)? Sebab kita akan berada dlm keadaan ihram dalam 2-3 hari (bergantung). Semasa dlm ihram, kita dilarang utk potong kuku, rambut, memakai wangi-wangian dsb. Nanti.... hebat sangat lak bau badan tu, panjang mengurai pulak janggut tu. Ditambah pula kat Masyaer nanti, kemudahan air amat terhad.  

Maka, selepas berniat ihram.... wajiblah kita meninggalkan larangan2 dlm ihram iaitu....
  1. Menutup kepala (lelaki shj)
  2. Memakai pakaian berjahit / bercantum  (lelaki shj)
  3. Menutup muka  (wanita shj)
  4. Memakai sarung tangan
  5. Memakai wangi-wangian
  6. Memakai minyak rambut
  7. Memotong rambut
  8. Mengerat kuku
  9. Mencabut tumbuh-tumbuhan
  10. Memburu binatang buruan
  11. Berakad nikah
  12. Bercumbu-cumbuan
  13. Bersetubuh
Bersambung ye....

Sunday, June 24, 2012

Kenangan Terindah (36): Jemaah Haji `Backpackers'

Assalamualaikum...


Jumaat, 4 Nov 2011 bersamaan 8 Zulhijjah 1432H. Hari Tarwiyah... Persekitaran Haram penuh sesak dengan khemah2 sementara yang didirikan oleh jemaah haji backpakers. Oh ye. Sebelum ini saya tak pernah cerita pasal mereka ni, kan. 

Sungguh ramai yg dtg secara ini. Ada yang datang membawa anak-anak kecil dan saya juga pernah terserempak dengan yang datang membawa bayi.... saya anggarkan berumur kurang dari 5 bulan. Owh, sampai begitu sekali.... Tak sampai hati saya membayangkannya, bayi tersebut tidur merata, dikendong ke hulu ke hiir, panas terik matahari yang membahang dan dingin malam yang makin mencengkam. Semakin hari, suhu di sini semakin turun (tapi tak la sejuk sgt).




Kalau dtg awal, mereka akan dpt tempat berbumbung. Saya tak pasti ini bangunan apa (refer gambar di atas) tapi ia seolah2 pejabat operasi construction company. Ntahlah. Di bawahnya.... sudah dipenuhi jemaah backpakers yang membentang tikar atau kain. Ini dah kira tempat 1st class bagi golongan tersebut sbb dapat berlindung di bawah terik matahari pada waktu siangnya.


Sungguhpun mendapat tempat di bawah bumbung, khemah-khemah juga masih perlu didirikan.... Selain dari memelihara keselamatan barang2, ia juga dpt mengawal udara sejuk pada waktu malam. 

Khemah sementara untuk petugas keselamatan
Ini merupakan laluan kami untuk pergi dan balik ke Haram. Sebelum ini, dataran ini merupakan tempat bas parking.... Bas2 tersebut membawa jemaah Turki dan Indonesia dari hotel - Haram - hotel. Penginapan mereka agak jauh dari Haram. Saya kira, jemaah Msia yg paling beruntung kerana penginapan yg hampir dgn Haram. Hampir? Hampir bukan bermaksud sebelah menyebelah. Hampir dalam jarak 500m - 1km dari Haram. Ia masih boleh didekati dgn berjalan kaki.  

Selain itu, dataran ini juga merupakan tempat burung merpati bersiaran. Begitu byk burung merpati di sini. Makanannya juga dijual di sini. Ada pula kawan saya cerita ~ beliau diberi duit (sebelum ke Mekah) dan dipesan agar duit tersebut dibelikan makanan burung merpati.... kiranya, sedekah kat burung merpati la. Maka, kawan saya tu haruslah menyampaikan hajat kawannya tersebut.



Merpati2 kat sini gemuk2 dan sihat2. Sangat jinak. Mereka pun, seolah2 dah sentiasa kenyang dan tak heran dgn bijirin yang ditaburkan. Ataupun, mungkin terlampau byk bijirin sampai tak termakan. Ada saya lihat, org tu kutip balik bijirin2 tersebut.... dan saya fikir, tak mustahil beliau mengumpulkannya dan menjualnya semula. Hmmm... kreatif kah? Sekiranya dalam ihram, jgn lupa dgn salah satu pantang larangnya i.e. larangan memburu binatang buruan. 

Oopps! Cerita pasal merpati pulak.

Berbalik kepada cerita di dataran tadi. Ketika waktu wukuf hampir tiba, dataran tersebut tidak lagi dipenuhi dengan bas yg keluar masuk, atau dengan merpati yang bersiaran.... tapi dipenuhi dgn tempat penginapan jemaah backpackers with/without khemah. Penuh.... hanya tinggal laluan utk pejalan kaki sahaja.

Dataran di luar Haram juga penuh. Mereka hanya beralaskan tikar shj. Kewujudan mereka menyukarkan laluan ke luar/masuk Haram. Yang paling saya kesalkan adalah kebersihan di luar Haram dah uncontrollable. Haram semakin kotor.... sampah merata2. Sangat sedih.... ia tidak sepatutnya begitu. Bukankah Islam amat menitikberatkan kebersihan?

Selain itu, mereka juga menimbulkan keinsafan dalam diri.....

Alangkah beruntungnya kami, jemaah haji dari Malaysia yang dijaga dengan baik oleh TH mahupun sykt swasta yang mengendalikannya. Ada kemudahan klinik dan doktor...... Dan mereka.... sakit pening susah senang, tanggung sendiri. 

Alangkah bersyukurnya kami.... ada kemampuan wang ringgit untuk menyempurnakan ibadah Haji dengan selesa, shopping barang2 keperluan haji sebelum pergi.... shopping brg2 di Mekah/Madinah utk keperluan semasa di sini dan juga shopping ole2 utk di bawa pulang ke Malaysia. Pergi balik menaiki kapal terbang. Dan mereka... mungkin berjalan kaki, menggenderai unta yg kurus atau menumpang kenderaan lain...

Alangkah bagusnya kami.... punyai tempat tinggal yang selesa... di hotel yang menyediakan tilam dan bantal yang empuk untuk merehatkan tubuh badan. Bilik hotel yang mempunyai air cond yang sejuk, kemudahan tandas yang baik. Dan mereka.... tidur beralaskan tikar/kain di atas tanah yang diselaputi tar ataupun atas simen... tak berbumbung...

Alangkah bertuahnya kami.... Makan dan minum dijaga dengan baik. Malahan berlebih-lebihan. Boleh lagi membeli belah makanan, rasa makanan itu.. ini... Cuba makanan di situ.. sini.. Dan mereka... ada yg saya lihat makan roti kering... berkongsi2 makanan


Tapi.... alangkah tingginya semangat mereka dan mungkin juga `iman' mereka (iman - ia adalah subjektif) ... sanggup bersusah payah untuk menunaikan Rukun Kelima ini. Sanggupkah kita? Yg kaya raya, senang lenang juga belum tentu mampu utk melaksanakan tuntutan ini.

Allah..... nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Apa2pun.... sememangnya bukan wang ringgit penentu keselesaan hidup di akhirat. Semua sudah maklum. Mungkin mereka `susah' di dunia tetapi `SENANG' di akhirat kelak. Perbezaan tadi hanya untuk kita menginsafi kekurangan diri dan mensyukuri nikmat Allah.  

Terkadang kita lupa bahawa nikmat yang kita kecapi kini hanyalah bersifat sementara.... Astaghfirullahalazim.....


Kenangan Terindah (35): Persiapan Akhir

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (34): Tempat Favourite

Khamis, 3 Nov 2011 bersamaan 7 Zulhijjah 1432H. Masing2 dalam bilik saya ni sibuk mengemas, buat preparation ke Masyaer (Arafah, Muzdalifah dan Mina). TH dah pesan, bawa satu beg aje sbb nanti akan byk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Bimbang akan menyusahkan. Tapi saya aje dah ada 3 beg.

3? Ye. Satu beg baju, satu beg Quran Tafsir & buku2 dan satu lagi beg plastik berisi makanan2. Ooops! Ada lagi satu i.e. beg sejadah tebal tu..... Pening kepala saya memikirkan, bgm nak minimize kan brg2 ni. Tak boleh jugak... ia tetap 4. Semuanya perlu dibawa. Barang2 yg disenarai pendek (di sini) semuanya telah sedia.

Saya perasan.... hari ni, rakan-rakan sebilik asyik membincangkan kesusahan, kepayahan, masalah kehidupan di Masyaer nanti... pasal tempat tidur, makan dan terutamanya kemudahan tandas..... Panjang juga bicaranya. Saya hanya berdiam diri (mencelah juga sekali sakala).... Saya tak nak terlalu memikirkan segala susah payah tersebut. Apa yg penting adalah.... apakah pengisian pada hari2 yg teramat penting itu. Peluang untuk bersama2 Pencipta pada jarak yg plg dekat.... hanya bbrp ketika dlm setahun.... mungkin sekali seumur hidup.   

Sumber: http://www.zawaj.com

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firmanNya: "HambaKu telah datang dari segenap pelusuk dunia yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka semata-mata mengharapkan syurgaKu. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih di lautan, nescaya Aku akan menghapuskan kesemuanya. Allah berfirman: Keluarlah kamu dari Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka" (Riwayat Tabrani).

Allah akan turun ke langit yang paling rendah untuk mendengar permohonan hambaNya.... hanya pada hari Arafah, Hanya pada waktu wukuf (mulai gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah), hanya di Arafah. Selepas itu, tiada lagi..... tunggulah waktu wukuf yg seterusnya, iaitu tahun hadapan.... Peluang itu, ntahkan muncul lagi ntahkan tidak dlm hidup saya... dan juga abg... dan juga jemaah yg seangkatan dgn saya...

Astaghfirullahalazim.....

Ya Allah... berdebar2 rasa di hati... esok kami akan bertolak ke Arafah. Esok adalah Hari Tarwiyah iaitu hari ke 8 dlm bulan Zulhijjah. Esok kami akan mula berniat ihram haji. Allah... Ya Allah... permudahkanlah segalanya.....

Monday, June 18, 2012

Kenangan Terindah (34): Tempat Favourite

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (33): Kak Mar

Rabu, 2 Nov 2011 bersamaan 6 Zulhijjah 1432H. Hari ni, Kak Lis sampai ke Mekah. Kak Lis adalah saudara kepada saudara saya. Umur beliau, tua setahun dari saya. Beliau datang dengan pakej TH, tinggal di... tak ingat saya nama hotelnya... yang pasti di area menara jam.

Saya puasa lagi hari ini. Saya berhasrat untuk iktiqaf di Haram hingga Asar, dan slps Asar mahu ke Bin Dawood di Zamzam Tower dan kalau sempat, nak ziarah Kak Lis. Biliknya terletak di tingkat atas Felda D'Saji. Lepas tu, masuk balik Haram utk Maghrib dan Isya'. Itu perancangan saya. 

Masing2, ada tempat favourite di Haram. Kalau Maghrib dan Isya'... saya suka solat di roof top... Zuhur dan Asar pula suka di tingkat 2 Haram... ie. di kws air cond... Tingkat 2 ke? Ntah, saya pun tak perasan sbb tingkat/level di Haram agak mengelirukan saya. Bayangkan... roof top yg saya selalu ceritakan itu, kelihatan seperti tingkat 4 shj, tapi rupanya di dinding lif ia ditunjukkan sbg level 9! Selain dari roof top dan basement, ruang solat jemaah lelaki dan wanita mmg jelas diasingkan.

Saya pun tak begitu memerhatikan nama2 pintu, tingkat dan kedudukan satu2 tempat. Saya hanya nyatakan pada abg saya nak solat di mana dan abg akan bawa saya ke tempat tersebut. Sbb tu la saya tak ingat sgt posisi certain2 tempat sbb saya hanya membontoti abg yg akan membawa saya ke mana yg saya nak pergi. 

SEBELUM KHATAM QURAN

Saya tak berminat nak ke sana sini sbb saya memberi tumpuan sepenuhnya pada bacaan Quran dan iktiqaf. Usai solat, abg sering ajak explore Haram, tetapi selalunya saya menolak. Saya akan tinggal di tempat yg sama dan abg akan pergi ke mana2 yg dia suka. Saya akan duduk lama.... mungkin dari  Zuhur / Asar hingga Isya'.

Oleh sbb itulah, saya perlu cari tempat yg sesuai dan selesa (utk saya) stay lama2. Ada air-cond daaaaannnnn..... berdekatan TIANG! Hehehehehe..... Belakang saya jenis cepat lenguh dan sakit dan saya perlukan tempat utk bersandar..... Sememangnya, di tiang2 selalu dijadikan tempat utk diletakkan selipar jemaah2 haji.... tapi, pandai2 la adjust. Lepas solat dan berdoa... saya pun akan mula menyandarkan belakang saya ke tiang masjid.   

Saya hanya nak menunjukkan tiang2 dlm masjid melalui gambar ni
Sama je keadaannya.... mereka ni suka tidur dlm masjid
Bila bangun... terus solat tanpa berwudhuk semula
Tahan ke wudhuk saya? Alhamdulillah.... saya sentiasa mohon pada Allah agar saya mampu memelihara wudhuk saya sehingga ke waktu2 solat yg diinginkan. Doa sungguh2, mohon pada Allah. Saya tidak membaca doa yang khusus... dan saya kurang selesa menggunakan spray wudhuk. Seingat saya... ada la 2 - 3 kali saya menggunakannya.

Tempat favourite saya tu, mmg tak akan nampak Ka'abah. Tak mengapa.... kita solat bukan memandang Ka'abah. Tapi, saya akan pastikan, setiap kali keluar/masuk Haram... mesti pergi lihat Ka'abah dan membaca doa yg khusus apabila melihat Ka'abah. Ingat! Sebuah hadis drp Ibn Abbas r.a. bermaksud;

Sesungguhnya, pada setiap hari Allah turunkan 120 rahmat di Ka'abah, 60 untuk orang yg tawaf, 40 untuk orang yang solat dan 20 untuk org yg memandangnya.

SELEPAS KHATAM QURAN

Saya setuju mengikut abg explore Haram. Lepas solat, baca tafsir sekejap dan kaki terus melangkah ke mana2 shj.... luar dan dalam Haram. Kami solat di pelbagai kawasan yg berbeza....Yg paling diingati, menjejaki kawasan telaga zam-zam... Abg cuba buat2 `ter'masuk, ttp ada kakitangan Haram yg perasan.... dan sempat menghalang! 

Tu... yg saya nak ke Bin Dawood slps Asar..... (Hehehe... Berbalik semula kpd cerita mula2 tadi.. ) dan nak ke farmasi di situ... yg lebih besar berbanding farmasi2 berdekatan hotel saya. Nak mencari sesuatu yg juga tak terdapat di farmasi2 lain di sekitar hotel. Semua farmasi saya tanya, tapi tak de jual.... Di situ, baru ada.

Tempat tumpuan.... semua keperluan ada di sini
Haram semakin padat
Nak ke situ (dari Haram, slps Asar).... jalannya amat sesak. Padat. Pergi saja dah ambil masa yg lama w/pun jaraknya dekat. Akhirnya, tak sempat juga nak ziarah Kak Lis. Perancangan saya tak menjadi sepenuhnya. Saya membatalkan pertemuan kami melalui telefon. InsyaAllah, akan berjumpa nanti jika ada kelapangan.

Haram dah mula dipenuhi dgn jemaah2 haji. Sekarang dah 6 Zulhijjah.... 2 hari lagi adalah hari Tarwiyah. Perasaan saya? Berdebar2 menunggu hari wukuf. Perasaan yg seolah2 mahu berjumpa kekasih.

Ya Allah..... permudahkan urusan haji kami semua Ya Allah. Peliharalah keselamatan dan kesihatan kami semua Ya Allah.... Peliharalah hati kami.....


Sunday, June 17, 2012

Israk Mikraj dan Tahiyyat

Assalamualaikum...

27 Rejab adalah sinonim dengan peristiwa Israk Mikraj. Kalau cerita pasal Israk Mikraj, byk je kat google... Antaranya...
  1. Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu Dihayati
  2. Misteri Israk Mikraj
Kalau nak dengar ceramah yg komprehensif pasal Israk Mikraj ni, cari kat youtube pasal Kembara ke Sidratul Muntaha (ada 123 siri)... dikupas dengan jelas oleh Ustaz Abu Zulfiqar Amsyari berdasarkan kitab Kifaayatul Muhtaaj karya Syeikh Daud Fatani. Tapi... saya pun tak dgr keseluruhan siri... lompat2 sbb masa tak mengizinkan.

Apa yang saya nak kongsikan di sini, bukanlah kisah Israk Mikraj tetapi salah satu rukun solat iaitu membaca tahiyyat akhir. Sebenarnya, solat dan tahiyyat itu ada hubungan yang sangat erat dengan peristiwa Israk Mikraj.  

Peristiwa Israk Mikraj ini hanya disebut secara umum dan sekilas sahaja dalam Al Quran... iaitu dalam surat Al-Israa' ayat pertama yang bermaksud,

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al Israa' 17:1) 

Dikhabarkan kepada saya, tahiyyat itu adalah `bicara' antara Rasulullah SAW dan Allah SWT... yang berbunyi begini..

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba ('ibaadi) Allah yang soleh.

Benarkah? Wallahualam...

Saturday, June 16, 2012

Kenangan Terindah (33): Kak Mar

Assalamualaikum...


Selasa, 1 November 2011 bersamaan 5 Zulhijjah 1432H. Ketika saya menulis entry ini, saya tak teringat bila kejadian yang pertama berlaku. Yg ada dlm buku nota saya adalah kejadian yang kedua yg dialami oleh roomate ~ Kak Mar semasa solat Maghrib di Haram. Yg pertama juga dialami oleh beliau.

Allah.... itulah, sekiranya pengalaman dan ilmu pengetahuan itu tidak di`ikat' dengan pen dan kertas (atau dgn apa bentuk cara sekalipun), ia berkemungkinan akan menyusut hari demi hari....  

Saya dan Kak Mar di dlm khemah di Mina
Kalau tak silap saya, ia berlaku selepas solat subuh di Haram.

Selepas Subuh, Kak Mar balik ke bilik dlm keadaan yg sukar ditafsirkan... mukanya kelihatan menahan sakit, menahan sedih, menahan marah.... tertekan... semuanya bercampur. Setelah ia bertenang, beliau mula bercerita.

Beliau telah ditumbuk! Di dada!

Masa tu, dalam keadaan yg padat dgn org ramai... seorang bapa (kalau x silap berbangsa India) telah menolak anak kecilnya dgn menggunakan stroller. Ntah mcm mana, Kak Mar terjatuh disebabkan tolakan org ramai dan jatuh ke arah budak tersebut, tetapi tidak langsung mengenainya. Keadaan beliau yg jatuh tu, seolah2 memegang stroller dari arah depan, dgn kedua tangan beliau memegang stroller tersebut, menghadap ke anak kecil itu.

Beliau tidak dpt bergerak langsung sbb org ramai yg berada di belakang beliau semakin menghimpit dan juga jatuh bertimpa2 di belakang beliau. Dlm keadaan sedemikian, Kak Mar cuba menahan diri dari menghimpit anak kecil tersebut sedangkan dlm masa yg sama, beliau telah dihimpit dari belakang. Seolah2 jatuh ditimpa dan ditimpa-timpa.

Tiba2, bapa anak kecil itu naik angin dan menumbuk beliau di dada - dengan kuatnya, sehingga beliau terpelanting jatuh! Si bapa kelihatan sangat marah, mungkin beranggapan yg Kak Mar hendak melakukan sesuatu yg tidak baik ke atas anaknya. Abg Shukor, suami Kak Mar tidak dpt berbuat apa2 krn telah terkedepan dan tak boleh berpatah balik (org sgt ramai). 

Nasib baik ada org lain dari bangsa yg sama menenteramkan keadaan dan memarahi bapa tersebut sbb berkelakuan sangat biadap. Mungkin beliau tahu yg Kak Mar tak salah, Kak Mar cuba menyelamatkan anaknya dari himpitan org ramai. Dan akhirnya, bapa tersebut beredar begitu shj.

Allah.... di antara kami, saya rasa... Kak Mar lah yg paling byk pengalaman pahit manis di sini. Akibat dari kejadian tersebut, dadanya sakit dan lebam.

Balik dari solat Isyak, berlaku pula kejadian kedua (yg memang ada dlm catatan saya). Kak Mar cerita, beliau direzekikan untuk melihat kalimah Allah di langit. Masa tu, beliau solat di roof top Haram. Kedudukannya kalimah bersetentang dengan menara jam Mekah.

Sumber: http://ibnuabbas.wordpress.com/2008/01/28/lagi-kalimah-allah-di-langit/

Masa tu, solat Maghrib, imam baca Al-Fatihan dgn bacaan tersekat2 disebabkan terlampau sedih, sebak, menangis ~ tak diketahui puncanya. Disebabkan imam berkeadaan begitu, kedengaran ramai jemaah lain juga turut sebak. Suasana masa itu pula sgt2 berlainan dari biasa.... sangat2 berangin dan sejuk. 

Ketika beliau hendak menyedut air hidung yg dah meleleh (sbb menangis), beliau mendongak ke atas secara tidak sengaja dan terlihat kepulan awan yg membentuk kalimah ALLAH. Selesai solat Maghrib, tulisan tersebut juga menghilang sedikit demi sedikit seolah2 di tiup angin. Bukan Kak Mar shj yg melihatnya..... 

Allahuakhbar..... hilang rasa sakit dadanya, rasa sakit hatinya, rasa sedihnya.....

Jangkaan saya, pastinya imam telah merasai kehadiran sesuatu yg luar biasa, yg menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Yang terpilih shj boleh melihatnya.... dan merasai nikmatnya...

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?

Saya mmg suka solat di roof top pada waktu Maghrib dan Isyak.... suasananya yg nyaman berangin, berbumbungkan langit Mekah. Indahnya..... Kws ini hanya dibuka semasa musim haji shj.... kalau pergi menunaikan umrah pada bulan selain dari bulan haji.... tak akan berpeluang solat di sini. Dari sini, boleh lihat keseluruhan dataran tawaf, melihat manusia bertawaf.... pemandangan yg tak jemu2 untuk dilihat. Cuma kalau solat di situ, kena pandai cari tempat yg sesuai utk solat sbb percampuran lelaki dan perempuan.

Dulu2 (April 2010) saya ada buat entry mengenai fakta menarik (bagi saya) mengenai tawaf. Jika berminat utk membacanya, sila klik Kenapa 7? Minta maaf.... dulu, membahasakan diri sbg `aku'.



Kenangan Terindah (32): Berpuasa di Mekah

Assalamualaikum...


Isnin, 31 Oktober 2011. Saya dan abg berpuasa sunat hari ini. Nikmatnya berpuasa di sini, amat sukar digambarkan. Walaupun cuaca panas ditambah dengan aktiviti berulang-alik ke masjid, bersesak2 dan dirempuh.... alhamdulillah, segalanya baik. Tidak langsung terasa membebankan.

Kalau di Malaysia, saya juga biasa berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Tapi... di Msia, pergerakan fizikal amat minimum. Pergi kerja, duduk dipejabat yg berekon... balik, jemput anak dari sekolah dan berbuka puasa sebaik sampai rumah. Dua situasi yg berbeza...

Saya juga ada membaca pengalaman2 jemaah haji yg lain mengenai berpuasa di Mekah. Yang saya kagum, beliau sanggup mencabar diri sendiri untuk berpuasa sunat dan mengerjakan umrah di siang hari. Subhanallah.... bertawaf di bawah panahan matahari, bersaie... dan berjaya! Untuk saya, saya hanya berpuasa sahaja.... tiada aktiviti sampingan. Umrah tidak, tawaf sunat pun tidak. Hanya berulang alik masjid shj.

Bercakap tentang pengalaman..... Apa yg saya ceritakan, hanyalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.... berdasarkan hari-hari yg saya lalui di sepanjang tempoh berada di tanah suci. Ia lebih mudah untuk dijelaskan kerana itulah yg saya alami. Saya tidak mengetahui apa yg dilalui oleh jemaah lain (melainkan mereka ada menceritakannya). Even, pengalaman dan perasaan abg juga mungkin berbeza dari saya.

Begitulah... hakikatnya, kita berada ditempat yg sama, waktu yg sama dan melihat perkara yg sama.... tetapi analisis dan pandangan kami mungkin berbeza. Setuju?


Gambar di atas adalah situasi yg biasa dilihat di kala waktu sarapan pagi, tengahari, petang dan malam.  Biasanya lebih meriah, lebih ramai pasangan yg berpiknik. Sebelum ni, saya ada cerita, kan.... pasal beli nescafe dsb. Masa inilah ia digunakan.... Saya siap beli `koleh' lagi utk bancuh air dan juga utk merendam maggi. Lepas saya beli, rakan2 bilik juga tertarik dan minta saya tolong belikan... No problem!

Kenapa mkn di sini? Sbb dewan makan agak kecil. Semakin lama, semakin ramai jemaah tiba di hotel ini menjadikannya semakin penuh. Maka, di sinilah pula tempat makan kami.... di corridor depan bilik masing2. Kami makan bersama2. Ada yg bawa makanan kering dari M'sia... bermurah hati utk berkongsi bersama. Dan ada  juga yg membeli makanan dari restoran/kedai2 sekitar.... Maka, semakin banyaklah juadah untuk dinikmati. Selain itu juga, yg paling berharga.... semakin mengenali jiran2 sebelah bilik.

Dengan cara inilah, kami semakin mengenali pasangan Kak Nor dan Abg Lan yg menjemput kami (buat kali yg ke2) untuk menikmati mee udang di Ipoh. Allah.... mulia sungguh hati mereka. Kurniakanlah mereka rezeki yang melimpah ruah....

Friday, June 15, 2012

Yang Mana Satu?

Assalamualaikum....

TERUJA (1)

Ada satu blog yg saya sentiasa follow... dan blog tersebut sentiasa update. Dalam diam, saya menganggap tuan punya blog tersebut sebagai mentor saya. Tulisan dalam blog beliau (suami isteri) sangat2 memberi kesan terhadap jiwa saya.... yg secara tak langsung sentiasa mengingatkan saya, mendidik, mengajar, memandu ke arah kehidupan yg lebih baik (insyaAllah).

http://www.muhdkamil.org/
Saya membaca setiap bait kata2 mereka dengan hati yg lapang dan terbuka dan seringkali hati saya tersentuh dan menangisi kekurangan yg ada dalam diri. Allah.... sedikitnya amalan, ceteknya ilmu... Sesungguhnya, tidak setanding amalan yg dilakukan berbanding dgn nikmat yg dikurniakannya... Nikmat Allah yang mana lagi mahu didustakan......

Hari ini, insyaAllah... beliau bersama isteri dan 2 org anaknya akan tiba dari Madinah. Balik bercuti di Malaysia sehingga pertengahan Ramadhan. Jadualnya di Msia amat padat. Salah satunya, Majlis Kesyukuran dan Pelancaran Buku di Hotel UiTM Shah Alam pada 14 Julai 2012. Saya dan suami telah mengesahkan komitmen utk hadir.... tapi...............

TERUJA (2)

Pada hari yang sama juga, Kak Nor dan Abg Lan (rakan haji) ada menjemput kami ke Ipoh, makan mee udang special. MasyaAllah... teruja sungguh. Teruja utk bertemu semula rakan2 haji yg disayangi.... Ianya seolah2 jemputan utk reunion. 

Saya dan Kak Nor dlm khemah di Mina
Saya tak perasan.... semasa saya menyatakan persetujuan utk hadir, saya telah menyatakan komitmen utk hadir pada majlis Prof Kamil. Allahuakhbar.... saya berfikir2 kembali.... Mungkinkah sempat jika saya pergi kedua2 majlis sbb majlis Kak Nor bermula pukul 3 pm (di Ipoh) manakala majlis Prof Kamil bermula 8.30 pagi? Tapi............

TERUJA (3)

Tiba2 family day (office abg) yg awalnya dijadualkan pada 6 - 8 Julai, telah ditunda pada 13 - 15 Julai.... Allahuakhbar, manusia hanya merancang.... Saya sukar membuat plihan. Yang ini merupakan acara tahunan yg ditunggu2 oleh anak2. Tambahan lagi, tempat yg di aturkan adalah tempat favourite saya. Alahai.... sukarnya saya membuat pilihan....

Monday, June 11, 2012

Sharing

Assalamualaikum...

Saya nak berkongsi link terjemahan Al Quran yang agak interaktif dan menarik! Rasanya, made in Indonesia.


Link yang saya sertakan ni, direct ke ruangan daftar surat, yg terus menyenaraikan semua surah2 Al-Quran. Bila klik pada surah yang tertentu, terus dipaparkan surah tersebut beserta tejermahannya... Yg saya nak share, bila kita bawa tetikus (mouse) ke certain2 perkataan, terus dipaparkan makna perkataan tersebut pada skrin.

Lain-lain... saya tak explore pun.  

Sunday, June 10, 2012

Kenangan Terindah (31): Haji Menuju Allah

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (30): Ustazah Fatimah

Bila dah khatam Quran hari tu, saya tekad nak khatam tafsir pula... tapi.... semangatnya, tak sama dengan membaca Al-Quran. Indahnya ayat Quran... walau tak difahami, tetap bersemangat nak membacanya. Saya tahu... seeloknya, baca Quran bersekali dgn tafsirnya. Tapi, saya rasa tak puas pulak kalau baca Quran diselang-selikan dengan bacaan tafsir.... Mcm tak lancar je, rasanya. 

Dapatkah kita fokus membaca Quran pada setiap masa terluang ketika berada di tanah air? Bagi saya yg biasa2 ni.... jawapannya, tentulah tidak! Persoalannya, ada ke masa terluang kat tanah air?

Masa di sinilah, kita boleh fokus pada ibadat kita... betul2 fokus utk mencari mencari keredhaanNya. Masa inilah, kita tak perlu fikirkan pasal kerja, harta benda, hutang, keluarga dan segalanya. Semua tu, kita dah tinggalkan sebaik sahaja menjejakkan kaki di Kelana Jaya. Perasaan `released' tu amat2 terasa. Tinggalkan semuanya.... tinggalkan.

Bersediakah kita utk mati? 

Byk betul yg tersirat dalam setiap pelaksanaan ibadah haji. Ibadah haji adalah latihan utk kembali kpd Allah.... Ia juga merupakan latihan kematian. Kenapa? Kerana kita meninggalkan segalanya di tanah air... keluarga, sanak saudara, pekerjaan, harta benda.... Pemergian ke tanah suci seolah2 meninggalkan dunia utk bertemu dgnNya. Berpindah ke alam barzakh.

Kenapa?

Kerana sebelum mengerjakan ibadah haji, kita disunatkan utk mandi sunat ihram dan diwajibkan memakai ihram. Mandi sunat tersebut, seolah2 jenazah yg dimandikan... dan memakai kain ihram seolah2 jenazah yang dikapankan. Kemudian, jenazah diangkat keluar rumah, seolah2 kita meninggalkan segala yg dipinjamkan sementara kpd kita... Tiada apa yg kita bawa bersama ke liang lahad, hanyalah amalan kita di dunia. 

http://sirrulasraru.blogspot.com
Semua tahu, pelaksanaan ibadah haji adalah satu pekerjaan untuk bersusah payah. Bukannya pergi melancong. Pekerjaan susah payah yang sengaja kita tempah dan pilih utk buat. Secara sukarela. Setelah segala persiapan di buat, hati dikosongkan dari segala yg berkaitan duniawi dan dipenuhi dgn nekad utk beribadat kepada Allah. 

Alangkah beruntungnya jika kita sentiasa dapat menghayatinya. Menjadikannya pengajaran dan tauladan untuk bersiap sedia bertemu denganNya dalam keadaan bersih dan suci, bebas dari hutang piutang, memaaf dan dimaafkan dan dilimpahi doa dari anak2 yg soleh.

Hari ni, anak saya yg bakal berusia 8 thn pada 13 Nov ini, telah hafal keseluruhan Surah Al Mulk.... dalam tempoh tak sampai 2 minggu. Alhamdulillah.... syukur. Allah... malunya saya dgn dia...

Keluarga saya, hanyalah biasa2 shj.... Bukanlah dari golongan yg kuat beragama... dan saya tidak terkecuali. Ibadat haji telah mengubah tumpuan kehidupan saya, sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, saya bersyukur.... walaupun sudah agak terlewat tapi, saya fikir.... better late than never.

Kenangan Terindah (30): Ustazah Fatimah

Assalamualaikum....

Sambungan dari Kenangan Terindah (29):Quran

Pembimbing Jemaah Haji TH - Ustazah Fatimah
Itteewww.... Ustazah Fatimah, ustazah yang sangat-sangat baik dan ceria. Macam mak-mak lagi.... Sukanya saya kat dia. Pantang nampak dia `free', mesti saya dok ngadap dia. Asal nampak dia `free' je, mcm2 soklan saya nak tanya. Soalan yg saya dah tahu jawapannya pun, saya tanya juga. Mengada-ngada betul! Hehe.... Akhirnya, ustazah kata... `maannjjaaa betullll'. Hikhikhik... Saaaayaaanggg ustazah!

Jgn tak tau, ustazah ada FB lagik! Siap tunjuk FB dia kat saya thru computer dia.... ni, anak dia... cucu dia... Alololorrrrr.... sweetnya ustazah ni. Kali ni, bila tgk dia ke hulu ke hilir, saya tarik tgn dia... `meh kita tangkap gambar, ustazah!'. Owh, ok aje dia... Siap pesan lagi... `jgn lupa tag ye!'.

Hmm... TH memang sediakan Pembimbing Jemaah Haji (PJH) di setiap maktab. Seorang ustaz dan seorang ustazah. Pakej swasta pun ada juga. Bezanya, kalau ikut pakej swasta, nisbah PJH dan jemaah jauh lebih baik... 1 PJH : 50 - 100 Jemaah. Kalau TH, nisbahnya jauh lebih besar... bayangkanlah... satu hotel tu, ada sorang ustaz dan sorang ustazah, cover utk semua. Mungkin bukan satu hotel, mungkin lebih...  

Mereka ni juga, kadang2 tak de di pejabat sbb pergi menyampaikan tazkirah di hotel lain... tu sbb saya kata tadi, mungkin mereka jaga lebih dari satu hotel. Disebabkan saya menginap di salah sebuah hotel yg menjadi pusat operasi TH, maka segalanya lengkap di sini... ada klinik, PJH, kaunter pengeluaran wang.... syukur alhamdulillah. Jarak hotel pun dlm 650m shj dari Masjidil Haram. Alhamdulillah.....

Hmm... ada la sahabat tu, telah mendapat jemputan utk menunaikan haji pada tahun ini. Beliau memilih utk pergi mengikut pakej swasta... sebabnya... katanya... based on pengalaman2 org terdahulu, katanya kalau pergi ikut TH, pengisian ibadat kurang..... 

Allah.... Bagi saya (pada pendapat saya), sekiranya giliran kita utk menunaikan haji pada tahun tersebut atau thn2 terdekat sudah hampir, seeloknya pergilah melalui muassasah. Tak ada kurangnya muassasah ni. Kalau ikut pakej swasta pun, belum tentu memenuhi expectation kita. Unless, giliran kita jaauuuuhhh lagi.... dan wang kita pun dah cukup, barulah ikut pakej swasta. 

Pada pandangan saya (lagi?), tak timbul isu `potong que' kalau ikut pakej swasta pun... sbb sykt2 swasta ni pun ada kuota tertentu yg telah ditetapkan oleh TH. 

Pengisian kurang? Astaghfirullahalazim..... itupun bergantung pada diri kita sendiri juga. Kalau byk sgt ceramah, tazkirah etc....takut tak terikut pulak. Memanglah tak setiap hari TH anjurkan ceramah... tapi itu bukannya ukuran tinggi rendahnya ibadat kita. Ada mcm2 cara nak manfaatkan masa sementara menunggu waktu Haji.

Adakah jarak hotel - Haram juga menjadi perkiraan? Saya yg pergi thru muassasah ni, hotel lebih dekat (@ sama jarak) di antara hotel dgn Haram berbanding dgn pakej swasta yg lain. Tapi... ada juga yg jauh... Tak apa... lagi jauh, lagi bergandalah ganjaran dariNya... (insyaAllah).

Adakah hidangan makanan juga menjadi salah satu tarikan utk mengikuti pakej swasta? Hmm... memanglah pakej swasta boleh menyediakan pelbagai hidangan secara buffet, tapi.... selera kita pun, belum tentu match dgn makanan yg dihidangkan. Ada jemaah (pakej swasta) bercerita pada saya... yg dia kena balik segera slps solat... kalau tak, makanan abis... sbb hidangan adalah secara buffet. Jadi... kalau fikir pasal makanan, makananlah yg akan mengalihkan tumpuan kita dari ibadat. Kalau saya nak tukar selera, beralih dari menu yg TH sediakan, saya beli aja di luar. Ada baaannyaaakkk pilihan. Lagi pun.... inilah masanya kita nak merasa hidangan lain-lain.

Cuma... kalau pergi melalui muassasah, tiada sarapan pagi disediakan oleh TH, tapi TH ada bekalkan cerek (di Mekah), gula, teh, krimer... bekalan utk sebulan.. Ada cawan dan sudu/garpu. Lagi satu, masa di Masya'er.... jemaah tidur beralaskan carpet dan tikar getah aja. Kalau yg swasta, ada tilam sorang satu. Tapi tak pe... tilam ringan ada dijual di kedai2. Murah je... kalau tak silap, SR35. Tilam tu, boleh lipat 3... kecil dan ringan je. Saya pernah menimbang2 utk beli tilam tersebut, tapi akhirnya.... sejadah tebal yg saya beli... Selain digunakan sbg sejadah, saya gunakan utk alas tidur juga... 

Wallahualam.

Lari pulak cerita saya dari tajuk....

Monday, June 4, 2012

Kenangan Terindah (29): Quran

Assalamualaikum...


Hari Jumaat, 28 Oktober 2011 ~ Tidak ada apa2 catatan di buku nota saya utk hari ni... Kenapa ye? Saya pun dah tak ingat. Kemungkinan besar, hari ni sama sahaja dengan hari yg telah saya lalui semalam, kelmarin dan hari2 yg sebelumnya.... 

Sabtu, 29 Oktober 2011 ~ Alhamdulillah... khatam hari ni, iaitu setelah 26-27 hari berada di Madinah/Mekah. Syukur... biarpun lambat, saya berjaya juga capai target yg saya tanamkan dari Malaysia. Saya bukannya bagus baca Quran... merangkak2 jugak.... tajwid pun tunggang langgang. Cita2 memanglah tinggi... nak baca mcm Misyari Rashid, tapi..... belum kesampaian nampaknya. Bila dgr dia baca Quran, boleh tangkap leleh saya dibuatnya... w/pun saya tak paham. Itulah indahnya ayat2 Quran, yg pastinya bukan karangan manusia... 

Alangkah bagusnya kalau saya memiliki Quran digital pada masa itu... Sekurang2nya, boleh membantu saya membacanya dgn lebih baik.... dari segi panjang, pendek, atas, bawah....dan mungkin lebih lancar. Mungkin saya dapat khatam 3-4 kali. Dan... katanya nak baca macam Misyari Rashid...hehe. Bukannya apa... kalau baca Quran sendiri tanpa ada org lain yg semak, bimbang tersasar.... astaghfirullahalazim...

Di Madinah, saya lihat aunty Sherry (roomate) bawa Quran digital... tapi, beliau tak guna. Beliau lebih suka guna Quran di masjid. Saya ada berhajat utk pinjam.... tapi segan pulak. Tapi saya pasti, mesti dgn senang hatinya dia akan beri saya pinjam jika saya request, cuma saya malu nak minta....

Di Mekah pula, saya lihat Kak Mar guna Quran digital. Tapi yang lagi eksklusif.... sangat cantik. Saya tanya harganya.... katanya dlm RM600. Uish, mahalnya..... tapi... berpadanan dgn rupa paras Quran tersebut. Saya mmg tak terniat pun nak pinjam Kak Mar punya sbb dia mmg guna selalu.

Balik M'sia nanti, saya mesti dapatkan satu! 

Dlm masjid, memang banyak Quran tersedia. Quran besar... kecil, semua ada. Cantik tersusun.... disusun oleh gadis2 cleaner masjid yg pelbagai bangsa... Selalu saya lihat, Quran ini di sorting, based on?? Piawaian masjid le gamaknya. Ada yg disusun semula dan ada yg diasingkan. Saya pasti, yg diasingkan tu... tak ikut standard masjid dan surely diletakkan oleh jemaah2 haji/umrah.

Gambar dari Google
Di luar masjid sama ada di Madinah ataupun di Mekah, Quran mmg banyak dijual. Harga pun berbeza2. Saya juga beli ~ untuk diwakafkan ke masjid dan juga menyampaikan hajat sahabat2 dari M'sia. Kalau nak beli, kena tengok betul2 sbb ada yg kelihatan seperti quran dlm masjid tapi yg sebenarnya, ianya adalah tafsir. Harga tafsir lebih murah. Mcm mana nak kenal?
  1. Kulit luar ada tulis perkataan `tafsir' dlm jawi. Kalau tak tengok betul2, pasti tak perasan.
  2. Kat dlmnya ada tulisan warna-warni di tepi2 nya. Tulisan tu, mcm tulisan jawi... tp sebenarnya bukan bahasa Arab. Mungkin bahasa Urdu? Tak pasti.
Jadi... kalau beli Quran jenis ni, dan diletakkan dm masjid.... pasti akan dikeluarkan dari rak. Maka.... tak kesampaianlah hajat kita/sahabat kita utk mewakafkan Quran ke masjid... Wallahualam. Apa2pun, hanya Allah yg mengetahui....

Saya? Untuk kemudahan saya sendiri, saya bawa tafsir dari rumah. Terus terang saya katakan... yg saya tak begitu ingat nombor2 dlm bahasa Arab ni - tak pernah sekolah agama (malu je ngan anak sendiri)... maka, agak sukar saya menanda bacaan saya. Kalau saya catit sekali pun, nanti payah pulak nak cari balik. Jadi, saya bawak je sendiri.


Sengaja saya bawa tafsir sbb ia lebih mudah utk dijaga. Tak ada wuduk pun, boleh pegang. Ramai juga yg berminat dgn tafsir saya ni.... tulisannya amat jelas dan ada diselitkan sejarah/cerita/asal usul certain2 perkara.


Tafsir tu, agak besar... tulisan pun besar, senang utk dibaca. Sbb tu la beg sandang saya besar.... utk memuatkannya. Saya guna beg sandang TH waktu mengerjakan umrah shj utk memudahkan pergerakan. Masa umrah, saya tak bawa tafsir ni.

Tengokkkk... beg yg saya bawa ke hulu ke hilir
Tak lupa juga penutup muka pemberian Kak Ainul
Byk betul jasa beg saya tu..... bertahun2 guna tapi masih utuh! Alhamdulillah....