Saturday, June 16, 2012

Kenangan Terindah (33): Kak Mar

Assalamualaikum...


Selasa, 1 November 2011 bersamaan 5 Zulhijjah 1432H. Ketika saya menulis entry ini, saya tak teringat bila kejadian yang pertama berlaku. Yg ada dlm buku nota saya adalah kejadian yang kedua yg dialami oleh roomate ~ Kak Mar semasa solat Maghrib di Haram. Yg pertama juga dialami oleh beliau.

Allah.... itulah, sekiranya pengalaman dan ilmu pengetahuan itu tidak di`ikat' dengan pen dan kertas (atau dgn apa bentuk cara sekalipun), ia berkemungkinan akan menyusut hari demi hari....  

Saya dan Kak Mar di dlm khemah di Mina
Kalau tak silap saya, ia berlaku selepas solat subuh di Haram.

Selepas Subuh, Kak Mar balik ke bilik dlm keadaan yg sukar ditafsirkan... mukanya kelihatan menahan sakit, menahan sedih, menahan marah.... tertekan... semuanya bercampur. Setelah ia bertenang, beliau mula bercerita.

Beliau telah ditumbuk! Di dada!

Masa tu, dalam keadaan yg padat dgn org ramai... seorang bapa (kalau x silap berbangsa India) telah menolak anak kecilnya dgn menggunakan stroller. Ntah mcm mana, Kak Mar terjatuh disebabkan tolakan org ramai dan jatuh ke arah budak tersebut, tetapi tidak langsung mengenainya. Keadaan beliau yg jatuh tu, seolah2 memegang stroller dari arah depan, dgn kedua tangan beliau memegang stroller tersebut, menghadap ke anak kecil itu.

Beliau tidak dpt bergerak langsung sbb org ramai yg berada di belakang beliau semakin menghimpit dan juga jatuh bertimpa2 di belakang beliau. Dlm keadaan sedemikian, Kak Mar cuba menahan diri dari menghimpit anak kecil tersebut sedangkan dlm masa yg sama, beliau telah dihimpit dari belakang. Seolah2 jatuh ditimpa dan ditimpa-timpa.

Tiba2, bapa anak kecil itu naik angin dan menumbuk beliau di dada - dengan kuatnya, sehingga beliau terpelanting jatuh! Si bapa kelihatan sangat marah, mungkin beranggapan yg Kak Mar hendak melakukan sesuatu yg tidak baik ke atas anaknya. Abg Shukor, suami Kak Mar tidak dpt berbuat apa2 krn telah terkedepan dan tak boleh berpatah balik (org sgt ramai). 

Nasib baik ada org lain dari bangsa yg sama menenteramkan keadaan dan memarahi bapa tersebut sbb berkelakuan sangat biadap. Mungkin beliau tahu yg Kak Mar tak salah, Kak Mar cuba menyelamatkan anaknya dari himpitan org ramai. Dan akhirnya, bapa tersebut beredar begitu shj.

Allah.... di antara kami, saya rasa... Kak Mar lah yg paling byk pengalaman pahit manis di sini. Akibat dari kejadian tersebut, dadanya sakit dan lebam.

Balik dari solat Isyak, berlaku pula kejadian kedua (yg memang ada dlm catatan saya). Kak Mar cerita, beliau direzekikan untuk melihat kalimah Allah di langit. Masa tu, beliau solat di roof top Haram. Kedudukannya kalimah bersetentang dengan menara jam Mekah.

Sumber: http://ibnuabbas.wordpress.com/2008/01/28/lagi-kalimah-allah-di-langit/

Masa tu, solat Maghrib, imam baca Al-Fatihan dgn bacaan tersekat2 disebabkan terlampau sedih, sebak, menangis ~ tak diketahui puncanya. Disebabkan imam berkeadaan begitu, kedengaran ramai jemaah lain juga turut sebak. Suasana masa itu pula sgt2 berlainan dari biasa.... sangat2 berangin dan sejuk. 

Ketika beliau hendak menyedut air hidung yg dah meleleh (sbb menangis), beliau mendongak ke atas secara tidak sengaja dan terlihat kepulan awan yg membentuk kalimah ALLAH. Selesai solat Maghrib, tulisan tersebut juga menghilang sedikit demi sedikit seolah2 di tiup angin. Bukan Kak Mar shj yg melihatnya..... 

Allahuakhbar..... hilang rasa sakit dadanya, rasa sakit hatinya, rasa sedihnya.....

Jangkaan saya, pastinya imam telah merasai kehadiran sesuatu yg luar biasa, yg menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Yang terpilih shj boleh melihatnya.... dan merasai nikmatnya...

Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?

Saya mmg suka solat di roof top pada waktu Maghrib dan Isyak.... suasananya yg nyaman berangin, berbumbungkan langit Mekah. Indahnya..... Kws ini hanya dibuka semasa musim haji shj.... kalau pergi menunaikan umrah pada bulan selain dari bulan haji.... tak akan berpeluang solat di sini. Dari sini, boleh lihat keseluruhan dataran tawaf, melihat manusia bertawaf.... pemandangan yg tak jemu2 untuk dilihat. Cuma kalau solat di situ, kena pandai cari tempat yg sesuai utk solat sbb percampuran lelaki dan perempuan.

Dulu2 (April 2010) saya ada buat entry mengenai fakta menarik (bagi saya) mengenai tawaf. Jika berminat utk membacanya, sila klik Kenapa 7? Minta maaf.... dulu, membahasakan diri sbg `aku'.



No comments:

Post a Comment