Friday, June 15, 2012

Yang Mana Satu?

Assalamualaikum....

TERUJA (1)

Ada satu blog yg saya sentiasa follow... dan blog tersebut sentiasa update. Dalam diam, saya menganggap tuan punya blog tersebut sebagai mentor saya. Tulisan dalam blog beliau (suami isteri) sangat2 memberi kesan terhadap jiwa saya.... yg secara tak langsung sentiasa mengingatkan saya, mendidik, mengajar, memandu ke arah kehidupan yg lebih baik (insyaAllah).

http://www.muhdkamil.org/
Saya membaca setiap bait kata2 mereka dengan hati yg lapang dan terbuka dan seringkali hati saya tersentuh dan menangisi kekurangan yg ada dalam diri. Allah.... sedikitnya amalan, ceteknya ilmu... Sesungguhnya, tidak setanding amalan yg dilakukan berbanding dgn nikmat yg dikurniakannya... Nikmat Allah yang mana lagi mahu didustakan......

Hari ini, insyaAllah... beliau bersama isteri dan 2 org anaknya akan tiba dari Madinah. Balik bercuti di Malaysia sehingga pertengahan Ramadhan. Jadualnya di Msia amat padat. Salah satunya, Majlis Kesyukuran dan Pelancaran Buku di Hotel UiTM Shah Alam pada 14 Julai 2012. Saya dan suami telah mengesahkan komitmen utk hadir.... tapi...............

TERUJA (2)

Pada hari yang sama juga, Kak Nor dan Abg Lan (rakan haji) ada menjemput kami ke Ipoh, makan mee udang special. MasyaAllah... teruja sungguh. Teruja utk bertemu semula rakan2 haji yg disayangi.... Ianya seolah2 jemputan utk reunion. 

Saya dan Kak Nor dlm khemah di Mina
Saya tak perasan.... semasa saya menyatakan persetujuan utk hadir, saya telah menyatakan komitmen utk hadir pada majlis Prof Kamil. Allahuakhbar.... saya berfikir2 kembali.... Mungkinkah sempat jika saya pergi kedua2 majlis sbb majlis Kak Nor bermula pukul 3 pm (di Ipoh) manakala majlis Prof Kamil bermula 8.30 pagi? Tapi............

TERUJA (3)

Tiba2 family day (office abg) yg awalnya dijadualkan pada 6 - 8 Julai, telah ditunda pada 13 - 15 Julai.... Allahuakhbar, manusia hanya merancang.... Saya sukar membuat plihan. Yang ini merupakan acara tahunan yg ditunggu2 oleh anak2. Tambahan lagi, tempat yg di aturkan adalah tempat favourite saya. Alahai.... sukarnya saya membuat pilihan....

2 comments:

  1. Dalam keterujaan, ada kekeliruan. Pasti menarik pengkisahan ini ya...
    ~ saya tunggu selanjutnya.

    ReplyDelete