Sunday, June 24, 2012

Kenangan Terindah (35): Persiapan Akhir

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (34): Tempat Favourite

Khamis, 3 Nov 2011 bersamaan 7 Zulhijjah 1432H. Masing2 dalam bilik saya ni sibuk mengemas, buat preparation ke Masyaer (Arafah, Muzdalifah dan Mina). TH dah pesan, bawa satu beg aje sbb nanti akan byk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Bimbang akan menyusahkan. Tapi saya aje dah ada 3 beg.

3? Ye. Satu beg baju, satu beg Quran Tafsir & buku2 dan satu lagi beg plastik berisi makanan2. Ooops! Ada lagi satu i.e. beg sejadah tebal tu..... Pening kepala saya memikirkan, bgm nak minimize kan brg2 ni. Tak boleh jugak... ia tetap 4. Semuanya perlu dibawa. Barang2 yg disenarai pendek (di sini) semuanya telah sedia.

Saya perasan.... hari ni, rakan-rakan sebilik asyik membincangkan kesusahan, kepayahan, masalah kehidupan di Masyaer nanti... pasal tempat tidur, makan dan terutamanya kemudahan tandas..... Panjang juga bicaranya. Saya hanya berdiam diri (mencelah juga sekali sakala).... Saya tak nak terlalu memikirkan segala susah payah tersebut. Apa yg penting adalah.... apakah pengisian pada hari2 yg teramat penting itu. Peluang untuk bersama2 Pencipta pada jarak yg plg dekat.... hanya bbrp ketika dlm setahun.... mungkin sekali seumur hidup.   

Sumber: http://www.zawaj.com

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firmanNya: "HambaKu telah datang dari segenap pelusuk dunia yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka semata-mata mengharapkan syurgaKu. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih di lautan, nescaya Aku akan menghapuskan kesemuanya. Allah berfirman: Keluarlah kamu dari Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka" (Riwayat Tabrani).

Allah akan turun ke langit yang paling rendah untuk mendengar permohonan hambaNya.... hanya pada hari Arafah, Hanya pada waktu wukuf (mulai gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah), hanya di Arafah. Selepas itu, tiada lagi..... tunggulah waktu wukuf yg seterusnya, iaitu tahun hadapan.... Peluang itu, ntahkan muncul lagi ntahkan tidak dlm hidup saya... dan juga abg... dan juga jemaah yg seangkatan dgn saya...

Astaghfirullahalazim.....

Ya Allah... berdebar2 rasa di hati... esok kami akan bertolak ke Arafah. Esok adalah Hari Tarwiyah iaitu hari ke 8 dlm bulan Zulhijjah. Esok kami akan mula berniat ihram haji. Allah... Ya Allah... permudahkanlah segalanya.....

No comments:

Post a Comment