Sunday, June 24, 2012

Kenangan Terindah (36): Jemaah Haji `Backpackers'

Assalamualaikum...


Jumaat, 4 Nov 2011 bersamaan 8 Zulhijjah 1432H. Hari Tarwiyah... Persekitaran Haram penuh sesak dengan khemah2 sementara yang didirikan oleh jemaah haji backpakers. Oh ye. Sebelum ini saya tak pernah cerita pasal mereka ni, kan. 

Sungguh ramai yg dtg secara ini. Ada yang datang membawa anak-anak kecil dan saya juga pernah terserempak dengan yang datang membawa bayi.... saya anggarkan berumur kurang dari 5 bulan. Owh, sampai begitu sekali.... Tak sampai hati saya membayangkannya, bayi tersebut tidur merata, dikendong ke hulu ke hiir, panas terik matahari yang membahang dan dingin malam yang makin mencengkam. Semakin hari, suhu di sini semakin turun (tapi tak la sejuk sgt).




Kalau dtg awal, mereka akan dpt tempat berbumbung. Saya tak pasti ini bangunan apa (refer gambar di atas) tapi ia seolah2 pejabat operasi construction company. Ntahlah. Di bawahnya.... sudah dipenuhi jemaah backpakers yang membentang tikar atau kain. Ini dah kira tempat 1st class bagi golongan tersebut sbb dapat berlindung di bawah terik matahari pada waktu siangnya.


Sungguhpun mendapat tempat di bawah bumbung, khemah-khemah juga masih perlu didirikan.... Selain dari memelihara keselamatan barang2, ia juga dpt mengawal udara sejuk pada waktu malam. 

Khemah sementara untuk petugas keselamatan
Ini merupakan laluan kami untuk pergi dan balik ke Haram. Sebelum ini, dataran ini merupakan tempat bas parking.... Bas2 tersebut membawa jemaah Turki dan Indonesia dari hotel - Haram - hotel. Penginapan mereka agak jauh dari Haram. Saya kira, jemaah Msia yg paling beruntung kerana penginapan yg hampir dgn Haram. Hampir? Hampir bukan bermaksud sebelah menyebelah. Hampir dalam jarak 500m - 1km dari Haram. Ia masih boleh didekati dgn berjalan kaki.  

Selain itu, dataran ini juga merupakan tempat burung merpati bersiaran. Begitu byk burung merpati di sini. Makanannya juga dijual di sini. Ada pula kawan saya cerita ~ beliau diberi duit (sebelum ke Mekah) dan dipesan agar duit tersebut dibelikan makanan burung merpati.... kiranya, sedekah kat burung merpati la. Maka, kawan saya tu haruslah menyampaikan hajat kawannya tersebut.



Merpati2 kat sini gemuk2 dan sihat2. Sangat jinak. Mereka pun, seolah2 dah sentiasa kenyang dan tak heran dgn bijirin yang ditaburkan. Ataupun, mungkin terlampau byk bijirin sampai tak termakan. Ada saya lihat, org tu kutip balik bijirin2 tersebut.... dan saya fikir, tak mustahil beliau mengumpulkannya dan menjualnya semula. Hmmm... kreatif kah? Sekiranya dalam ihram, jgn lupa dgn salah satu pantang larangnya i.e. larangan memburu binatang buruan. 

Oopps! Cerita pasal merpati pulak.

Berbalik kepada cerita di dataran tadi. Ketika waktu wukuf hampir tiba, dataran tersebut tidak lagi dipenuhi dengan bas yg keluar masuk, atau dengan merpati yang bersiaran.... tapi dipenuhi dgn tempat penginapan jemaah backpackers with/without khemah. Penuh.... hanya tinggal laluan utk pejalan kaki sahaja.

Dataran di luar Haram juga penuh. Mereka hanya beralaskan tikar shj. Kewujudan mereka menyukarkan laluan ke luar/masuk Haram. Yang paling saya kesalkan adalah kebersihan di luar Haram dah uncontrollable. Haram semakin kotor.... sampah merata2. Sangat sedih.... ia tidak sepatutnya begitu. Bukankah Islam amat menitikberatkan kebersihan?

Selain itu, mereka juga menimbulkan keinsafan dalam diri.....

Alangkah beruntungnya kami, jemaah haji dari Malaysia yang dijaga dengan baik oleh TH mahupun sykt swasta yang mengendalikannya. Ada kemudahan klinik dan doktor...... Dan mereka.... sakit pening susah senang, tanggung sendiri. 

Alangkah bersyukurnya kami.... ada kemampuan wang ringgit untuk menyempurnakan ibadah Haji dengan selesa, shopping barang2 keperluan haji sebelum pergi.... shopping brg2 di Mekah/Madinah utk keperluan semasa di sini dan juga shopping ole2 utk di bawa pulang ke Malaysia. Pergi balik menaiki kapal terbang. Dan mereka... mungkin berjalan kaki, menggenderai unta yg kurus atau menumpang kenderaan lain...

Alangkah bagusnya kami.... punyai tempat tinggal yang selesa... di hotel yang menyediakan tilam dan bantal yang empuk untuk merehatkan tubuh badan. Bilik hotel yang mempunyai air cond yang sejuk, kemudahan tandas yang baik. Dan mereka.... tidur beralaskan tikar/kain di atas tanah yang diselaputi tar ataupun atas simen... tak berbumbung...

Alangkah bertuahnya kami.... Makan dan minum dijaga dengan baik. Malahan berlebih-lebihan. Boleh lagi membeli belah makanan, rasa makanan itu.. ini... Cuba makanan di situ.. sini.. Dan mereka... ada yg saya lihat makan roti kering... berkongsi2 makanan


Tapi.... alangkah tingginya semangat mereka dan mungkin juga `iman' mereka (iman - ia adalah subjektif) ... sanggup bersusah payah untuk menunaikan Rukun Kelima ini. Sanggupkah kita? Yg kaya raya, senang lenang juga belum tentu mampu utk melaksanakan tuntutan ini.

Allah..... nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Apa2pun.... sememangnya bukan wang ringgit penentu keselesaan hidup di akhirat. Semua sudah maklum. Mungkin mereka `susah' di dunia tetapi `SENANG' di akhirat kelak. Perbezaan tadi hanya untuk kita menginsafi kekurangan diri dan mensyukuri nikmat Allah.  

Terkadang kita lupa bahawa nikmat yang kita kecapi kini hanyalah bersifat sementara.... Astaghfirullahalazim.....


No comments:

Post a Comment