Sunday, June 10, 2012

Kenangan Terindah (31): Haji Menuju Allah

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (30): Ustazah Fatimah

Bila dah khatam Quran hari tu, saya tekad nak khatam tafsir pula... tapi.... semangatnya, tak sama dengan membaca Al-Quran. Indahnya ayat Quran... walau tak difahami, tetap bersemangat nak membacanya. Saya tahu... seeloknya, baca Quran bersekali dgn tafsirnya. Tapi, saya rasa tak puas pulak kalau baca Quran diselang-selikan dengan bacaan tafsir.... Mcm tak lancar je, rasanya. 

Dapatkah kita fokus membaca Quran pada setiap masa terluang ketika berada di tanah air? Bagi saya yg biasa2 ni.... jawapannya, tentulah tidak! Persoalannya, ada ke masa terluang kat tanah air?

Masa di sinilah, kita boleh fokus pada ibadat kita... betul2 fokus utk mencari mencari keredhaanNya. Masa inilah, kita tak perlu fikirkan pasal kerja, harta benda, hutang, keluarga dan segalanya. Semua tu, kita dah tinggalkan sebaik sahaja menjejakkan kaki di Kelana Jaya. Perasaan `released' tu amat2 terasa. Tinggalkan semuanya.... tinggalkan.

Bersediakah kita utk mati? 

Byk betul yg tersirat dalam setiap pelaksanaan ibadah haji. Ibadah haji adalah latihan utk kembali kpd Allah.... Ia juga merupakan latihan kematian. Kenapa? Kerana kita meninggalkan segalanya di tanah air... keluarga, sanak saudara, pekerjaan, harta benda.... Pemergian ke tanah suci seolah2 meninggalkan dunia utk bertemu dgnNya. Berpindah ke alam barzakh.

Kenapa?

Kerana sebelum mengerjakan ibadah haji, kita disunatkan utk mandi sunat ihram dan diwajibkan memakai ihram. Mandi sunat tersebut, seolah2 jenazah yg dimandikan... dan memakai kain ihram seolah2 jenazah yang dikapankan. Kemudian, jenazah diangkat keluar rumah, seolah2 kita meninggalkan segala yg dipinjamkan sementara kpd kita... Tiada apa yg kita bawa bersama ke liang lahad, hanyalah amalan kita di dunia. 

http://sirrulasraru.blogspot.com
Semua tahu, pelaksanaan ibadah haji adalah satu pekerjaan untuk bersusah payah. Bukannya pergi melancong. Pekerjaan susah payah yang sengaja kita tempah dan pilih utk buat. Secara sukarela. Setelah segala persiapan di buat, hati dikosongkan dari segala yg berkaitan duniawi dan dipenuhi dgn nekad utk beribadat kepada Allah. 

Alangkah beruntungnya jika kita sentiasa dapat menghayatinya. Menjadikannya pengajaran dan tauladan untuk bersiap sedia bertemu denganNya dalam keadaan bersih dan suci, bebas dari hutang piutang, memaaf dan dimaafkan dan dilimpahi doa dari anak2 yg soleh.

Hari ni, anak saya yg bakal berusia 8 thn pada 13 Nov ini, telah hafal keseluruhan Surah Al Mulk.... dalam tempoh tak sampai 2 minggu. Alhamdulillah.... syukur. Allah... malunya saya dgn dia...

Keluarga saya, hanyalah biasa2 shj.... Bukanlah dari golongan yg kuat beragama... dan saya tidak terkecuali. Ibadat haji telah mengubah tumpuan kehidupan saya, sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, saya bersyukur.... walaupun sudah agak terlewat tapi, saya fikir.... better late than never.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah dan tahniah buat anak Hajjah yg dah menghafal surah Al Mulk pd usia yg begitu muda, akak yg tua ni pun belum dpt. Akak duduk di hotel Jhawrat Khazindar semasa di Makkah. Lebih kurang 750 meter dr Haram tp alhamdulillah tak terasa jauh .....kami dpt yg macam apartment ada 3 blk & 2 blk air, 1 ruang tamu & dapur. Hanya 3 org sebilik. Kami sgt berpuas hati dgn muassasah kami.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. W'salam kak..

    Kami juga sgt2 berpuas hati dgn muassasah. W/pun saya ~ 8 org sebilik, tapi... Maha Suci Allah, semuanya sangat2 baik dan saya sgt2 menyayangi mereka... Setiap kali mengingati mereka, pasti mata saya bergenang rindu.

    Saya pun tak hafal, kak... Nak hafal Asy Syams pun ambil masa. Tapi bila dah hafal.... puas sungguh rasanya. Byk sungguh kekurangan saya, kak... Apa2pun, always bear in mind.... better late than never!

    ReplyDelete