Sambungan dari Kenangan Terindah (36): Jemaah Haji `Backpackers'
Masih lagi cerita di hari Jumaat, 4 Nov 2011 bersamaan 8 Zulhijjah 1432H. Hari ini, kami dijadualkan bertolak ke Arafah pada pukul 3 petang iaitu sbl masuk waktu Asar. Ramai juga yang tertanya2.... sbl Asar? Kenapa tak selepas Asar? Kan senang? Saya juga terfikir begitu. Itu pemikiran yg spontaneous.
Alahai..... ikut sahaja jadual yg dikeluarkan oleh TH. Belum tentu lagi kita solat di mana... di sini atau di Arafah. Ingatan kpd semua.... jika kita terfikirkan sesuatu yg -ve, cepat2 istighfar dan alihkan minda utk sentiasa memikirkan yg +ve shj. Itu lebih baik. Kalau sangkut dlm perjalanan, buat solat menghormati waktu (kan dah diajar semasa kursus?) dan jangan lupa qada' bila sampai nanti.
Kami telah dibekalkan sticker pengenalan... oh ye, setiap kali pergerakan dari satu tempat ke satu tempat (cth: Madinah ke Mekah @ ke Masyaer), kita akan dpt sticker baru. Sticker tersebut memaparkan maklumat bilik, no bas dll. Dari sticker tu, kita boleh compare dgn rakan2 yg lain, samada kita masih dlm group yg sama ataupun terpisah. Kebanyakan dari kami, campur..... geng bilik Madinah dan Mekah. Yeay! Se`khemah' dgn Zatul dan Kak Nita (roomate Madinah).
Kami telah dibekalkan sticker pengenalan... oh ye, setiap kali pergerakan dari satu tempat ke satu tempat (cth: Madinah ke Mekah @ ke Masyaer), kita akan dpt sticker baru. Sticker tersebut memaparkan maklumat bilik, no bas dll. Dari sticker tu, kita boleh compare dgn rakan2 yg lain, samada kita masih dlm group yg sama ataupun terpisah. Kebanyakan dari kami, campur..... geng bilik Madinah dan Mekah. Yeay! Se`khemah' dgn Zatul dan Kak Nita (roomate Madinah).
Persiapan pertama adalah melakukan amalan2 sunat sebelum ihram... Saya senaraikannya...
- Bersihkan badan dgn mengerat kuku, merapikan rambut/janggut/misai, menanggalkan bulu ketiak/ari-ari dan mandi sunat ihram
- Memakai wangian pada tubuh.... pada tubuh ye, bukan pada pakaian..
- Memakai minyak rambut
- Memakai pakaian ihram.... afdalnya warna putih...
- Solat sunat ihram 2 rakaat
- Berniat ihram haji ~ Yang ni, RUKUN HAJI ye... sunat melafazkannya, mengadap kiblat dan dalam keadaan berwudhuk. Berniat ihram haji ~ wajib di Miqat. Miqatnya adalah di tempat kediaman masing2... senang cerita, di hotel. Kita tak perlu keluar ke tahah halal untuk berniat
- Setelah niat, bertalbiahlah... berdoa dan berzikir
Kenapa amat digalakkan untuk buat perkara-perkara ini (1-4)? Sebab kita akan berada dlm keadaan ihram dalam 2-3 hari (bergantung). Semasa dlm ihram, kita dilarang utk potong kuku, rambut, memakai wangi-wangian dsb. Nanti.... hebat sangat lak bau badan tu, panjang mengurai pulak janggut tu. Ditambah pula kat Masyaer nanti, kemudahan air amat terhad.
Maka, selepas berniat ihram.... wajiblah kita meninggalkan larangan2 dlm ihram iaitu....
- Menutup kepala (lelaki shj)
- Memakai pakaian berjahit / bercantum (lelaki shj)
- Menutup muka (wanita shj)
- Memakai sarung tangan
- Memakai wangi-wangian
- Memakai minyak rambut
- Memotong rambut
- Mengerat kuku
- Mencabut tumbuh-tumbuhan
- Memburu binatang buruan
- Berakad nikah
- Bercumbu-cumbuan
- Bersetubuh
Bersambung ye....
No comments:
Post a Comment