Wednesday, January 12, 2011

Sambung semula...

Lama sudah tak update blog yang satu ini.... Blog satu lagi pun jarang berkesempatan untuk update... Alasannya, seperti biasa, tak cukup 24 jam sehari...


Saya dan suami mmg frust sbb tidak terpilih untuk menunaikan haji pada tahun lepas. Segala persiapan sudah dibuat, hinggakan passport a/bangsa kamipun telah di`pegang' oleh Tabung Haji... Tetapi, Allah maha berkuasa... Giliran kami belum tiba... sabar, semua perancangan Allah adalah sempurna.... Kami redha..


Ilmupun tak cukup lagi, maka tahun ini, kami akan meneruskan lagi Kursus Haji dengan masjid di kawasan perumahan kami ni.... Saya pun tak sabar-sabar nak kursus lagi. Kursus ini, mendekatkan diri dengan masjid.... membuatkan kaki lebih ringan melangkah ke masjid... Dengan berakhirnya kursus haji bersiri ini (thn lepas), semakin lama semakin berkurangan aktiviti ke masjid. Niat ke masjid sememangnya menggunung tinggi tapi terhalang dek alasan-alasan keduniaan... Astaghfirullah....


Manusia mudah lupa, kerana itu manusia kena selalu di ingat2kan.... Ya Allah, ampunkan kami...