Friday, October 26, 2012

Aidil Adha Pasca Haji

Assalamualaikum...

Sebelum2 ini.... Bila ada tayangan yang berkaitan Umrah/Haji, mak pasti akan mengarahkan agar `stick' pada siaran tersebut. Di larang tukar siaran. Lepas tu, mak pun akan bercakap2... mengimbau semula pengalaman haji/umrahnya  yang lepas. 

Reaksi saya? Mendengar sahaja tetapi sebenarnya antara dengar dan tak.  

Tapi kini... Saya yang lebih2..... Saya pula melakukan perkara yang sama terhadap anak2 saya. Saya pula yang bercerita itu ini... panggil mereka tengok sama dan cuba menerapkan apa yang saya rasa ke dalam hati mereka. Adakah mereka juga bereaksi yang sama seperti `saya yang dulu'?

Sebelum2 ini... Saya rasa biasa2 shj ketika kedatangan Aidil Adha. Rasa lebih `best' lagi menyambut Aidil Fitri. Kemeriahan Aidil Adha hanyalah sebentar cuma, iaitu ketika berjemaah solat sunat dan seterusnya acara korban di masjid. Tak ada perasaan berdebar2, tiada perasaan sayu. Kosong. Ianya tak ubah seperti hari2 lain yang biasa.

Tapi kini.... Lain, sangat lain. Saya merasakan kehadiran `roh haji' menguasai jiwa dan minda saya. Semakin hampir kepada tarikh 9 Zulhijjah, semakin sensitif saya rasa. 

Masa permulaan kuliah pada 8 Zulhijjah, lecturer saya ada menyentuh pasal haji dan puasa sunat 9 Zulhijjah. Apatah lagi pada masa tu saya sdg berbalas sms dgn sahabat saya yang sedang berada di Mekah (alamak... kantoi). Terus mata saya bergenang tanpa dipinta. Cepat2 saya menyorokkan muka agar tidak ketara di mata pelajar2 lain.  

Sebelah malamnya pula, tanpa dirancang.... sahabat saya semasa haji (roomate - Zatul) datang menziarahi saya di hostel UKM (kebetulan mlm tu saya tidur di UKM)... membawa bersama juadah berbuka puasa ala2 Arab - kebab, halwa, jus mangga, roti, kurma... Alhamdulillah.  


Air kotak tu.... sama mcm yg kami dpt di Mina
Jus mangga tu.... sama mcm kami beli di Mekah
Allahuakhbar, seronoknya saya dapat berjumpa dgnnya.... Mcm2 kami bercerita... Kenangan haji yang lalu, kehidupan pasca haji yang lebih mencabar dan haji sebagai titik permulaan untuk memulakan kehidupan yang baru. 

Yes! Haji as a starting point to begin with a new life. Like a new born baby, insyaAllah.

Post2 di FB oleh jemaah2 haji seangkatan dgn saya (1432H).... banyak menyentuh pasal kenangan haji yg lalu dan juga updated info tentang keadaan di Arafah pada masa ini. Siaran live berkenaan penukaran kiswah juga boleh ditonton melalui internet dan juga Al Hijrah. Siaran tv juga banyak (mostly yg saya tgk Al Hijrah) memaparkan kisah2 berkaitan haji....

Hati saya sebenarnya, bagai berada di sana.... Saya dan abg asyik menonton siaran makkah live, melihat pergerakan 3 juta jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia. Labbaikallah hummalabbaik... hambaMu datang menyahut panggilanMu Ya Allah. Semua bergerak menuju arah yang sama dengan tujuan yang satu dan mengucapkan talbiah yang sama. MasyaAllah... Ibadah haji menyatukan umat Islam seluruh dunia, meninggalkan status, perbezaan kaum, fahaman politik dsb.

Perasaan dalam menyambut kehadiran Aidil Adha kali ini sungguh berbeza. Sungguh istimewa.

Semoga kita sentiasa istiqamah dalam beribadat, sentiasa improve dalam menjaga kualiti hubungan dengan Allah SWT dan melaksanakan sunnah2 Rasulullah SAW.

Semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah.

Nota: Pada masa ini, kelihatan jemaah sudah beransur2 menuju ke Muzdalifah

Thursday, October 25, 2012

Hari Arafah Tiba Lagi....

Assalamualaikum....

Waktu ini, pada waktu ini.... dah masuk 9 Zulhijjah 1433H. Pada waktu ini, jemaah haji beransur2 berangkat ke Arafah dengan menaiki bas yang disediakan oleh TH. Untungnya jemaah haji Malaysia yang dijaga segala keperluan, segala kebajikannya..... Ramai lagi jemaah haji dari negara2 lain, yang berjalan kaki dari Mekah menuju Arafah..... yang menaiki van sangkut.... berhimpit2 atas bas/van..

Dalam siaran makkah live - http://makkahlive.net/makkahlive.aspx sudah tidak kelihatan jemaah haji Malaysia. Kemungkinan sedang dalam perjalanan ke Arafah, atau sedang menunggu giliran untuk dibawa ke sana. Berniat ihram sudah dibolehkan seawal 1 Syawal lagi..... tapi, saya jangka tiada yang mahu memasang niat seawal itu sbb jangka masa ihram yang lama.... bermakna tempoh berihram yang lama. 

Bagi yang melaksanakan haji tamattuk, kebiasaannya dinasihatkan untuk memasang niat semasa dah bersiap sedia hendak meninggalkan Mekah menuju ke Arafah.... sama ada di bilik hotel, di atas bas atau dalam perjalanan.... Tapi bagi yang melaksanakan haji ifrad, mereka dah mmg sedia dlm ihram... dari atas flight lagi.... bermiqat di Qarnul Manazil.

Allahuakhbar.....

Selamat berwukuf kepada semua Dhuyufur Rahman.... Saya mendoakan, semuanya bijak merebut masa dan peluang yang ada..... kerana Allah akan turun ke langit paling bawah untuk dekat dengan hambaNya... dan untuk mengampunkan dosa2... sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih dilautan. Semoga kesemuanya beroleh haji mabrur.... 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firmanNya: "Hamba-hambaKu datang dari segenap pelusuk dunia yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka, semata-mata mengharapkan syurgaKu. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih dilautan nescaya Aku akan menghapuskan kesemuanya". Allah SWT berfirman: "Keluarlah kamu daripada Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka"

Allahuakhbar... 

Kepada kita yang tidak berada di sana, masih ada `hadiah' untuk kita. Jangan ketinggalan untuk menunaikan ibadah puasa sunat @ 9 Zulhijjah iaitu puasa pada hari Arafah. Nabi SAW bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

Kita yang tidak berpeluang untuk berwukuf pada masa ini, masih berpeluang untuk mendapat ganjaran dariNya. Sayangnya Allah kepada kita.... 

Secebis kenangan saya pada tahun lalu....




Friday, October 12, 2012

Mencintaimu....

Assalamualaikum....


Allah.... bergenang air mata saya... tak boleh nak ditahan-tahan....

Monday, October 8, 2012

Kenangan Terindah (53): Beratnya hati....

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (52): Majlis

Hari2 berikutnya, aktiviti masih sama. Berulang-alik ke masjid. Hajat saya untuk menunaikan umrah selepas haji tak kesampaian disebabkan keadaan kesihatan saya yg tak berapa baik. Padahal, selepas kembali dari Mina, kami ada masa 5 hari lagi di Mekah Al-Mukarramah. Alahai.... kalau semangat betul2 kuat, pasti boleh aje menunaikan umrah w/pun tak sihat. Tapi.... semangat saya tak kuat...

Isnin, 14 November 2011 bersamaan 18 Zulhijjah 1432H.... masing2 sibuk berkemas barang.... Hari ini merupakan hari terakhir di sini. Allah.... kami sangat2 jatuh cinta dengan tanah haram ini. Beratnya hati kami untuk meninggalkannya. Di sini, jiwa kami tenang... sangat2 tenang. Walaupun cuaca panas disertai dengan debu dan habuk, walaupun tak pernah sunyi dengan hiruk pikuk kenderaan siang dan malam, hati kami sangat damai..... sangat tenteram. 

Allah...... kejap sungguh masa berlalu. Sedar2, kami perlu bersiap sedia meninggalkan tanah haram. Saya mengandaikan, kebanyakan jemaah punyai perasaan yang sama seperti saya. Alhamdulillah, kami telah direzekikan untuk menunaikan Rukun Ke 5 ini. Untuk saya dan suami, ini adalah haji yang wajib ke atas kami. Selepas2 ini, kalau ada rezeki lagi.... kami ingin kembali ke sini, menunaikan haji sunat bersama mak dan anak-anak kami semua (untuk anak2 - haji wajib).

Pukul 8 malam, kami diarahkan utk menurunkan barang/beg besar. Bukan turunkan, letak je kat depan pintu bilik. Nanti akan ada petugas yg membawa beg kami turun ke bawah dan menaikkannya ke atas bas. Bagus kan, servis TH. Berdasarkan jadual TH, 11.25 mlm kami dah boleh buat tawaf wada'.

Longgokan beg

Beg diatur mengikut no. bas

Alhamdulillah, tawaf wada' dapat disempurnakan dengan selesa. Suasana seakan-akan lain, seakan-akan  turut sayu sebagaimana sayunya hati kami. Masa tawaf juga... damai... tiada yg membaca doa kuat2 (biasanya jemaah dari negara lain), tiada juga terasa tolak-menolak, himpit menghimpit antara satu sama lain.  Selesai tawaf, kami terus kembali ke hotel Qasr Al Shourouq, tempat penginapan kami selama lebih kurang sebulan lebih. Beratnya kaki melangkah meninggalkan Haram.... Allah, beratnya.....

Setibanya di kawasan hotel, kelihatan deretan bas sedia menunggu untuk membawa kami keluar dari tanah haram. Seperti biasa, kami diberi no. bas mana yg patut kami naiki (antara no. 1 hingga 10) dan kami menaiki bas no. 2.... sama nombor bas dari Madinah dulu. Satu KT, lebih kurang 10 buah bas kesemuanya. Sticker maklumat penempatan di Madinatul Hujjaj, Jeddah juga telah diberikan lebih awal. Kami semua bakal ditempatkan dalam bilik yg sama, melainkan Kak Ainul.

Kami menaiki bas tepat pukul 1.30 pagi.... tapi bas hanya bertolak dalam pukul 4 pagi. Lama?? Tak terasa lama, pun sbb kami tertidur dalam bas. Memang dalam jadual TH, bas akan bergerak @ 3.30 am, tapi... kami semua dah siap dok awal2 dlm bas sbb bas dah tersedia awal, kami pun naik aje la....

Sampai aje di Madinatul Hujjaj, saya lihat ada ramai jemaah KT yang sebelum2nya dok melepak kat tingkat bawah bangunan. Agak terkejut juga saya melihat keadaan ini.... tak kan tidur baring di sini. Rupa2nya, lif rosak dan mereka ini malas/tak berdaya nak naik tangga ke tingkat atas. Kasihan melihatnya... terutama warga tua yang berbaring di atas simen sejuk.... badan saya sendiri tak tahan kalau tido atas simen. Kalau atas tanah (mcm masa mabit di Muzdalifah) tak pe.....

Kali ini, ada katil double decker... siapa yang masuk lambat (mcm saya ni), kena la dok tingkat atas. Sebelah saya  Linda. Katil tu.... cam goyang2 aje... nerves saya, kot2 la tak mampu nak menahan berat badan saya. Kak Ti yg dok katil bawah pun mengoffer saya tido skali... Nyeh, nyeh.... Lepas solat Subuh, masing2 tertidur balik keletihan.

Ini tempat abg

`Asrama' tuan2 haji...

Di sini, adalah tempat transit jemaah haji sementara menunggu flight balik ke M'sia. Kami akan berada di sini satu mlm. Pagi tadi sampai dan mlm ni akan bertolak ke King Abdul Aziz International Airport. Tak de apa2 aktiviti di sini, cuma proses timbang barang dan check-in luggage. Kali ini, dibenarkan 30kg/orang... total suami isteri 60kg (masa dtg dulu, 20kg je, sorang). Alhamdulillah, kami punya tak melebihi muatan. Tapi... dorang pun tak berkira sangat... melainkan lebihan muatan tu sgt2 obvious berat.

Kawasan sekitar tempat timbang/check in bagasi

Ditanda dengan no. penerbangan (saya KT 09), dan ikut no. bas

Beg di atur ikut no. bas

Lepas settle, kami lepak2 di tingkat bawah penginapan... breakfast... mkn roti canai, ABC dll. Harganya, boleh tahan. Sekeping roti canai telur berharga SR5... tapi sedap. 



Ada juga jual2 kat sini.... sesape yg rasa tak cukup kurma/kismis, boleh tambah.....

Suasana pun.... berangin2 aje. Mcm kat tepi pantai. Kebanyakan jemaah memang dok berehat2 kat sini sbb tak ada apa aktiviti nak buat. Makanya.... aktiviti `bersama2 mengukuhkan silaturahim' aje la. Lepas ni, ntah bila nak ketemu lagi. Pasti masing2 dah sibuk dgn rutin harian, urusan dunia... dan mudah2an, seimbang dengan urusan akhirat jua....




Bersama aunty Shery & Zatul, both roomate di Madinah

Kami pun, tak dibenarkan keluar dari kawasan yg dikelilingi tembok batu ni. Saya attachkan jua gambar kawasan sekitar...







Abg juga ambil gambar keadaan di luar pagar.... gambar diambil dari dlm bilik beliau... julur tangan luar tingkap...






Owh, seriously hanya aktiviti melepak2 aje di sini (selain tuntutan wajib). Tapi... makanan yang disediakan, sedap2 belaka. Presentationnya agak kurengg.... tapi rasanya sedap! Hehehhe.... semuanya sedap aje bagi saya, alhamdulillah. Makan mlm disediakan dlm pukul 6 pm (kalau x silap saya). Ada juga yg tak nak makan sbb berhajat nak mkn kat cafe bawah (w/pun agak mahal... tp disebabkan dah rindu dgn `unpack food' agaknya). Saya? Tetap makan mknn yg disediakan... rezeki jgn ditolak.

Tapi, malangnya.... cafe ditutup pada waktu mlm. Kasihan sahabat saya yg tak makan tadi... nasib baik ada lebihan2 maggi dari Masyaer hari tu. Khabarnya, Kerajaan Saudi melarang cafe tersebut beroperasi di sebelah mlm... what? Apa rasionalnya... tak terjangkau kat pemikiran saya ni.... Tapi, alhamdulillah saya dah makan tadi.

Dannn... bergambar lagi.... dengan Hajah Ainul...