Thursday, October 25, 2012

Hari Arafah Tiba Lagi....

Assalamualaikum....

Waktu ini, pada waktu ini.... dah masuk 9 Zulhijjah 1433H. Pada waktu ini, jemaah haji beransur2 berangkat ke Arafah dengan menaiki bas yang disediakan oleh TH. Untungnya jemaah haji Malaysia yang dijaga segala keperluan, segala kebajikannya..... Ramai lagi jemaah haji dari negara2 lain, yang berjalan kaki dari Mekah menuju Arafah..... yang menaiki van sangkut.... berhimpit2 atas bas/van..

Dalam siaran makkah live - http://makkahlive.net/makkahlive.aspx sudah tidak kelihatan jemaah haji Malaysia. Kemungkinan sedang dalam perjalanan ke Arafah, atau sedang menunggu giliran untuk dibawa ke sana. Berniat ihram sudah dibolehkan seawal 1 Syawal lagi..... tapi, saya jangka tiada yang mahu memasang niat seawal itu sbb jangka masa ihram yang lama.... bermakna tempoh berihram yang lama. 

Bagi yang melaksanakan haji tamattuk, kebiasaannya dinasihatkan untuk memasang niat semasa dah bersiap sedia hendak meninggalkan Mekah menuju ke Arafah.... sama ada di bilik hotel, di atas bas atau dalam perjalanan.... Tapi bagi yang melaksanakan haji ifrad, mereka dah mmg sedia dlm ihram... dari atas flight lagi.... bermiqat di Qarnul Manazil.

Allahuakhbar.....

Selamat berwukuf kepada semua Dhuyufur Rahman.... Saya mendoakan, semuanya bijak merebut masa dan peluang yang ada..... kerana Allah akan turun ke langit paling bawah untuk dekat dengan hambaNya... dan untuk mengampunkan dosa2... sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih dilautan. Semoga kesemuanya beroleh haji mabrur.... 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firmanNya: "Hamba-hambaKu datang dari segenap pelusuk dunia yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka, semata-mata mengharapkan syurgaKu. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih dilautan nescaya Aku akan menghapuskan kesemuanya". Allah SWT berfirman: "Keluarlah kamu daripada Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka"

Allahuakhbar... 

Kepada kita yang tidak berada di sana, masih ada `hadiah' untuk kita. Jangan ketinggalan untuk menunaikan ibadah puasa sunat @ 9 Zulhijjah iaitu puasa pada hari Arafah. Nabi SAW bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

Kita yang tidak berpeluang untuk berwukuf pada masa ini, masih berpeluang untuk mendapat ganjaran dariNya. Sayangnya Allah kepada kita.... 

Secebis kenangan saya pada tahun lalu....




2 comments:

  1. Assalamualaikum Pn Kherun,

    Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahulhamd

    Salam Aidiladha. Sayu hati membaca catatan ini bila mengenangkan apa yang sedang berlaku ketika dan waktu yang sama seperti ini setahun yang lepas. Detik jejak kali pertama, MasyaAllah.... tak dapat saya nyatakan bagaimana rasa syahdunya.

    Lebih sayu bila niat untuk berpuasa dihalang pula oleh ketetapan biologi sunnatullah. Dia lebih mengetahui. Hari ini, ketika rakan-rakan lain sudah bercuti saya masih perlu menghadiri kursus.

    Semoga adalah kebaikan untuk saya. Rindu Kenangan di Masya'er..... Tak puas menonton Salam Baitullah, Khabar Haji dan Streaming online .

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

    ReplyDelete
  2. W'salam Puan Misa...

    Saya juga amat sensitif lately ni. Kehadiran Aidil Adha pasca haji mencetuskan emosi yang amat2 menyentuh sanubari... yang tidak pernah dirasakan sebelum ini.... Terasa lebih bermakna... Pada detik2 tertentu, ianya terasa sangat2 berharga....

    Puan Misa... saya juga senasib dgn puan. Tidak dpt menunaikan puasa (dah berhenti hari Ahad lepas, tp dtg menyapa semula tgh hari ini). Ujian buat saya..... Allahuakhbar. Saya pasti Allah memberikan yang terbaik utk kita...

    Allah, kekalkan kasih ini padaMu dan RasulMu....

    ReplyDelete