Friday, October 26, 2012

Aidil Adha Pasca Haji

Assalamualaikum...

Sebelum2 ini.... Bila ada tayangan yang berkaitan Umrah/Haji, mak pasti akan mengarahkan agar `stick' pada siaran tersebut. Di larang tukar siaran. Lepas tu, mak pun akan bercakap2... mengimbau semula pengalaman haji/umrahnya  yang lepas. 

Reaksi saya? Mendengar sahaja tetapi sebenarnya antara dengar dan tak.  

Tapi kini... Saya yang lebih2..... Saya pula melakukan perkara yang sama terhadap anak2 saya. Saya pula yang bercerita itu ini... panggil mereka tengok sama dan cuba menerapkan apa yang saya rasa ke dalam hati mereka. Adakah mereka juga bereaksi yang sama seperti `saya yang dulu'?

Sebelum2 ini... Saya rasa biasa2 shj ketika kedatangan Aidil Adha. Rasa lebih `best' lagi menyambut Aidil Fitri. Kemeriahan Aidil Adha hanyalah sebentar cuma, iaitu ketika berjemaah solat sunat dan seterusnya acara korban di masjid. Tak ada perasaan berdebar2, tiada perasaan sayu. Kosong. Ianya tak ubah seperti hari2 lain yang biasa.

Tapi kini.... Lain, sangat lain. Saya merasakan kehadiran `roh haji' menguasai jiwa dan minda saya. Semakin hampir kepada tarikh 9 Zulhijjah, semakin sensitif saya rasa. 

Masa permulaan kuliah pada 8 Zulhijjah, lecturer saya ada menyentuh pasal haji dan puasa sunat 9 Zulhijjah. Apatah lagi pada masa tu saya sdg berbalas sms dgn sahabat saya yang sedang berada di Mekah (alamak... kantoi). Terus mata saya bergenang tanpa dipinta. Cepat2 saya menyorokkan muka agar tidak ketara di mata pelajar2 lain.  

Sebelah malamnya pula, tanpa dirancang.... sahabat saya semasa haji (roomate - Zatul) datang menziarahi saya di hostel UKM (kebetulan mlm tu saya tidur di UKM)... membawa bersama juadah berbuka puasa ala2 Arab - kebab, halwa, jus mangga, roti, kurma... Alhamdulillah.  


Air kotak tu.... sama mcm yg kami dpt di Mina
Jus mangga tu.... sama mcm kami beli di Mekah
Allahuakhbar, seronoknya saya dapat berjumpa dgnnya.... Mcm2 kami bercerita... Kenangan haji yang lalu, kehidupan pasca haji yang lebih mencabar dan haji sebagai titik permulaan untuk memulakan kehidupan yang baru. 

Yes! Haji as a starting point to begin with a new life. Like a new born baby, insyaAllah.

Post2 di FB oleh jemaah2 haji seangkatan dgn saya (1432H).... banyak menyentuh pasal kenangan haji yg lalu dan juga updated info tentang keadaan di Arafah pada masa ini. Siaran live berkenaan penukaran kiswah juga boleh ditonton melalui internet dan juga Al Hijrah. Siaran tv juga banyak (mostly yg saya tgk Al Hijrah) memaparkan kisah2 berkaitan haji....

Hati saya sebenarnya, bagai berada di sana.... Saya dan abg asyik menonton siaran makkah live, melihat pergerakan 3 juta jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia. Labbaikallah hummalabbaik... hambaMu datang menyahut panggilanMu Ya Allah. Semua bergerak menuju arah yang sama dengan tujuan yang satu dan mengucapkan talbiah yang sama. MasyaAllah... Ibadah haji menyatukan umat Islam seluruh dunia, meninggalkan status, perbezaan kaum, fahaman politik dsb.

Perasaan dalam menyambut kehadiran Aidil Adha kali ini sungguh berbeza. Sungguh istimewa.

Semoga kita sentiasa istiqamah dalam beribadat, sentiasa improve dalam menjaga kualiti hubungan dengan Allah SWT dan melaksanakan sunnah2 Rasulullah SAW.

Semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah.

Nota: Pada masa ini, kelihatan jemaah sudah beransur2 menuju ke Muzdalifah

2 comments:

  1. Salam sejahtera...

    Air kotak tu...... :-) betul betul macam kat Mina. Saya masih ingat rasanya. Rasa mee segera Mina yang menjadi koleksi bawak balik semula ke Makkah juga tak dapat dilupakan sampai sekarang....

    Saya juga terfikir, terkenang dan menghadapi perkara yang sama. Adik2 dan anak2 cakap

    "dah lama dah asyik siaran haji je.... nak tengok channel lain lah pulak..."

    Rasa tak puas melihat, merenung dan mengimbau detik terindah itu. Semoga rasa rindu dan kasih ini terus kekal sampai bila-bila.... Mudah-mudahan Allah beri istiqamah untuk terus melakukan apa yang sama dibuat ketika berada di sana....

    Sayu ketika bertakbir bersama Jemaah ketika solat subuh pagi tadi setelah Solat sunat Aidiladha tidak mampu dilaksanakan....( Kitar biologi saya sama seperti ketika di Arafah dan mina. Saya Tidak melakukan solat fardhu ketika di Arafah, tetapi solat etelah selesai bertahallul 10 Zulhijjah....)

    ReplyDelete
  2. Air kotak tu, bila dibelek2 - sah! Made in Saudi Arabia. Air mangga tu pun.... rasanya sama.

    Subhanallah.... Saya juga teramat merindui tanah Haram. Selalu terfikir, alangkah bertuahnya jika dapat bermastautin di Mekah/Madinah....

    Tapi..... saya teringat kata2 Prof Kamil....

    “Jika rindukan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, ia hanya ada di Mekah dan Madinah. Kumpullah wang, insyaAllah Mekah dan Madinah boleh dihampiri. Jika rindukan Allah, kunjungilah rumahNya, ia ada di mana-mana. Lalu lakukan apa sahaja semata-mata keranaNya, laksanakan segala perintah serta meninggalkan laranganNya.

    Jika rindukan Baginda SAW, ikutlah sunnahnya. Lakukan solat berjemaah, bangun malam, puasa sunat dan perbanyakkan selawat dengan penuh rasa kasih sayang. InsyaAllah, terubat segala rindu”

    ReplyDelete