Monday, February 25, 2013

Syukur, Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Rindu dengan blog Rukun ke 5 saya ini. Dah lama tak update. Entry terakhir bertarikh 10 Disember. 

Mak baru sahaja meninggalkan kami sekeluarga, bertemu Penciptanya pada 2 Jan 2013 (Ayat-ayat Cinta Buat Mak). Kehidupan kami sekeluarga, serta merta berubah. Yang paling terkesan, sudah tentulah saya... satu-satunya anaknya. Allahuakhbar, kini saya seorang hamba Allah yang yatim piatu dan juga tiada saudara darah daging. Syukur, masih ada suami dan anak-anak di sisi...

Subhanallah.... Alhamdulillah... Allahuakhbar....

Seluruh kehidupan saya, banyak dibantu oleh mak. Saangaatttt banyak. Mak yang menjaga permata2 hati saya. Mereka tidak pernah dipelihara oleh orang lain selain mak. Hanya mak. Mak sentiasa memastikan perut mereka kenyang berisi. Balik sekolah, mak ada di rumah dan makanan telah disediakan oleh mak.  Mak memelihara cucu2nya dengan penuh kasih sayang. Saya dan abang akan menyiapkan segala yang mungkin bagi memudahkan urusan mak dan meminimumkan guna tenaga mak. 

Bila mak tiada, saya jadi buntu... kesian dengan mereka. Nanti, balik sekolah... tiada lagi uwan yang menunggu kepulangan... Rumah pasti bergelap kerana tiada sesiapa di dalamnya. Tak dapat saya bayangkan mereka membuka pintu rumah sendiri dan terpaksa menguruskan segala2nya sendiri. Selama kini, ada uwan yang tolong memantau itu dan ini... Tapi kini, tiada lagi.

Saya tak mahu memikirkan itu semua. Tak mahu! Saya serahkan segalanya pada Allah. 

Allahuakhabar.... Aturan Allah sangat perfect! Tabarakallah!

Allah jemput mak ketika saya sedang menghadapi final exam. Exam bukan setiap hari, bermakna... saya mempunyai banyak masa di rumah. Selepas final selesai, semester break pula. Bermakna, saya ada tempoh sehingga 18 Februari utk rearrange semula kehidupan keluarga saya. Allah, betapa Dia memudahkan urusan saya.... betapa Dia tak pernah menyusahkan hambaNya...

Orang2 sekeliling saya juga turut gusar.... siapa yg akan jaga puteri2 saya. Semuanya bertanya, bagaimana perancangan saya selepas ini. Saya hanya menjawab... "Entahlah... Alhamdulillah sekarang Sue masih dalam cuti semester... lepas tu, berserah saja pada Allah". 

Akhirnya, dengan bantuan Mak Su (adik mak), saya diketemukan dengan Susta Aheriah. Susta berasal dari Gua Musang dan sedang menunggu keputusan SPM. Allah... terima kasih Allah. Sekarang, bila semua bertanya tentang penjagaan anak2 saya, saya sudah ada jawapannya.  Allah telah meminjamkan Susta kepada saya. Yang paling utama.... ada org di rumah sewaktu anak2 balik sekolah. Di samping itu, boleh bantu saya buat kerja rumah... anak2 pun dah besar.



Syukur, Ya Allah. Ramai juga kawan2 yang `surprise' sbb saya, dengan `mudahnya' mendapat local helper.  Kawan2 saya, punyai pelbagai pengalaman pahit, masam, masin, segala macam rasa dengan maid... Ada yang kena tipu beribu2 RM oleh agent, maid lari, maid bermasalah dan mcm2 lagi. Ada juga yang minta tolong carikan `satu'. Saya.... tak mampu untuk membantu. Apa yang saya tahu kini... Allah sentiasa di sisi saya, di mana-mana....

Susta - tak begitu mahir buat kerja. Tapi, boleh dididik. Saya tak menganggapnya sebagai maid... Saya buat kerja2 rumah bersama-sama dia. Saya tak begitu pandai memasak, begitu juga dia (hehe....). Overall... dia ok.

Dulu, ahli keluarga saya berjumlah 6 orang kesemuanya... dan kini masih berjumlah 6 orang dengan adanya Susta bersama-sama kami.

Saya melihat pemergian mak banyak meninggalkan impact positif kepada saya... banyak! Dan... slowly, saya akan tingkatkan usaha untuk mencapai azam baru iaitu menjadi anak yang solehah. Bukankah apabila telah mati seorang insan, salah satu amalan yang tidak akan terputus adalah doa dari anak yang soleh?

Frekuensi saya hadir ke masjid, lebih tinggi selepas ketiadaan mak (lagi2 pula ada Susta yang boleh tunggu anak2 balik dari sekolah). Masjid adalah rumah kedua mak. Saya nampak mak everywhere di masjid. Saya nampak mak setiap kali ke masjid. Saya nampak mak setiap kali saya bersama-sama dengan kawan mak.  Begitu juga dengan kawan2 mak. Mereka nampak mak setiap kali mereka nampak saya. Saya... seolah2 pengganti mak, menyambung silaturrahim di antara mereka. Saya sangat suka dengan perubahan ini, yang saya harap akan kekal (dan bertambah berkualiti) sampai bila2.

Saya juga lebih kerap memasak sekarang (alhamdulillah). Kalau dulu, mak yang masak... balik kerja je, dah ada makanan (senangnya hidup!). Saya memang jarang memasak..... sebenarnya tak berkesempatan nak masak. Weekend pula... selalu keluar. Maka.... inilah masa untuk saya improvekan kekurangan saya.

Dengan adanya Susta, saya berpeluang untuk mengikuti usrah dan kelas harfiah. Kalau dulu, saya yang mengemas pinggan mangkuk dan sebagainya... tapi kini Susta tolong saya. Jadi, lepas dinner saya boleh bersiap2 ke masjid. Allah... terima kasih Ya Allah... Terima kasih Susta kerana membantu saya...

Belajar Bahasa Arab melalui terjemahan Al-Quran
Bukankah Allah membentangkan ruang dan peluang yang luas kepada saya untuk lebih mendekatiNya. Untuk saya mengumpulkan saham akhirat?

Allahuakhbar....

Tak terhitung segala kurniaan Allah kepada saya. Yang saya tahu, saya yang kurang `memberi' padaNya... Allah, sentiasa beri yang terbaik pada kita... yang kita nampak dan juga yang tak nampak. Setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersirat dan kita sebagai hambaNya perlu sentiasa positif terhadapNya.

Syukur Ya Allah.... Alhamdulillah...