Saturday, July 31, 2010

Klinik Kesihatan Tanglin

Pagi2 lagi lepas subuh dah bertolak ke KK Tanglin..... sebabnya...
1. Nak elakkan orang ramai
2. Pas ni nak pegi famili day

Alhamdulillah... saya lepas... malangnya, abg tak lepas la pulak

Lepas tu, pegi minum... rupa2nya ekyn ada kat sana juga....

Wednesday, July 14, 2010

Ke Tabung Haji Kelana Jaya

Hari ni, pepagi mintak kebenaran boss nak pergi TH Kelana Jaya... pegi ngan abg, nak semak status sebenar dan juga nak sahkan penerimaan status standby tu.... Awal giler kitorang sampai, TH tak bukak pun lagi.... kena la tunggu kol 8:30.. Alhamdulillah, memang disahkan yg kami terpilih sbg jemaah standby... Petugas TH pun, memprintkan salinan surat tawaran dan kami terus buat pengesahan penerimaan.

Sambil tu, borak2 la ngan dia... Dia tanya, dah attend kursus bersiri ke? Kami jawab la dah.... Datuk Kamal yg bagi kursus... Katanya ... Owh... Dia kenal Tauk tuh, orangnya berpengalaman luas dalam bab haji ni... Pengalaman kami yg follow kursus dia, dia mmg seorang yg berpengalaman luas dlm bab haji ni... Semuanya mcm kat hujung jari je....

Ya Allah, mudah2an.... kami mendapat jemputan dariMu Ya Allah untuk mengunjungi Baitullah, untuk menunaikan fardhu haji pada tahun ni...

Tuesday, July 13, 2010

Panggilan yg membahagiakan

Owh... hari ini hati saya sungguh berbunga-bunga... dalam hati ada taman. Petang tadi Ekyn call... dia kata Faizal (her hubby) kata nama saya dan abg dah ada dlm senarai standby.... Wahhhh, sungguh terharu saya rasa... Biasanya, kalau status standby ni, harapan utk menunaikan haji amat cerah... insyaAllah...

Terus, saya call TH for confirmation dan pegawai yg menjawab mengesahkan bahawa status kami berdua adalah jemaah standby. So, saya dimaklumkan bahawa kami kena jwb tawaran (terima/tolak) sbl tempoh yg ditetapkan. Saya kata, saya tak terima surat apa2 lagi... tapi pegawai tu ckp... pergi je ke mana2 TH dan minta dorang printkan salinan surat tawaran dan terus buat pengesahan.

Then... straight away pi bilik En. Boss... mengkhabarkan berita yg amat m'gembirakan buat saya ini... hehehe... taklah... sebenarnya, nak minta kebenaran keluar opis skejap esok hari utk pergi TH Kelana Jaya.... nnt, saya ganti balik masa yg saya ambil ni ye encik boss...