Tuesday, July 13, 2010

Panggilan yg membahagiakan

Owh... hari ini hati saya sungguh berbunga-bunga... dalam hati ada taman. Petang tadi Ekyn call... dia kata Faizal (her hubby) kata nama saya dan abg dah ada dlm senarai standby.... Wahhhh, sungguh terharu saya rasa... Biasanya, kalau status standby ni, harapan utk menunaikan haji amat cerah... insyaAllah...

Terus, saya call TH for confirmation dan pegawai yg menjawab mengesahkan bahawa status kami berdua adalah jemaah standby. So, saya dimaklumkan bahawa kami kena jwb tawaran (terima/tolak) sbl tempoh yg ditetapkan. Saya kata, saya tak terima surat apa2 lagi... tapi pegawai tu ckp... pergi je ke mana2 TH dan minta dorang printkan salinan surat tawaran dan terus buat pengesahan.

Then... straight away pi bilik En. Boss... mengkhabarkan berita yg amat m'gembirakan buat saya ini... hehehe... taklah... sebenarnya, nak minta kebenaran keluar opis skejap esok hari utk pergi TH Kelana Jaya.... nnt, saya ganti balik masa yg saya ambil ni ye encik boss...

No comments:

Post a Comment