Sunday, September 23, 2012

Kenangan Terindah (52): Majlis

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (51): Bas Oh Bas

10 Nov 2011, Khamis bersamaan 14 Zulhijjah 1432H. Aktiviti berulang-alik ke Haram bermula semula. Jemaah masih ramai tetapi makin berkurang. Jemaah haji `backpackers' juga tidak lagi kelihatan. Sekitar Haram kelihatan sampah sarap merata2. Sedih! Sampai hati dorang buat cam ni.....

Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab saya dan abg dalam melaksanakan Rukun Islam Ke 5. Bersempena itu (ada ayat cam ni ke?) dan mengambil keberkatan di malam Jumaat, kami berhasrat untuk menjamu rakan2 sebilik.... kenduri..... sebagai tanda kesyukuran. 

Kami beli nasi mandy ayam... Sebungkus nasi mandy boleh dikongsi berdua (suami isteri) sbb portionnya sangat besarrrrr.... Alhamdulillah, Kak Ainul sponsor juice... dan ada bbrp pot luck lain (saya dah tak ingat). Kami makan sama2 slps solat Isyak. Alhamdulillah, semua ahli bilik saya ada... complete dgn pasangan masing2, melainkan Makcik Marina sbb Pak Mad tak sihat. Majlis diadakan di corridor bilik aje.... Tak kisahlah, asalkan dapat bersama-sama...

Psst... Gambar yg diambil tak berapa cantik sbb pakai ipod.

Kepala masing2 dah bersinarrrr...



Kak Fidah dan Abg Rafine

Love this couple... Kak Ainul & Abg Shamsul

Linda dan Salleh....

Kak Mar dan Abg Syukor...

Makcik `Annie' dan Pak Aziz



Makcik `Mary' sorang je... sbb Pak Mad tgh baring... tak sihat

Gambar Kak Yati & Abg Nan sangaaatttt kabur...

Malam ni, badan saya rasa tak sihat semula.... Keesokannya, badan makin panas... dan saya tak berdaya untuk melangkah ke Haram. Demam saya datang balik dan saya terpaksa ke klinik ambik ubat.

12 Nov 2011, Sabtu bersamaan 16 Zulhijjah 1432H, alhamdulillah... badan dah terasa kebah. Dapat pesanan dari anakanda suruh skype dlm pukul 9.30 malam waktu M'sia. Rupa2nya... mak ada buat sambutan hari lahir yang ke 9 untuk Erin, anakanda yg bungsu. 

Ramai rupanya ada kat rumah... ada Mak Su sekeluarga.. dan Kak Ros pun ada. Skype dibiarkan `on' shj dan saya hanya memerhatikan suasana meriah tu dari jauh. Erin kelihatan sgt2 gembira.....

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Syukur pada Allah. Terima kasih Allah kerana melindungi keselamatan harta berharga yang kami tinggalkan.... iaitu mak dan anak2 kami....

Terima kasih mak....
... kerana tolong tengok2kan anak2 kami
... kerana jadi ibu dan ayah sepanjang ketiadaan kami
... kerana menemani tidur mereka sepanjang malam
... kerana menemani mereka ketika kesunyian
... kerana menggembirakan anak2 kami 
... kerana menyediakan makan, minum, pakai dan sebagainya...
... kerana ulang alik menghantar mereka ke sekolah...

dan segala-galanya....... tak terucap banyaknya.....


No comments:

Post a Comment