Monday, September 24, 2012

Kematian

Assalamualaikum...

Setiap pagi Isnin hingga Khamis antara 8.30 - 9.00 akan diadakan program bicara pagi / tazkirah di pejabat saya. Hari Jumaat terkecuali sbb ada bacaan Yassin. Ia tidak melibatkan keseluruhan warga MQA, cuma Sektor Pengurusan shj... iaitu warga tingkat 14. Setiap orang akan bergilir2 menyampaikan bicara masing2. Topik adalah bebas. Tujuannya mudah.... utk berkongsi cerita / ilmu / pengalaman dengan rakan2 lain disamping praktis utk public speaking.

Giliran saya yang terhampir (pada masa itu) adalah pada 12 Sept 2012 (Rabu), tapi... pada ketika itu saya dah mula cuti belajar (saya mula cuti pada 10 Sept). Saya ada 2 pilihan... mengelat atau switch dgn org lain. Elis, rakan sejawat telah mengoffer diri utk switch dgn saya kerana giliran beliau pada 5 Sept.... tapi, masa terlalu suntuk dan saya tak dpt mencari topik yang hendak dikongsikan. Saya juga tgh sibuk menyelesaikan kerja2 akhir sbl saya bercuti panjang.

Akhirnya, saya minta persetujuan Nazlee utk switch dgn saya... giliran beliau adalah pada 6 Sept (sehari slps Elis). W/pun di ketika itu, saya masih gagal mencari tajuk (yg saya selesa nak sampaikan), saya teruskan juga sbb tak nak menyusahkan org lain (ye la, nnt siapa nak ganti saya minggu depan?).

Ntah macam mana, terlintas di hati saya utk berbicara tentang MATI. Lalu, MATI lah topik yang hendak saya sampaikan ketika itu. Berbolak-balik memikirkan... sesuai ke? Saya faham... semua org dah tahu pasal mati. Semua org sedia maklum dan saya menyampaikan apa yg semua org dah tahu. Ia bukan sesuatu yang baru. Cuma, harapan saya.... untuk mengingatkan semula. Menggigil tubuh badan mengingati mati. 

Sumber: Google

Mati adalah bercerai roh dari badan, sebagai satu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi.... bermula dari alam kubur. Setiap makhluk tidak akan terlepas dari mati. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 185.

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari kiamat"

Disebut dalam satu riwayat, Rasulullah SAW bertanya kpd Nabi Ibrahim di alam arwah ketika peristiwa Israk Mikraj ttg bgm rasanya ketika Allah mengambil nyawanya. Kata Nabi Ibrahim... seperti kapas basah yang dilalukan kpd batang berduri... maka terlekatlah kapas basah itu kepada duri. Maknanya, bila roh ditarik... tersangatlah sakit... seolah2 segala daging2 tercabut dari jasad. Allah... Allah.... itu yang dirasakan oleh Nabi Ibrahim, yang membina Baitullah. Bagaimana pula dengan kita?

16 Sept 2012 (Ahad), saya mendapat perkhabaran bahawa suami rakan sepejabat telah meninggal dunia kerana jangkitan kuman di paru-paru. Arwah seusia dgn saya. Beliau mula dimasukkan ke PPUM pada 7 Sept. Anak - 3 org dan masih kecil2 (bersekolah rendah). Allah... tidak dpt saya bayangkan jika saya berada di tempatnya... Pada hari yang sama, bapa Kak Ros (juga rakan sepejabat) telah meninggal dunia di IJN. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.....

Selang 2 hari kemudian, sahabat kpd rakan blogger juga telah meninggal dunia kerana kanser. Dua hari kemudian, kedengaran pula berita kematian anak kecil berumur 9 tahun yang telah 4 hari koma akibat lemas di Bukit Gambang Resort City.

Semalam, 23 Sept.. mendapat berita, ayah kepada Hussain (classmate QA di INTAN) juga telah meninggal dunia. Hussain pula sdg belajar di Arkansas, US. Istimewanya.... ayah beliau merupakan jemaah haji Malaysia yang baru tiba di Madinah.  Allahuakhbar.... istimewanya... sangat2 istimewa.... Dikebumikan di Baqi', tempat bersemadinya isteri-isteri dan anak2 Rasulullah SAW serta para sahabat. Perkuburan ini sangat hampir dengan Masjid Nabawi... yang tidak pernah sunyi dari dikunjungi jemaah haji dan umrah.... tidak pernah sunyi dari doa2 mereka.

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda...
"Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah"

Tidak mahukah kita?

Kuasa Allah... setiap kali saya mendengar berita tentang suatu kematian.... ia akan diikuti dgn bbrp berita kematian lagi selepas itu.... Sesungguhnya kita adalah milik Allah, dan kepadaNya lah kita kembali.

Wahai bakal-bakal jenazah yang dikasihi Allah SWT... Kita semua tahu bahawa mati itu benar, alam barzakh itu benar, hitungan amal itu benar, titian sirot itu juga benar, syurga dan neraka juga benar. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia menghadapinya? 

2 comments:

  1. Hari ini, terima berita kematian ayah Zura (rakan sepejabat) pula.... Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Takziah juga kepada Munirah atas kematian bayi yang baru dilahirkan pada pagi ini... InsyaAllah, syurgalah tempatnya

    ReplyDelete