Saturday, June 16, 2012

Kenangan Terindah (32): Berpuasa di Mekah

Assalamualaikum...


Isnin, 31 Oktober 2011. Saya dan abg berpuasa sunat hari ini. Nikmatnya berpuasa di sini, amat sukar digambarkan. Walaupun cuaca panas ditambah dengan aktiviti berulang-alik ke masjid, bersesak2 dan dirempuh.... alhamdulillah, segalanya baik. Tidak langsung terasa membebankan.

Kalau di Malaysia, saya juga biasa berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Tapi... di Msia, pergerakan fizikal amat minimum. Pergi kerja, duduk dipejabat yg berekon... balik, jemput anak dari sekolah dan berbuka puasa sebaik sampai rumah. Dua situasi yg berbeza...

Saya juga ada membaca pengalaman2 jemaah haji yg lain mengenai berpuasa di Mekah. Yang saya kagum, beliau sanggup mencabar diri sendiri untuk berpuasa sunat dan mengerjakan umrah di siang hari. Subhanallah.... bertawaf di bawah panahan matahari, bersaie... dan berjaya! Untuk saya, saya hanya berpuasa sahaja.... tiada aktiviti sampingan. Umrah tidak, tawaf sunat pun tidak. Hanya berulang alik masjid shj.

Bercakap tentang pengalaman..... Apa yg saya ceritakan, hanyalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.... berdasarkan hari-hari yg saya lalui di sepanjang tempoh berada di tanah suci. Ia lebih mudah untuk dijelaskan kerana itulah yg saya alami. Saya tidak mengetahui apa yg dilalui oleh jemaah lain (melainkan mereka ada menceritakannya). Even, pengalaman dan perasaan abg juga mungkin berbeza dari saya.

Begitulah... hakikatnya, kita berada ditempat yg sama, waktu yg sama dan melihat perkara yg sama.... tetapi analisis dan pandangan kami mungkin berbeza. Setuju?


Gambar di atas adalah situasi yg biasa dilihat di kala waktu sarapan pagi, tengahari, petang dan malam.  Biasanya lebih meriah, lebih ramai pasangan yg berpiknik. Sebelum ni, saya ada cerita, kan.... pasal beli nescafe dsb. Masa inilah ia digunakan.... Saya siap beli `koleh' lagi utk bancuh air dan juga utk merendam maggi. Lepas saya beli, rakan2 bilik juga tertarik dan minta saya tolong belikan... No problem!

Kenapa mkn di sini? Sbb dewan makan agak kecil. Semakin lama, semakin ramai jemaah tiba di hotel ini menjadikannya semakin penuh. Maka, di sinilah pula tempat makan kami.... di corridor depan bilik masing2. Kami makan bersama2. Ada yg bawa makanan kering dari M'sia... bermurah hati utk berkongsi bersama. Dan ada  juga yg membeli makanan dari restoran/kedai2 sekitar.... Maka, semakin banyaklah juadah untuk dinikmati. Selain itu juga, yg paling berharga.... semakin mengenali jiran2 sebelah bilik.

Dengan cara inilah, kami semakin mengenali pasangan Kak Nor dan Abg Lan yg menjemput kami (buat kali yg ke2) untuk menikmati mee udang di Ipoh. Allah.... mulia sungguh hati mereka. Kurniakanlah mereka rezeki yang melimpah ruah....

No comments:

Post a Comment