Monday, June 18, 2012

Kenangan Terindah (34): Tempat Favourite

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (33): Kak Mar

Rabu, 2 Nov 2011 bersamaan 6 Zulhijjah 1432H. Hari ni, Kak Lis sampai ke Mekah. Kak Lis adalah saudara kepada saudara saya. Umur beliau, tua setahun dari saya. Beliau datang dengan pakej TH, tinggal di... tak ingat saya nama hotelnya... yang pasti di area menara jam.

Saya puasa lagi hari ini. Saya berhasrat untuk iktiqaf di Haram hingga Asar, dan slps Asar mahu ke Bin Dawood di Zamzam Tower dan kalau sempat, nak ziarah Kak Lis. Biliknya terletak di tingkat atas Felda D'Saji. Lepas tu, masuk balik Haram utk Maghrib dan Isya'. Itu perancangan saya. 

Masing2, ada tempat favourite di Haram. Kalau Maghrib dan Isya'... saya suka solat di roof top... Zuhur dan Asar pula suka di tingkat 2 Haram... ie. di kws air cond... Tingkat 2 ke? Ntah, saya pun tak perasan sbb tingkat/level di Haram agak mengelirukan saya. Bayangkan... roof top yg saya selalu ceritakan itu, kelihatan seperti tingkat 4 shj, tapi rupanya di dinding lif ia ditunjukkan sbg level 9! Selain dari roof top dan basement, ruang solat jemaah lelaki dan wanita mmg jelas diasingkan.

Saya pun tak begitu memerhatikan nama2 pintu, tingkat dan kedudukan satu2 tempat. Saya hanya nyatakan pada abg saya nak solat di mana dan abg akan bawa saya ke tempat tersebut. Sbb tu la saya tak ingat sgt posisi certain2 tempat sbb saya hanya membontoti abg yg akan membawa saya ke mana yg saya nak pergi. 

SEBELUM KHATAM QURAN

Saya tak berminat nak ke sana sini sbb saya memberi tumpuan sepenuhnya pada bacaan Quran dan iktiqaf. Usai solat, abg sering ajak explore Haram, tetapi selalunya saya menolak. Saya akan tinggal di tempat yg sama dan abg akan pergi ke mana2 yg dia suka. Saya akan duduk lama.... mungkin dari  Zuhur / Asar hingga Isya'.

Oleh sbb itulah, saya perlu cari tempat yg sesuai dan selesa (utk saya) stay lama2. Ada air-cond daaaaannnnn..... berdekatan TIANG! Hehehehehe..... Belakang saya jenis cepat lenguh dan sakit dan saya perlukan tempat utk bersandar..... Sememangnya, di tiang2 selalu dijadikan tempat utk diletakkan selipar jemaah2 haji.... tapi, pandai2 la adjust. Lepas solat dan berdoa... saya pun akan mula menyandarkan belakang saya ke tiang masjid.   

Saya hanya nak menunjukkan tiang2 dlm masjid melalui gambar ni
Sama je keadaannya.... mereka ni suka tidur dlm masjid
Bila bangun... terus solat tanpa berwudhuk semula
Tahan ke wudhuk saya? Alhamdulillah.... saya sentiasa mohon pada Allah agar saya mampu memelihara wudhuk saya sehingga ke waktu2 solat yg diinginkan. Doa sungguh2, mohon pada Allah. Saya tidak membaca doa yang khusus... dan saya kurang selesa menggunakan spray wudhuk. Seingat saya... ada la 2 - 3 kali saya menggunakannya.

Tempat favourite saya tu, mmg tak akan nampak Ka'abah. Tak mengapa.... kita solat bukan memandang Ka'abah. Tapi, saya akan pastikan, setiap kali keluar/masuk Haram... mesti pergi lihat Ka'abah dan membaca doa yg khusus apabila melihat Ka'abah. Ingat! Sebuah hadis drp Ibn Abbas r.a. bermaksud;

Sesungguhnya, pada setiap hari Allah turunkan 120 rahmat di Ka'abah, 60 untuk orang yg tawaf, 40 untuk orang yang solat dan 20 untuk org yg memandangnya.

SELEPAS KHATAM QURAN

Saya setuju mengikut abg explore Haram. Lepas solat, baca tafsir sekejap dan kaki terus melangkah ke mana2 shj.... luar dan dalam Haram. Kami solat di pelbagai kawasan yg berbeza....Yg paling diingati, menjejaki kawasan telaga zam-zam... Abg cuba buat2 `ter'masuk, ttp ada kakitangan Haram yg perasan.... dan sempat menghalang! 

Tu... yg saya nak ke Bin Dawood slps Asar..... (Hehehe... Berbalik semula kpd cerita mula2 tadi.. ) dan nak ke farmasi di situ... yg lebih besar berbanding farmasi2 berdekatan hotel saya. Nak mencari sesuatu yg juga tak terdapat di farmasi2 lain di sekitar hotel. Semua farmasi saya tanya, tapi tak de jual.... Di situ, baru ada.

Tempat tumpuan.... semua keperluan ada di sini
Haram semakin padat
Nak ke situ (dari Haram, slps Asar).... jalannya amat sesak. Padat. Pergi saja dah ambil masa yg lama w/pun jaraknya dekat. Akhirnya, tak sempat juga nak ziarah Kak Lis. Perancangan saya tak menjadi sepenuhnya. Saya membatalkan pertemuan kami melalui telefon. InsyaAllah, akan berjumpa nanti jika ada kelapangan.

Haram dah mula dipenuhi dgn jemaah2 haji. Sekarang dah 6 Zulhijjah.... 2 hari lagi adalah hari Tarwiyah. Perasaan saya? Berdebar2 menunggu hari wukuf. Perasaan yg seolah2 mahu berjumpa kekasih.

Ya Allah..... permudahkan urusan haji kami semua Ya Allah. Peliharalah keselamatan dan kesihatan kami semua Ya Allah.... Peliharalah hati kami.....


No comments:

Post a Comment