Sunday, June 17, 2012

Israk Mikraj dan Tahiyyat

Assalamualaikum...

27 Rejab adalah sinonim dengan peristiwa Israk Mikraj. Kalau cerita pasal Israk Mikraj, byk je kat google... Antaranya...
  1. Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu Dihayati
  2. Misteri Israk Mikraj
Kalau nak dengar ceramah yg komprehensif pasal Israk Mikraj ni, cari kat youtube pasal Kembara ke Sidratul Muntaha (ada 123 siri)... dikupas dengan jelas oleh Ustaz Abu Zulfiqar Amsyari berdasarkan kitab Kifaayatul Muhtaaj karya Syeikh Daud Fatani. Tapi... saya pun tak dgr keseluruhan siri... lompat2 sbb masa tak mengizinkan.

Apa yang saya nak kongsikan di sini, bukanlah kisah Israk Mikraj tetapi salah satu rukun solat iaitu membaca tahiyyat akhir. Sebenarnya, solat dan tahiyyat itu ada hubungan yang sangat erat dengan peristiwa Israk Mikraj.  

Peristiwa Israk Mikraj ini hanya disebut secara umum dan sekilas sahaja dalam Al Quran... iaitu dalam surat Al-Israa' ayat pertama yang bermaksud,

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al Israa' 17:1) 

Dikhabarkan kepada saya, tahiyyat itu adalah `bicara' antara Rasulullah SAW dan Allah SWT... yang berbunyi begini..

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba ('ibaadi) Allah yang soleh.

Benarkah? Wallahualam...

No comments:

Post a Comment