Saturday, August 4, 2012

Kenangan Terindah (44): Melontar @ 10 Zulhijjah

Assalamualaikum...


Melontar Jamrah adalah amalan wajib dalam ibadat haji. Bilakah waktu yang afdhal utk melontar Jamrah Kubra masa 10 Zulhijjah? Masa yg afdhal adalah dalam waktu yang segera sebaik tiba di Mina. Tapi, kebiasaannya, waktu sebelum subuh pada hari ini.... keadaan di Jamrah agak bersesak2 dgn jemaah dari negara lain. Dalam keadaan wujudnya bahaya ni, maka waktu yg paling baik utk melontar Kubra adalah waktu yg ditentukan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan (Saudi) seperti yg dimaklumkan oleh pihak Muassasah dan TH. 

Beberapa org rakan saya telah bersegera pergi melontar, sebaik sampai di Mina. Sbb yg utama adalah untuk bersegera balik ke Mekah (selepas melontar) bagi menunaikan tawaf dan saie. Kenapa? Kerana bimbang didatangi haid pada masa2 itu. Kalau dtg bulan... alamat, lama la tempoh masa dlm ihram. Mengikut perkiraan, mereka2 ini akan didatangi haid pada waktu2 terdekat dan seboleh2nya, mereka nak selesaikan tawaf dan saie sbl tu.

Saya? Tak putus2 mohon pada Allah... agar ditangguhkan haid sehingga selesai tawaf wada'. Saya tak ambil apa2 ubat utk menahan haid... Saya betul2 bergantung harap padaNya agar memperkenankan permohonan saya.... agar mempermudahkan urusan haji saya. 

Saya dan abg bertolak ke Jamrah selepas solat Subuh. Kak Nita pun turut serta. Asalnya, kami berkumpul  bersama jemaah haji yg lain (ikut TH)... tapi, akhirnya kami ambil keputusan utk jalan dulu. Kami jalan mengikut arus... pastinya semua jemaah menuju ke arah yg sama.


Bila hampir dgn terowong Muassim, kelihatan signboard menyatakan jarak ke Jamrah 2km. Ada 2 terowong... satu jalan pergi dan satu lagi jalan balik ~ one way. Suasana dalam terowong, meriah dgn ucapan talbiah.... Meremang bulu roma, gema talbiah meresap ke dalam jiwa. MasyaAllah... syukur kerana direzekikan untuk menunaikan haji. Kadang2, rasa mcm mimpi pun ada... 


Suasana dalam terowong? Sangat selesa.... ada sistem pengudaraan yg baik (byk kipas). Tak rasa panas... tapi berangin2. Cuma, sesak dgn jemaah je... Tapi, semuanya jemaah dari Asia spt Msia, Thailand, S'pore & Indonesia... Saiz badan lebih kurang sama... So, ok je..

Keluar dari terowong, masih perlu berjalan lagi dan sampai ke satu kawasan, dah bercampur dgn jemaah2 selain Asia. Di kiri jalan, kelihatan kemudahan tandas yg kosong! Jalan ke depan lagi.... di sebelah kanan (arah ke Jamrah) kelihatan seperti hotel. 

Hotel ke? Not sure
Jemaah berpusu2 ke Jamrah

Menghampiri Jamrah
Jalan menuju ke Jamrah amat luas, tapi certain2 kws dihadang... dan ada polis (ke?) jaga... Mcm dalam gambar atas tu. 

Ni gambar perjalanan dari khemah (yg putih2 tu) menuju Jamrah... berlorong2
Sumber: Google
Kami mengambil keputusan untuk melontar di tingkat atas. Access amat mudah. Ada byk escalator menuju ke atas. Tapi, masa ni, kebanyakan akses ke Jamrah tutup... mungkin akses utk jemaah dari lorong2 lain. Dan kami naik lagi dan terus naik.... hinggalah sampai ke tingkat yg teratas.


Escalator ke atas
Dan akhirnya sampai.... Tapi, awas (chewah!). Jamrah yg mula2 kita lihat adalah Jamrah Sughra. Hari ini, lontaran yang pertama adalah untuk Jamrah Kubra. Waktu melontar Jamrah Kubra adalah mulai selepas separuh malam 10 Zulhijjah (sama waktu utk mabit di Mzd) dan berakhir sebelum terbenam matahari 13 Zulhijjah. Waktu melontar untuk Sughra dan Wusta belum masuk lagi.

Kiranya, kalau marathon buat semua pada 13 Zulhijjah.... boleh la. Tapi, better la buat hari2. Kalau dok `ontok-ontok' dlm khemah @ Mina tanpa buat apa2 aktiviti.... boring pulak. Lagi pun... kita bukannya boleh predict apa yg akan jadi di masa2 seterusnya.... Bagi mengelakkan sebarang masalah, baik buat hari2. Ini nasihat utk jemaah yg tak de masalah kesihatan. 

Jamrah Wusta... tgk gambar jamrah yg di bold.. maknanya jamrah yg kedua
Takut2 gak nak ambik gambar ni...
Kot2 la polis tu `perasan' kita nak ambik gambar dia 

Jamrah Kubra adalah yg last sekali. Maknanya yg paling jauh sekali. Alhamdulillah... tak terasa jauh pun sbb pergerakan secara `berjemaah' jugak.... beramai2. Kalau kat M'sia nak jln kaki cenggini, ada sanggup? 

Jamrah Wusta
Alhamdulillah, kami dapat menyempurnakan lontaran dengan selesa sekali. Kawasan lontaran yg luas dan lapang, memudahkan jemaah bebas memilih port mana yg di sukai. Tapi, kalau nak lebih baik lagi... eloklah laksanakan amalan2 sunat utk melontar. Salah satunya, melontar dengan keadaan kiblat di sebelah kiri dan Arafah sebelah kanan. 

Macam mana nak tau mana arah kiblat? Sonang jo.... signboard di mana2...



Nak tengok apa ada dlm Jamrah?




Hehee... of kos la tak nampak... dah namanya saya melontar kat tingkat teratas. Batu2 yg dilontar akan masuk dalam corong tu.

Selesai melontar, kami berdoa.... dan seterusnya, saat yang ditunggu2 telah tiba.... Kami bergunting - tahallul awal. Alhamdulillah.... syukur... Tahallul awal bererti, jemaah haji bebas dari pantang larang ihram melainkan larangan yang berkaitan pekahwinan iaitu akad nikah, bercumbu-cumbuan dan bersetubuh.

Ini bermakna....... saya dah boleh basuh rambut, tutup muka ~ esp masa tidur mlm sbb saya betul2 mengadap air cond kat khemah di Mina. Jemaah lelaki dah boleh memakai pakaian berjahit.

Dan... kami pun mencari jalan pulang... Sesat sikit, sbb jalan menonong.... Tak pandang signboard. Sepatutnya kami belok ke kanan, tapi kami belok ke kiri. Kalau jalan ke depan, adalah jln balik ke Mekah. Pas tu, patah balik.... dan we're in the right track. Kembali menyusur arus manusia ke terowong Muassim dan gema takbir di pagi raya....

Allahuakhbar... Aidiladha di sini... Sesuatu yg tak pernah saya bayangkan. Kadang kala, rasa tak percaya yg saya sedang menunaikan Rukun Kelima... Allah, nikmatMu tak terhingga. Kami dijemput sebagai Dhuyufur Rahman dalam keadaan masih bertenaga, sihat walafiat.... Subhanallah... Bukan semua org dapat menikmati apa yang kami rasai pada waktu ini.... hanya yg terpilih, ya Allah... Hanya yang dipilih olehMu ya Allah.....

Kami meninggalkan Jamrat dengan alunan takbir raya, bersama2 jemaah2 yg lain..... Masa ni, baru saya teringat anak2 dan mak di tanah air....


4 comments:

  1. Alhamdulillah,

    Saya terasa seperti masih berada di sana bila membaca catatan ini. Aroma terowong, alunan talbiah, jamrat...... semuanya segar dalam ingatan. Hilang segala bayangan "SUKAR" ketika melaksanakan lontaran.... Alhamdulillah dengan izin Allah tiada yang sukar.

    Part belok kanan untuk balik khemah tu, saya juga pernah tersesat sekejap ketika berpisah dengan suami ( kerana dia repeat untuk buat lontaran mak ).

    ReplyDelete
  2. Tu la, puan.... Kami perasan yg kami sesat sbb tak nampak pun jemaah Asia yg lain di sekeliling... Rasa pelik sekejap. Tapi, alhamdulillah.... tak jauh pun tersasar...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum hajah, suka sangat membaca catatan hajah, mengingatkan kembali perjalanan haji saya, suami & anak bujang saya di masa yg sama dgn hajah. Saya dr maktab 88, kt 43, muassasah juga.. :) kami juga ikut melontar jamrah kubra dgn kumpulan pertama maktab 88 yg bergerak dr khemah, masa tu kami baru saja sampai di khemah (rasanye masa tu abt 2 pg), baru aje letak beg bila dengar announcement utk melontar. suami pun terus ajak ikut melontar. wlpun badan amat penat masa tu, tp tetap bersemangat.. alhamdulillah, perjalanan ke jamrah masa tu lancar sgt, x ramai sgt kumpulan, kami sempat balik utk subuh di khemah lepas melontar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Cik Wani... salam perkenalan dari saya...

      Delete