Monday, August 6, 2012

Kenangan Terindah (46): Aktiviti pada 11 Zulhijjah

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (45): Aidiladha di Mina (Hari Nahar)

11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah Hari2 Tasyrik. Hari ni kena lontar ketiga2 Jamrah - Sughra (7 biji), Wusta (7 biji) dan Kubra (7 biji). Saya bangun pukul 3 pg hari ni. Bangun2 je, Kak Fidah kata nak balik semula ke Mekah slps melontar nanti. Hah? Saya ingatkan, dia masih penat lagi sbb semalam dah berjalan kaki balik ke Mekah dan balik semula ke Mina. Tapi, pagi ni..... dia nak buat semula cam tu. Oh, tak penatkah?

Saya berpikir2.... wajarkah saya juga baik ke Mekah hari ini, bagi menyempurnakan tawaf dan saie? Melihat semangat Kak Fidah, seolah2 saya juga mampu melaksanakannya. Tambahan pula, haid saya ni... tak menentu. Bila2 masa boleh dtg. Risau juga... tapi, saya yakin bahawa Allah akan memberi yang terbaik buat saya. Saya tak pernah lupa mohon padaNya agar ditangguhkan haid sehingga selesai tawaf wada'.

Bagi wanita, amat penting mengetahui kitaran haid mereka.... agar mudah buat perancangan. Bagi kami KT yg awal2 ni, perkara tu amat signifikan sbb ia akan effect pada penerbangan balik nanti. Kami tak punya byk masa. Mcm2 mana pun, kena selesaikan juga tawaf dan saie sbl balik Malaysia.

Saya pun, call abg... "Jom balik Mekah!". Abg ok aja. Lagi pun, dlm khemah.... duduk2 aja... Makan, solat, ngaji dan zikir pun, hanya dengan duduk je. Baik saya penuhi aktiviti hari ni dgn menyelesaikan tawaf dan saie. Kak Nita dan Zatul pun nak join kami pergi melontar, tapi mereka akan patah balik ke Mina. Zatul dah tawaf dan saie smlm (bestnyaaa.......). Kak Nita nak buat slps balik ke Mekah (dari Mina) nanti.

Sejam lebih saya beratur (masuk toilet) hari ni. Jgn harap la nak mandi... Dapat buang air, gosok gigi dan wudhuk pun dan sangat2 nikmat dah. Kak Nita dan Zatul jln ke Jamrah dulu sbb nak pi toilet kat sana... Kami janji jumpa di sana. 

Saya dan abg mula ke Jamrah sebaik selesai solat Subuh. Sampai di toilet... Kak Nita dan Zatul dah tunggu. Kata mereka.... selesa sungguh, tak ada org.... hhehe. Perjalanan diteruskan.... dgn suasana yg amat selesa. Keadaan pagi yg nyaman dan sedikit sejuk, amat mendamaikan. Jemaah kiri kanan pun tak berapa ramai lagi... 

Seperti semalam, kami menuju ke tingkat yg teratas untuk melakukan aktiviti melontar...




Ecece... tuan blog dan encik suami
Dah tak peduli nak matching2 tudung ngan baju daahhh...

With Zatul dan Kak Nita (saya tgh rindu kat korang...)

Teringat masa kursus haji.... Ustaz kata, "jgn lontar batu sekuat hati kat tiang jamrah tuu.... Kang melantun balik batu tu keluar... tak sah! Jangan pulak ingat `tiang jamrah' tu setan yg kita kena lontar pulak. Tiang tu sbb nak halang batu yg dibaling jemaah seberang sana, terkena jemaah seberang sini" 

Alhamdulillah, dapat melontar sangat hampir dengan jamrah... dengan mengirikan kiblat. Selesai melontar dan berdoa, saya dan abg menuju ke depan manakala Zatul dan Kak Nita belok ke kanan utk balik ke Mina.


Jalan terus ke depan utk balik ke Mekah

Backpakers




Nampak signboard `Makkah' tu? Kali ni, tak perlu ikut signboard.... kalau ikut jugak, alamat lagi jauh la berjalan kaki. Pesan kwn2 yg balik ke Mekah semalam.... belok ke kiri. Jarak lebih dekat.


View dari belakang saya

Memutih bukit2 sekitar dgn jemaah backpakers

Beruntung kita..... diuruskan dgn baik oleh TH


Perjalanan diteruskan lagi... Suasana masih selesa, suasana sejuk menyebabkan peluh segan nak keluar... Alhamdulillah... kan tak mandi pagi. Kami jalan bersantai2... sambil bawa balik baju kotor... kot2 la sempat nak basuh kat hotel kang. Sepanjang perjalanan.... menikmati pemandangan yg mungkin tak akan lagi kami alami selepas ini. Cuma... yang menyedihkan.... kawasan sekitar amat kotor, penuh dgn sampah sarap.

Sedddiiihh..... sbb Islam amat mementingkan kebersihan. Kenapa bandar suci ini sanggup dicemari dengan sampah sarap oleh tetamu2 Allah?


Mana2 pun boleh tidur... sejuk berselubung



Lori tangki yg membekalkan air ke hotel2

Bundle?

Masuk terowong ni... dan jaaaalllaaaan lagi....

Pertengahan terowong....
Sampai di pertengahan terowong.... hati dah berbunga2 sbb nampak Menara Jam. Maknanya.... tak berapa jauh lagi. Kemudian, sambung lagi journey.. masuk lagi dlm terowong... dan akhirnya, bila keluar terowong sampai ke tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW... yang dah dijadikan perpustakaan.






Bersambung.... tak larat dah nak menaip. Nak keluar pi beli baju raya anak2....

No comments:

Post a Comment