Monday, August 6, 2012

Kenangan Terindah (45): Aidiladha di Mina (Hari Nahar)


Assalamualaikum....

Sambungan dari Kenangan Terindah (44): Melontar @ 10 Zulhijjah

Sesampai di khemah, saya pun bersiap sedia untuk membersihkan diri. Alhamdulillah... ada 2-3 toilet yang free. Berbunga2 hati saya.... hehe. Saya pun, mandi siap basuh rambut. Nikmat sungguh rasanya. 

Oh ye... setiap kali masuk toilet di Mina, saya akan bawa 3 plastik... Satu plastik berisi toiletries, satu isi pakaian bersih, satu isi pakaian kotor. Kena isi semua dalam plastik dan gantung dlm toilet sbb kalau tak bungkus ngan plastik, habis basah nanti. Toiletnya sempit... kalau bukak shower, airnya direct terus masuk ke tandas. Boleh bayangkan? 

Lepas mandi... saya pakai BAJU RAYA. Hah? Ye, baju raya... jubah putih yg saya beli khas untuk hari ini. Saja mengada2.... walhal dok dlm khemah aje... heheh. Tak pe... nak meraikan kejayaan melepasi separuh tahap ibadah haji (aci ke?).

Lepas solat Dhuha saya call rumah.... ucap Selamat Hari Raya kat mak dan anak2. Rupa2nya, kat rumah tu tgh meriah sbb Mak Su sekeluarga turut bermalam di rumah utk sama2 menyambut Aidiladha dgn mak dan anak2. Saya tanya kat anakanda... `uwan masak apa?'. Anakanda jwb... `mcm2... ada rendang, nasi impit, lontong, sup'. Kami kat sini makan apa? Makan mcm biasa aje... seperti yg disediakan oleh muassasah. Tak de rendang unta pun. 

Ini la yg disediakan oleh pihak muassasah....

Hari ni adalah hari menyembelih binatang korban (spesifiknya adalah unta), Kami juga tak melepaskan peluang utk laksanakan ibadah korban di sini, w/pun bulu mata unta pun tak nampak bayangnya. Semua dah diuruskan oleh TH. Bayor je. Tapi, kalau nak pi tengok penyembelihan sang unta... bolehhhh. Tak jauh je dari tempat penginapan di Mina. Tapi kami tak le pergi....  

Badan rasa dah penat. Selain dari solat, makan... kebanyakan masa saya tidur. Mata mengantuk sgt tak tahan. Baca Quran, mengantuk.. baca buku mengantuk...

Akhirnya, saya tertidur dgn nyenyak sekali.... tak sedar dah apa yg berlaku di sekeliing. Sedar2, saya tgk keadaan sekeliling sgt2 lain. Seolah2 ada dinding (kain kanvas khemah) di sebelah saya. Aik... sejak bila ada bilik pulak ni? Tercengang2 saya... Adakah sesape telah mengalihkan saya diwaktu saya sedang tidur? Hohoho... berat sungguh saya ni, sape la jemaah wanita yg gagah perkasa tu.

Ok, stop berangan. Sebenarnya, org petak sebelah telah menurunkan tirainya... mungkin utk privasi. Asalnya, semua dinding khemah diikat ke atas. Bila dinding khemah tu diturunkan, abih habuk2 bertempiaran lari (heheh). Bayangkanlah.... mungkin dah bertahun2 (ataupun, paling singkat setahun ~ since musim haji thn lepas) dinding khemah tu tak diusik. Pastinya berkepuk habuk bertapa kat situ. Habuk2 tu la yg dah bertebaran ke kawasam khemah yg lain. Dan saya lah yg paling hampir di situ dan tidak sedar apa yg dah berlaku. Dan... agaknya... dah berbakul2 habuk saya sedut masa tidur. Owh... ini sgt tidak baik utk kesihatan saya...

Khemah di Mina
Tirai yg saya maksudkan adalah yg bergulung2 kat atap tu

Bersungutlah jugak rakan2 sekawasan saya ni (tak boleh cakap `rakan sebilik' sbb tak de bilik). Hish, macam2..... masa2 mcm ni (and always), tak bolehlah nak pentingkan diri sendiri... kena hormati jiran tetangga dan perlu bertimbang rasa. Tak ada istilah `privasi' dlm keadaan mcm ni. 

Tak lama lepas tu, ustazah dtg.... dan tegur dorang (agaknya, ada la yg pi report tuuu...). Ustazah tu... adalah Ustazah Fatimah yg saya pernah cerita duluuuuu. Ustazah suruh dorang angkat semula dinding kanvas yg dah diturunkan tadi. Sekali lagi.... habuk memenuhi ruang khemah. Aiiyooo.....

Malam, baru kwn2 saya yg balik Mekah balik semula ke Mina . Muka msg2 sangat gembira dan penat sbb dah selesai tawaf dan saie. Mereka pergi balik jalan kaki... dlm 15km in total. Manusia punyalah bersesak2 di Haram. Kak Ainul cerita, dia sampai menangis2 sbb terhimpit dan terapung2 sbb tersepit dek org yg terlampau ramai. Tapi, mereka kena juga balik ke Mina bermabit.

Waktu afdhal bermabit adalah dalam tempoh masa seluruh waktu malamn iaitu mulai terbenam matahari (masuk Maghrib) sehingga terbit fajar. Kalau tak pun, memadai berada di bumi Mina sebahagian daripada waktu malam dgn syarat waktu Subuh berada di Mina.

Banyak2kanlah berzikir sepanjang berada di Mina. Ayat 22 Surah Al-Hajj menyatakan:
"Supaya mereka menyaksikan berbagai-bagai perkara yang mendatangkan faedah (yang telah dikurniakan) untuk mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan kerana pengurniaannya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak"


No comments:

Post a Comment