Sunday, August 12, 2012

Kenangan Terindah (47): Aktiviti pada 11 Zulhijjah (Sambungan)

Assalamualaikum...

Sambungan dari Kenangan Terindah (46): Aktiviti pada 11 Zulhijjah. Sambungan atas sambungan, ye....

Bila dah sampai sini (Haram)... hati berbelah bahagi. Nak terus balik hotel ke atau nak terus masuk Haram untuk bertawaf. Dalam pada berkira2 tu.... kaki pulak terus melangkah dan dah nak sampai hotel la pulak... nyeh..nyeh... Singgah beli breakfast jap dan terus masuk hotel dan breakfast.

Sampai di hotel.... kelihatan kosong jek. Ye la... semuanya dok kat Mina. Tapi... ada juga sebilangan kecil jemaah di hotel... yang mungkin buat aktiviti mcm kami ni. Dalam bilik saya... ada Kak Fidah dan Kak Ainul. Husband dorang pun ada, tapi kat bilik masing2 la.... 

Saya terus masuk bilik air dan basuh kain kotor yg di hangkut bersama dari Mina tadi. Bersihkan diri, sidai kain dan keluar semula ke Haram. Tak rehat langsung. Peliknya... saya tak terasa letih... rasa excited nak tunaikan tawaf dan saie.

Panas terik matahari menyimbah muka dalam perjalanan ke Haram (dari hotel). Sesampai di Haram, kami solat tahiyyatul masjid dan bersiap sedia untuk menunaikan tawaf rukun. Manusia? Subhanallah.... memang ramai. Tapi, agakan saya.... semalam laaaaaggiiii ramai. Mata mencari2 ruang kosong di dataran Ka'abah agar kami boleh bertawaf di situ.

Sepanjang kami berada di sini, kami tidak pernah bertawaf di tingkat atas. Saya pun tak sanggup nak mencuba. Saya lebih sanggup berhimpit2 di dataran Ka'abah dari tawaf di tingkat atas. Alhamdulillah, ada aja ruang utk kami menyelit. Saya sentiasa yakin dan semat di hati, insyaAllah... ada ruang utk kami tawaf di dataran.

Di dataran Ka'abah.... tempat yg paaaaliiingg pack sekali adalah ruang permulaan tawaf. Sebab di situ, jemaah cenderung utk berhenti dan istilam. Dulu.... tempat permulaan tawaf di tanda dengan satu garisan. Kini, garisan tu dah digantikan dengan dua garisan yg bersudut 90 darjah, maknanya ruang untuk istilam  lebih luas. Jemaah juga boleh berpandukan kepada lampu hijau yang terletak di sudut bersetentang dengan Hajarul Aswad, i.e. di sebelah kanan kita.

Lampu hijau di atas spot light

Tiang berhampiran lamu hijau.... unik, lain dari yg lain

lampu hijau di kawasan saie

Ada byk papan tanda... perasan atau tak je...

Sedang kami tawaf di pusingan ke 4 (kott - tak ingat), azan Zuhur berkumandang dan kami berhenti utk solat. Selesai solat, kami pun menyambung tawaf Baitullah dan seterusnya melaksanakan saie. Alhamdulillah.... segalanya selesai dengan baik. Abg pun... membotakkan kepala. Kami terus balik ke hotel... dan berehat.

Saya tak nasihatkan bakal2 jemaah mengerjakan tawaf (terutamanya) dan saie pada Hari Nafar 10 Zulhijjah sbb kepadatan jemaah yang luar biasa di Haram. Tambahan pula, tenaga agak lemah kerana kita baru sampai di Mina (dari Arafah). Atas sebab keselamatan, eloklah bersabar dulu.... Kalau buat hari ini (11 Zulhijjah), jemaah dah berkurangan... tapi masih padat juga. At least, tak la seperti semalamnya. Nasihat saya ini berdasarkan pengalaman rakan2 saya (yg completekan tawaf dan saie pada Hari Nafar) dan pengalaman saya sendiri (tawaf dan saie pada 11 Zulhijjah)

Pada masa ini.... saya mula terpikir2 nak buat NAFAR AWAL. Saya flash back aktiviti hari ini. Perjalanan dari Mina ke Mekah sejauh 7km.... tidak terasa jauhnya.. (Subhanallah). Saya dapat bertawaf dan saie dengan selesa. Dengan izinNya, saya telah berjaya melakukannya... dan saya masih bertenaga. Lagipun, kalau buat Nafar Awal, boleh saya balik hotel awal... Maknanya, tempoh hidup bersusah payah di Mina boleh disingkatkan (Astaghfirullah...).

Okeh... back to the topic ~ Dalam pukul 3.30 (selepas Asar), kami bertolak semula ke Mina dengan menaiki van sangkut. Semuanya 6 org i.e. saya, Kak Ainul, Shaha dan suami masing2. Kadar yang diminta adalah SR180.... maknanya SR30 sorang. So, ok la.... Memang pada masa2 ini, harga tambang akan naik berlipat ganda. Tapi... Pak Arab ni tak leh hantar direct ke penginapan kami... dia cuma boleh htr ke Jamrah shj. Maknanya... kami kena menapak lagi dlm 3km.

Mula2... hanya kami berenam yg menaiki van sangkut tu. Tapi... makin lama makin ramai dan mereka yg lain duduk di belakang van (tempat barang2). Dari conversation antara pemandu dan penumpang2 lain... kami agak, mereka dikenakan tambang yg lebih murah daripada kami. Sebabnya... kira nya tempat duduk kami ni lebih selesa... (yo la tu...).

Jalan amat sesak, apa lagi bila menghampiri kawasan Jamrah (jauh lagi). Lama van sangkut tersangkut (terhenti - tak leh bergerak) sbb heavy traffic. Akhirnya, kami ambil keputusan utk keluar van dan berjalan kaki shj. Jalan kaki lagi laju. Akhirnya... sampai di kawasan Jamrah.

Allahuakhbar...... saaaaaaaannggaaaaaaaattttt sesak dengan jemaah dari negara bukan Asia. Pergerakan menjadi sangat2 lambat. Kadang kala terpisah dgn abg (tapi tetap menten bersama, chewah). Kak Ainul dan Sha pun dah tah ke mana... Kami dah terpisah. Perjalanan terasa sangat2 jauh. Saya dah mula rasa letih.

Dinner pun tak berapa nak lalu... sbb letih sangat. Saya berpikir2 semula tentang Nafar Awal. Kawan saya - 3 pasangan buat nafar awal... Kak Ainul, Kak Fidah dan Linda. Bukan mereka shj, ramai yg lain lagi (yg saya tak brp kenal). Should or shouldn't? Kalau membayangkan keselesaan di hotel.... `should' la jawapannya. Kalau pikir pasal keadaan badan.... `shouldn't' la jawapannya. Akhirnya, abg kata... `tak payah!'.

Malam ni... malam kedua di Mina. Saya tidur pakai mask... sbb nak mengelakkan air cond yg tuju tepat ke muka saya.


No comments:

Post a Comment