Sunday, April 29, 2012

Kenangan Terindah (18): Kenangan Yang Tak Indah

Assalamualaikum....


Rabu 19 Oktober 2011... Hari ni saya rasa rindduuuuuu sgt nak minum Nescafe `O' panas kegemaran saya. Teh dan gula yg dibekalkan TH masih belum digunakan. Krimer, saya sedekahkan pada roomate sbb saya tak guna. Kami mencari Nescafe di kedai.... alhamdulillah... ada rupanya dijual di sini. 50g harganya SR12... Nescafe classic punye. Kicap Indofood pun dah nazak... lupa lak nak beli skali.

Mcm ni la ghope kicapnya... Gambar dari Google                 
Kicapnya likat dan manis... tapi, tak kisahlah... asalkan nasi saya berseri cukuplah. Saya mesti bawa ke dewan makan. Ada juga jemaah yg senyum2 melihat saya... Saya anggap, mereka juga tertarik dgn kicap saya sebenarnya... hehehe (kena selalu pikir positif!). Ramai juga yg bertanya... "mana beli?" Roomate saya juga turut membeli nescafe.... berbotol2.

Hari ni, kami nak buat umrah lagi. Berdasarkan pengalaman lepas (yg tak jd nak ke Tanaim slps Asar).... kami mencari kenderaan ke Tanaim slps solat Maghrib. Cari punya cari, terjumpa dgn sepasang suami isteri muda dari Indonesia yg juga hendak ke Tanaim. Kali ni, naik MPV yg boleh memuatkan 8 org termasuk pemandu. Tapi... kami hanya berempat. 

Memandangkan MPV tak penuh, kami bersetuju dgn harga yg ditawarkan iaitu SR5 seorang. Terang dan jelas sebutannya KHAMSAH RIYAL. Maksudnya.. SR5 dan total SR20. Abg dan pasangan tersebut duduk di seat belakang dan saya seorang di seat tengah2... kot2 la ada penumpang lain nak join, tapi tadak. Maka saya seorang di seat tersebut.

Dalam perjalanan, kami berempat berborak dgn mesra... yeah.. serumpun! Itu ini begitu begini. Pak Arab pula sebok bercakap dlm telepon.... berhenti sekejap, then call org lain pulak. Masa Pak Arab tak bertelepon, dia menanyakan kami... "Indonesia? Malaysia?" Kami mengiyakan... katanya... "Malaysia, Indonesia... Bagusss" Lepas tu, dia bertelepon balik... kdg2 suaranya kedengaran kasar.

Melihat Pak Arab yg tak berhenti2 call sana sini, hati saya rasa tak berapa nak sedap, ada sedikit debaran. Saya bertanya pada pasangan Indon tu... "Tau ngak ckp Arab? Paham ngak Pak Arab bicara pasal apa?" Hmmm... jawapannya... ngak tau. Rasa gelisah mencengkam jiwa. Ya Allah, selamatkanlah tetamu Mu ini....

Sesampai di Tanaim, Pak Arab meminta SR50. Hah? KHAMSUN? Cara dia meminta... amat ganas sekali! Marah-marah. Perasaan saya? Takut. Takut diapa2kan... pasangan Indon juga begitu. Tadi sbl ke Tanaim yg kami semua paham, dia mintak SR5 seorang... di sini dia mintak SR50 untuk 4 org pula. Itu yg kami paham.

Kami mengatakan (ckp guna isyarat tgn) SR5 seorang.... Tapi, Pak Arab mengamuk! Dia terus mengancam kami... seolah2 nak call kwn2nya. Betapa debaran yg saya rasakan adalah petanda yang tak baik bakal berlaku. Pak Arab berkeras minta wang yg dia mahukan. Nasib baik Riyal di wallet abg hanya ada SR20 shj.... Yg lain tersorok dlm telekung saya... tapi saya pun mmg tak bw cash byk.. 

Tadi dah bg Pak Arab SR20 utk 4 org dan abg tambah lagi SR10.... dan tunjukkan walletnya yg dah kosong. Total dah jadi SR30. Tak cukupppppp! Pak Arab marah2 dan memaksa couple Indon pula bagi wang. Dorang tambah lagi SR10. Pak Arab masih tak puas hati dan makin melenting. Dalam keadaan terpaksa, mereka hulurkan lagi SR10. Jadinya... total SR50. Cukup seperti apa yg dimintanya tadi.

Tappiiiiii........... Pak Arab masih tak puas hati rupanya. Ya Allah, hanya Allah shj yg tau perasaan kami pada masa itu. Kami menyebut2 zikrullah.. tapi Pak Arab mempersendakannya.... turut sama berzikir. Allah... Allah... apa yg sedang berlaku ni? Kenapa dia masih tak puas hati dan marah2? Rupa2nya skg dia minta SR50 seorang.... total SR200! 

Kami sgt2 terperanjat dan mengatakan yg kami tiada duit sebanyak itu. Pak Arab mengamuk dan mula keluar dari kereta. Dan... saya... yg duduk di seat tengah... sangat2 takut. Yg lain tak boleh keluar selagi seat tempat saya tak ditundukkan. Allah... Allah.... Ampuni dosa2 kami Ya Allah....

Masa Pak Arab keluar, abg dan pasangan Indon menyuruh saya keluar dari kereta dan lari terus. Hah? Tak mungkin saya akan buat begitu... takkan saya nak tinggalkan mereka esp suami saya sendiri... Satu lagi, saya bimbang kalau2 Pak Arab bertindak lebih ganas. Tak pasal2 keluar paper lak... tajuk ~ Pasangan suami-isteri dari Malaysia dan Indonesia dilaporkan hilang di Tanaim~ Mcm mana dgn keluarga saya nanti...anak2 dan mak yg ditinggalkan... Owh, dlm keadaan cemas mcm tu, sempat lagi saya pikir mcm2. 

Pak Arab membuka pintu saya dan mengarahkan saya keluar. Allah... apa yg bakal berlaku? Tak sudah2 saya beristighfar dlm hati. Allah... lindungi kami Ya Allah..... Sgt2 cemas hokkeh! Tak tercapai dek akal fikiran, apa yg bakal terjadi...

Rupa2nya, Pak Arab dah penat nak marah2. Dia suruh saya keluar dan menundukkan kerusi saya, menyuruh yg di belakang juga keluar... Allah, syukur Ya Allah.... selesai segalanya. Tiada apa yg tercedera, cuma hati yg tercalar. Saya rasa menggigil2.... uncontrollable. Tak putus2 mengucapkan syukur kpd Allah... berakhir juga detik2 cemas itu.

Owh... panjang pula cerita kali ni...

Mcm2 perasaan ada. Geram, takut, marah, sedih, gembira semuanya bercampur baur. Memang mcm2 cerita yg kami dengar pasal pemandu teksi di sini... penipu la... penculik la.. Selama kini hanya mendengar cerita shj, kali ni mengalaminya sendiri. Alhamdulillah tak sampai dilarikan atau dicederakan. Rasa mcm kena rompak pun ada. 

Oh ye... sampai di tangga masjid, saya bagi SR5 kpd pasangan Indon tadi. Adil. Maknanya mereka bayar SR25 dan kami pun sama. Kami pun berpisah di situ. Saya dan abg, bukannya pikir sgt pasal duit tu, cuma kami mmg tak bw cash yg byk ke mana2. Duit2 saya tinggalkan di hotel.

Selesai solat sunat dan berniat, kami segera menaiki van ke Haram. Harapan kami agar sempat solat Isya' berjemaah di Haram. Balik ke Haram, tak perlu dirisaukan sgt. Byk aje van sedia menunggu. Tambang antara SR2 - SR3 seorang. Perjalanan sgt sesak... jln sibuk. Makanya, sampai di Haram agak lewat. Tapi, kali ni... van yg kami naiki berhenti di basement Haram, tempat yg asing bg kami.

Kami mencari2 jln keluar. Sesampai di atas, tak boleh bergerak ke mana2 sbb org tgh solat. Tak sempat nak turut sama berjemaah. Hampa.

Memandangkan dan terlepas solat Isya' berjemaah, maka kami decide nak balik ke hotel dulu. Kami terpaksa berjalan menentang arus sbb jemaah berpusu2 nak keluar dan kami pula nak masuk ke arah tempat saie... jln rentas masjid.... tapi tak masuk dlm masjid. Saya rasa sgt2 letih sbb berjalan menongkah arus, mengharungi jutaan jemaah. Jalan tak boleh laju dan sering terlanggar dan dilanggar. Sabar... sabar... terima sahaja ujian ini.

Akhirnya, sampai juga di hotel. Penat dan belakang dah mula rasa sakit. Dinner dulu... rehat sekejap dan 9.30 baru gerak semula ke masjid. Sampai masjid, solat sunat, Isyak etc, mula bertawaf pukul 10.45 mlm.

Owh, mencabar sungguh hari ni. Jemaah pula semakin ramai. Selesai saie dan tahallul pukul 12.45 pagi. Balik hotel... terus pengsan.... zzzzzzzzz.....

No comments:

Post a Comment