Sunday, April 15, 2012

Kenangan Terindah (14): Makan apa di Mekah?

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, saya dan suami tak ada masalah dgn makanan yang disediakan oleh TH. Utk kami yang pergi secara muassasah ni, makanan tengahari dan malam telah siap sedia di pack mcm gambar di bawah. Rasanya sedap dan saya siap beli kicap lagi kat sana. Kicap adalah penyeri nasi saya sejak saya kecil lagi. Biasanya saya beli kicap Indofood. Harga agak berbeza2... dgn saiz yg sama, ada kedai yg jual dgn harga SR3... ada juga SR5.


Alhamdulillah bekalan makanan sentiasa mencukupi, malahan berlebih2... banyak... siap sedekah2 lagi pada org2 hotel. Mungkin tak semua jemaah mengambil makanan mereka sbb.... mencuba makanan tempatan (beli sendiri) atau tak balik hotel sbb beriktiqaf di masjid.

Kalau pergi ikut pakej, makanan disediakan secara bufet dan lebih variety.... ada dessert lagi (kami pun ada diberikan buah2an masa lunch time... biasanya apple, lai atau pisang). Tapi... disebabkan hidangan secara buffet (pakej), ada possibility utk kehabisan makanan jika jemaah lambat mengambil makanan.. atau lambat pulang dari masjid. Ini diceritakan sendiri oleh jemaah pakej kepada saya. Tapi, mungkin tak semua begitu...

Macam yang saya pernah katakan sbl ni, setiap hari Jumaat kami akan dihidangkan dgn hidangan spesel nasi beriyani. Seingat saya, pernah terjadi sekali bekalan nasi beriyani tak cukup. Tak tahu apa masalahnya, mungkin bekalan lambat sampai. Tapi, lepas tu... sampai juga.


Ruang makan di hotel ni agak terhad, maka ramai juga yg bawa makanan ke level sendiri dan berkelah di koridor depan bilik. Saya dan abg, biasanya mkn kat bawah je.... tapi sometimes, join juga di sini. Ada yg membawa makanan kering dari Malaysia mcm serunding dan sambal bilis, ada juga yg dibeli dari kedai2 makanan di kws sekitar... dan di koridor ni, sama2 merasa makanan yg lain dari yg TH bekalkan. Kalau di bawah (dewan mkn), segan pula, kan.... Nak offer kat semua, pasti tak cukup. Kalau makan sendiri, rasa serba salah pula...


Breakfast tidak disediakan, tapi kami dibekalkan gula, teh dan krimer utk bekalan satu bulan. Saya.... beli nescafe kat sana sbb saya suka minum nescafe `O'. Beli `kole' lagi utk senang nak banch air utk berdua... leceh nak bancuh secawan-secawan.... (terpikir juga nak beli teko.. hehehe).

Jadi, mcm2 jenis makanan di cuba utk sarapan pagi... Antaranya, roti ni la... Murah sgt2, SR1 shj. Sgt sedap jika dimakan panas2. Kalau dah sejuk, ia liat. Biasanya waktu pagi, org beratur paannjjaaaaaannngg kat kedai ni utk beli roti ni.


Mkn dgn cheese lembu ni... hmmmm...

Kami selalu beli makanan keluaran Almarai Co. ni.... juices, ice-cream, yogurt, susu coklat, roti, cheese dll lah.... Saya suka... berbanding brand lain. Juice rasa sgt pure, susu coklatnya sgt2 sedap...


Ni, aiskrim yg sgt famous lah... kegemaran jemaah utk menikmati aiskrim ni waktu panas2, menyinggah masa balik dari masjid. Tekak yg kering dan dahaga, terasa amat segar jika aiskrim ni dinikmati... Hmmm... Harga? Berbeza gak dari satu kedai ke satu kedai... Ada SR2, ada juga SR3... Bila dah jumpa tempat yg lebih murah tu, confirm la kita akan berulang ke sana, kan... Tapi, lama2... harga dia naik juga bila jemaah bertambah.


Yang bawah ni, gambar ayam panggang dari Istanbul Kebab. Nasi... boleh pilih nasi apa nak... Ada pelbagai jenis nasi dijual. Satu set... SR15??? Saya tak berapa ingat. Seeedaaapppp.


Kalau nak makan sedap2 masa breakfast dan ala2 M'sia, pergi la ke Felda D'Saji di Abraj Al Bait. Mcm2 ada kat situ... Roti canai pun ada. Di sini (Madinah/Mekah), harga rotinya murah tapi... harga kuahnya yg mahal... SR7 - SR15... bergantung kuah apa nak. Kalau dal aje, murah la... kalau ayam/daging.. mahallah.


Harga pun boleh tahan mahal. Setiap satu hidangan berharga SR13... ke SR12?? Tak ingat juga lagi.. Ada jemaah yg bijak, mintak dicampur hidangan tu (mcm bihun + nasi lemak), harga tetap sama.



Dekat hotel pun ada jual mcm2... Kalau tak silap saya, ejen TH juga. Ada dibuka meja jualan nasi lemak, bihun, kuih muih... biasanya SR3/pack. Kalau dilihat dari segi harga dengan kuantiti/presentation nasi atau bihun tu, rasa mmg tak sepadan. Tapi, apa lagi pilihan yg ada kalau dah malas nak keluar beli breakfast. Boleh laaa.... alas perut, sementara nak lunch.

Kalau nak rasa kat hotel lain pun ada... lain hotel, lain supplier... pernah juga kami menapak ke Al-Janadiriah, nak mencuba jenis makanan yg sama tapi versi berbeza.... harga? Sama je... Al Janadiriah juga adalah salah satu pusat operasi TH yang besar dan bilangan jemaah adalah lebih ramai berbanding di hotel yg kami duduki, Qasr Al-Shourouq.

Dari hotel kami, nak menapak ke Janadiriah tu... agak jauh juga dan menaiki kws berbukit. Fuhh... boleh tahan juga letihnya (sbb mendaki). Bayangkan jemaah warga emas yg duduk di sini, pasti menghadapi kesukaran utk berulang alik ke masjid, wallahuallam. Alhamdulillah, jemaah KT9 ditempatkan di kws rata, tak perlu mendaki bukit dan tak jauh dari masjid. Allahuakhbar... sangat2 bersyukur padaMu Ya Allah... Byk sungguh kesenangan dan kemudahan utk kami di sini..


Nasi goreng di Al Janadiriah.. SR3

Selain tu, kedai Chicken Broast ni ada di byk tempat... byk betul cawangannya.. Ala2 KFC la, satu pack SR13, ada 5 ketul ayam dan fries. Apa la maksud `broast' ni? Nak kata chicken breast, ayam yg di jual bukan part dada je.... Nak kata `roasted', yang dijual bukannya jenis panggang...

Sumber Gambar: En. Gugel

Ohh.. mcm2 lagi la... ada kebab yg berintikan terung, fries dan daging cincang, ada nasi mandy yang jd signature dish Arabians dll.... Saya makan juga tapi tak tercapture gambar semua....

2 comments:

  1. Alhamdulillah, sewaktu membaca catatan pengalaman Pn Hjh ini seolah-olah pembaca juga berada di sana. Jiwa dan minda terpaku dengan cara pengolahan penulisan Pn Hjh.

    ~ Teruskan Pn Hjh..saya akan terus ikuti.

    P/S : Saya mohon keizinan, kerana saya memasukkan kisah blog Pn Hjh ke dalam blog saya.

    http://azlanlin.blogspot.com/2012/04/jurnal-haji-catatan-pengalaman-penulis.html

    ReplyDelete
  2. Tuan Azlan,.. Jazakallah Khair...

    Silakanlah... Memang niat saya untuk berkongsi pengalaman kepada sesiapa yang sudi membaca...

    ReplyDelete