Sunday, April 22, 2012

Kenangan Terindah (16): Nekad

Assalamualaikum...


Isnin, 17/10/2011... hari ni kami nekad nak pergi juga buat umrah. Tapi tukar strategi. Kalau semalamnya, kami nak pergi miqat lepas Isyak, kali ni kami cadang nak pergi lepas Asar.... tapi buat umrah selepas Isyak. Kami yakin, w/pun hanya kami suami isteri (2 org), kami akan bertemu jemaah2 lain yang hendak ke Tanaim.

Ada yg nak tunai umrah hari ni, tapi nak pi tgh mlm.... pas tu dorang balik ke tanah haram dan terus buat umrah... stay masjid hingga ke Subuh. Hmmm, saya tak mampu nak buat cam tu.... Kalau saya buat mcm tu, mesti siang esok saya lembik... dan tak mampu nak ulang-alik masjid pada waktu2 solat wajib. Lain org lain tahap ketahanannya...

Lepas Asar, kami balik bilik.... alas perut sikit, skype ngan anak2 (setiap hari slps Asar), mandi sunat ihram dsb... dah membawa ke Maghrib. Maka, kami pun solat Maghrib dulu kemudian cari bas/van sewa nak ke Tanaim.

Payahnyaaa... kami tak nampak bas yang dikhabarkan ke Tanaim. Bas2 yg ada, semuanya bas khas yg membawa jemaah Turki ulang alik ke tempat penginapan mereka. Kami bertanya2 juga pada org2 yg menjaga bas tu, tp jwpnya... hampa. Memang ada byk van dan teksi sewa, tapi kami 2 org shj... tak berani la pulak.

Puas jalan, akhirnya jumpa sebuah van yang memang sedia menunggu penumpang. Di dalamnya, sedia ada 2 org warga Bangladesh, kelihatan seperti anak dan ayah tua. Maka, kami pun join. Lama menunggu, penumpang van masih tidak bertambah. Van takkan jalan selagi tak penuh. Setelah berbincang2 di antara pemandu van, mat bangla dan kami, akhirnya kami setuju utk bayar ikut harga teksi. Perjanjian... hanya menghantar shj... tak perlu tunggu.

Sampai di Tanaim, waktu Isyak pun masuk. Maka kami berjemaah Isyak di Masjid Saidatina Aishah, Tanaim. Kemudian, kami balik semula ke Haram dgn menaiki van yang berlainan. Tambang seorang hanya SR2 shj. Hmm... kalau dah sampai Tanaim dan nak balik ke Haram, mmg tak de masalah. Nak ke Tanaim je yg rasa cuak kalau tak pergi dgn group.

Sesampai di Haram, kami ke hotel dulu utk dinner dan keluar semula ke masjid untuk tunaikan umrah.. Masa tu dah kol 10 mlm. Alhamdulillah, w/pun org ramai, insyaAllah ttp akan ada ruang utk bertawaf di dataran. Saie tak perlu dirisaukan sbb ruang saie lebih luas bertingkat2. Walau di tingkat manapun kita bersaie, jaraknya ttp sama.

Ruang tawaf juga bertingkat2, tapi sebolehnya saya nak bertawaf di dataran Ka'abah. Kalau bertawaf di tingkat atas, jaraknya lebih berganda2.... mungkin pahalanya juga berganda2 (wallahualam). Sebolehnya saya mengelak utk bertawaf di tingkat atas... dan semoga Allah permudahkan urusan tawaf saya (dan semua urusan umrah/haji) sepanjang kami berada di sini. 

Bawah - laluan tawaf utk yg berkerusi roda
Atas - laluan tawaf juga... ramai yg menebeng dan menyukarkan tawaf 

Selesai umrah, kami balik ke hotel... tapi menyinggah di kedai mkn depan hotel... mkn murtabak Arab. Tak tahu saya nama sebenarnya... Rupanya mcm murtabak. Tak de dlm plan pun nak menyinggah mkn.... tapi bila tgk restoran tu ramai org, lepas tu bukak meja berbumbungkan langit... teringat lak suasana kat KL. Maka kami pun tersinggah.

Sos kena beli sendiri, saya ingatkan ala2 restoran kat M'sia yg sosnya disediakan oleh tuan kedai... rupanya taaakkk. Hmmm... nak beli, saya tak cukup duit pulak.... Duit2 mmg saya tinggalkan di hotel, bawa hanya utk sedekah dan lebih sikit kot2 nak beli mknn @ minuman. Tetiba... ada remaja Arab ni, bagi sos dia yg berbaki 1/2 lagi.... siap bagi buah lemon utk diperah lagi... Alhamdulillah... rezeki.


No comments:

Post a Comment