Sunday, April 8, 2012

Kenangan Terindah (12): Ka'abah dan Umrah Sunat

Assalamuaaikum...


Tak habis lagi cerita utk hari 14 Oktober 2011 (Jumaat)... Hari ni, abg bawa saya bersolat Maghrib di tingkat bawah masjid, melalui kawasan saie bwh tanah. Bukanlah bawah tanah sebenar2nya.... Saya pikir, ianya se`level' dgn dataran Ka'abah...

Kenapa se`level'?

Sebab.... bayangkan ye.... Ka'abah ditengah2, lepas tu dataran Ka'abah... then dataran tersebut dikelilingi oleh tangga2 kan.... Kalau kita naik tangga tu dan kemudian nak turun ke saie tingkat bawah, kita perlu menuruni tangga yang ketinggiannya lbh krg sama dgn tangga di sekeliling dataran Ka'abah..... kesimpulannya???? Se`level'.

Walaupun jemaah semakin bertambah hari demi hari, di kawasan tingkat bawah (saie) ini masih byk ruang kosong. Kawasan solat di situ sgt2lah selesa... sbb berhawa dingin.

Di ruang bawah... tapi bukan di kws saie

Ini pula laluan biasa saie

Kemudian, abg ajak solat Isyak di roof top pula. Mulanya saya enggan sbb kat bwh ni dah sgt2 selesa berhawa dingin. Saya fikir, dari berjalan ke sana sini, lebih baik saya sambung bacaan Quran ni.... Hmmm, kat bawah ni saya dpt baca Quran dgn suasana yg sgt selesa... org tak ramai, sejuk pula tu..... Satu lagi, saya fikir kat atas tu mungkin pencahayaannya tak seperti di bawah ni... boleh ke nak ngaji?

Akhirnya.... saya turutkan jua. Sbb.... slowly, saya mula rasa mengantuk... dengan suasana yg sejuk... org tak ramai.... badan pun agak letih.... baca Quran pula tu... Alahai, rasa mcm mata ni digam dgn gam gajah! Tak boleh jadi ni.... Jom! Naik atas....

Akhirnya, sampailah hajat abg utk bw saya solat di roof top. Kelopak mata yg tadinya dah berat, kini kembali segar. Kawasan roof top yg terang benderang, juga tak ramai orang dan yang penting, angin malam telah menggantikan air cond yg saya nikmati di bawah tadi.... Waahhh, sangat best! Tu la... belum cuba belum tahu.


Sbl solat Isyak, kami leka memandang Ka'abah dan org2 yg bertawaf mengelilinginya. Subhanallah, terasa sangat damai dan tenang. Pandang Ka'abah aje dah dikurniakan 20 rahmat oleh Allah (InsyaAllah).... ini pula bertawaf mengelilinginya. Bangunan yang pertama didirikan di muka bumi ini adalah Ka'abah. Firman Allah,

"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) bagi manusia adalah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk (bagi seua manusia) di seluruh alam" Ayat 96: Ali `Imran

Kedudukan Ka'abah, betul2 di pusat bumi dan bersetentang dgn Baitul Makmur iaitu tempat para malaikat bertawaf di bawah `Arash. Asalnya dibina oleh Nabi Adam a.s. atas tapak binaan para malaikat tapi telah musnah akibat banjir pada zaman Nabi Nuh a.s. Selepas tu, Nabi Ibrahim a.s. telah membinanya semula bersama-sama anakandanya Nabi Ismail a.s.


Dalam gambar di atas, kelihatan jemaah memenuhi ruang Hijir Ismail. Bersolat di Hijir Ismail adalah sama seperti bersolat di dalam Ka'abah kerana ia adalah sebahagian dari Ka'abah. Menurut salah satu hadis Nabi s.a.w., kaum Quraisy telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Ka'abah.

Di sini juga adalah salah satu tempat yg mustajab utk berdoa. Sbb itulah jemaah berebut2 hendak berada dlm Hijir Ismail. Dengan keadaan yg sangat sempit itu, tak memungkinkan kita utk bersolat dengan sempurna di dlmnya kecuali atas izinNya.

Ok... cerita mengenai aktiviti seterusnya pula...

Malam ni, ada janji ngan Zatul (ex-roomate di Madinah) dan Kak Shidah (roomate Zatul di Mekah) utk mengerjakan umrah sunat. First thing to do adalah keluar dari tanah haram ke kws Miqat di Tanaem. Janji kat lobi hotel pukul 10.30 pm.

Teksi pertama yang kami jumpa menawarkan SR50/cab. Teksi kedua... SR30/cab.... tp kami jln terus hingga jumpa sebuah van angkut yg masih kosong. Abg tanya... `Tanaem??' Pak Arab mengangguk-angguk dan berkata dengan ramah. Tak paham apa yg dikatakannya tp kami paham2 sendiri... SR5/person... pergi dan balik.... kami setuju.

Tapi Pak Arab tak jln2 juga... rupanya, dia masih menunggu jemaah lain memenuhi ruang kosong dlm vannya... Van sapu.... Lama gak menunggu. Dalam hati, berdoa sahaja agar urusan kami dipermudahkan olehNya. Dalam van... panas.... dgn bunyi honk kenderaan2 lain di sekeliling lagi... Peluh dah membasahi tubuh.

Tak lama kemudian, dtglah sekumpulan lelaki warga Bangladesh (6 orang semuanya) dan Pak Arab pun menawarkan khidmatnya. Omrah.. omrah... kata Pak Arab. Seperti kami, Pak Arab menawarkan SR5/person tp Bangla2 tu tak bersetuju dan meminta SR4/person sahaja. Setelah itu ini begitu begini, maka Pak Arab pun bersetuju dgn harga yg diminta oleh Bangla2 tu.

Tapi..... utk kami, harganya ttp SR5 seorang.... itu tak boleh runding dah sbb kami dah setuju pada awalnya.

Dlm van, kami berinteraksi dgn jemaah2 Bangla ni. Mereka boleh berbahasa Inggeris sikit2... payah juga nak communicate. Akhirnya, kami angguk2 dan senyum2 shj. Mat Bangla bertanya... "Do you understand?" Kami geleng2 kepala.... hahahahaha....

Sampai di Masjid Saidatina Aishah, Tanaem, kami buat solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat sunat umrah. Kemudian... berniat umrah.

Gambar dari google sbb saya lupa snap.















Sebaik keluar dari pintu masjid, abg mula bertalbiah bersungguh2... (heheheh... slow2 sikit, bang). Kami menaiki van yg sama.... dengan penumpang yg sama. Dalam van, still berterusan bertalbiah dan abg seolah2 mengetuai kami semua termasuk Mat Bangla. Tiada lagi sesi angguk2... geleng2.. senyum2... tapi semuanya turut bertalbiah.

Memang terbukti kebesaran Allah swt. Semua bangsa bersatu dengan tujuan yg sama, mengungkapkan talbiah yg sama, pakaian yg sama, kiblat yg sama, kaedah pelaksanaan haji/umrah yg mengikut ketetapan dan peraturan yg sama dan mcm2 lagi.

Allahuakhbar!

3 comments:

  1. Saya benar2 kagum dengan catatan perjalanan sebagai tetamu Allah SWT di Tanah Suci Mekah. Saya masih menantikan rentetan catatan tersebut.
    ~Terima kasih Hjh Kherun...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi membaca...

    ReplyDelete
  3. Sue, teringat para driver teksi tu cari customer 'umra2!'...

    ReplyDelete