Sunday, April 1, 2012

Kenangan Terindah 11: Keadaan di Mekah

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, dapat juga skype ngan anak2 kat sini... di Madinah dulu, boleh access internet di level sendiri. Tapi kat sini nak kena pegi ke lobi... signal lebih kuat di situ. Tak kisah la kan... asal kan dpt skype, dpt borak2 dan tgk muka anak2.... Bayangkan, brapa ratus riyal boleh save? Abg mintak password kat manager hotel... then, p/word tu dikongsi2 ramai2... hehehe..

Di Mekah... cuaca lebih panas. Nak ke masjid, kena lalu traffic yg sgt sibuk. Udara pun berdebu sbb kereta byk dan construction pun byk. Kat sini... saya pakai penutup muka sbb nak cover dari habuk2 tu. Specialnya, ia ditaja oleh Hajah Ainul.... roomate saya.... berwarna putih, saya suka. Kat sini, banyak je jual... kat kedai SR2 pun byk... mcm2 pesen lagi. Saya beli... tapi saya ttp suka yg Kak Ainul bagi...

Versi saya


Versi abg


Peniaga2 Mekah mmg boleh berbahasa Melayu, tetapi di Madinah lebih fasih dan lebih lemah lembut. Kalau di jalan raya, pemandu2 di Mekah ni kurang sabar sikit. Sikit2 honk.. sikit2 honk. Lagi kita nak lintas, lagi laju kereta tu menuju ke kita. Berbanding di Madinah, pemandunya amat bersopan... sangat menghormati pedestrian. Dorang sabar je menunggu org2 melintas dan tak bunyikan honk pun.

Satu lagi... makanan yg TH provide kat sini, saaanngggat sedap... hehehe. Di Madinah sedap juga tapi kat sini laaaagggiii sedap. Lauknya biasa aje... cuma berperasa. Ahamdulillah. Tengok caterer kot... Tapi.... tak di beri sudu plastik.... kat Madinah ada....


Kat sini, kami dibekalkan dengan bekalan teh, gula, krimer untuk 30 hari. Dalam bekas tu, siap ada 1 sudu teh dan 1 sudu makan. Owhhhh... sbb tu dah tak diberi sudu plastik.... Saya mkn pakai tgn je.... dah siap2basuh tgn sbl masuk ke dewan makan. Di sini, dewan makannya kecil... so, lebih ramai prefer mkn kat bilik atau di corridor... berkelah2.

14/10/2011 ~ Hari ni hari Jumaat dan perempuan tak digalakkan solat Jumaat di Haram. Sesak..... sgt sesak. Kebiasaannya, penduduk luar Mekah pun datang sini utk solat Jumaat. Kami melihat dari kaca tv di bilik kami, masih ada segelintir kecil perempuan yg dtg masjid yg turut menyumbang kepada kesesakan yg sedia ada.

Okeh... masuk cerita lain pulak.

Baru hari ni saya tahu... one of my roomate, Kak Mar adalah seorang yang sangat hebat... hehehe (psssttt... saya selalu memandang org lain lebih hebat). Yg lain pun hebat juga... lecturer, BNM, UKM, Petronas dan MQA (hehe)... tapi ni kira yg plg hebat la... Kak Mar tu saintis rupanya... gelarannya aje dah hebat... Prof Dato' Dr... Dia saaanngaatt2 baik dan humble. Saya tahupun sbb Linda yg cerita.

Haji ni mengajar erti kesamarataan. Semua org sama shj di sisi Allah, yang membezakannya adalah amalan kita. Pilihan terletak di tangan sendiri. Amalan hidup di dunia adalah penentu dan bekalan untuk kehidupan yg lebih kekal abadi. Bygkanlah.... masuk kubur nanti pun, kain putih tu sahaja yg membaluti tubuh.... yg lain semua ditinggaklan... pangkat, darjat, harta, anak2, ibubapa, kwn2.... Sama juga mcm haji.... Untuk menunaikan haji, kita akan meninggalkan semua2 tu di Malaysia. Di sini, pangkat dan darjat ditinggalkan.... kerja2 pejabat ditinggalkan.... keluarga ditinggalkan....

Masa ni jugalah kita nak berjumpa dan berhimpun dgn bangsa yg berlainan... sepelusuk dunia. Amazingly, kita boleh berbual bersama walaupun dengan bahasa yg berbeza... dgn menggunakan bahasa isyarat dan senyuman.

Bygkan dulu kala Mekah ini adalah satu kawasan yg tandus, kering kontang. Dengan adanya Baitullah, umat Islam seluruh dunia datang menunaikan haji dan umrah dan secara tak langsung meningkatkan aktiviti ekonomi peribumi Mekah dan sekitarnya. Semakin hari, kawasan ini semakin membangun dan pembangunan itu tak putus2 hingga sekarang. Industri perhotelan, pengangkutan, perdagangan semakin maju dan berkembang. Sekitar Haram sendiri... dalam proses perobohan hotel2 lama dan pembinaan hotel2 baru yg lebih banyak utk menampung keperluan jemaah haji/umrah.

MasyaAllah.... maha hebat penyusunan dan perancangan Allah.

Dan saya tak jemu2 nak capture gambar yg sama
Satu pemandangan yang mengasyikkan dan menginsafkan

Manusia bertawaf mengelilingi Ka'abah... mengikut lawan jam. Dari segi hukum fizik (chewah!), semua makhluk Allah bergerak dalam keadaan lawan jam... sama seperti tawaf. Daripada sebesar2 kejadian spt sistem cakerawala yg terdiri drp matahari, bulan, bintang, planet2 semua hingga sekecil2 makhluk spt atom... semuanya bergerak dlm keadaan bertawaf.

Allahuakhbar!

Gerakan pusingan tawaf adalah semulajadi. Dengan melakukan tawaf, kita menyertai arus perdana.... arus taat yg merupakan sifat asal semua makhluk.


Menara jam di Mekah lebih awal dibina drp Big Ben
Cuma dulu bentuknya tak begini...
Yg lama ada disimpan di muzium

No comments:

Post a Comment