Friday, March 25, 2011

Rukun ke 5

Hari ni (25/3/11 - Jumaat) saya cuti.... Isnin pun saya cuti. Semalam, saya kongsikan blog ini dgn bbrp orang sahabat.... Sebelum ini, saya amat segan... saya hanyalah org biasa yg kekurangan ilmu... saya yakin, sahabat2 saya lebih berilmu dari saya dr segala sudut. Setelah sekian lama, baru saya dpt mengikis perasaan negatif tersebut dgn harapan.... mana2 yg saya terkurang, sahabat boleh tambahkan dan begitu juga sebaliknya.... Semoga, sahabat2 saya juga dpt segala pengetahuan/info yg baik2 dari saya....

Usia saya dah hampir 40 tahun, tak tahu brp lama lagi boleh bernafas dan menikmati semua yang dipinjamkanNya. Moga2, saya masih sempat untuk menunaikan fardhu haji sebelum Malaikat Izrail mencabut nyawa saya.... moga2, saya menjadi muslim yang cemerlang di dunia dan akhirat....

Rukun Islam 5 perkara... Yang pertama, mengucap 2 kalimah syahadat, kedua - sembahyang 5 waktu, ketiga - berpuasa di bulan Ramadhan, keempat - menunaikan zakat dan mengerjakan haji adalah rukun yang ke 5 dalam senarai rukun Islam... Kalau binaan bangunan/rumah... kiranya haji ini berada di tingkat yang kelima.

Sebelum tingkat kelima dibina, foundationnya mesti kukuh... bermula dgn syahadah iaitu kepercayaan dengan keesaan Allah dan Muhammad (s.a.w.) sebagai rasulnya. Diikuti dgn solat, puasa dan berzakat. Ustaz kata, kalau tingkat bawah dah rompong, cantik tak tingkat 5 kita? Mestilah tidak....

Maka, sebelum menunaikan haji, seeloknya perkukuhkan/sempurnakan tingkat pertama sehingga empat..... Agaknya, sbb itulah giliran saya tak sampai2 lagi w/pun passport a'bangsa saya dah disimpan oleh Tabung Haji tahun lepas. Byk lagi amalan saya yang berlubang2... tak sempurna. Mmgnya ada hikmah disebaliknya.... persiapan saya dan suami perlu lebih mantap untuk mendapat haji mabrur.

MasyaAllah.... nak mengerjakan haji perlu mendapat jemputan dari Allah. Tak semestinya byk duit, boleh pergi tunaikan haji by private package tanpa jemputan dariNya. Tak semestinya duit simpanan di Tabung Haji dah cukup, maka kita boleh pergi haji....

No comments:

Post a Comment